Hadiri Seminar Atau Cukup Dengan EBook?

Penulis: wanmus Kategori: company | ebook | Internet | seminar | seminar internet Tarikh: 14 August 2009 | 10 komen

hmm..ni satu lagi persoalan yang biasanya ditanya oleh siapa sahaja terutama bila ada ebook dijual dan ada juga seminar dianjurkan dengan topik yang sama. Contohnya si Ali keluarkan ebook Teknik Mudah Ternak & Jual Ayam Daging, kebetulan keesokannya pula si Abu nak anjurkan Seminar Teknik Mudah Ternak & Jual Ayam Daging..Jadi mana satu nak pergi ni?

So kat sini saya kongsikan sedikit tips dan cara memilih samada nak pergi seminar atau cukup beli ebook. Ini hanyalah pandangan dan idea saya ketika memilih nak beli ebook atau pergi seminar. Saya dah pergi 2 seminar dan 1 coaching berbayar bernilai rasanya lebih RM1k.. Saya pernah hadiri Jomseminar (RM400-500) pada Mei 2008, seminar ebay noorizam (RM450) pada April 2009 dan coaching smart blogging dengan Rohaizad (RM300-RM400). Dan last sekali, saya berjaya anjurkan sendiri seminar saya iaitu Seminar Internet Adalah Duit.. 🙂

Ok..so sepanjang saya sertai dan buat seminar ni, saya rasa ada yang perlu anda tahu sebelum buat keputusan untuk sertai mana-mana seminar atau coaching..Kerana jika tersalah step, anda mungkin kerugian wang ringgit dan masa.

Tips #1: Fokus dan Topik yang diajar

Sila semak dan tanya kepada penganjur mengenai apa fokus dan topik yang akan diterangkan. Biasanya penganjur akan berikan email atau no hp untuk dihubungi. Sebaiknya, tepon atau SMS tanya fokus seminar atau coaching yang diberikan. Kenapa?? Sebab ramai rasa pergi tapi tak dapat apa-apa..Ini disebabkan dia sendiri tak tahu dan faham fokus yang ingin diceritakan. Jika pergi ke seminar, ianya lebih kepada penceritaan secara menyeluruh dan bukan hands-on. Bengkel barulah hands-on atau langkah step-by-step akan diajar bagaimana membuat teknik yang diajarkan.

Ramai yang pergi ke seminar tapi harapkan dapat step-by-step di ajar..Itu yang silap. SO kalau nak tahu semuanya, cara yang seminar+bengkel atau coaching. Satu lagi, tolong tanya penganjur apa yang akan diajarkan. Jika kita bajet dapat tahu tentang A tapi yang diajar tentang B, so baik tanya awal2. Kalau lari dari apa yang kita nak, baik x payah pergi. Nanti anda dah bersedia nak dapat yang lain, pastu diajar yang lain..kan dah lari tu.

So kalau fokus anda hanya nak tahu, so baik baca ebook sahaja. Tak perlu membazir ke seminar atau bengkel melainkan anda dah kaya sangat..Tapi kalau anda nak faham cepat dan fokus sesuatu perkara, so baik ke seminar, bengkel atau coaching sebab cara ni cepa berbanding baca ebook.

Tips #2: Kemampuan masa, wang dan jiwa

Berbaloi ke pergi seminar yang mahal? Contoh seminar Irfan Khairi maunya mencecah RM800-900 satu sesi. Tapi tetap sold out biasanya seminar beliau. Namun adakah seminar ini berguna untuk anda? Jika Rm800 yang anda laburkan hari ini untuk seminar tersebut, bila RM800 ini anda akan dapat balik? Itu sepatutnya yang anda fikir sebelum membuat keputusan.

Ianya semua bergantung kepada anda. Jika anda bajet nak balik modal 2 bulan nanti, so rancanglah siap2 perjalanan anda selepas seminar tersebut. Jika lambat bertindak, lambatlah modal untuk seminar anda tu anda akan dapat balik. Ingat, anda pergi seminar, bengkel atau coaching ni perlukan pengorbanan besar dari wang, masa dan jiwa. Jika belum bersedia untuk korbankan 3 benda ni, so jangan pergi lagi. Walaupun murah tapi kalau anda belum bersedia, memang anda akan rasa seminar tersebut bosan dan rubbish!

