Seminar Internet Adalah Duit Di UTM Meletup!!

Penulis: wanmus Kategori: Ammar zahar | Blalang | Buat duit | Rohaizad | seminar internet | wanmus Tarikh: 02 August 2009 | 47 komen

Seminar Internet Adalah Duit telah berjalan dengan jayanya tadi dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30ptg Di Dewan Senat, UTM Skudai Johor. Bertujuan membuka peluang untuk menjadi blogger dan menjana pendapatan dari internet menjadikan seminar ini sasaran peserta bagi mendapatkan input sebanyak mungkin dari 3 otai yang telah saya dan team organizer bawakan.

Pening? Mabuk? Gembira? Bersemangat? Rasanya itulah antara yang bermain difikiran peserta selepas tamat ketiga-tiga sesi bersama ketiga-tiga penceramah tadi. Peserta hadir dari pelbagai peringkat dan mengejutkan, pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 5 juga ada bersama. 50 lebih peserta cukup untuk membuatkan penceramah berseronok untuk menjawab soalan.

Seminar Internet Adalah Duit atau mudah dikenali dengan Seminar Internet = DUIT merupakan seminar pertama sebegini diadakan di UTM dan Johor rasanya.. Kalau kat KL memang banyak, tu yang kami buat jugak di Johor. Namun masih ramai yang tertukar antara seminar dan bengkel. Seminar biasanya diberikan konsep dan overview mengenai cara dan teknik yang boleh dilakukan. Bengkel pula mengajar step by step how untuk lakukan sesuatu perkara tu..dan coaching pula biasanya menggabungkan kedua2 elemen ini..Tu biasanya coaching lagi mahal dari seminar atau bengkel..

Gambar atas saya, WanMus bersama 3 otai yang telah bersemangat untuk memberi ceramah pada seminar kali ini iaitu Blalang yang glamour dengan blog isuhangat.blogspot.com, Rohaizad seorang Problogger yang banyak membuat seminar blogging, dan last sekali oleh AmmarZahar yang jelas sekali seorang otai muda dalam penjanaan duit melalui internet.

Tahniah kepada semua peserta kerana sanggup gadaikan masa cuti anda sehari untuk bersama kami bagi mengorek rahsia bagaimana buat duit melalui internet. Ada peserta dari KL pun ada sanggup naik flight, hoho..sungguh terharu kami di team organizer seminar ini. Cuma ada 3 peserta dari Perak tak muncul2, kete ade problem kot..Di bawah ni sedikit gambar sepanjang seminar. (Maaf kualiti gambar kurang sebab flash kamera digital tak cukup kuat).. Jika ada pihak yang inginkan perkhidmatan kami, samada untuk berikan seminar @anjurkan seminar, insyallah kami boleh aturkan.

Di akhir seminar, borang survey telah diedarkan dan result survey ini mengenai seminar yang telah dianjurkan ialah:

1- Adakah seminar ini berjaya?

YA- 94%  TIDAK- 6%

2- Adakah seminar ini seperti yang diharapkan?

YA- 88%  TIDAK- 12%

3- Tandakan mengikut pandangan anda:

  1. Tempat seminar : Memuaskan- 100%   Tidak Memuaskan- 0   Atas Pagar- 0
  2. Layanan : Memuaskan- 97%   Tidak Memuaskan- 3%  Atas Pagar- 0
  3. Penceramah : Memuaskan- 91%   Tidak Memuaskan- 6%  Atas Pagar- 3%
  4. Modul : Memuaskan- 71%   Tidak Memuaskan- 14.5%  Atas Pagar- 14.5%

OOpppss..tapi sebelum tu, ramai yang bertanyakan kepada saya tentang gambar dan video tutorial dari Blalang tu, jadi saya sarankan kepada semua seminar, sila masukkan nama dan email di kotak di bawah bagi mendapat link untuk download gambar dan video tersebut. TAPI hanya untuk peserta seminar sahaja. Jika saya dapati ada email bukan peserta, saya akan keluarkan nama dan email anda dari sistem dan BLACKLIST!

