189 Comments

← Previous Page 2 of 4 Next →
  1. Assalamualaikum n salam sejahtera…
    saya bersetuju kalau tarian ini tidak nharam hanya gara2 pergerakan asal-usulnya membentuk salib…bro/sis..pikir dululah,saya dulu prnh bljar silat cekak asli pergerakan sama spt salib…knape dr dlu x keluar fatwa haram dan diharamkan?tetap jugak org msh buat…selagi niat tu hanya untuk riadah saya rasa x jadi masaalah…kalau yoga boleh kate haram sebab ada unsur2 spiritual hindu…tapi kalau niat untuk senaman aje x salah…jangan je pakai jampi2 or mantera2 yang bersifat ketuhana@menyembah tuhan yg lain dari ALLAH itu baru haram…

    kalau cume stakat tarian yg hanya hiburan yg tak mengghairahkan kpd larangan islam spt menghina tuhan@ALLAH,memuja selain dari ALLAH,memakai pakaian seksi atau ketat ketika tarian/menjolok mata x kire lelaki or peremuan…x berpeliuk2an walaupun muhrim sendiri kerana itu kurang sopan dan blh menimbulkan syahwat…ada arak & mabuk2an…itu baru SAH HARAM kalau ada unsur2 yg saya sbutkan tadi…so,lu fikirlah sendiri n jgn nak pandai2 buat undang2 sendiri selagi satu dunia ulama’ islam belum mensahihkan keharamannya…sekian terima kasih…

  2. si bijak

    slm.. saya ingin komen sedikit mengenai tarian poco2 ni.. pada pendapat saya, tarian ini membuatkan seseorang itu kelihatan sengal.. jika seseorang itu mengatakan bahawa tarian poco2 menyihatkan badan, maka orang itu telah mengeluarkan satu kenyataan yang memperbodohkan dirinya kerana solat lima waktu adalah lebih baik dari tarian yang belum tahu asal usulnya itu.. tarian tersebut juga menggalakkan anak2 gadis menjadi lebih gedik dan galak

  3. si bijak

    lagi satu, x payah la ngada2 buat tarian poco2, konon nak menyihatkan badan la, berhibur sambil beriadah la, berjogging yang paling senang tu pun boleh jugak dibuat la, ni bila orang buat poco2, dia pun nak buat jugak, main ikut membabi buta, agaknya bila orang perkenalkan tarian babi dia pun nak ikut jugak kot. korang x rasa ke bila tengah buat tarian poco2 tu, lepas tu dalam masa sama orang indon yang tengok tu cakap dalam hatinya ‘apa bodohnya la orang malaysia ni?’

  4. dax kcyk

    ieeerrrmm..sy ta tau un sal tarian poco2 nieyh??tarian nyerh cmnew??????tarian nieyh brsal dry indonesia ea???

  5. asnida

    bila kita was-was.lebih elok kita jangan lakukan……kerana inilah cara-cara musuh2 Islam untuk menyesatkan kita sebagai Umat Islam……Ayuh!!!Bangkitlah ISLAM..

  6. Mohd zuhaili

    Assallamualaikum,…
    Bismillahirrahmanirrahim,..dengan izin ALLAH saya ingin menyatakan disini,
    umat Islam adalah umat dan agama yang diredhai oleh ALLAH.oleh itu
    sgla prturan dan printah-Nya haruslah kita amalkan,
    menurut apa yang disampaikan oleh kawan kita di atas sprtimna e-mailnya itu,saya bersetuju dengan apa yang dibahaskan tp wahai kawan2 ku sekelian sesungguhnya Islam menekankan bahawa jika kita melakukan seseatu itu haruslah bermula dengan niat,jika benar itu adalah satu langkah menuruti tarian kristien rasanya x perlulah diikuti tetapi kita beleh menggnakan cara yang sama ttp dengan langkah yang berbeza supaya ianya x berlandaskn agama kristian dan yang psti ianya x melanggar tuntutan agama kita dalam langkah membuat senaman.mulakan dengan niat untuk senaman bukannya tarian dan utuk suka2.sepertimana juga bola sepak jika kita kaji dengan lebih dalam bola sepak juga permainan yang haram kerana wjudnya permainan itu dari yahudi yang memncung kpla cucu nabi Muhamad S.A.W lalu dijadkn bola maka terciptalah permainan yang dinamakan bola sepak…ttp jika lihat ramai umat kita yang suka bermain permainan itu,akan ttp segenap daripada mereka tahu iaitu mereka bermain dengan niat menyhatkan tubh badan bukannya utk suka2.

