Seminar Internet Adalah Duit Di UTM Meletup!!

Seminar Internet Adalah Duit telah berjalan dengan jayanya tadi dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30ptg Di Dewan Senat, UTM Skudai Johor. Bertujuan membuka peluang untuk menjadi blogger dan menjana pendapatan dari internet menjadikan seminar ini sasaran peserta bagi mendapatkan input sebanyak mungkin dari 3 otai yang telah saya dan team organizer bawakan.

Seminar Internet Adalah DUIT [Jumpa ESOK]

Assalamualaikum pelawat saya yang dikasihi. Saya nak maklumkan bahawa saya bersama myKKDK UTM akan menganjurkan seminar perniagaan internet dan menjana pendapatan dengan internet yang diberi nama SEMINAR INTERNET ADALAH DUIT. AmmarZahar, Rohaizad dan Blalang akan menjadi penceramah.