Untuk tawaran dari JOMHosting dimana kami akan tolong setup blog anda hingga siap menjadi blog secara PERCUMA, anda perlulah juga masukkan nama di bawah untuk saya berikan detail bagaimana nak dapatkan servis ini dari kami. Hosting+domain perlulah dibeli sendiri, di JOMHosting, harganya baru bermula dari RM45 siap domain dan hosting!

First Name:
Email address:

Blog lain yang turut berkongsi cerita:

1- Blog Rohaizad.com

2- Blog cyza.us

3- Blog Yoyy

4- Blog Blalang

5- Blog Abu Samah

Anda semua tadi dah belajar kan camner blog commenting akan beri kesan pada blog anda? SO komenlah kalau berani..hehe



  1. rina

    Memang best seminar tu. Dapat tambah pengetahuan bagi newbie spt saya. Paling best bila bro ijad bg ceramah. Santai je…Apa pun terimakasih pada semua otai2.

  2. wanmus

    @rina: Betul tu kak rina, sory tadi tak sempat nak bersua muka, just kenal ikut email je selama ni..:)
    Bilalah pulak wanmus nak bagi ceramah pulak? hehhe tak malu..

  3. DeKaN

    Mak aih. Ensem la wanmus and the gang. Ke UTM la pulak korang ek.

    Keep on the good work.

  4. hasbul

    ya,mmg hebat seminar ni
    byk bonus mlh bonus yg bgerharga HAMPIR RM160 pun disertakan
    tips dan rahsia pendedahan oleh 3 otai kita pun byk jugak
    saya syorkan wanmus WAJIB adakan seminar pada masa hadapan!
    satu seminar yg baik dan saya bg 4bintang
    (^^)

  5. rohaizad

    Mus, congrats untuk team organizer… !!

  6. Cyza

    Mus, brovo mus…very good and successful seminar.
    Aku rasa bertuah dan untung dapat attend …Aku memang paksakan dan luangkan masa dan ternyata memang berbaloi-baloiiiii

    aku rasa ko kena organizekan lagi dan buat massive promotion next time dan kategorizekan penyertaan ikut tahap peserta….jadi payaran pun berlainan…

    Jadi untuk mereka yang zero info, orang yang basic boleh ajar…

    Kalau untuk newbie dan basic info, orang otai boleh ajar….

    Aku rasa elok buat syllyverse

  7. […] read other report from the Seminar, please visit: Rohaizad.com & Wanmus.com. For other seminar participants, if you have reported about the seminar in your blog, you can give […]

  8. wanmus

    @DeKaN: hensem sebab bujang lagi kot..hehehe..cuma Blalang sorang je dah ada orang rumah

  9. wanmus

    @hasbul: tahniah kepada semua peserta diatas komitmen anda hadiri seminar ini. cuma perlu ingat yang ini seminar dan bukannya bengkel. kalau seminar ni diadakan lagi, konfirm harga tak semurah ini lagi..paling kurang RM 300-400..

  10. wanmus

    @rohaizad: Welcome & Thanks bro kerana sudi datang beri ceramah..

  11. wanmus

    @Cyza: Thanks. Seminar ini bukan bertujuan untuk untung tapi untuk memberi peluang kita sama-sama mengorek rahsia dari otai..tapi masih ada jugak yang rugi sebab tak datang seminar ni..kita biarkan mereka kerugian..hehe

  12. Abu Samah

    Thank Mus ,nasib baik masih ada peluang untuk datang ke seminar ni,Maklumla malam-malam baru nak buat tempahan saat akhir..Memang best diorang tu semua bagi seminar…

  13. wanmus

    @Abu Samah: Sama-sama. mujur ada tempah lebih siap2 untuk seminar tu..hehe

  14. Muaz Hadi

    salam wanmus. tQ untuk penganjuran itu, amat bermanfaat. rugi sapa tak gi, murah lak tuh. yang part belalang terlepas skit sbb lambat, tp mmg salute la blogspot pun penuh bergaya dgn income mencurah. rohaizad, nanti tgu lapang skit kena contact smula nak cilok coaching. serius kagum. huhu. ammarzahar nice presentation, harap income affiliate aku naik skit la lepas ni. uhhuhu. btw tahniah utk wanmus n the team, heran aku mcm mana korg leh guna ‘dewan senat’. melampau tul!

