Tarian Poco-Poco Haram?
Tarian poco-poco yang glamer sekarang ni ditarikan sebagai senam aerobik dikatakan haram..Betul ke? Tarian yang dikatakan berasal dari Indonesia ni rasanya ada je kat kursus atau program rasmi. Siap masuk TV lagi aritu. Tapi ada jugak kata bukan dari Indonesia..so dari mana?
Saya sebenarnya dapat satu email dari rakan sekolah mengatakan tarian poco-poco atau pocor-pocor atau pocoh-pocoh ini adalah haram sepertimana yoga yang difatwakan haram. Bacalah email di bawah ni:
Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
So, betul ke? sebab yang asal memang nampak sangat bentuk salib (pergerakan membentuk huruf t atau salib seperti video di atas tu), cuma yang edited tu dah larilah sikit (seperti video poco-poco oleh JKM tu). Tapi tak tahulah.. Apa pandangan korang? komen sikit kat bawah ni..
04 April 2011
Masa 9:21 am
Saya dari dulu lagi tak setuju rakyat Malaysia gunakan tarian poco-poco sebagai apa jua tujuan.Mengapa nak mencedok kebudayaan orang? tarian poco-poco berasal dari Indonesia,baru2 ini rakyat mereka begitu marah kerana Malaysia banyak mencedok tarian,kebudayaan dll kemudian mendakwa berasal dari negara ini.Adakah kita mahu bendera dan kedutaan negara dibakar dan diserang sekali lagi?Gunakan saja tarian yang berasal dari negara ini…habis cerita.
04 April 2011
Masa 10:47 am
xde nyer msuk neraka klu ikut poco-poco tu..huhu
04 April 2011
Masa 10:49 am
i totally agree with u
04 April 2011
Masa 3:02 pm
cuba jaga sensitiviti agama lain juga…sy bukan nk salahkn kawan2 semua tetapi pihak yg bertanggungjawab menimbulkn isu ini kena fikir lh….dh bertahun2 sy hidup beragama KRISTIAN tp x pnah pun org kristian buat tarian POCO-POCO dlm gereja. org jenis apa yg hantar mail ni??? FATHER? BROTHER? SISTER? BISHOP? cuba jawab…smpi dia boleh tahu apa yg berlaku dlm gereja… adakah ini utk membangkitkan kemarahan??? atau utk memecahbelahkan perpaduan rakyat? tolonglh…NAK TGGU SMPI JADI MACAM JIRAN2 ASIA KITA KE????
04 April 2011
Masa 3:26 pm
MY COMMENTS…
POCO2 DANCE HAS NO LINK WITH ANY SPIRITUAL OR RELIGIOUS ASPECTS, ITS JUST A DANCE!!!! TO ALL THOSE RELIGIOUS FANATICS, EXTREMISTS, STOP ARGUING…. YANG KELUAR DARI MULUT ITULAH YANG HARAMMMMMMMM…….
04 April 2011
Masa 4:53 pm
name kenny…ade masalah ke? xleh ke name kenny tp islam….
lagu pon xjd masalh sedap ke x asal xde unsur2 agama laen atau unsur2 negatif…
tp mmg betul la tarian di tmpt umum dngn percampuran lelaki perempuan tu salh…tp mcmane plak yg suke bwat tarian nie secare persendirian dirumah? salah ke…
klu sebb tarian ditmpt umum salah, senamrobik, tarian di kaca tv setiap kali ade persembhan dn laen2 turut patut diharamkn…kenape mufti xnk keluar kn fatwa sehati berdansa atau tarian setiap kali persembhan mcm nyanyian tu haram…lg bhaye tue, blh mnimbulkn syahwat, fitnah dn menjatuhkn maruah islam…nk sentuh pasal poco2 x confirm lg la plak…asal usul die…sape2 ade bukti yg btul2 sahih tlg share…
04 April 2011
Masa 5:06 pm
sodare…poco2 dari filipina atau paling awal dari jamaica..
ini bukan lagi kes maling-sia bro..