    kawanku sekelian ingatlah dalam dunia ini pelbagai ujian disajikan pada kita utuk membantu kita mendapat lebih bnyk pahala,
    maaf jika saya ketrlaluan tp saya sebagai manusia ingin sekali saya berkngsi ilmu yang saya ada pada smua org.
    kawan2 sepertimana yang saya lihat tarian td bkanlah berbentk T atau salib tp ianya berbntk bbas cubalah kamu kaji kembali,mangkn pihak kerajaan kita megthuinya lalu mereka mngubah tarian itu dari segi pergrkkan dan langkah…bagi saya tdk salah jika kita gunakan trian itu bagi tujuan mnyihatkan badan tp harus berwaspada dlam langkah yang dibuat elakkan daripada membuat langkat salib sebliknya gunakan langkah yang boleh membentkkan bnda2 lain.Insaykallah niat kita utk mnyihatkan badan dengan trian ini diredhai oleh ALLAH Amin.jika ada terkasar bahasa atau tersalah bicara maafkan saya sama2lah kita tgur antara satu sama lain agar diri kita menjdi lbih smpurna,dan blh mmbntu kita mmbtlkan apa yang salah
    sekian WautaufiqWalhidayah Asallamualaikumwarahmatullahiwabarukatu.
    utuk apa2 komen atau penjelasan beleh berhubung dengan saya di e-mail saya yang tertera zednur91@yahoo.com

  7. ayen

    saya pun x berminat dgn pocopoco ni .banyak lagi senaman lain yang dibuat selain daripada poco poco misalnya berjogging , bersukan dan banyak lagilah .

  8. Mohamed Akram

    Saya bukan nak jadi “racist” tapi memang dah resam Melayu Baru, suka jadi lembu dicucuk hidung. Asal yang datang dari luar dan melalaikan akan dengan mudah diikuti. Tapi yang baik memang perit nak diserapkan. Ini terbukti apabila pocoh2 yang entah apekejadah tujuannya dijadikan aktiviti wajib dalam BTN dan Kursus Induksi Perkhidmatan Awam. Kami memohon kerja di sektor awam ni nak mencari rezeki yang halal dengan cara memberi khidmat kepada rakyat, bukan nak jadi badut sarkis terkinja-kinja di tengah padang. Banyak lagi cara lain untuk beriadah atau berseronok. dah la lagu haram tak sedap pon. Tapi kalau nak dikaji, memang kalau dari Indonesia ni memang lebih ke arah bidaah dari yang baik. Memang ada alim-ulama’ terbilang yang datang dari sana. Tapi kalau dah sampai melabelkan Acheh sebagai serambi Mekkah, bukankah itu lebih menunjukkan keangkuhan? Macamlah pendakwah Arab sampai ke tempat mereka saja, kat Cina pun mereka pergi tau tak? Bukannye orang Indon semata yang menyebar dakwah Islam ke sana. Tapi berbalik ke isu pocoh-pocoh ni, memnag pertama kali dengar lagu dan tengok tariannya memang dah meluat. Jarang saya terasa first impression macam ni tentang sesuatu. Tambahan pula, bila mendapat tahu tentang hasil dari gerakan tarian tu menghasilkan bentuk salib dan asalnya dari Filipina yang dah terang-terang negara Kristian dan tengok sajalah pelakon2 drama2 yang kita dok sebok tengok… Renungkanlah.

