Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email

Penulis: wanmus Kategori: Belajar CPanel | Cpanel | E-mail | web hosting Tarikh: 24 October 2011 | 18 komen

Alhamdulillah dah sampai siri 5. Ok untuk siri 5, saya akan kongsikan bagaimana untuk membina akaun email pada akaun hosting CPanel anda. Biasanya akaun hosting akan dibekalkan sekali dengan sistem webmail tapi anda perlu semak dengan pembekal hosting anda namun di JOMHosting, semua pakej web hosting kami dilengkapkan dengan sistem webmail percuma. Jom kita belajar macamana menggunakan sistem webmail ini.

Untuk proses ini, anda perlu login terlebih dahulu ke cpanel anda. Kemudian klik pada “Email Accounts” pada bahagian Mail di CPanel anda seperti ditunjukkan pada gambar di bawah.

Kemudian isikan ruangan yang diperlukan seperti di bawah. Contoh anda ingin membina akaun email untuk admin dan bagi domain testjer.com. Jadi email yang anda perlu bina ialah admin@testjer.com. Pada ruangan email, masukkan admin. Masukkan password rekaan anda diruangan password dan sebaiknya password ini gabungan nombor dan huruf yang tidak membawa apa-apa makna. Pastikan strength untuk password anda melebihi 50/100. Tetapkan saiz kuota untuk akaun email tersebut dan contohnya 250MB ataupun unlimited. Kemudian klik pada “Create Account”.

Untuk saiz ini, walaupun anda tetapkan saiz unlimited, ianya tetap tidak melebihi saiz pakej anda. Saiz pakej anda adalah gabungan untuk web dan mail akaun anda sebenarnya. Contohnya anda memilih pakej 100MB, jika web anda telah gunakan saiz hosting sebanyak 60MB, maka anda hanya mempunyai 40MB sahaja lagi untuk email dan lain-lain.

Jika akaun anda telah berjaya dibina, list akaun email akan terpapar seperti di bawah. Anda boleh tukar password atau saiz akaun email pada ruangan ni. Anda juga boleh membuang mana-mana akaun email jika tidak diperlukan. Untuk akses ke webmail ini atau login ke email ini, anda boleh klik pada butang “More” seperti di gambar di bawah dan klik “Access Webmail”.

Atau anda juga boleh mengakses menggunakan URL iaitu http://domain/webmail. Contohnya domain anda testjer.com, jadi untuk akses webmail ialah http://www.testjer.com/webmail dan ini bergantung kepada penyedia hosting anda. Sila semak email login dari penyedia hosting anda untuk menyemak URL ke webmail anda.

Saya tunjukkan contoh di bawah untuk login ke admin@testjer.com. URL yang perlu diakses ialah http://www.testjer.com/webmail dan pada ruangan Email, pastikan anda memasukkan nama email anda secara penuh iaitu admin@testjer.com dan bukannya admin sahaja. Masukkan password dan klik “Login”

Dalam sistem linux biasanya ada pelbagai sistem webmail yang boleh digunapakai. Di JOMHosting, kami memasang 3 jenis webmail iaitu Horde, roundcube dan Squirrelmail. Selepas anda login, anda akan di bawa ke page ini untuk memilih sistem yang ingin digunakan. Anda boleh pilih mana satu dan ianya akan membuka file email yang sama cuma interface sahaja yang berbeza. Cadangan kami ialah gunakan SquirrelMail kerana ianya lebih mudah digunakan. Klik pada logo “SquirrelMail”.

Iya interface atau paparan antara mukanya seperti di gambar bawah tidaklah sekemas dan secantik gmail atau yahoo mail, cuma ianya basic interface bagi menghantar dan menerima email. Yang baiknya, ianya tidak memaparkan iklan seperti di gmail atau yahoo mail 🙂 .Jadi sebarang email diterima akan masuk ke ruang INBOX anda dan untuk menghantar email, klik pada butang “Compose”.

Di ruangan compose ini, isi ruangan seperti biasa untuk menghantar email. Pada ruangan “To” masukkan email penerima dan ruangan “Subject” pula masukkan tajuk email anda. Taip email yang ingin di hantar pada ruangan bawah yang disediakan. Kemudian klik butang “Send”.

Jika anda ingin menghantar attachment pada email, anda boleh gunakan fungsi attachment di bawah ruangan email tersebut seperti di bawah. Jangan lupa had saiz yang dibenarkan untuk attachment. Selepas menghantar email atau membaca kesemua email anda, jangan lupa untuk Signout dari akaun email anda.

Itu sahaja untuk siri 5 ini iaitu membina akaun email. Macamana so far untuk 5 siri ini? Harapnya dapat membantu anda memahami fungsi cpanel ini.

Nanti siri seterusnya untuk penggunaan 1-click-installer seperti fantastico serta softaculous. Jangan lupa masukkan email anda di kotak bawah untuk menerima makluman siri-siri seterusnya. Jangan terlepas.

Siri sebelum ini:

Belajar CPanel Siri 1: Kenali Nama Domain Dan Web Hosting
Belajar CPanel Siri 2: Kenali CPanel
Belajar CPanel Siri 3: Upload File Guna File Manager
Belajar CPanel Siri 4: Upload File Guna Perisian FTP



  1. […] Itu sahaja untuk siri ke 4 ini. Seterusnya jom ke Belajar CPanel Siri 5: Bina Akaun Email […]

  2. samanosuke_04

    huhu walopon aku dah ade cpanel sendiri, tapi masih lagi nak pakai yahoo mail, sebabnye tatau cemana nak buat email.. hehe, nice post, aku rasa mb satu hari nanti bleh rujuk sini balik..

  3. wanmus

    hehe..semoga lebih ramai guna email cpanel..baru nampak ada kelas gitu..hehe..MB tu ape ek?

  4. Juan

    bagus tutorial mcm ni sebab banyak kegunaan dalam cpanel yang aku x pernah sentuh

  5. wanmus

    alhamdulillah..nanti akan cuba tambah lagi jika berkesempatan

  6. fazlijamil

    salam..terima kasih sebab menyediakan tutorial yg sangat bagus ini..sebelum ni nak buat email kat cpanel pon x reti..hehe..harap2 ade la lanjutan lagi tutorialnya lepas ni..mekasih wanmus

  7. wanmus

    insyallah akan ada lagi..cuma tak berkesempatan masa je lagi ni..hehe

  8. special

    email sterusnya

  9. wanmus

    email seterusnya? email apa ye? ke post seterusnya? 🙂

  10. Hendri

    Makasih,
    sangat membantu saya
    salam hangat
    sehat selalu

  11. kartikel.com

    penerangan yang ringkas dan padat

  12. Elie

    mcmana nak buat redirect terus ke gmail?

  13. abmalikza

    bagaimana nak buat email login / registration dari web page. maksudnya ada ruangan login, password @ register di laman web kita dan xperlu masuk ke webmail utk login.

  14. wanmus

    tu kene wat form login sendiri, kena tau asas html n php sikit..

  15. Hamdan

    WanMus, bagaimana pula dengan sambungan penggunaan 1-click-installer seperti fantastico serta softaculous?

    Bila nak mula?

    Ilmu yg amat berguna. Terima Kasih.

  16. SistemJanaDuit.com

    Welld0ne wanmus.tutorial ni mnarik.klau beli kt luar tutorial ni mhal jgk.lebh rm40 ke ats.. Utk pmbaca setia blog nie,Manfaatkn ape y ada k ? ;>

  17. cemtonny

    terima kasih bro!

  18. NK

    step seterusnye? =)