ASB OHH ASB..Halal Ke Haram Ni??
Dah bertahun-tahun masalah dan persoalan ni bermain difikiran rakyat Malaysia (saya pun termasuk sekali)..Antara penyebabnya ialah ada surat dari SC yang katakan ASB (Amanah Saham Bumiputera) tak tepati syarat syariahnya..Ini menyebabkan saya membuat panggilan drastik ke pihak En Ijad bagi mendapatkan idea dia..yerlah dia kan orang tua, so kenalah tanya kot2 dia ada fakta yang pernah dia baca kot..Nak tahu apa jawapan dia?
Wanmus: Ijad, ko tahu x tentang ASB ni.
Ijad: Nape pulak?
Wanmus: Taklah, aku konfius lah dengan ASB ni..sekejap orang kata Halal..Sekejap orang kata Haram..
(dipendekkan cerita)
Ijad: Macam nilah, ko call JAKIM..kan senang..
Lepas berfikir sekejap..hmm betul jugak..pastu terus ke laman web Jakim untuk mencari nombor telefon untuk dihubungi..dalam mencari tu, adalah bahagian soal jawab agama..nahh terjumpa lah tentang ASB ni..rupanya dah ramai bertanya..sebab konfius..
Jadi rasanya saya akan kumpulkan soalan dan jawapan untuk panduan kita bersama.
Boleh menggunakan wang simpanan ASB untuk membayar pinjaman PTPTN atau membeli barangan seperti yang disebut di atas.
Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .
Wa’alaikumussalam wbt.
Panel menasihatkan saudari atau para pelabur yang akan membuat pelaburan dalam ASB /ASN hendaklah terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan pelaburan ASB/ASN daripada Pihak Pengurusan ASB / ASN.
Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan Perak melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal.
Walau bagaimanapun JAKIM sentiasa menasihatkan pihak pentadbiran dan pengurusan ASB supaya melabur di tempat yang diharuskan oleh syarak.
Harus menggunakan duit dividen ASB untuk apa-apa tujuan kecuali bagi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
6- Apakah hukumnya seorang muslim terlibat dengan Amanah Saham seperti Amanah saham bumiputera?
Anda sebagai pelabur berhak mengetahui atau mendapat maklumat daripada pihak ASB / ASN mengenai tempat pelaburan yang telah dibuat. Pihak panel hanya memutuskan sekiranya urusniaga dan pelaburannya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syara’ adalah diharuskan, jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang haram dan urusniaga yang terlibat dengan riba, gharar atau penipuan dan penindasan maka hukumnya adalah haram..
Jika nak semak soalan dan jawapan ni, anda boleh layari Bahagian Soal Jawab Agama Jakim
23 April 2010
Masa 4:31 pm
Tahu serba sedikit ttg ASB..tq..huhu
23 April 2010
Masa 11:34 pm
salam..
mus..nk tnya, youthsays tue kan, dia masuk duit ke kt ikut ne…
24 April 2010
Masa 7:41 am
pasal ASB ni , sampai sekarang ayah saya kata ASB ni haram.. tapi saya dah agak lama gak tau pasal pandangan negeri Perak. Saya pegang sebagaimana yang disebut oleh negeri Perak.
24 April 2010
Masa 8:59 am
salam..
den dengar pendpt ustz. azhar idrus(org kg wan mus nie)..http://www.ustazazhar.com/v1/……..mana2 yg terlibt ngn riba, kira haram…seeloknya, duit dividen yg kita peroleh dr asb nie..kita laburkn dlm tabung perjuangan islam seluruh dunia.
25 April 2010
Masa 2:49 am
Ini pandangan Ustaz Zaharuddin http://www.zaharuddin.net/content/view/663/95/
-pelaburan ASB diharuskan atas sebab maslahat(kepentingan) umat Islam yang melabur dalamnya.
-PNB disyaratkan melantik Majlis Penasihat Syariah untuk memantau pelaburan dana ini.
Wallahua’lam.
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Talbis Iblis 1:Minah Tudung Berfesyen =-.
25 April 2010
Masa 11:47 am
wsalam. ni ada bukti ke ek yg ASB ni tak betul? sebab ustaz zaharudin cakap harus
28 April 2010
Masa 5:39 am
salam
Majlis Fatwa telah gazetkan ASB di haruskan.
Ust Zaharuddin, juga, mengesyorkan pandangan Majlis Fatwa.
Ust Zaharuddin juga, jika membaca post yg lama, berat hendak menggunkan ASB sebab, konsep asalnya iaitu, modal yang digunakan, tidak berubah, tidak akan rugi.
boleh juga baca lebih lanjut tentang ini di link ini
http://tinyurl.com/264ruk7
apa2 pun.
