189 Comments

Page 1 of 4 Next →
  1. pelik jugak. dah tahu tarian daripada indon tapi jadi tarian rasmi negara malaysia. tentang pasal bentuk salib tu, aku no komen. tak tahu pun asal usul tarian ni.

    yang pasti, kenapa negara malaysia yang sememangnya lebih maju daripada indon amik tarian diorang untuk jadi tarian rasmi. ini yang penting sebenarnya menjadi persoalan. hee..

    walau apa pun, semuanya atas niat kita. kita ubah sikit tarian tu supaya tak nampak macam berbentuk T (atau salib). jadi aku rasa tak salah untuk buat tarian ni. klau kita ikut 100% macam tarian poco-poco yang berbentuk salib tu, maka bagi pendapat aku, salah lah.

    kalau tak tahu apa2, kita tak salah. kalau dah tahu, kenalah ubah kan.
    tak gitu wanmus? 🙂

    p/s: tak tahu pulak rupanya jomhosting.net tu wanmus punya.. hee.. tahniah bro..

  2. tarian berhantu ni sbb tu smpai skrng tarian ni masih digemari ramai. huhu.. (joking je). actually, pernah gak dgr yg tarian poco2 ni haram (tahun lps lg) tp memandangkan ianya masih tak sahih samada fakta tu betul atau tak, aku no comment cuma memang dah tak follow lg tarian ni..

  3. @baloot: yup. memang pelik.tapi kalau ubah takpelah kot. kalau dah tahu, baik tinggalkan. Thanks bro 🙂

    @Zon Artis: sama-samalah kita berfikir yang mane terbaik, betul x bro?

    @alone: amar makruf, nahi munkar

  4. hanafi

    apa pun kita kena silidik dulu asal usul sesuatu perkara tu adakah ianya datang dari musuh Islam. Sekiranya benar apa yang dikatakan sepatutnya ianya tidak diamalkan di negara Malaysia yang majorotinya beragama Islam

  5. kikien

    aku penah wat tarian nih. n ble piker alek, step dye mmg m’bntuk tnde salib.

    mngkin de yg kate,ikot niat la.

    klau nk snman myb bley.

    but cbe pker alek.

    mcm yoga.d fatwa kn haram.

    sbb de unsur2 hindu.

    same la ngn poco2 nih.

    ta leh tolak tepi.harus d pndng siyes.

  6. Tak tentu halal haram, dan buat keputusan membuta tuli.
    Sama la macam kes minyak wangi beralkahol, ramai jadi pak turut mengikut je tak pakai minyak wangi yang ada alkahol, padahal ianya dibolehkan. JAKIM dah siap bagi keterangan.
    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/be3fb58b35f68a150025736b00163a5e?OpenDocument

    Sekarang keluar lagi isu yang seakan2 serupa.

    Orang Melayu kita suka jadi pak turut, dan informasi kalau boleh semua nak disuap. Kenapa tak proaktif untuk cari maklumat dahulu?

    It’s just a dance la.

    Buat penyelidikan dahulu…. baru buat keputusan, bukan orang lain yang sesuka hati buat keputudan untuk kita.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Line_dance

  7. @tiputapibenar: aduss…harap paham ye dengan tanda soal tu.maksudnya satu pertanyaan yang belum ada kepastian lagi. saya tulis post ni untuk berkongsi tentang pandangan yang saya dapat.so sapa2 tahu tentng kebenarannya, silalah reply..

  8. ummi

    sayalah org yg paling gumbira kalau betul keluar fatwa tarian ini diharamkan..tak tau apa yg syoknya tarian ini yang dok di tergila2kan sgt oleh mak2 datin dan kakitangan kerajaan khususnya..saya isteri pegawai kerajaan yg memang membenci budaya ini. Sebab kegilaan mereka terhadap tarian ini sampai ke satu tahap kita yg tak berminat utk join (ada yg tak reti atau segan sbb kadang2 bercampur jantina) dipulaukan.
    Saya amat2 berdoa ianya diharamkan

  9. dari segi hukum saya tidak pasti halal ke haram. biar orang yg pakar dan arif yg menentukan.