04 April 2011
Masa 6:18 pm
ini gara2 politik r ni nk pecah belahkan ppaduan rkyt..tul x?
04 April 2011
Masa 8:44 pm
i like to say :
what HARAM sure is HARAM.
http://wanmus.com/tarian-poco-poco-sah-haram.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+wanmuscom+%28wanmus.com%29
ngerti kamu?
atau nga ngerti? lo coba menafikan?
04 April 2011
Masa 8:50 pm
how a NEW HUKUM can be decided?
1-Al-Quran
2-Hadis
3-As Sunnah
4-Qias Ijma’ Ulama’
05 April 2011
Masa 12:42 am
Alah..kalo ikotkn haram,byk bnd kt m’sia nie org buat wlaupn haram trg2..
Pemimpin negara islam pn brslmn dgn p’puan bkn muhrim.pelakon bole brpelukan.siap bole ditonton oleh semua.
Yg poco2 nie plk p’puan bole joget2 tnjk kt laki.Trg2la hrm yg 2..kalo menari private laki p’puan xtaula hrm ke x..Sorila kalo terlari tajuk..
Ape2 pn aku mmg xsuke poco2 nie..
Yucks!!!
05 April 2011
Masa 1:07 am
Saya telah sampaikan yang mufti Perak telah isytiharkan poco-poco adalah haram. Jadi jika nak terima atau tidak, tepuk dada tanya hati tu..jangan kata tak tahu nanti sebab saya dah sampaikan..mufti Perak pun dah bagitau..jadi fikirlah..hukum agama bukan boleh dibuat tolak-ansur ye..wallahualam
07 April 2011
Masa 6:56 pm
poco-poco haram sbb pengasas xtian, what about other dances? breakdance, hip hop, reggae, punk dan ntahapahapalagitah sapa plak pengasasnya =x??? lagi satu ada ke tarian yang halal??
p/s what about music????
07 April 2011
Masa 10:49 pm
Apa apa yang haram tak kan datangnya dari tanah arab beb..mesti western yang dipersalahkan…..
kalau tidak pun akan ada cara yang dicari untuk nak tunjukkan bahawa itu adalah asalnya dari western …
caye lah.
Itu salah ini salah.
Last last tiada betul…
Kejap lg bukan saja poco yang haram ..kot2 dikir barat pun haram..
mampus
14 April 2011
Masa 2:12 pm
apa nk di bisingkan sgt pasal poco2.biarlah dia dtg n asal dr mana pn..saya x penah pikir pn yg org menari poco2 tu nk memuja atau nk ikut agama kritian.yg penting niat di dlm hati utk senaman ringan kerana erobic mgkin aktiviti yg lasak utk org2 yg berumur..so poco2 adalah senaman ringkas yg sesuai utk golongan pertengahan dan ibu2.salah kah semua ni..semua yg sibuk2 ni hanya mencari kesalahan org sahaja..klu betul la fatwa tu sahih..kenapa x haramkan semua tarian d seluruh malaysia ni..semuatu pn di kira haram jugak kan kerana d khalayak ramai dan ada yg lebih teruk lg..hanya karana poco2 byk sgt yg sakit hati…senang2 x yah bising siapa yg x suka senyap jer mulut tu n jgn nak mengutuk tanpa berfikir yg betul…
14 April 2011
Masa 2:16 pm
agreeee….
14 April 2011
Masa 2:28 pm
tak semudah itu awak nk buat hukuman kt pengikut poco2…awak tau ker yg org yg poco2 tu tidak menunaikan solat?..jgn menilai dan melihat org pada lahiriah…mulut kene jaga itu lg penting
14 April 2011
Masa 4:40 pm
sape lagi kita nak ikut kalau fatwa dikeluarkan pun kita nak langgar??? kalau camtu, kita main2 je wat tanda salib kat dada dan takde niat pun nak ikut apa yang kristian buat..boleh ke? yang haram tetap haram kalau dah fatwa dah sah haram..jangan permainkan hukum agama..