Pihak Fatwa, sudah keluarkan keputusan Fatwa.
jadi,kita boleh la, menggunkan ASB tanpa ragu.
.-= JundullahOsman´s last blog ..Komen Pelawat Kurang = Alexa Rank Meningkat =-.
04 May 2010
Masa 2:52 pm
Sepanjang saya belajar dari kecik lagi, prinsip yang saya pegang cukup senang, kalau mufti dan orang alim dah kata ya. Ya lah tu.. walaupun orang-orang lain kata tak. Ini disebabkan oleh Ilmu mereka yang tinggi dan dalam dan ketelitian mereka dalam mengeluarkan hukum hakam. Lagi-lagi kalau dari mufti Perak.
.-= zuls´s last blog ..Blog dalam proses pemindahan =-.
12 May 2010
Masa 3:45 am
ikut fatwa negeri pulak?yang dia cakap tuh dua negerri ja..musykil
13 May 2010
Masa 5:07 pm
harap2 majlis fatwa kebangsaan dapat selaraskan fatwa dari setiap majlis fatwa negeri pasal masalah ni…kalau tak ramai orang akan musykil, ada yang kata haram ada yang kata harus…
19 May 2010
Masa 12:36 pm
Cuba baca betul2 artikel UZAR tu. Bagi saya, lebih baik ambil jalan selamat. Yang halal itu jelas, yang haram pun jelas,antara dua itu ada syubahat … maka? sila sambung sendiri dan fikir2kan …
25 May 2010
Masa 1:27 am
S1- Assalamualaikum, Saya ada mendengar dan juga membaca dalam internet bahawa Pelaburan dalam ASN atau ASB adalah tidak halal kerana duit itu dilaburkan ditempat2 yang melanggar hukum syarak. Apakah ini benar2 berlaku dan adakah badan kerajaan seperti Jakim meneliti setiap pelaburan yang dibuat oleh PNB. Ini kerana maklumat yang saya perolehi itu adalah dari kalangan ulama yang terkenal di Malaysia juga. Tambahan pula pelaburan ini majoritinya orang Islam.
jwp-Wa’alaikumussalam wbt.
Panel menasihatkan saudari atau para pelabur yang akan membuat pelaburan dalam ASB /ASN hendaklah terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan pelaburan ASB/ASN daripada Pihak Pengurusan ASB / ASN.
S2- Jika dikatakan dividen dan bonus ASB tidak halal kenapa kerajaan yang mengendalikannya tidak berusaha ke arah menjadikannya halal untuk kemajuan ekonomi orang Islam selaras dengan konsep Islam Hadari Kerajaan
jwp-Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan Perak melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal.
Walau bagaimanapun JAKIM sentiasa menasihatkan pihak pentadbiran dan pengurusan ASB supaya melabur di tempat yang diharuskan oleh syarak.
pendapat saya sebagai MANUSIA dan MUSLIM :
dua soalan diatas tidak menyatakan dgn jelas tentang persoalan yang dikemukakan.disuruh bertanyakan kepada unit AS/ASN sendiri…???pegilah tanya mn2 bank yg terlibat tentang pelaburan yg dibuat?takkan ada jwpn yang sedap didgr…semuanya tergantung…plg best jwpn yg diberitahu…”ntah saya pun tak pasti”.
sepatutnya JAKIM yg perlu perjelaskan persoalan nie…dgn sejelas2nya…kalau nak suh tanya pihak yg menguruskan…baik tak payah tanya JAKIM..pegi direct je tanya…abis cerita…kene kelentong lagi ada agaknya…
pertikaian sy yang kedua..berkenaan soalan yang kedua diatas…
jawapan jakim menyuruh melabur ketempat2 yang telah difatwakan halal…oklah…senang diterima…
mcm mana plak boleh keluar walaubagaimanapun pihak JAKIM SENTIASA MENASIHATKAN supaya pihak ASB melabur ketempat2 yang diluluskan syara’…
“sentiasa menasihatkan???
persoalannya…kenapa perlu sentiasa…kalau dah sekali ckp tak betul..kene betulkan lah…tak payah ckp byk2 kali.seolah2 ada perkara yg tersembunyi yg tidak dijelaskan dgn tepat mcm mmg ada berlaku sesuatu yg tidak menepati syara’.dan JAKIM sentiasa nasihatkan supaya perbetulkan..maklumlah..nak band kang sesama badan kerajaan.mcm tak patut plak..yelah berapa ramai ulama’ yg kene gam dek benda agama nie…atau jakim salah guna perkataan dlm konteks tue?atau sekadar tulis nak sedapkan hati pelabur???tkt ASB tutup plak kang…
jwpn tu seolah2…JAKIM sehingga kini masih lg menasihatkan ASB melabur ketempat yg syara’ dh tentukan halal pelaburan dan hasilnya…Biar betul nih???