  9. Mohamed Akram

    betul,betul,betul. Di samping meningkatkan stamina, saya sering berzikir dengan setiap langkah (subahanallah-walhamdulillah-la ilaha illallah-allhuakbar- lahaulawala kuwatailla billah hil’ali il ‘azim) dengan berhati2 supaya tak lari sebutan kerana, bila melihat persekitan (pohon-pohon ke, burung2 ke, langit yang membiru ke, perempuan cantik ke.. hehehe,) akan terdetik rasa kagum akan kebolehan al-Khaliq mencipta semu yang dapat kita lihat tu, (yang ghaib tu lain cerita la.. takkan tu pon nak kena ajar, bukan budak2 umur 3-4 tahun)

  10. Mohamed Akram

    Ye ker? saya sendiri pernah ter-menari tarian ni dalam kursus. Kalo dah asal tak elok, kenapa masih nak ikut? Yang kamu beria nak mempertahankan tarian ni kenapa? Macam la sedap ngat lagu tu. Lagipun, wanita menari di khalayak ramai setahu saya haram dalam Islam. Dan saya yakin, takde nye orang lelaki yang tak terpesong seksualitinya yang terkebulur nak menari tarian ni. Nak bahaskan bab hukum hakam Itengok Islam pon periksa la nick yang awak gunakan tu. Sepanjang yang saya tahu nama tu memang untuk orang bukan Islam je.

  11. Mohamed Akram

    kenape pula yoga tak di buang unsur2 ritual dan ambil yang baik untuk meregangkan/ “relaiaxing” badan? Bukan ke double standard tu. Pada pemerhatia saya, yoga fizikal pun banyak kebaikannya. Kenapa takde pihak yang nak cuba cari mana yang boleh dan tak boleh diamalkan oleh orang Islam? wallahua’alam. Dan yoga lebih banyak diamalkan secara individu atau dalam kelompok kecil. Bukannya membiarkan wanita yang berpakaian seakan telanjang (tracksuit ketat pon termasuk ye) yang dah nak masuk lianglahad terkinja2 di khalayak ramai. Renungan untuk saya dan anda…

  12. Saiyidah Ummu Kalsum Bt Sudin

    kita tidak perlu nak kata itu haram atau halal. Jangan sesekali memandang kearah negatif sahaja tapi kalo kita pandang dari segi positif ia adalah satu senaman….saya tidak masuk mana-mana pihak pun. Hanya niat hati kita yang menentukan segalanya…..Jadi berfikirlah dahulu sebelum mempertikaikan sesuatu perkara….

  13. budakbingung

    betul ker tak artikel nie?? kalau betul, mana bukti2 yng buleh menyakinkn kami sumer? jgn pula nnti kita termakan apa sume bende yg dikatakn ttg Line Dance ini, kita terFITNAH org lain pulak. bila pulak iman kita akan terbatal jika kita menari tarian seperti ini? liriknya pun xlah keagamaan mane pun… jgn pula kes nie smpai provoke smthing bad n menjejaskan keamanan negara kita…

  14. setuju

    Hahahahaha! tu lah…tarian pun boleh jadi haram … tapi kalau macam tu , joget dari indon, bahasa pun indon, apa identity sebenar orang melayu?

  15. shoffi

    umm xgak sbnrnyer brgntong kt niat kite lh.. lw niat nk bersenam xper lh kot,then mufti pon lom kuorkn fatwa bnder 2 haram,, so jgn nk series cgt,, slagi mufti lom wt fatwa kite wt jer lh,tp ubah ckt lh prgerakan 2 lw was2.. then lw xnk teruskn pn xper,, then poco2 ckunk kn dh bnyk jnis prgerakan nye, so wt lh pergrakan y xberbentok ssalib.. kn settle..

