[PENTING] Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus
Warning ni mesti anda pernah lihat kan? Terutama kalau guna google chrome. Ini menunjukkan web/blog yang anda lawati telah diserang malware atau hackers. Mungkin juga malware dianggap itu tak berbahaya bagi sesetengah pihak..Namun tahukah anda yang ada juga malware dari web boleh berjangkit ke komputer anda dan membuat korang sakit jiwa? Iya, memang ada dan sangat berbahaya..
Terutamanya jika anda berdepan jenis rookit, malware, trojan atau worm yang mengganggu sistem komputer anda..ooppss bukan setakat itu sahaja, iya juga mampu berjangkit dengan komputer lain jika ada sambungan terbuka.
ooo lupa nak bagitau. Kenapa saya sebut malware dan bukannya virus ialah kerana virus adalah termasuk dalam malware atau malicious software.
Mengikut tafsiran wikipedia:
Software is considered malware based on the perceived intent of the creator rather than any particular features. Malware includes computer viruses, worms, trojan horses, spyware, dishonest adware, crimeware, most rootkits, and other malicious and unwanted software.
Saya berkongsi ini kerana masalah malware pada server hosting kami. Ini disebabkan oleh serangan malware ke komputer pelanggan dan kemudiannya berjangkit kepada akaun hosting mereka..Termasuklah akaun blog saya sendiri 🙂 Malware yang jahat ni hanya menyerang files idex.php, default wp files, dan .js..ada yang kacau sikit dan ada yang buang separuh dari skrip asal..hmmm tu yang makan masa untuk diperbaiki sepenuhnya.
Malware ini mungkin berjangkit dari web,blog atau forum yang telah dijangkiti. Malware tersebut mungkin telah masuk ke sistem komputer pelanggan tanpa disedari ketika melayari laman tersebut. Ketika pelanggan upload files ke hosting, malware ini telah ikut sekali masuk ke akaun hosting mereka dan mula menyerang..
Yang jahatnya Malware ni, jika kita dah clear di akaun hosting..tapi belum clear di komputer kita, malware tu boleh menyerang kembali akaun hosting tersebut bila kita mula akses atau upload files. So..Penyelesaiannya, clear dulu malware di komputer, kemudian barulah boleh upload atau buat sebarang aktiviti pada akaun hosting anda..itulah pengajarannya.
Ok, nak dipendekkan cerita..tak semua antivirus boleh membuang malware berbentuk rootkit atau trojan ni..jadi anda perlukan suatu software yang diberi nama alti-malware untuk membuangnya. Jadi saya nak mengajak semua untuk install software anti-malware ni dan mula scan dan remove malware yang mungkin wujud pada pc/laptop anda tu. Software ni adalah software yang sama masa saya kongsi cara untuk remove virus VistaAvtivirus 2008 tapi ni versi lagi updated.
- 1- Download FREE latest version software Malwarebytes Anti-Malware
- 2- Selepas install, run software ni.
- 3- Ada 3 pilihan scan..saya cadangkan untuk mula ni, run dulu “Perform quick scan”..Lepas tu, bila dah ada masa terluang sikit atau sebelum gi makan, run pula untuk “Perform full scan”.
- 4- Software ni akan mengesan jika terdapat sebarang bentuk malware.
- 5- Jika dah habis scan, nanti akan keluar page list malware yang berjaya dikesan. Klik pada “Show Result”.
- 6- Tick pada semua malware yang dikesan dan klik “Remove Selected”.
- 7- Selepas selesai membuang malware ni, satu log report akan dikeluarkan.
- 8- Oleh kerana malware ni kebanyakkannya mengganggu pada file windows, kita terpaksa reboot pc atau laptop kita tu seperti disarankan oleh software ni..Klik je “Yes”
- 9- Ok tu je cara guna software ni..oppps..nanti dulu. jangan lupa pastikan software anda ni di updates setiap hari tau..Free je update. Klik tab “Update” dan klik pada “Check for Updates”..
- 10- Ingat..setiap kali anda terklik pada web yang telah diserang, cubalah run software ni kot-kot malware tersebut sempat menyelinap masuk ke pc/laptop anda..
Sangat mudah kan menggunakan software ni? Jadi, janganlah tunggu pc/laptop anda diserang dulu baru nak cari anti-malware..software ni pun ringan dan FREE..ada yang berbayar tapi bagi saya, ianya tak diperlukan sangat..Tapi jika mampu, saya sangat sarankan.. Bagi yang Malwarebytes versi berbayar, bagus sebab ada Malwarebytes’ Anti-Malware protection module yang akan mengawal malware tersebut dari ceroboh masuk ketika anda melayari internet..Anda boleh membeli versi berbayar di Purchase Malwarebytes
Selamat mencuba menjauhkan pc/laptop/hosting anda dari serangan malware. Cuba scan pada pc/laptop anda dahulu untuk pastikan ianya dah dijangkiti atau belum..So, jika dah scan, apa result kat pc/laptop anda??