    tetapi apa yg ingin saya kongsi ialah tentang sedikit penyelidikan yg saya buat tentang tarian poco-poco ini. sewaktu bertanya Mr Google tentang asal usul poco poco dance, saya amat tertarik tentang apa yg saya jumpa di http://books.google.com.my/books?id=_lmFzFgsTZYC&pg=PA356&lpg=PA356&dq=poco-poco+dance+origin&source=bl&ots=N6LrrpSqn8&sig=pZIF17pkNqmEr1P49V2vBArNaPE&hl=en&ei=48WWStDCCMyJkQXQr_i4DA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=10#v=onepage&q=poco-poco%20dance%20origin&f=false

    ia merupakan satu bentuk cult di jamaica yg bercirikan Afrika dan agama Kristian. mereka menari mengikut bulatan berlawanan jam diikuti gendang khas. memang bentuk tarian yg berasal dari indonesia atau yg dibuat di negara Malaysia berlainan tetapi kesamaan perkataan cuma berbeza dari sebutan dan ciri-cirinya yang perlu diberi perhatian.

    tidak mustahil tarian poco-poco yg berasal dari indonesia itu yang ditiru di Malaysia adalah jelmaan atau diolah dari POCOMANIA dari jamaica tersebut.

    wallahua’lam

  10. Kalau nak kata ia membentuk salib dan sebab itu ia haram, pandangan ini tak kukuh langsung! Ada banyak lagi tarian lain, silat pun langkahnya lebih kurang sama iaitu 4 penjuru. kanan kiri depan dan belakang. Ia mungkin hanya kebetulan…

    Menghalalkan perkara yang haram dosa besar hukumnya. Mengharamkan benda yang halal pun haram hukumnya. Kita bukanlah orang yang berhak menjatuhkan hukum. Jika tau akan propaganda yang dilancarkan oleh orang kafir untuk merosakkan kita, maklumkan kepada majlis bekernaan untuk ditetapkan hukum. Jangan jatuhkan hukum sendiri pengikut pandangan kita sahaja. Ia perlu dikaji dan disiasat.

    Namun, sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain.

    Saya tidak menyokong tarian Poco-poco atau sebarang tarian lain. Kerana ia mengundang kelalaian, apatah lagi dengan tarian oleh wanita-wanita yang begitu menggoda. Ini jelas haram hukumnya. Tidak perlukan dalil lagi melainkan tarian itu hanya dilakukan dirumah, atau berasingan lelaki dan wanita.

    Namun, untuk menjatuhkan hukum tarian Poco-poco adalah haram secara total bukanlah hak saya atau hak anda. Sekadar email yang tiada bukti sahih, bagaimana kita boleh percaya? Pun begitu, apabila kenyataan itu dikeluarkan, kita perlu berhenti melakukannya kerana ia mula menjadi sesuatu yang tiada kepastiannya. Apa yang boleh kita buat ialah menunggu penetapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan!

  11. Alhamdulillah..makin ramai terbuka bab ni..saya sekli lagi nak menegaskan yang saya tak sesekali mengatakan poco-poco itu haram atau halal..ia hanyalah sekadar berbincang. dan harap tiada orang buat hukum melainkan yang telah dipersetujui majlis syarak

  12. afar1405.blogspot

    salam

    saya nak mintak izin ambil artikel tarian poco2 untuk blog saya.mg akan dimanfaatkan bersama…terima kasih

  13. salam
    saye pn baru je dapat sms pagi ni yang kate poco2 ni haram..anyway btul jugak yg kate kite ni kan malaysia.kita ada budaya kita.kate “satu malaysia” sangat. So, mane “satu malaysia” yang dicanang2kan tuh..

  14. @zwitterion: bukan masalah 1 malaysia, cuma kalau betul ianya bertentangan ngn Islam, benda ni perlu dihentikan tapi sehingga sekarang tak ada fatwa apa-apa lagi

  15. Diela

    Salam buat smua saudara… hmmm.. isu yang dibangkitkan sangat menarik perhatian… Saya sendiri smalam menyaksikan tarian poco2 ni diadakan.. tapi ini saya nak bagi satu pendapat yg datang dari saya secara ikhlas bukan secara paksaan.. jika ia bersudut baik maka baiklah untuk pengajaran dan pengetahuan kita smua.. apa2 pun yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik serta daif itu datang dari pemikiran saye sendiri yang kurang arif tentang hukum Halal Haram sesuatu perkara

    Berbalik kepada isu POCO2… sebanarnye kalo kite pandang dari sudut kesihatan maka ia jadi satu senaman.. kalo kita pandang dari sudut spiritual dan keagamaan maka jadi lah ia sebagai satu agama.. Perkara berkaitan “apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu” saya rase kurang tepat dengan poco2.. Kalo kita nak ambil pendekatan sebegini kite harus mulakan dari smua sudut.. termasuk penggunaan huruf ‘t’ dalam penulisan kite seharian yang terang2 dan jelas melambangkan simbol satu agama. Penggunaan simbol ‘+’ sebagai tanda campur dalam pengiraan juga perlu kite ambil kira.. begitu juga dengan simbol ‘+’ di setiap hospital dan sebagainye.