  16. Abu Bakar

    Betul, yang melampaui syarak memanglah haram! Contohnya, terlalu banyak makan nasi hingga tersandar tak boleh bangun, adalah haram! Terlalu banyak minum air sejuk hingga tak boleh bernafas, adalah haram! Terlalu kuat ketawa sehingga mengganggu orang sekeliling dan terkancing rahang, adalah haram! Terlalu laju pandu kereta sehingga berlanggar, adalah haram! Terlalu merempit sehingga maut, adalah haram! Yang haramnya di sini adalah perbuatan yang melampau tu; bukan nasi tu haram, bukan air tu haram, bukan ketawa tu haram, bukan memandu tu haram! Yang haram ialah bila semuanya dilakukan melebehi had sehingga mendatangkan mudharat! So begitu jugalah dengan tarian poco-poco atau apa2 tarian pun; kalau dibuat secara sederhana dan mengeluarkan peluh, baguslah tu! Tapi kalau terkinja-kinja sampai lupa diri, bercampur gaul bebas, leka sehingga terlupa tanggungjawab, jadi haramlah perbuatan itu pada ketika itu! Bukannya tarian poco2 tu haram!
    Ini duduk menghadap komputer berjam2 lamanya membaca segala reply dan komen pasal poco2 ni, tak haram ke? Apa kebaikannya? Ini adalah aktiviti yang paling membazirkan masa! Orang Islam tahu masa tu emas. So apa buat buang masa bertengkar tanpa ada referee atau umpire? Bila nak habis? Bila nak dapat keputusan? Masing-masing berlagak macam pakar tapi hujah2nya banyak yang terpesong! Tanda2 orang Islam yang mundur! Orang lain dah maju jauh, orang Islam masih tak tahu mana yang boleh digunapakai dan yang mana boleh letak tepi. Menghabehkan bogeh jo!
    Memanglah, sembahyang tu adalah satu jenis senaman juga. Tapi kena ingatlah kita ni rambut je sama hitam, tapi keinginan lain lain. Yang suka sembahyang siang malam, buatlah. Yang dah buat yang wajib pula tapi lebih suka exercise yang lebih, buat la poco2. Habis cerita.
    Ada di antara pemberi komen tu kita boleh baca isi hatinya yang mereka benci segala-gala yang popular. Mereka benci melihat ramai orang menari poco2 dengan gembira. Bengkak aje hati mereka. Sebenarnya mereka mahu semua orang bersedih macam mereka. Atau mungkin sebab tak diangkat jadi pengerusi tarian poco2, itu yang bengkak hati tak surut2 tu! Yang jenis ini Dato’ Siti Nurhaliza pun dia benci sebab orang ramai memuja Dato’ Siti.
    Pas tu, pasal bini lewat balik rumah pun nak diceritakan di laman ini ke?! Nak haramkan poco2?! Dasat! Pasal dia bermasalah dengan bini dia, habis benda yang tak bersalah nak diharamkan! Kalau bini dia tak menarikan poco2 tapi menari zapin, inang, rumbha atau caca, agaknya semua tarian tu nanti jadi haram sebab bini dia lambat memasak untuk dia! Tak terfikir ke dia yang isteri dia seronok ikut menari poco2 sebab isteri dia menyampah balik cepat! Di rumah dia jadi orang suruhan. Bini dia pun bekerja; penat jugak! Tapi dia fikir dia aje yang penat, nak disediakan makan minum untuk dia! Pergi le beli makanan untuk isteri pulak! Mereng betul!
    Yang tak betul ialah orang yang tak tahu hargai masa, bukannya tarian yang lemah lembut dan boleh diikuti oleh semua golongan manusia tu! Mereng tak sudah!
    Masalah betul bila dihantar anak2 pergi sekolah belajar membaca dan menulis tetapi tak diajar membuat pertimbangan yang saksama!
    Saya harap laporan TIZY tu betul dan dia tidak main-mainkan kita. Ada kewajarannya dalam laporannya itu. Banyak tarian Melayu sendiri yang membentuk salib, kalau otak dah tak centre dan memandang tarian itu semua bidaah dan entah apa2 lagilah. Maklumlah, orang wara’ katakan. Semua tu tak elok, tak betul dan tak boleh! Apa yang boleh agaknya?
    Itu beras tu, nak haramkan ke tak? Orang Jepun guna beras buat arak. Orang Sabah pun! So, beras tu haram?
    Ikan pekasam tu tak haram ke? Itu bangkai tu tapi bukan main ramai yang cari, goreng dan baham! Termasuklah yang alim2!
    Tapai tu, fuh sedap ooo! Tapai tu bila dah cukup masak, air atau juicenya bukan main manis. Bila minum 2-3 gelas, rasa pening2! Syok tau! So, tapai tu haram? Atau beras pulut tu haram sebab ia boleh dijadikan arak!
    Aduhai muslimin dan muslimat sekelian, sudah2lah membuang masa membincangkan perkara yang tidak nampak haram tapi nak tunjuk pandai lalu melabelkannya haram! Lalu dikoreklah segala kitab dan hadis untuk menguatkan hujah! Tapi kalau tak pernah belajar tafsir al-Quran dan hadis, simpan ajelah pendapat anda semua. Seperti yang dilaporkan oleh TIZY, JAKIM kata tak nampak pon Kristiannya tarian itu!
    Bila kita menarikan poco2, kita tak disuruh menderam memuja dewa2 dan sebagainya seperti orang2 yang melakukan yoga! Senikata lagunya pun lemah lembut memuja seorang wanita dengan cara yang tidak keterlaluan. So apa yang bengkak sangat hati masing-masing ni?
    Orang Hindu ramai yang duduk makan secara bersila lalu… Jeng! Jeng! Jeng! Maka haramlah bagi semua orang Islam duduk makan secara bersila! Begitu? Adus! Apa nak jadilah dengan orang Islam ni agaknya? Begitu sekali phobianya dengan orang lain!
