Fakta: Kesan bahaya Shisha atau Hookah lebih teruk 400 kali ganda berbanding hisap rokok dan ada yang katakan sampai 450 kali ganda teruknya..Wahhh terkejut kan? kita selalu dimomokkan bahawa hisap shisha ni takde kesan apa-apa berbanding isap rokok sebab katanya tembakau rokok dah diedit letak macam-macam sedangkan tembakau shisha atau hookah ni hanyalah tembakau berperisa..aritu masa belajar pun saya selalu digoda untuk menghisapnya..mujjorlah hati ni kental lagi..
Yerlah sebab asap rokok busuk tapi shisha ni wangi sebab berperisa kan..tapi rasanya lepas Berita Utama TV3 gembar-gemburkan kesan bahaya shisha ni, mungkin ramai penjual shisha akan tutup kedai.
Ok..apa masalahnya?
Nak tanya..ape faedah isap asap ni?? ada ke sebarang khasiat? rasanya tak pernah pulak sebarang teknik alternatif perubatan melalui asap ni kecuali teknik buang lendir resdung tu..tu pun masuk ikut hidung. Dahlah guna arang..karbon tu kita hisap..ada faedah ke?? Orang arab dulu pun hisap shisha untuk khayal dan bersenang-lenang..Agama kita pun melarang kita buat benda tak berfaedah..lagi-lagilah kalau benda yang tak berfaedah dan memberikan kesan buruk pada kita..jangan biarkan virus-virus ini masuk ke badan anda.
Ok ni ada report shisha dari berita harian:
Hisap shisha lebih bahaya daripada rokok
SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB (batuk kering) . Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
he he ader2 jer korangh jgn nak bandingkan hukum haram ..bhayer ooo
memang teruk pon hu hu terok cuma bau dier ok skit dari rokok
janji dah tegur nasib lah tuh hu hu
ketagih dan membazir itulah yang kene pada perokok
bacer jer post wan mus dah cukup dah
RM10.00 sekotak memng org kayer jer isap rokok nih
mcm best je tgok pkcik tu isap shisha he2, tp baek x yah la, sayangi peparu anda…. peace
belum tahu sebarang info pasal shisa ni. masa tv3 keluarkan info ni baru saya tahu.
syukur la..saya bukan perokok maknanya nak hisap shisa ni pun..saya takkan buat
tapi..nampaknya ada kesilapan la bro..
bro bagitau pasal keburukan shisa..tapi iklan di nuffnang kat blog bro..iklan rokok elektronik.
tak boleh macam ni sebenarnya
Bagus-bagus, tingkatkan usaha anda untuk berhenti merokok.
Ya, Menteri Kesihatan pun dah buat kenyataan. Undang-undang berkenaan Shisha akan digubal.
pndainya jutawan senyap berkata kata..
mcm x caya pulak ni jutawan senyap..
upah org komen ka..
hahahaha
susah jugak klu jnis ketagih tahap gaban tu..
hahaha..
bagus la kalau gubal untuk kebaikan bersama..
mmg kena sgt2..
mau shari 2 kotak..
gaji abih kt rkok je la..
shisha nie macam ganja juga kalau dilihat.. sedut sekali nak lagi dan lagi hohoho
pacik tu tengah layan…..
lama tul tak komen kat sini..jutawan senyap bukan main laju lagi yek
tu la pasal jgn duk banding hukum mana lebih haram,sebab yang dah haram tu tetap haram.
yep janji dah tegur..biarlah penerimaan tu mcm mana yg ptg jalankan tanggungjawab menegur
tak silap saya rokok elektronik ni salah satu kaedah nak berhenti merokok…n rasa takde kaitan ngan tembakau or seumpamanya
Dia mengkhayalkan tak?Bahaya tul kalau macam ni patut dibanned jek
alamak mcmtu ke. tak tahu pulak saya. maklumlah, saya bukan seorang perokok
sebelum ni ada gak dengar2 pasal ni, tapi tak sangka pulak sampai 400 kali lebih bahaya.
Apa2 pun Alhamdulillah tak pernah lagi try rokok dan shisha
tak mengkhayalkan kot.
tapi mungkin sebab ada perisa, tu yang orang lagi syok hisap agaknya
memeng berutung pada sapa yang tak penah merokok
aku buat yuang termampu jerk nih hu hu
nak berenta apae plak nih nerenti mengomen ker/?
cuba beretnti pasti boleh punyer berenti kan kna
haram tetap haram cuma nak jauh dari bender dah jadik darah dagingmemang susah
meng kene gubal cuma \negara ader bender yang susa nak tinggal nih
cuma masih ader pertanyaan dalam kubur nanati hu hu
2 kotak dah 20 hinggit kalo simpah 10 tahun dah leh gi haji nih
layan aper plak nih layan asap eh ?
selamatlah anda sebab bukan peokok kalo tak nasib badan..
tapi boleh ketagih jugak tak?
macsam2 perisa sampai perisa yang tak oenah degor pon ader
memang 400 x ganda dan org yang bau lagik lah teruk bergandae2
ohh. serious baru tahu. Thanks.
esok sy ada presentation final result of research. group saya buat educational kit cd gn phamplet nak tgk knowledge budak2 zmn skrg ni. alhamdulillah semua dpt respon baik, mknanya educational kit yg kteorg buat berjaya! sok nak present, mlm ni baru trjumpa belog ni. haiya! apa2pun mekasih bnyak2. rupa2nya ramai jugak orang melayu yg kisah pasal benda ni kt negara kita. huhuhu.
sekarang dah ada separate filter boley beli kt 7e(so xde la rasa jijik nak isap hookah pipe tu) skarang cukai dah kena(sebab kastam bru tau itu tembakau) xder la ketagih pn.. Cma fanatik je..kalau ada duit lebih dan kwan lepak yg ramai.. Skarang trend self roll cigarette plak.. Tembakau wangi blut sendiri..
ala bnda ni suma brgantung pd hati…lau hati kita kata nk brhnti..kompom brhnti…dh hati xsudi..ragu2..mcm mne nk brhnti..sye pon prnh gak merokok,sje nk taw ape keistimewaan merokok nie..ttap masuk asap..kluar asap..xd pape pon…ble dh rse and xd pape yg spesel..sye pon brhnti la..sng je ..xketagih pon…bnda ni mcm org yg mnum arak la..ble kta tnye sdap ke arak..kompom diorg ckp xsdap..tp npe diowg mnum..sbb dh trmaktub..perkara yg melalaikan dan dibenci allah memang rsenya sdap dan indah walaupun hakikatnye tidak…:)
fyna nak share entri nih boleh?