*Kalau betul berani berkata, letaklah email betul..ni main letak email palsu buat apa..
15 April 2011
Masa 4:38 pm
serious aq ckp aq x pernah minat dgn poco-poco nie…sbb aq nmpak mcm bodo er..ntah ape2 er…ngarut2 er…orng citer psl natang ni aq langsung x tertarik ckit pon…antak ar…aq pelik mcm mne bole orng minat tarian mcm nie…
17 April 2011
Masa 11:14 am
ape plk melayu asal dr sana! dulu pn tanah melayu asal2 pn dah ade orang melayu. jgn bangga sangat keturunan tu.. tengok skrg ni ade org indon suke ngan org melayu malaysia? utk makluman diaorg kutuk kita. x tgk internet ke???
20 April 2011
Masa 11:41 am
salam.. panjang lebar komen2 di atas.. sy pun tak baca habis… cume nak respon mengenai catatan2 di atas:
1. sesuatu ynag tak jelas haram n halal bukan Gharar (sesuatu yang rosak)
but Syubhah( perkara yang diragui)
2. sekiranya tarian poco2 merupakan tarian keagamaan jelas2 kita tak payah la buat… sama gak la if kita saje2 jek g church ikut amalan keagamaan di dalamnya dengan tujuan saje2.. what for kan.. aqidah kite lebih berharga if nak bandingkan ngn tarian yang kite pun tak tau hujung pangkalnya.lagipun banyak g tarian len.. banyak je penari2 profesional kat msia ni.. dorang mampu cipta tarian baru n kretif lagi…
3. jangan la cepat melenting bila kita dapat tau dalam islam tu tak leh ni tak leh.. last2 ape pun tak leh….banyak perkara yang kita tak tau.. alhamdulillah Allah datangkan orang yang bagitau kite… bukankah muslim tu bukan setakat mengaku islam tapi kene kaji perkara yang leh bawa kepada rosaknya pegangan kita n check ape dia perkara yang leh tingkatkan iman kita…. kadang2 mungkin terdetik.. ” hadoii islam ni asyik haram jek.. yang halal sikit je… zalim tol arrrr” tarik lek kata2 or perasaan cam ni… islam tak pernah zalim… banyak perundangan islam or hukam hakam islam yang digariskan untuk menjaga maruah , keselamatan, n ape jua yang bersangkut patut ngn diri kita sama ada untuk manfaat di dunia n akhirat. contoh: mik yang simpel je ye… erm.. orang lelaki disuruh di dalam agama.. untuk tundukkan pandangan.. supaya? menjaga diri nya dari melakukan perkara2 yang lebih besar… takut gak mata melilau nampak aurat pempuan.. ha memg la pempuan tu salah dedah sana sini tapi yang melihat tu pun salah gak,… sama2 dapat dosa.. ok2.. yang dedah2 tu dosa lebih la sebab menjadi penyebab. so if lelaki tu tundukkan pandangan 1. jaga diri dari dosa 2. jaga perasaan isteri 3. jaga kedudukan bapa di mata anak2 4. seterusnya anak2 pun aplikasi akhlak bapa dalam kehidupan… ha ni la contoh yang dapat saya beri…
4. sekadarnya sahaja la ap yang saya tulis.. moga dapat memberi manfaat. maaf tersalah bicara tersilap kata..
23 April 2011
Masa 9:39 am
100% agree..
23 April 2011
Masa 1:43 pm
majlis fatwa kebangsaan dah bersidang dan dah tetapkan ianya TIDAK HARAM..
tiada lagi pertikaian selepas ini..
14 org mufti serta beberapa panel dari tokoh islam serta alim ulamak telah pun membuat keputusan sebulat suara..
kpd wanmus…mufti perak itu bukanlah bersifat maksom dia juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan…dia juga insan lemah bernama manusia..