    Majlis Fatwa pun dah menyatakan bahawa minyak wangi yang mengandungi alkohol itu tidak haram! Mengapa? Carilah sendiri! Bagus hujah2 yang pihak cerdik pandai agama tu berikan. Bacalah dan fikir2kanlah sendiri!
    Kita sebenarnya tidak boleh naik kereta, bas, apa2 saja kenderaan malah basikal pon! Itu semua dicipta oleh orang bukan Islam. Mereka naik kereta ke gereja, naik kapalterbang ke Rome untuk naik haji bagi yang Kristian. Naik kapalterbang ke India untuk mandi di Sungai Ganges! So, kenderaan itu semua haram sebab orang bukan Islam menggunakannya untuk upacara keagamaan mereka?
    Aduh! Wahai anak bangsaku, cukup2lah kamu ditindas mindamu oleh musuh Islam. Mereka mahu kita sentiasa mundur! Tak sedar lagi ke? Bila kita kata semuanya haram, kita tak akan keluar kampung! Kita akan berkurung di dalam rumah sendiri untuk mengelakkan dari mengikut cara orang bukan Islam! Akibatnya, kita ketinggalan dalam serba serbi ilmu dan kemajuan.
    Di zaman dahulu, orang2 fanatik kata jangan belajar di sekolah Inggeris; itu sekolah orang kafir! Nanti anak2 Islam semua jadi Kristian. Betul ke?
    Setelah berpuluh tahun anak orang lain belajar di sekolah Inggeris hingga melanjutkan pelajaran ke England dan sebagainya, balik jadi pegawai, lawyer, accountant, jurutera, pilot dan sebagainya dan memegang jawatan2 penting di negara ini, barulah ada anak orang Islam yang masuk sekolah Inggeris. Sudah ketinggalan jauh!
    Isy! Malasnya aku nak menulis lagi. Sedih! Betul2 sedih dengan nasib orang Melayu yang tak habis2 tercicir! Sikit saja dipermainkan Yahudi dan sebagainya, orang Islam Malaysia, Bangladesh dan Pakistan jadi kelam kabut, kucar kacir! Ada yang sampai sanggup merusuh! Mati! Mati syahid ke? Betul ke? Apa kriteria yang boleh dikategorikan mati syahid dalam masalah salah faham dan bertindak melulu ni? Siapa yang nak tanggung anak bini yang ditinggalkan? Atau ibu tua di rumah tu? Entah ya entah tidaklah mati syahidnya tu.
    Berbalik pada isu poco2 ni, kita ambil ia sebagai bahan penghibur dan untuk senaman. Tentang kononnya tarian itu membentuk salib, biarlah orang yang otaknya hyper aktif untuk menghayatinya. Kita menari ajelah secara sederhana. Jangan keterlaluan, jangan bercampur lelaki perempuan, jangan lupa rumah tangga, sudah!
    Aku pun dah buat benda haram menghadap komputer berjam-jam lamanya ni. Dah jom kita gi surau ke masjid ke kita sembahyang tahajjud dan sebagainya dari tengah malam sampai dekat subuh. Ait! Nampaknya ada yang dah mula nak beri excuse! Tak dapat ikut serta! Hmmm… macam tu le kita semua ni… Islam angin! Kalau Islam jati, dah lama dah ekonomi negara ni dipegang oleh orang Islam! Macam Pasar Besar Kota Bharu dan Pasar Siti Khatijah! Di situ kita lihat contoh orang2 Islam yang berjaya! Malah di bandar Kota Bharu sendiri, lihatlah berapa banyaknya kedai2 orang Islam; dalam apa bidang pun semuanya ada orang Islam ceburi! Terasa bangga sungguh. Bukan sebab nak berlawan dengan yang bukan Islam tapi melihat bukti di depan mata bahawa orang Islam boleh maju kalau betul2 berusaha, cekal dan gigih! Cubalah cari keadaan macam itu di KL, Putrajaya, Selangor, Melaka dsb. Melayu setakat jual makanan dan jual sayur boleh le. Habis tinggi buka kedai jual buku agama! Kat mana silapnya?
    Orang Kelantan tak buang masa berbahas tentang halal haram mak yong, menora, dikir barat dan sebagainya. Mereka bekerja pagi sampai petang. Kalau malam ada mak yong, diorang pergi tengok. Kalau ada dikir barat, diorang bawa tikar pergi tonton. Tapi esok kerja tetap kerja. Tapi kat Melaka, dapat gaji kerja kilang aje terus terpa kedai Magnum, Toto dan sebagainya. Nak kaya segera! Bukan Cina, bukan India, tapi… Sampai mati pun di tahap itulah kehidupan mereka! Ada sawah dibiarkan tumbuh semak samun sampai nak jadi hutan! Orang Siam kat Tumpat ada sawah hanya beberapa petak tapi sepanjang tahun ada saja tanaman. Tengah malam terang benderang disuluhi lampu letrik yang menggunakan generator untuk mereka membaja, merawat sayur2 dan memetik hasilnya. Pukul 4 pagi dah hantar berbakul-bakul sayur ke stesyen Keretapi Tumpat. Nak hantar ke Tanah Merah, Kuala Kerai dan Gua Musang. Kiralah sendiri pendapatan mereka! Orang Islam? Berbahas pasal poco2! Siang malam!
    Isy! Dah jauh pulak pergi cerita aku ni! Almaklumlah, perasaan tertekan dan terpendam selama ini melihatkan orang2 sebangsa dan seugama tak maju2! Di tanah air sendiri lak tu! Kaum lain, bangsa lain, agama lain dah sayup jauh ke depan, maju dan berbahagia.
    Saudara2ku, duit tu penting! Kekayaan itu penting untuk menjaga agama kita! Lihat sajalah di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan banyak lagi. Mengapakah orang2 Islam ditindas? Bangsa apakah yang memenangi peperangan di sana tu? Sebab apa? Sebab mereka kaya! Dengan kekayaan mereka boleh beli segalanya dan memenangi peperangan! So, lupakan pasal poco2, persiapkan diri untuk menawan ekonomi negara! Lepas tu boleh le kita berbincang pasal poco2 semula!
    Wassalam…

