Macamana nak removed Google Malware Notification kat blog atau web korang dengan mudah? Rasanya ramai pening bila blog atau web diserang malware dan apabila buka ada notis google cakap ada malware kan? Letih berhadapan malware ni sebab ada berbagai gaya diorang serang. Kekadang tu serang sikit je, ada tu sampai corrupt file, ada tu sampai kene upload file baru..macam2..jadi kali nak terang pula macamana nak removed notification dari google yang cakap blog/web korang ada malware ni.
Iya, walaupun dah buang malware kat blog tu, still notification ni keluar lagi kan? Pening?
Ini penyelesaiannya. Saya dah lakukan untuk client syarikat Hosting Malaysia saya tu. Alhamdulillah setel dalam 1-2 hari.
Caranya?
- 1- Buang malware files seperti saya tunjukkan di cara buang malware files & skrip di blog dan buang malware di komputer anda juga.
- 2- Selepas semak beberapa kali dan pastikan tiada malware atau skrip yang mencurigakan, barulah anda boleh bergerak ke langkah seterusnya, kalau x, anda perlu juga lakukan benda ni selagi tak habis anda buang. Jika ianya domain tambahan (add-on domain), semak pada main domain untuk akaun hosting tu juga ye.
- 3- Dah check? Clear semuanya? ok baru leh ke next step..
- 4- Terus ke webmaster.google.com, leh login guna akaun gmail anda.
- 5- Tugas pertama ialah add domain yang kena malware tu dalam list blog atau web anda. Klik “Add a Site”
- 6- Masukkan nama domain anda dalam kotak yang keluar. cthnya “www.namadomainku.com”
- 7- Kemudian anda perlu sahkan yang domain tu anda punya. Ada 4 cara tapi saya sangat sarankan ianya cara ke 3. klik dalam bullet yang ke 3 tu seperti gambar di bawah. kemudian anda perlu download file yang google buat tu dengan klik link yang diberikan (ditunjukkan oleh anak panah). File ini berbeza mengikut id yang diberikan google. Download dulu file tu dan jangan klik apa-apa lagi.
- 8- Selepas download file tu, upload ke folder public_html hosting anda untuk google sahkan domain tu kepunyaan anda.
- 9- Klik “verify” pada bawah page yang anda download files tadi
- 10- Nanti akan ada notification yang blog tu ada malware. Klik pada “more details” tu
- 11- Google akan membebel yang blog korang distribute malware katanya. Pastu klik pada “Request a review”. Fungsinya ialah kita nak bagitau google yang kita dah buang malware tu dan minta diorang (staff/robot google) review balik blog kita.
- 12- Tick pada “I certify that I have removed badware or badware…. ” tu dan tulis skit kat kotak comment tu yang korang dah buang malware tu. Ayat omputih kelaut pun boleh.. Tu kat bawah tu contoh ayat saya biasa guna.. “I’ve already removed all malware script or files on this blog.Thanks” pastu klik butang “Request a review”
- 13- Kemudian google akan review dulu blog kita. Jika dah clear, notification tu akan dibuang pada blog kita.
- 14- Sebaiknya lakukan langkah di atas ni pada semua domain yang dijangkiti. Insyallah akan terubat nanti blog atau web korang
Post ni buat jam 2.30 am khas untuk membantu korang semua yang masih bengang dengan malware walaupun orang lain semua dah tidor..takpelah demi ilmu untuk sahabat semua.. Jika berjaya dengan langkah ni, sharelah ye.. Semua pelanggan yang bermasalah malware saya lakukan cara ni dan alhamdulillah setel dalam 2-3 hari paling lewat.
Baik cikgu.
Ini sesuatu yang MEMANG terbaek!
Best!
thanks wan, baru je nk tanya ko hal ni hehe 🙂
macam tu lah anak murid yg dengar cakap
hehe..beres2
tutorial ini terbaik. sebelum ni pernah terjadi kt minisite.
salam.. mmg mantap bro.. tere tere tere.. tq very much
nice sharing..mmg ade org yg mengalami mslh cmni..thanks!!!
thanks bro.
kalau kena malware daripada link, buang je link tu. Ramai blogger tak perasan kadang2 link yg diorg letak tu kena malware, tu yg kena effect kat diorg tu gak. hehe
tapi kalau malware serang hosting, cara bro ni lah 😀
saya buang semua widget yang disyaki..
sekarang scan dgn avira..malwarebytes..smardav,,
nak tanya.. kalau kat comment ada link blog org yg kena malware nak kena remove gak ke..
mati la..ada beribu comment nak chek..
thanks for sharing this..
add me at fb : alif syk
kalau link tu ada kluar kat komen dan mengganggu, sebaiknya buang tapi kalau tak mengganggu takpe
Amaran Malware dari Innity | Hidup Biar Sedap
[…] Kemudian saya scan malware menggunakan Malwarebytes Anti-Malware. Sesiapa yang perihatin mengenai kesihatan komputer, silalah install sofware ini. Download free di sini – kredit untuk wanmus.com […]
huhu saya dah ikut langkah yang wanmus bagi..Harap2 jadilah..thanks ye
harap2 menjadi..insyallah
aku tak dapat verivy sebab belum letak meta tag.
selepas letak meta tag..
verify..
lepat tu..terkeluar list entry yang ada script manggaonline..aq terus remove ke empat2 entry tu..
lepas tu review..
tunggu result..
ok beres dah tu. tunggu google review dulu. manggaonline pun kene attack rupanya
kalau tengok details yang google kasi..semuanya sebb javascript daripada manggaonline..
blog saya dah boleh buka selepas buat apa semalam..tpi kalau search google dia tetap keluar notification tu
Tips dari pengalaman.
Blog saya diluluskan hanya beberapa jam selepas menghantar reconsideration kepada Google. Untuk ruangan ‘Comments about the review request ( Optional ) saya copy notis yang saya dapat dari Search Badware Website Clearinghouse.
Masuk laman web http://www.stopbadware.org/home/reportsearch, tulis url domain anda dan klik Search Clearinghouse.
Klik Past Activity copy Review Status untuk dihantar kepada Google.
wahh bagus teknik dari kak jie ni..kene share ramai2
Wah, baru tau ni. Walaupun belum pernah kena, tp ambil tahu buat persediaan.
yup..kena jaga2 sebelum terkena
Saya dah scan akaun saya guna webmaster google dan keputusannya clean dari malware. Terima kasih kerana kongsi tips
belog saya kena malware.buat tak jadi.mcm mana ni?
Kalau clear macam tu Alhamdulillah
submit blog pada google webmaster macam di ajar di atas, nanti dalam 1-2 hari google akan maklumkan page mana atau post mana malware tu duduk
mekasih wanmus… imabiz dah buat… imabiz pun web shopping cart kene malware dan imabiz terpakse delete dan install baru… lepas install imabiz buat teknik nie… harap2 berjaya la..
insyallah jika dah takde ok lah tu..kalau masih ada, boleh check kat mane ada malware tu
salam tuan…
ini untuk domain..
kalau blogspot ade malware cmne..
pening…