24 April 2011
Masa 2:59 pm
apa la korang ni bangga sangat dengan tarian poco-poco. kita ada tarian senam seni malaysia tak nak ikut nak ikut poco-poco. payah minda melayu ni semua nak ikut budaya asing. Susah-susah Jab. Kesenian & Kebudayaan cipta senam seni malaysia tp org melayu tak nak ikut.
24 April 2011
Masa 8:39 pm
sorry guys, ni komen aku dlm zonbebas.com…aku copy paste je lah kat sini eh.dah jguk sana, dah komen, baru jguk wanmus..amek intipati dia dulu, kalau nak phm lg..gi lah jguk zonbebas tu. ini bukan promo sbb aku pun numpg nulis je kat situ.
“firdaus, ko punya pdgn boleh jd betul..tp cara ko ulas yg mbuatkan org sng2 nak patahkan. aku stuju jgk bab niat tu. ingt lg x masa kuarga Sumayyah nak dibunuh, Amar b. Yassir ngaku kat tuan dia yg dia dah x Islam lg (babit soal AKIDAH tu!). dia dlm ketakutan sgt masa tu bila tgok ahli kuarga lain lps satu, satu kna kill & murder. tp lps tu, bila dia rujuk pd Nabi s.a.w, Nabi kata dia sebut je dia dah kuar Islam, tp dia x niatkan camtu, so xpe. sbb Islam juga meletakkan nyawa (selain akidah) di tmpat yg tggi & penting utk dipertahankan. ginilah..hal ni blom jd fatwa yg disepakati oleh jumhur ulama’ lg. so kira ada khilaf lah. Nabi kata, p’bezaan pdpt di klgn umatku adalah satu rahmat. aku dpt rasakan niat Mufti Perak suarakan bnda ni x lain x bukan supaya ia jd isu di media. then akan ada p’bahasan di klgn umat Islam/Msia kita. so bnda ni jd satu awareness ttg asal-usul pocong-pocong tu. jgn lah suke2 je nak tuduh Mufti x reti buat keje la, x kaji dulu lah. mgkin dia nak pukul anak sindir menantu. dan boleh jadi…aku ulang, boleh jdi..senaman ni pun salah satu jarum halus utk rosakkan akidah kita. zmn2 skrg ni, dah byk sgt anasir2 dr luar yg b’tujuan nak rosakkan akidah umat Islam. di celah2 bantuan bencana alam pun boleh ada..ate bg yg suka be’benor dgn tarian ni, dan nak b’pegang pd fatwa ulama lain yg kata dia x sampai thp haram, go on la (asalkan korg x buat bnda haram lain plak-aurat, p’gaulan, tontonan umum ke, tmpat t’tutup ke..pilihlah ikut iman & ilmu). tp bg Mufti Perak, once dia dah kuarkan statement, dia kena go on la jgk at least utk negeri ktorg. xkan dia nak buat pragai “kejap ada, kejap xde”. mcm hukum rokok jgk..aku tgok, masih ramai org surau yg isap rokok w/pun dah kata haram. maybe deme ni jnis masih b’pegang pd hukum makruh yg dulu tu. tp pd aku, effect pd health bukan asas plg kuat utk kata dia haram. plg pnting, setiap btg rokok tu akan m’kayakan tokey2 yahudi. dan bilayahudi kaya-raya, makin byk serangan ke ats umat Islam yg akan dilancarkan. so, alang2 rokok tu pun xde hape kebaikannye, eloklah diharamkan aje. dah la merosakkan kesihatan, merosakkan negara2 Islam plak lg dgn missile2 yahudi-amerika-eropah tu. so jgn lah takat tgok direct effect dia shj. indirect effect jgk merupakan asas yg cukup utk mufti b’kata sesuatu. lantak lah nama dia sama ke x, lagu dia sama ke x…yg pasti, Mufti Perak dah jln kan peranan dia dgn berani. sampai thp ada puak2 desak dilucutkan jwtn pun, Sultan tetap p’tahankan dia sbg Mufti Perak. CAYALAH TUANKU! hensem lg intelek. lg pun aku rasa xkan jd kera nye org Perak ni kalau x menari pocong-pocong. to all fellow Christian friends, pls dont be offended with our fatwa matters. we need it to protect our religious pureness. coz to us, our religion isn’t a clothing we can put on & put off anytime one like doing so..we cant choose what race and sex we wanted to be, but we can choose what religion we wanna behold to. so once embraced, hug it tightly till the end when we meet The Creator for He’ll ask about it. maaf andai aku pun t’silap…”
25 April 2011
Masa 4:29 pm
yesssss….yt sokong ngn statement Abu Bakar.Berani kerana benar.