    Sejarah membuktikan peradapan bangsa manusia itu dimulakan oleh bangsa Islam yang ade cara untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahase dan penulisan dalam penggunaan tulisan jawi yang sememangnye tidak ade langsung simbol ‘t’. Bangsa Rome juga mengadaptasi pengguaan huruf2 abjad yang berasal dari tulisan jawi kemudian diolah menjadi tulisan roman sekarang.

    Persoalannye sekarang.. kenapa kita tidak menggunakan simbol pengiraan org islam yang memang telah terbukti dari zaman peradapan manusia? kenapa kita tidak menggunakan simbol pengiraan yang lain. Ada seorang sahabat berkata kepada saya “cubalah buang simbol ‘+’ dalam pengiraan harian kalau saya boleh buat” Orang cina masih membuat kira2 dengan bersimbolkan pengiraan mereka dan tidak memerlukan kakulator elektronik yang ade simbol ‘+’ yang ade cume manik2 yang boleh digerakkan tapi mereka masih boleh mengira dengan baik. Begitu juga dengan orang jepun dan masyarakat India. jadi tidak ada isu kite tidak dapat elak dari menggunakan simbol ‘+’ dalam penguraan kerna kite masih ade tulisan jawi dan kaedah pengiraan dalam Islam.

    Jjadi isu “apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu” dah lame kite praktikkan. kite membenarkan penggunaan huruf ‘t’ dalam penulisan. Kita membenarkan penggunaan simbol ‘+’ dalam pengiraan. Kita membenarkan pengunaan simbol ‘+’ di hospital, ambulan, kotak kececemasan dan banyak lagi… cube kite fikir simbol ‘+’ yang digunakan dikemah2 pelarian orang islam.. Sunggunh menyedihkan bukan? ketara seolah2 saudara kita yang menjadi perlarian itu berlindung disebalik agama kristian… dan memang seantero dunie tahu bile kenderaan berhuruf ‘+’ dan kemah bertanda ‘+’ tidak boleh diserang kerana simbol ‘+’ dah lame mendapat kekebalan dalam sistem peradapan manusia…

    Jadi isu yang dibangkitkan disini perlu di halusi oleh mereka yang arif. Ye benar Yoga diharamkan kerana ada pergerakkan yang digunakan dalam yoga itu menyamai bentuk lentuk tubuh badan tuhan orang hindu dan juga diamalkan dalam kebayakkan tarian ketuhanan mereka. jadi memang jelas ia menyamai pemujaan dan spiritualsesuatu agama. Tapi Poco2 ini kita masih belum jelas lagi dimana asalnye dan untuk tujuan apa. kalo betul tarian poco2 adalah tarian pemujaan orang kristian jd wajiblah kita sama2 tinggalkan. kalo ia sekadar senaman tidak salah rasenye kite praktikkan untuk jutuan kesihatan. saye setuju dengan pendapat seorang dari saudara kite disini yang mengatakan langkah dalam silat juga ada pergerakan tersebut tapi ia disusun bagi mematikan langkah musuh dari setiap sudut. jadi ia lebih kepada senaman dan seni mempertahankan diri yang kebetulan pun ade pergerakan yang mengambil empat sudut tersebut. jadi wajarkah kite menghentam copo2 hanye kerana pergerakkan ia mengambil empat sudut? kurang wajar kalo hanye itu alasannya tetapi adalah WAJAR UNTUK KITA SMUA HENTIKAN SEKIRANYA COPO2 ADALAH SATU TARIAN PEMUJAAN BAGI SESUATU AGAMA… sama2lah kite siasat kesahihan tentang hal tersebut. Wallahu’alam

  16. Baru beberapa hari lepas tahu bab tarian Poco2.. ni Ada nampak juga ‘T’ tu, tapi jika diubah sedikit kemungkinan boleh. Minta Dance Teacher upgrade sikit.. tak gitu?