Kalau beli ebook baru RM30 tapi pergi seminar biasanya kos RM300-500. So anda bayangkanlah jika anda pergi seminar tapi tak dapat apa2..Tapi saya tak kisah sebab saya suka pergi seminar 🙂

Tips #3: Sasaran (target) kita

Tetapkan target anda dulu! Sebelum pergi atau buat keputusan untuk hadiri mana-mana seminar, bengkel atau coaching, setkan target anda dahulu. Fikir apa benda yang anda nak tahu sangat dari penceramah nanti. Jadi taklah masa talk nanti baru nak berfikir soalan kalau apa yang kita nak tahu tapi penceramah lupa nak beritahu.

Tips #4: Money Back Guaranteed

Kalau seminar, bengkel atau coaching anda tu ada money back guaranteed, tu lagi baik. Bukan apa, maknanya penganjur dah pertaruhkan sejumlah belanja untuk anda hadir ke seminar yang diberikan. Jika anda minta money back, penganjur jugak yang akan rugi. So seminar tersebut mesti dirancang sebaiknya bagi mengelakkan anda claim balik duit yuran anda.

Tapi tak semestinya tak ada money back guaranteed tu tak bagus. Sebab kekadang ada jugak orang ni saja je datang nak tengok seminar, bukan datang nak belajar sangat pun. Pas seminar sibuk claim money back katanya tak berbaloi seminar tu. So mengelakkan orang macam ni, penganjur perlu memilih peserta yang betul2 berminat sahaja.

So, dah pilih??

Saya beli ebook tapi tetap pergi juga seminar, bengkel atau coaching kerana saya lebih suka paham direct dari cikgu dan bukan dari buku. Ebook noorizam saya dah beli tapi saya laburkan jugak RM300-400 untuk ke seminar dia. Tapi ada juga yang saya just beli ebook tapi tak pergi seminar.. Kenapa?? Sebab saya baca ebook tapi benda yang diterangkan tak menarik minat saya (mungkin tak kena ngan jiwa kot)..



  1. rohaizad

    Wahhh… ko dah pergi coaching aku kan?
    Kalau gitu, aku nak buat ebook lah… sebab aku tahu ko mesti beli punya…

    p/s: kalau ko tak beli, siap ko.. hahahahah

  2. wanmus

    @rohaizad: hahahha..aku dah pergi coaching sama j beli ebook..biasanya orang pergi coaching dapat free je ebook..hahaha

  3. cyza

    aku baru first pegi seminar internet adalah duit …tu je…
    tak pernah lagi pergi coaching…beli ebook sikit2 tu adalah…anyway, aku rasa memang kena invest kalau nak belajar…tu je…

  4. wanmus

    @cyza: betul bro. lagi mudah belajar berdepan dengan cikgu dari duk baca ebook tu sorang2..

  5. Noorizam Shah

    salam,

    saya baru perasan pasal posting ini. haha. berkenaan dengan topik, walaupun saya ada pengalaman buat seminar, saya sendiri pun kalau berpeluang, akan attend juga seminar orang lain.

    Malah saya juga melabur untuk dapatkan ilmu seperti beli ebook, buku-buku dan seminar.

    Nota: Mungkin lepas ni saya nak terjah PC Rohaizad pula? Ada berani nak ambil saya sebagai student izad? hehe

  6. wanmus

    wsalam..aiii otai ebay ni baru nak menjengah blog newbie macam saya ni ke..huhu..PC Rohaizad tu bro kene contact dia sendiri tanya bila dia buat lagi. tak tahulah dia buat ke x lagi pasni, sebab ada projek besar katanya.

    Bro kan dah masyuk tiap2 bulan dengan ebay, takkan nak wat blogging pulak bro. blogging ni income kecik je bro

  7. […] Mudah sahaja. Semuanya disebabkan seminar dan juga blogging. Dengan WanMus, aku kenal disebabkan Seminar Internet Adalah Duit manakala Boy pula aku kenal dari Seminar Smart Blogging (Personal Coaching) aku […]

  8. jutawansenyap

    ebook pon dah cukup kalo ebok nyer perfect tapi kalo ebook cam basic jer memng perlu gi jumpa sifuy yg betul

  9. Ronaldmohoni

    Seminar yang saya pernah hadiri ialah seminar buat minisite oleh Saudara bearnard, IM sabah.

  10. jutawansenyap

    kalo ader sifu yang guide oklah tuh janji kene istikomah