25 April 2011
Masa 10:12 pm
kalo ye pun ante malas dan mau senang copy n paste tapi pleasse update to date la dulu..
majlis fatwa sudah pun bersidang…
apa ante tak baca surat khabar/online/berita/tv/radio?
ante kene ingat, di malaysia kita ada majlis fatwa kebangsaan yang panelnya adalah 14 orang mufti di malaysia berserta beberapa tokoh alim ulama yang lain…
ante masih mahu melawan majlis fatwa? nauzubillah…
sekali lagi ana mau bagitahu..ana tiada kaitan dengan ini pocong-pocong..tidak pernah sesaat mengikuti aktiviti ini mahupun ahli keluarga ana…
p/s: ana hisap rokok sampoerna dari indon..tiada kena mengena dgn yahudi…kesian mereka difitnah..apa dosa memfitnah? hehe budak tadika pun tahu..
25 April 2011
Masa 11:16 pm
btul jgk tu..patutnye aku dah up-to-date w/pun aku x ‘update-to-date’..hehe, gurau je..jgn emo.sbb tu hujg tu aku taruk “maaf andai aku pun t’silap”..frankly typing, aku jrg2 online, rumah xde tv/radio. hidup asek pikir masalah kilang..so slalu jgk la t’tggal. cuma bila aku rasa aku ada pdgn yg mgkin patut dikongsi, aku akan teruskan jgk w/pun x smpat nak up-to-date. “smpaikanlah dariku w/pun satu ayat”…hmm, nampak mcm aku x melawan fatwa.kan?kan? sbb fatwa t’baru kata x sampai thp haram.
kui3, aku suka btul bila bab rokok tu ada yg pthnkan ke’halal’an-nye..cuba bygkan kalau ada fatwa kata: rokok diharamkan kecuali rokok sempoerna A dan rock down (rokok daun)..tak ke lagi PENING masyarakat dunia dibuatnye.ate terima jelah bhwa ulama dah kata rokok itu haram w/pun Made in Gombak oleh Lebai Harussani.lg pun, siapa dpt pastikan yg rokok sempoerna xde kena mgena dgn yahudi? korg agak2..telekom m’sia ada kaitan dgn yahudi x?Bank Islam ada tgn2 dajjal tak di sebalik dia? ingat lg logo baru Bank Islam yg berupa byg2 “Ban Islam” (sekat Islam) sblm di-revise jd “Bank Islam” semula? Hanya Allah yg Maha Mgtahui, kita cuma kena b’hati2..Dia bg kita ilmu supaya Islam yg kita ikuti tidak m’jadi t’lalu payah utk diamalkan.tu belum lg masuk p’soalan “peperangan itu adalah tipu daya”..yg haram boleh jd halal jika ia b’kaitan jihad tegak agama Islam.spt mana Ayat Akhrash di Palestin yg buka tudung & menyamar spt wanita kafir utk letupkan diri di tempat tumpuan yahudi. mati katak-kah dia?