  15. wanmus

    @Muaz Hadi: Wsalam. sama-sama n tahniah jugak sebab datang dari jauh ngan flight pulak tu. Yup, memang penceramah yang dipanggil dapat income mendebarkan jiwa bila tengok. 3 orang pulak tu. Nilah rahsia orang lama duk UTM, tau lah sikit selok belok nak dapatkan ruang dan tempat dalam UTM..heheee..sape tak pergi tu jangan marah tau

  16. izzuddin

    Salam..akhirnya dapat jgk bagi comment..macamana kalu peserta yang xdapat hadiah nk jugak hadiah yang da xdiual tu..?

  17. wanmus

    @izzuddin: Wsalam. dah nama hadiah bro..hehe..limited pulak tu.

  18. mfadhly

    Tahniah bro…aku bangga dengan bro wanmus, akhirnya dapat kumpulkan otai-otai ni…niat ikhlas nak membantu Newbie mencari duit di internet… Tahniah gak kat Bro Rohaizad, Blalang yang panas, dan AmmarZahar …. Walaupun aku tak join tapi aku percaya kat korang ni pasal korang semua Blogger Melayu yang Mantop…Control siut Bro Rohaizad n Wanmus tapi kiut..

  19. ekieen

    Thanks wanmus, blalang, rohaizad and ammar. U guys really great!. At least skrg ni dh nampak lah sket jalannye mcm mana org buat duit kat internet 🙂 Tapi…..banyak benda lagi nak kena belajar ni 🙂

  20. blalang

    Tahniah kepada wanmus and the gang kerana servis yang baik. semua peserta seminar berasa puas hati dan siapa yang dapat hadiah tu lagilah berbaloi-baloi..

  21. wanmus

    @mfadhly: iya bro, memang niat nak tolong untuk newbie yang takut nak melabur mahal2 untuk buka mata dan minda diorang bagaimana sebenarnya buat duit dari internet dengan cara yang betul dan mantop sekali..Saya ngan ijad memang kiut..hehe.. Tapi memang betul2 tak percaya dapat wat seminar 3 otai besar dengan harga tipu ni..macam mimpi rasa

  22. wanmus

    @ekieen: itulah harapan kami, untuk buka jalan..bila dah nampak jalan, insyallah dah tak susah untuk berjalan di jalan tersebut..cuma kene belajar bagaimana nak berlari di jalan tersebut

  23. wanmus

    @blalang: Alhamdulillah..kami organizer ni risau je takut berikan layanan dan servis yang kurang disenangi.. Tapi alhamdulillah, result survey memeranjatkan kami..

  24. blalang

    wanmus, boleh share ke result survey tu? 🙂

  25. rina

    dapat juga jumpa otai2 semua tu. Selain dpt ilmu dpt juga bergambar. hoho kenangan paling mahal. dapat juga berbual dgn bro ijad dan ammar korek2 ilmu, cuma wanmus je bz. Tengah tungu hadiah dari ammar je nih.

  26. wanmus

    @rina: kenangan mahal sebab pasni nak dapat cmatu kena pelaburan beratus-ratus ringgit. Sory kak, saya bukan sengaja sibuk cuma nak pastikan seminar ni berjalan dengan amat lancar dan alhamdulillah ianya berjalan lancar. Saya cmtulah, kalau dah minat, dari kerja anak buah sampai ke keja bos, semua saya nak buat..hehe

  27. wanmus

    @Blalang: ok bro, nak tulis kat atas tu result survey..

  28. alone

    seronoknya tengok seminar2 camni. bilalah ada masa nak join.

