Sedarkah Kita Melakar Hari Ini Untuk Hari Esok?
“Musyris nak jadi apa besar nanti?” Tanya cikgu. Jawabku “Nak jadi saintis, cikgu”. Itulah jawapan biasa jika soalan ditanya pada budak sekolah rendah. Selain saintis, kerjaya pilihan masa kanak-kanak ialah polis, askar, bomba, dan cikgu..betul tak? Adakah itu pilihan kita sebetulnya?
Ikutlah apa jawapan masa kecil, yang penting apa pilihan hati kita bila kita mula kenal erti kehidupan sebenar. Mungkin kita masuk matrik jurusan sains sebab ramai kawan pilih sains padahal hati kita suka perakaunan.. Nampak tak kita dah melakar masa depan yang bukan kita impikan? tapi kalau mak ayah suruh pilih tu nak wat macamana..
Bila dah habis matrik, kita pening pulak nak pilih U mana nak masuk. Kalau result gempak tu bolehlah pilih U yang best kan? Tapi kalau result kita lemah sebab kita amik jurusan sebab terpaksa tu macamana pula? Sekali lagi kita melakar masa depan yang bukan kita impikan, tapi tidak semestinya ianya masa depan yang teruk.
Bila masuk U, kita mula mencari kawan. Jika kawan kita kawan yang baik takpelah, macamana jika kawan yang lahabau?? Kawan yang ajak ke arah keburukan? Sekali lagi kita dah melakar masa depan tanpa kita sedari.
Ok..tu contoh je nak bagi..tapi kesinambungannya, jika kita dah dapat merancang untuk hari ini, maknanya kita merancang untuk esok juga. Jika hari ini kita pilih jurusan sains, maknanya peluang kerjaya lebih ke arah sains dan kejuruteraan dan seangkatan dengannya. Begitu juga jika pilih jurusan perakaunan, kerjaya kita pasti kearah pengurusan dan akaun nanti.
Jika hari ini anda telah mula terlibat dengan pembinaan website, tak mustahil satu hari nanti anda mungkin terjebak ke kancah affiliate, PPL, atau sebarang cara penjanaan wang di internet juga. Sebab itu yang terjadi kepada saya.. Minat dengan website sejak sekolah menengah lagi (bermula dengan belajar sikit2 ngan member) membawa saya ke pada pembinaan laman web percuma.. Seterusnya membeli domain dan hosting. Selepas itu menjadi reseller web hosting. Melompat 2-3 syarikat web hosting untuk menjadi reseller. Dan akhirnya kini mempunyai server dan syarikat hosting sendiri.. 🙂
Jadi, apa kejadah ko membebel ni wanmus???
Saya cuma nak cakap yang, jika anda nak menjadi doktor, mulalah membaca tentang kesihatan hari ini. Jika nak jadi arkitek, biasakan diri melukis. Jika nak menjadi usahawan, mulakan menjual secara kecil-kecilan atau part time.
“Pengalaman bukan guru terbaik tapi satu-satunya guru”
21 August 2009
Masa 3:37 am
hehe. seronok baca artikel ni.
betul apa yg bro cakap tu. nak jadi sesuatu, kenalah berusaha untuk jadikan ia realiti! =D
21 August 2009
Masa 10:10 am
@alone: thanks bro. kekadang kita tak sedar apa yang kita buat hari ini, tapi kita banyak mengungkit sebab hari semalam.
04 September 2009
Masa 8:21 pm
Ye.. kita hari ni ialah apa yang kita dah lakukan semalam.. tima kasih
04 September 2009
Masa 11:35 pm
@enemdy: dan hari esok ialah apa yang kita dah mulakan hari ini
07 February 2011
Masa 3:25 pm
so untuk berjaya fikirkan tentang kejayaan itu betul tak?Dan mulakan dengan tindakan yang dirancang.
07 February 2011
Masa 3:27 pm
plan + usaha + tawakal = kejayaan
07 February 2011
Masa 4:22 pm
kita perlu brsedia utk mghadapi hari esok..
brusahalah utk mncapai ssuatu prkra tu..
07 February 2011
Masa 4:32 pm
hari ini akan jadi sejarah tapi esok belum tentu lagi kerna belum tentu hidup atau tidak kita nih
20 February 2011
Masa 11:46 pm
Saya masa sekolah rendah, bercita-cita nak jadi Doktor. Tak sanggah, sekarang nih jiwa saya lebih kepada pertanian dan perniagaan.