26 April 2011
Masa 8:13 am
apabila sudah ‘syak’ sepatutnya kita dah mula tinggalkan. tapi bila memang dah ditegaskan hukumnya, janganlah degil lagi!!! sebab itulah setiap perbuatan kita mesti diteliti bagaimanakah kedudukannya di sisi ALLAH. bukankah kita ni HAMBANYA? kita di dunia ni adalah untuk beribadat kepadaNYA.
jangan main ikut-ikut je. orang menari kita ikut menari, org ketawakan kita, kita tak tau.
sekarang ni ramai perempuan yang pakai tudung hanya sebab orang lain pun pakai. tanpa memikirkan adakah cara dia bertudung tu disukai ALLAH? pakai baju lengan panjang tapi ketat. pakai baju kurung tapi jarang. beginikah cara pakaian orang islam?
SAUDARA-SAUDARAKU, TAKUTLAH PADA AZAB ALLAH. INGAT…… MATI ITU PASTI AKAN KITA LALUI, KIAMAT ITU PASTI AKAN TIBA, SYURGA DAN NERAKA JUGA MEMANG BENAR KEWUJUDANNYA.
kalau kita sentiasa ingat ini, dari sekecil-kecil perkarapun kita akan sentiasa lakukan dengan berhati-hati….
mudah-mudahan setiap pekerjaan, setiap apa yang kita lakukan sentiasa diberkati ALLAH…..
26 April 2011
Masa 11:42 am
kalau lah hanya kerana poco2 ni ada unsur kristian ia di haramkan (4 penjuru, ala2 salib) kenapa tanda tambah (+), simpang 4, huruf T tak di haramkan? tak masuk akal langsung.. cuba compare kan tarian poco2 dan kuda kepang. Kan ke tarian kuda kepang tu ada unsur ritual. nak kena ada bomoh, nak kena bagi makanan kat penjaga kuda tu, nak kena pantang ni, pantang itu (cari lah sendiri tentang taria kuda kepang ni kalau tak percaya)
27 April 2011
Masa 6:52 pm
Pada aku pendapat mengenai pengharaman tarian ni mmg tepat lah. Kenapa kita masyarakat melayu umumnya yang mengaku Allah sebagai Tuhan masih mahu mengamalkan tarian poco poco setelah tahu asal usul tarian ini. Walaupun kita tidak berniat untuk memuja @ melakukan sepertimana masyarakat Kritian di Filipina. Tp kenapa kita terus2 an mengikut sesuatu membuta tuli.Kes poco2 sama seperti Yoga yg kecoh 1 ketika dahulu yg dikatakan berasal dari amalan spritual agama hindu. Kenapa kita tidak balik kepada Islam. Dalam Islam juga ada senaman utk kesihatan, iaitu BERSOLAT. Gerakan2 dlm solat juga dianggap satu senaman.Telah dibuat kajian ketika kita sujud dlm solat dan mengadap kiblat akan menenangkan fikiran kita kerana Masjidil Haram adalah pusat bumi. Mengapa tidak seminggu sekali paling kurang, umat Islam berjemaah beramai2 di padang?Daripada kita ber poco2 di padang, yg juga mempunyai 5-6 gerakan, adalah lebih baik kita membuat gerakan bersolat beramai2.Pahala dapat, sihat pun dapat.Waktu subuh kemudian disambung dgn Syuruk dan Dhuha.Kenapa kita masih ingin pertahankan sesuatu yg jelas nyata diamalkan oleh agama lain atas alasan kesihatan?
30 April 2011
Masa 11:29 am
m0hon shre yer..
14 May 2011
Masa 6:37 pm
klu langkah tu di katakan membentuk salib…kita ubah la
jadi c ke m ke z pun bole
apa yg kecoh sgt
yg penting nya akidah tak songsang. aku rasa org cipta tu pun tak perasaan langkah2 tu
dia cuma tahu goyang kan kaki dan punggung dia ikut rentak lagu…
03 June 2011
Masa 2:42 pm
poco poco hare’, semua hare’. senaman hare’, ni hare, nu hare’. apa yg tok hare’? so, tinggal solat, makan, minum, kongkek, tidur dan kerja aja yg tok hare’ ya? nanti kerja pun hare’ jugok la, pasal kena bertawakkal untuk dapat pitih tok yah kerja. seronotnyer…
05 June 2011
Masa 2:57 pm
Salam Sejahtera
Sedih baca bila ramai yang mcm mempertikaikan golongan Ulamak ni..