  29. wanmus

    @alone: memang seronok sangat..lagi-lagi dapat jumpa dan berkongsi cerita dengan otai-otai

  30. syahriman

    assalamualaikum bang saya adik tingkatan satu tu ada buat lagi tak seminar ni tahun depan ???
    kalau boleh buat lagi ye

  31. Cyza

    apa-apa hal pun,,, internet = duit… 🙂

  32. Ammar Zahar

    Congrats to organizer and audiences! 🙂

  33. syahriman

    assalamualaikum abang wanmus ni saya baru je buat blog komen sikit
    http://wwwdlmingatan.blogspot.com/

  34. wanmus

    @syahriman: congratz kerana sudi datang..tingkatan 1 dah tau benda2 ni..tak lama lagi mantaplah..

    @Cyza: yup, kalau kena cara, internet memang DUIT

    @Ammar Zahar: Congratz to speakers and audiences too

  35. syahriman

    abang wanmus satu lagi gambar2 dekat seminar boleh dapat dari siapa ?

  36. wanmus

    saya akan kongiskan gambar tu sedikit masa lagi sebab gambar besar, so kena kecikkan dulu then baru leh uplaod..semua dah 160MB, kalu upload mau dalam 3-4 hari jugak tu..hehe..so pastikan isi form kat atas tu, masukkan nama dan email..sebarang update, saya akan emailkan nanti

  37. JAMAL

    Syabas bro wanmus..Berjaya membuka mata anak-anak muda kita dalam menjana duit online dengan cara yang sebenarnya. Lebih – lebih lagi dengan adanya perceramah-penceramah yang memang hebat-hebat – Ammar, Ijad, Blalang…

    Kalau kat Besut saya datang dah tu…

  38. wanmus

    @JAMAL: Thanks bos. Harapnya makin ramai sedar dunia penjanaan pendapatan dari internet sebenarnya..Kalau dah kat Besut, saya ajak bro sekali jadi penceramah..hehe

  39. JAMAL

    Bagus usaha wanmus ni..bro ni lecturer ke kat sana?

  40. aizat kamal

    saya berada jauh nun di kedah time ni…
    rugi rugi…

  41. wanmus

    @JAMAL: Thanks bro. Saya sebagai researcher dan skrg sambung Master.

  42. yaziz

    Tahniah wan mus. Saya sungguh berbanga dapat sertai simanar tu.Memang best giler. Bila nak buat lagi? lagi satu video2 yang belalang nak beri ari tu cam ne nak ambik ek?

  43. izzuddin

    salam..
    sijil xdpt lagi ni..
    huhu..
    cmne ek..
    ada sape2 kt cni yang in charge bhgn sijil..?
    utk student utm..

  44. izzuddin3

    salam..
    sy xdpt lg sijil..
    cmne ek….?
    ada sape2 kt cni incharge bhgn sijil..?
    tq..

  45. wanmus

    @yaziz: bro masuk dalam list kat atas tu..saya dah masukkan link dalam list tu. Dalam modul belakang skali yang blalang punya pun ada

    @izzuddin3: bro x dpt lagi ke? sms saya detail bro, nama penuh n ic.

  46. […] So kat sini saya kongsikan sedikit tips dan cara memilih samada nak pergi seminar atau cukup beli ebook. Ini hanyalah pandangan dan idea saya ketika memilih nak beli ebook atau pergi seminar. Saya dah pergi 2 seminar dan 1 coaching berbayar bernilai rasanya lebih RM1k.. Saya pernah hadiri Jomseminar (RM400-500) pada Mei 2008, seminar ebay noorizam (RM450) pada April 2009 dan coaching smart blogging dengan Rohaizad (RM300-RM400). Dan last sekali, saya berjaya anjurkan sendiri seminar saya iaitu Seminar Internet Adalah Duit.. […]

  47. IsuHangat.Net Blog Yang Membosankan!

    […] Sitam pulak tak kenal pulak nanti..hehe..Itulah empunya diri blalang ni. saya mula jumpa dia masa seminar Internet Adalah Duit yang saya anjurkan pada ogos 2009 di mana 3 penceramah hebat saya jemput iaitu rohaizad, ammar […]