Bahaya Shisha Lebih Teruk 400 Kali dari Rokok!

Fakta: Kesan bahaya Shisha atau Hookah lebih teruk 400 kali ganda berbanding hisap rokok dan ada yang katakan sampai 450 kali ganda teruknya..Wahhh terkejut kan? kita selalu dimomokkan bahawa hisap shisha ni takde kesan apa-apa berbanding isap rokok sebab katanya tembakau rokok dah diedit letak macam-macam sedangkan tembakau shisha atau hookah ni hanyalah tembakau berperisa..aritu masa belajar pun saya selalu digoda untuk menghisapnya..mujjorlah hati ni kental lagi..

Yerlah sebab asap rokok busuk tapi shisha ni wangi sebab berperisa kan..tapi rasanya lepas Berita Utama TV3 gembar-gemburkan kesan bahaya shisha ni, mungkin ramai penjual shisha akan tutup kedai.

Ok..apa masalahnya?

Nak tanya..ape faedah isap asap ni?? ada ke sebarang khasiat? rasanya tak pernah pulak sebarang teknik alternatif perubatan melalui asap ni kecuali teknik buang lendir resdung tu..tu pun masuk ikut hidung. Dahlah guna arang..karbon tu kita hisap..ada faedah ke?? Orang arab dulu pun hisap shisha untuk khayal dan bersenang-lenang..Agama kita pun melarang kita buat benda tak berfaedah..lagi-lagilah kalau benda yang tak berfaedah dan memberikan kesan buruk pada kita..jangan biarkan virus-virus ini masuk ke badan anda.

Ok ni ada report shisha dari berita harian:

Hisap shisha lebih bahaya daripada rokok

SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB (batuk kering) . Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

93 Comments

  1. terima kasih dengan info,
    Nasiplah saya ni bukan perokok,
    kalau tak shisha pun bantai.

  2. aku tengok kadang2 ada yang tak merokok pun hisap shisa juga..

  3. dh jarang isap shisha..skang ni pun tgh kurangkn isap rokok..

  4. betull..kebanyakkan yang isap shisha adalah perokok

  5. ye doh boh,ambe mikir gitu tp dugaan tu kuat sangat,member tawor sokmo

  6. bgus gak bro kongsi nie..aku bru taw mende nie,ingt same je ngn rokok huhuhu

  7. ye ke org?masuk kisoh nape?ko xtgok mentor ke,yg gigi rongak depan tu sbijik mcm ko hahahhahhaa

  8. betoi tu wanmus.. aku pn ada kwn cmtu..
    shisha dia hisap.. rokok x pulak.. huhu

  9. mmg susah nk behenti kalau dh selalu hisap..
    dh ketagih la tu.. haha

  10. hahhaha.. kisah shisha la..
    bahaya shisha..
    aku x tgok la mentor.. hahaha

  11. shisha memang bahaya pun sebab takde penapis…tp org suka gak benda-benda bahaya sebab diorg ckp tak hisap shisha pun mati jgk:)

  12. bagus lah kurangkan hisap rokok kurang skit pencemaran alam hehe

  13. biasa la bila kita mengikut orang dalam perbuatan,kawan hisap kita gak nak ikut.

  14. payah nk anti rokok org kapung,dah sebati nie hehhe

  15. kebanyakan gitu la,aku pun dlu ikut kawan gak isap okok nie smpai skang xleh brenti,try ubat nikotin pn xjadi jugak

  16. btul tu org,tp skang ni haram ni xsame mcm haram berzina huhuhu

  17. ooo..rugi aku xtgok kisah tue,nk tau gk gane,gune arang batu best shisha haha

  18. tu payah ckp ngn org kurang eduketed,mcm nasihat suruh smbhyan la,dia jwb nnti bukan aku mati kubur sebelah ko

  19. tak smepat tengok berita utama aritu psl shisha ni..baru tahu bahayanya mende alah tu…gerun!

  20. fuhhh….bahaya giler isap shisha. dulu member aku cakap isap shisha lagi bahaya dari merokok sebab tak ada filter. pas tu aku pun cakap kalau macam tu baik isap rokok. pikir-pikir baik tak payah isap apa-apa. lagi bagus. lagipun isap dua benda ni haram sebab memudaratkan kesihatan.

  21. tul tu master pak pandir tak yah hisap benda yang tak berpekdah ni

  22. tul tu jangan cuba sebab sekali cuba payah nak berhenti ni

  23. cuba makan pil yang anti nakotin tu. macam kat iklan tv. macam ok je tuk berenti dari isap rokok.

  24. tu la la mat kalut…memang sakit ati gak bila nasihat kita dibalas cmtu..tp itulah hakikat dakwah kan

  25. depa cita ckit ja..
    kata shisha tu lebih teruk dri merokok..
    huhu

  26. kita dh tgur cara elok..
    trpulang la kt depa nk terima ke x..
    janji kita dh menegur.

  27. tu la cara yang pling baik..
    benda cmni boleh buat kita ketagih..

  28. benda cmni boleh buat kita ketagih..
    jdi x mncuba la cara pling baik

  29. Memng payah nak berenti kalo iman dan akal tak kuat hu hu banyak kan solat malam dan berjemaah di Masjid Insya Allah

  30. nih bergantung pada eprsekitaran lah kalo dah kawan ngan org jual minya k wangi misti bau wangi kan

  31. Berentilah demi Allah buat aper2 niat kerana allah kan dapat pahala insya allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.