  17. RockStar

    ape salahnye? xde yg haram ttg tarian poco2. yg ttg bentuk salib tu, pesal nak mrh lak? What does the concept of 1 Malaysia apply to YOU? kite kan spttnye saling menghormati kaum/agame lain. xyah la nak komen sal agame kristian pulak. haiz… narrow-minded people.

  18. labu

    salam semua….
    sy tidak memihak kepada mana2…. cuma soalan sy d sini … betul ke poco2 ni senaman? pada pendapat sy klu setakat nk ke kiri – kanan – depan – belakang, dapat apa? senaman utk bahadian mana? nk kuruskan badan? camtu je….? selama sy bersenam kt Polo Ground…, apa yg sy nampak kumpulan poco2 yg ada tu camtu gak… x de pon yg dh kurus….. depa bangga…. pakai seluar ketat, baju ketat… dok menari atas pentas tu…. para suami… tengok2lah bini anda tu…..( semuanya melayu )

  19. aku

    poco-poco asal filipina bukan indonesia bro. Tapi tarian nie dipopulerkan oleh orang KRISTIAN Indonesia. anyway gua orang Jawa Pontian johor. memamng negara kita maju but semua etnik dance “MELAYU” kita semua asal dari INDONESIA. EVEn kita melayu pun asal sana..PEace.