Apa sekalipun saya juga manusia biasa yg tidak terlepas dr melakukan kesilapan…Telah dikurniakan AQAL kepada manusia supaya berfikir…jgn jd pak turut…kalau nak sama level tahap pemikiran dgn ahli bijak pandai dimana2 pun..bebaskan pemikiran dr mengikut tanpa berfikir..jgn ambil mudah walau pun diatas sesuatu perkara yg mudah..kerana sikap itulah yg sentiasa membawa manusia kelembah kesesatan…sekadar cukup…asal boleh…ok lah…kira halal lah…mcm2 lg perkataan mengambil mudah…
MAAF dipinta jika berlaku salah dan silap.sama2 lah kita berfikir dan mencari jwpannya yg sebenar..jgn gentar kira kita berada dilandasan sebenarnya…dilandasan redha ALLAH…Assalamu’laikum…
29 July 2010
Masa 9:28 pm
saya pernah baca, melabur dlm ASB tu harus…
tapi kalau pakai pinjaman bank utk melabur mcm kebnyakan bank offer sekarang, maka untung ASB tu dikira haram…
jadi kalau nk melabur dlm ASB, pakai duit sendiri je…
29 September 2010
Masa 6:14 pm
kiter cuba lah buat yg terbaik… yg pnting setelah kiter buat pertimbangan yg sebaik2nye berdasarkan hukum2 syariah, selebihnye kiter berserah pada Allah semoga ditunjukkan petunjuk.
29 September 2010
Masa 6:15 pm
meminjam tu bukan duit sendiri ke?
22 October 2010
Masa 8:03 pm
nape la pk ssh..
dh MFK kata harus, terima je la..
xyah ssh nk pk..
kite pk lak, cmne nk tingkatkn taraf idup kite..
22 October 2010
Masa 8:15 pm
hai.. aku org asli, dpt labur dlm asb mcm org melayu..
sayangny kalu asb bumiputra nk tarik diri.
ape kate lpas ni asb dibuka pd non- bumi.. no-quota bumi n non bumi, sape cpat dia dpt..??
“selalunya kite mmg xhargai ape yg kte ade, tp kte akan terngadah/ nyesal/ query mcm2 bila ape yg kite xhargai selama ni tinggalkan kite”
22 October 2010
Masa 8:16 pm
spt ASM, sume unit dah abis jual..
18 December 2010
Masa 1:42 am
saya setuju…biasa la lau ASB di tutup kerugian besar la kpd negara…duit2 pelabur nie digunakan tuk melabur…klu nk melabur xkn nk cri yg untung ckit..
mesti la yg untg bnyk..contoh casino,rokok,arak…so labur kat tmnpt haram..so x halal la duit tu..sng kate klu dah shubahah tu x yah la wat..
lagi 1..lau penyimapan ASB ni mati..
duit akan dibekukan so proses tuk guaman sume diperlukan..(tu sbb ade org waris x nk amek duit ASB) sbb bile dah masuk amanah raya yg tggl dlm 60% je…x masuk kos lain2 tu..guaman ke ape ke..
so kat cni saye ade solution tuk pelabur ASB nie..wat la pelaburan emas, perak atau minyak di negara asia timur..tuk yg berminat msg saya..0172919501-En Idzham
18 December 2010
Masa 1:46 am
klu xde quota kat sane xpe..
simpan dan labur dgn saye..
sakit dapat duit,meninggal pun dpt duit(tuk waris la) sehinnga 20kali ganda simpanan setahun tau..
tuk maklumat lanjut msg saya atau wat appoitment…0172919501-En Idzham
07 February 2011
Masa 9:51 pm
huy hu masih pening asb haram ke halal tapi dah ader kater halah make halal lah kan
07 February 2011
Masa 10:00 pm
sy xpernah dgr lg org kata halal…baik kuarkan jer labur kat tempat len…
07 February 2011
Masa 10:11 pm
tuh kat atas tu h cuba bacer kater halal haip entah lah
31 May 2011
Masa 4:34 pm
kalu kita ponjam bank tu kita kene banyar bunga dan bunga itu adalah riba..tq
16 June 2011
Masa 2:11 am
dulu masa diorang sibuk kata haram,aku pun terus kuarkan duit aku kat dalam asb tu,pas tu diorang kata harus,terus aku apply loan asb,dan sekarang kata haram pulak..ermm apa cer ni,dunia dah akhir zaman da..