  17. Diana

    satu info yg agak baru ..

    tapi kan, kalo tgk la kan, bukan membentuk salib atau T, dia membentuk huruf L.
    kita ke kanan 2 langkah, ke kiri 2 langkah..dah berbalik ke titik mula.. kemudian ke belakang dalam 4-5 langkah, .. jadi lah huruf L terbalik kalo buat 1 set…
    tp ni cara yg saya belajar la..tak tau la kalau ada cara lain..

    wallahua’lam…arap2 dpt jawapan..moga ada yg dapat sahihkan ..

  18. budi

    Sebetulnya yang haram tuh bukan tariannya tapi sifat manusianya…… apakah meniru/mencontoh/mengakui milik orang lain itu bukan haram juga …… makanya jangan sering2 mengakui milik orang lain…… berkaryalah sendiri….. jadikan logo dan icon sendiri untuk bangsa dan negara mu…..

  19. Kenny

    Salam Sejahtera:
    Saya baru membaca kisah tarian Poco-Poco dalam pelbagai Website.Disini saya sebagai seorang manusia biasa,sama seperti anda mempunyai pandagan atau pendaoat saya sendiri juga.
    Dalam dunia kita ini,terdapat berbagai-bagai jenis Tarian seperti Disco,Tango,Cha-Cha,Rumba,Jess,Mambo,dan banyak lagi.Dan dalam masa beberapa tahun ini,terdapat tarian LINE DANCE yang mana dimendapat sambutan orang ramai di Malaysia khasnya orang-orang Cina,Melayu dan India.Tidak lama kemudian,muncul pula tarian Poco-Poco yang mana saya tahu ianya datang daripada Indonesia dan lagu untuk Poco-Poco ini yang sangat popular iaiatu Poco-Poco daripada Yopie Latul,ciptaan Arie Sapulette daripada Indonesia,boleh dikatakan 95% instrucur di Malaysia gunakan lagu itu untuk mengajar tarian Poco-Poco.Dan lagu tersebut tidak ada menyentuh tentang agama atau bangsa.Dan untuk pengetahuan tarian Poco-Poco di Malaysia kebanyakan hanya membawa pergerakan senamrobik biasa iaiatu double step tauch ke kanan dan patah balik ke asal,lepas itu 1 atau 2 langkah ke belakang dan patah balik asal lepas itu pusing ke melawan jam dan buat balik seperti tadi.Dan kalau kita kaji betul-betul,ia sebenarnya bukan bentuk + atau salib,ia adalah bernentuk L yang kemudiannya bergabung.Dan dalam pergerakan L tersebut ada bermacam-macam pergerakan campuran lagi menjadikan ia lebih menarik.
    Dan saya disini inggin menjelaskan bahawa kalaulah kita buat tarian apa pun,ia tidak ada sentuh bab ugama atau bangsa,ia semata-mata untuk senamam yang boleh mengeluarkan peluh dengan berpakaian sesuai yang tidak menyolok mata,maka ia tidak HARAM.Lagipun dalam banyak tarian-tarian yang terdapat dalam dunia ini termasuk negara kita,ada kadangnya berbentuk + juga kerana tarian tersebut terpaksa memutar begitu dalam satu ketika.Walau bagaimanapun kalau ada bukti yang katakan tarian Poco-Poco itu Haram,ia harus di putuskan oleh kerajaan dan Jabatan Ugama,harus kita ingat “MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM-DOSA BESAR HUKUMANNYA.MENGHARAMKAN BENDA YANG HALAL PUN HARAM BESAR HUKUMANNYA.

    Sekian terima kasih.

  20. Salam..Asas pengharaman biasa diletakkan pada dalil dan nas yang kukuh dan nas yang kukuh biasanya terletak pada isu akidah…Dalam hal ini isu akidah cuba diketengahkan dan saya cuba memberikan pendapat saya

    Bagi menjawab persoalan syirik, syirik ialah menduakan Allah. Dalam tarian poco2, tiada iktikad atau niat atau perbuatan yang jelas(seperti membuat cross di dada) yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh syirik.

    Malahan pada saya harus menari tarian ini kerana tarian ini cara menarik bagi menggalakkan semua orang pada setiap golongan untuk bersenam….Berlainan dengan yoga yang mana ritual yoga itu sendiri mempunyai pendekatan berbentuk ketuhanan, yang mana yg ini baru dikatakan berkait dgn akidah.