  20. aku

    Melayu pun asal dari indon bro…Mana ada melayu tulen kat malaysia. Selidik dulu bro..Jawa di johor dan selangor. Bugis di johor selangor and pahang, Acheh di kedah, Rawa di pahang dan perak, minang di negeri sembilan. Mana melayunya?? Mengikut thesis yang duibuat hanya melyu kelantan sahaja asal di semenanjung nie. Yang salain semua berasal dari kepulauan INDONESIA. PM kita bugis CICIT sultan hasanuddin di sulawesi. Baca sejarah then you’ll know what is malaysia. bacalah sejarah SRIWIJAYA dan MAJAPAHIT. Asal MUasal MELAYU di PALEMBANG SUMATERA. Aku tentunya kturunan JAwa tengah sebab moyang aku orang jawa dari jawa tengah. Tanyalah orang JOHOR pasti ada JAWANYA.

  21. haram @ tak semua tergantung kepada orang yang mengerjakannya. kalau dah melampau memang salah mana2 agama pun. jadi tak paya la nak buang masa pasal tarian poco2 ni k,

  22. su

    salam….
    alau dikatakan halal atau haram memang bukan hak kita menentukannya,tapi kenapa perlu poco2?untuk senaman?riadah?rasanya banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan…..bukankah muzik dan lagu yang dimainkan semasa menarikan poco adalah melalaikan?berhibur memang tidak salah selagi tidak bercanggah dengan hukum…fikir2kanlah! kalau dah bercampur lelaki perempuan,ditarikan dihadapan lelaki??????bukan saja poco2,tapi mana2 yang melalaikan,memang haram

  23. sabrina

    poco-poco adalah tarian dari Indonesia, bukan filipina. bahasa yang digunakan dalam lirik lagu pun menggunakan bahasa manado, sulawesi utara indonesia.
    dalam bahasa manado “ngana” bererti “kau”
    “kita” bermakna “saya”
    “poco-poco” bermakna “tubuh yang berisi/montel”
    “pusing” bermakna “pening”

    untuk gerakan tarian, mungkin serupa dengan gerakan tarian filipina. Saya juga pernah dijemput oleh kawan saya yang berasal dari afrika dan mereka mempunyai tarian yang gerakannya juga hampir sama dengan poco-poco tetapi lagu berbeza.

    saya yakin orang filipina pun x kan faham makna daripada lagu poco-poco sebab bukan berasal dari negara mereka.

    just want to correct this info sebab saya daripada manado lah..I understand 100% language.

  24. sharifah kharidah binti syed abdullah

    salam … tpi kte kne ikt niat .mse mnri 2 jgnlah terigtkan salib 2. niatkan lah nk snmn ke or suka ria.

  25. lu fikirlah sndri

    salam..tpi kne ikt niatlah.mse mnri 2 jgnlah terigtkan salib 2.niatlah 4snmn ke 4 suke2. but i am not sblh kan negra org

  26. lalala

    it just dance..aku menari tak de fikir mcm tu..kalau mcm tu haram ja lah penggunaan huruf “t”..tu cross..pelik!

  27. u all ketinggalan zaman ke? atau masih diracuni dakyah yahudi… ikutilah pekeliling terkini jabatan agama islam perak bertarikh 28 februari 2011 yang dikeluarkan oleh mufti perak. tarian poco dahpun diHARAMkan.beursurkan pemujaan di jamaica dan pergerakannya berbentuk salib. jangan terlalu asyik nak berseronok kita bedal saja apa datang..fikir fikirkan. kalau cakap mufti kita tak mahu terima, kita nak dengar cakap sapa? psderi? rahib? sami? tepuk akidah tanya iman….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.