Diaorang pun manusia, diaorang pun ada kerja.. Bila manusia tentunye ada kesilapan, tapi orang mcm saya yang tak belajar agama tinggi ni bukanlah orang yang layak mempertikai hukum diaorang.. diaorang nak pantau semua benda pun kakitangan tak cukup.. bukan senang diaorang nak keluarkan hukum mcm tu.. mesti banyak perdebatan yang dibuat sebelum keluarkan hukum mcm tu..
tapi hakikatnye kena ingat.. bila nak kahwin, ustaz jugak yang dicari, bila isteri ke family nazak, ustaz jugak yang kita cari, bila nak buat majlis arwah dan sebagainya, ustaz jugak kita cari, kita mati, family kita meninggal, kalau takde golongan pandai agama ni mcmmana kita nak urus, nak baca talkin dan sebagainya.. kita akan cari ustaz, ulamak,… diaorang ni sangat penting dalam kehidupan kita…
orang Islam yang sepanjang hidup langsung tak pandang masjid, solat jemaah tak pernah, sedekah kat masjid pun taknak, solat kat rumah pun tidak, tapi bila family dah nazak, meninggal… akan cari juga golongan ustaz ni.. dan diaorang akan tolong tahlilkan, kafankan, mandikan.. walaupun ada yang berbayar, tapi kalau takde orang mcm diaorang, pandai ke kita uruskan sendiri..
golongan ulamak dan ustaz no golongan yang banyak berjasa, gaji diaorang tak besar mana tapi sanggup buat kerja yang orang lain tak sanggup buat..
jadi janganle kutuk golongan ustaz ustaz ni, sedih sangat baca.. kita pandai ngaji pun ustaz ustaz jugak yang ajar… kalau bapak kita yang ajar pun.. atuk yang ajar pun, yang mengajar diaorang dari awal ustaz jugak.. kalau kita hantar anak ke sekolah tapi takde subjek pendidikan islam sebab langsung takde ustaz kan kita jugak yang membebel… jadi ustaz ni penting..
so please la.. golongan ini la yang patut kita respek, jaga hati mereka, senyum pada mereka sebab kalau tanpa mereka, takkan meriahla masjid, takkan ada orang yang tolong nikah kan kita, takkan ada orang yang akan ajar anak2 kita mengaji..
kalau fatwa yang dikeluarkan tu rasa kurang betul, kritikla dengan respek, janganla mcm menghina, mereka juga manusia, bukan malaikat, ada melakukan kesilapan..
terima kasih
salam
06 June 2011
Masa 9:02 pm
Engkau Pernah Kali menari Poco2 ?…
16 July 2011
Masa 11:18 am
oi..sebarang cakap…pandai2 kata poco2 pergerakan macam tanda salib…sibai….eksen..mau tau poco2 adalah untuk upacara apa??mau tau??untuk upacara org mati….
09 January 2012
Masa 6:49 pm
ianya haram bukan sbb pengasasnya kristian, tp dance ini digunakan dlm slh satu upacara keagamaan org kristian filipina selepas diorang habis smyang hari ahad tu.. psl music jika ia melaghakan maka haramlah ia, tp jika ia mendekatkan kita pd allah, atau menenangkan jiwa kita yg tgh stress teramat, maka diharuskan musik itu.. contoh: nasyid maher zain, dll, soundtrack yg mendamaikan, yiruma dll.. sama2 kita membaiki diri dan ummat..
04 May 2013
Masa 10:51 pm
[…] tariannya sama jer. Korang juga boleh baca disini : RAHSIA ASAL-USUL TARIAN POCO-POCO Tarian Poco-Poco Haram? nuffnang_bid = "78721e693764c729d161e7ef0952d61d"; document.write( "" ); (function() { var […]