    Menjawab persoalan ini, saya menjawab persoalan yg dicetuskan dgn beberapa qias. menjawab persoalan tarian itu digunakan semasa sembahyang org kristian, adakah penulis pasti bahawa tarian itu adalah cara mereka sembahyang? Atau tarian itu cuma seperti choir yang mencukupkan masa mereka di gereja? Jika demikian, saya ingin mengambil qias lilin di gereja…lilin popular digunakan di gereja, dan lampu tinggi(yg tergantung pada ceiling) juga dimulakan di gereja..Tetapi lilin dan lampu gantung digunakan secara meluas oleh orang Islam dan di masjid2,mengapa? Kerana tiada unsur akidah atau ibadah atau akhlak yang terlibat dengan penggunaan lilin, malah ia juga memberi faedah dan kebaikan kepada manusia. Jadi begitulah pendapat saya ttg poco2.kalau persoalan agama seperti ini timbul, saya rase penggunaan huruf T(cross) adalah lebih menyentuh isu akidah, dan bukan isu yg boleh dirungkai seperti ini. Jika kerana step itu ia haram, maka step itu boleh diubah..

    Dalam isu ini saya mengambil qias dalam isu muzik..Pada zaman jahiliah muzik merupakan satu medium yang membawa kepada kelalaian.Namun setelah Islam, Rasulullah tidak pula mencantas org2 Ansar untuk berhibur kerana Rasulullah tahu mereka suka berhibur dan Rasulullah merai’kan hiburan dengan mengubah cara hiburan itu sendiri..

    Jika hiburan yg dapat membawa kebaikan itu boleh dirai dgn cuma mengubah bentuknya, saya rasa poco2 lebih mendatangkan banyak kebaikan kerana ia satu senaman, dan ia boleh diubah cara perlaksanaannya..

    Ini berbeza dgn yoga kerana yoga adalah ibarat satu ritual…Wallahua’lam

    Saya bukan ingin membela poco2 cuma saya sedih kenapa kita terlalu mudah men”syrikkan” org lain sedangkan kita masih belum cukup ilmu ttg sesuatu…

    dan haram kepada sesiapa yang bercakap menegakkan suatu hujah tanpa dia punya ilmu ttgnya.Wallahua’lam

  21. salam semua..
    “dak mayuribaka ila mala yuribaka”
    maksudnya; tinggalkan apa yang meragukan kamu…ambillah yang tidak meragukan”…..

  22. Kamil Rashid

    “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan
    mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih)

  23. Kamil Rashid

    renung-renungkan lah.
    Sekarang ni pun, banyak perkara haram dijadikan halal, perkara halal diharamkan. Kiamat sudah hampir.

  24. izhar

    ermmmm..aku baru dapat e-mail pagi td pasal poco-poco nie…aku pun xpaham lah kenapa kerajaan kita suka wat tarian poco-poco jadi tarian rasmi..pasal poco-poco ni haram ke apa ke aku no komen..tapi yang aku tak suka bila hari selasa je mesti bini aku balik lambat sebab kene pakse menari poco-poco kat ofis dia disalah satu sektor kerajaan lah,..so bagi aku tak payah tunggu majlis fatwa nak haramkan atau tak ke…hentikan lah tarian yang melalaikan ni..ye la sampai bini aku pun terpakse abaikan makan minum aku sebab nak menari tarian b_d_h ni..mintak pihak berkenaan ambil perhatian secepat mungkin.

  25. haaa? sampai wajib macam tu sekali? baik dia wat senamrobik atau ajak membaca Al Quran dari menari macam ni..habis rosak semuanya kalau macam ni

  26. e-na

    salam pd sume yg baca…..
    sy slh sorg yg ikuti tarian ni..tp strt terbaca tentang HARAM ni, dh xjoin dance ni lg…
    tp seperti yg IZHAR kata tu, smpai mengabaikan mkn minum dia tu, tpulang pd individu tu gakkk…
    sy pon sbgai isteri alhmdulillah x abaikan tgjwb umhtga smata² nk lyn dance tu…so, jgn la slh kn dance tu ya….tu slh individu yg tbabit lor~~~
    maaf klo menyinggung psaan yg baca k…salam….