03 September 2010
Masa 10:36 pm
[…] 3:Bagi computer pulak,korang boleh refer sini cara buang malware tu cara install software untuk buang malware […]
04 September 2010
Masa 2:15 am
[…] Buang malware files seperti saya tunjukkan di cara buang malware files & skrip di blog dan buang malware di komputer anda […]
05 September 2010
Masa 12:29 pm
Thanks. Sangat membantu saya. Permission to share with others.
20 September 2010
Masa 11:48 pm
saya dah mencuba tips yang diberi.. trima kasih..
harap semua ok
21 September 2010
Masa 2:14 am
alamak website saya baru kena attack malware
21 September 2010
Masa 9:34 am
Isu ini telah diselesaikan. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.innity.com/announcement/ atau anda boleh email kami di report-malware@innity.com.
21 September 2010
Masa 9:51 am
baik semak balik akaun awak tu
21 September 2010
Masa 1:37 pm
thanks wanmus..sgt berguna utk sy yg baru ni.. 🙂
21 September 2010
Masa 1:46 pm
kalau sy da guna kaspersky internet security 2011, still kena install ni ke? nanti ade effect x bila ade software ni. maaf, sy bdak baru blajar. =)
21 September 2010
Masa 2:53 pm
sama-sama
21 September 2010
Masa 2:58 pm
antivirus dan anti-malware adalah 2 fungsi yang hampir sama tapi keluarga berbeza. saya pun guna kaspersky dan software ni tak ganggu kaspersky sebab sistem mereka berbeza. sebaiknya install dan run. sebab ada malware yang anti-virus tak dapat kesan
06 November 2010
Masa 3:33 pm
en.wanmus..sy dh pening ni..sy tgh download antivirus kt atas..tp mcm mana nk clearkan malware dlm blog..xpaham..tlg email saya ya..sbb ketiga2 blog saya sume kena 🙁
08 November 2010
Masa 9:54 am
tu malware untuk clearkan pada pc je. untuk remove malware pada blog, kena guna cara http://wanmus.com/macamana-removed-google-malware-notification-kat-blog-atau-web.html
29 November 2010
Masa 9:40 pm
salam..en. wanmus..sy nak tanye..jika pendrive kite diserang virus dan kite scan/remove virus tetapi file or doc kt dlm tu semua rosak..ade tak care nak dapatkn blk file yg elok seperti asal?
29 November 2010
Masa 10:27 pm
wsalam..kene tengok kerosakan tu macamana. ada program untuk retrive balik data yang hilang..tapi mungkin juga data tu dah dirosakkan oleh virus durhaka tu..
07 February 2011
Masa 12:44 pm
saya dah download software pada masa ianya diperkenalkan. tapi tak ingat sbb apa saya menggunakan kerana masa itu saya dah ada 2 anti virus yg sama2 power dlm desktop.
skrg masih ada lagi, tetapi sudah lama tak on utk scan malware
07 February 2011
Masa 12:52 pm
macam2 antivirus dah cuba..
13 February 2011
Masa 2:01 pm
[…] tak berfaedah..lagi-lagilah kalau benda yang tak berfaedah dan memberikan kesan buruk pada kita..jangan biarkan virus-virus ini masuk ke badan […]
30 March 2011
Masa 11:37 am
hi, really owe thanks to you.. i have been searching for this for a long time. now my concern no longer… huhu coz i already download it and scan my lappy… thnks ya.. now i am scanning my full system
25 April 2011
Masa 3:37 am
salam wanmus..tenkiu sbb share ni ye…sy tak tahu lah ape mslh blog sy, kadang2 bila on blog, laptop akan off dengan sendirinya dan akan kluar skrin warna biru…pastu die akan restart balik…boleh bgth tak ape puncanya jadi mcm tu..tenkiu ye
29 April 2011
Masa 2:33 pm
Thanks yer…minta izin download dan share
29 April 2011
Masa 3:20 pm
oo boleh takde masalah
04 March 2012
Masa 5:47 pm
salam…awat saya punya naik trial ea???huhuhu….full version x dk ka??
08 December 2013
Masa 3:00 pm
assalamualaikum..laptop sy dah hang..sumer folder jd video live movie maker..cner ya nk selesaikan ni??adakah dengan gna cra yang admin bgtau ya???? hopely dpt bantu sy tg lemah ict ni..