  27. apa pun kita buat, walaupun benda tu baik tapi bila dah terlupa tanggungjawab atau melampau2, benda tu jadi salah jugak..baguslah kalau awak kurangkan benda2 yang melalaikan

  28. spygdealer

    maleh nak komen lebih2 mana ada tarian yg halal dgn iringan muzik , kalau senaman tu lain la tapi tak leh dgn iringan muzik,
    jadi kesimpulannya semua tarian yg ada iringan muzik tu haram tak payah dok bahas le porabih boras je…

  29. tizy

    salam ni jawapan yg saya dapat drpd jakim

    Wa’alaikumussalam wrt.
    Memang tidak dinafikan bahawa ada dakwaan yang mengatakan tarian Poco-Poco berasal dari filipina dan menari mengikut salib. Ia berpunca daripada e-mail berangkai yang terdapat dalam inbox yang diterima oleh kebanyakan daripada kita.

    Hukum tarian secara umumnya adalah harus tetapi masih terikat dengan batasan-batasan syara’. Ini bermakna apabila salah satu batasan itu tidak dipatuhi seperti bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tidak menutup aurat, meminum arak, ada unsur pemujaan, meniru agama lain, melampau dan melalaikan, maka hukum tarian boleh berubah daripada harus menjadi haram dan berdosa.

    Mengenai dakwaan yang mengatakan tarian poco-poco berbentuk salib, pihak kami telah membuat kajian, dan hasilnya tidak terdapat sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan ajaran Kristian di dalam tarian tersebut. .

  30. Ada bnyak lg senaman yg ada.. Solat juga 1 senaman.. Ada 1 petua ni, seblum joging, amek wuduk pastu solat sunat 2 rakaat sbgai strecing dan diniatkan ikhlas kerana Allah swt. InsyaAllah badan sihat, otak cerdas, iman ‘power’..

  31. salwa hadi

    Salam buat semua. Yang haram apabila tarian ini dipertontonkan di khalayak ramai, bercampur lelaki dan perempuan. Bila kita melakukannya sebagai riadah dan tertutup dari mata-mata yang bukan mahram, rasa2nya bukanlah menjadi satu kesalahan. Jangan sampai leka meninggalkan waktu sembahyang. Jangan la waktu maghrib pun x reti2 nak berenti. Yang penting cara perlaksanaannya.

  32. Betul tue. Ia sememangnya cuma sesuatu tarian yang diamalkan untuk memenuhi fitrah jiwa manusia iaitu menyihatkan badan. Tarian ini mendapat sambutan mungkin kerana Step die yang mudah diikuti oleh semua golongan. Innamal amalu bin niatt. Sabda nabi. Apa2 sahaja amalan baik yang disertakan dengan niat adalah bakal diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. Jadi soal kita mengikut org filipina pnye tarian sebelum diowng smbhyang tue tak timbul. [Harap dapat kemukakan bukti sahih yg tarian nie dr filipina.] Asalkan kita buat tue untuk menyihatkan badan. Kok kita niat sbb nk buat cross(salib) barulah berdosa. Kalau orang kafir nak merosakkan akidah umat islam dah lama dah diowng buat dah~ Tapi yang pasti bukan dengan cara ini. Tambahan lagi bila kita bercakap tentang senam yoga, kita tak boleh nak samakan dengan poco2. Kerana ia diharamkan kerana kandungan spiritual yang diselitkan mencapai sesuatu tahap. Itu baru bertentangan dengan Islam kerana ia telah melampaui konsep khusyuk solat. Wallahua’lam harap perkara ini jelas JZK

    Yazir. 19 tahun.

  33. cuma tegur

    itulah manusia….sebenarnya kalau difikir2kan…apa yang ada pada lambang yang kita gelar ‘salib’ atau T atau t? kita cuma bermain dengan persepsi sahaja. ok. kalaulah kita anggap ianya ‘salib’…kenapa kita masih gunakan T atau t didalam kehidupan hari2? buang sajalah huruf itu dan juga setiap persimpang jalan yang menyerupai t (lampu isyarat)…semuanya berpunca dari akal dan hati…bukan hanya poco2 sahaja yang haram..filem lucah (dalam tpon) dan setiap pandangan kepada wanita dan lelaki yang tak menutup aurat tu tak haram ke?…sebab kita masih melakukannya…itu adalah pesanan dari Allah sejak dari dulu lagi kenapa tk buat? yang fenomena baru ini yang digembar gemburkan.pesan saya ..kita kena belajar bahasa inggeris kerana ilmu….bukan mengamalkan budaya inggeris…kan 2 perkara yang berbeza.
    nak bersenam …kita bersenam….hanya kalau wanita bersenam dikhalayak ramai ….. saya terima situasi itu dikatakan sebagai haram…..bergerak dan berfikir guna akal dan niat…wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.