CUCI The Musical 2..Here I Come..

Penulis: wanmus Kategori: Afdlin shauki | Celcom | Movies | Pos Malaysia | Promosi | Teater | TMNet Tarikh: 29 July 2010 | 11 komen

Ni tak tahu nak cakap apa..semangat, over atau pun tak sabar2..yang penting malam ni penentu segalanya..bestnya..tak sabar nak tgk lawak2 team Afdlin Shauki ni..tau je lah dari dulu lagi tak pernah miss tengok cerita Afdlin ni. So malam ni akan gi tengok dengan Adly n kawan2 kat Istana Budaya..

Lawak ke tak, gerenti lawak..dah tengok testi dari yang dah tengok..tengoklah Group Facebook Cuci The Musical 2..memang jeles sebab lambat tengok. Katanya lawak dari start mula show sampai habis..ohh tidak..cubalah tengok komen kat bawah ni. Tapi takpe, mungkin tengok lambat skit bagus sebab diorang boleh upgrade lagi lawak2 diorang.

Laman web rasmi Cuci The Musical

SINOPSIS

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C’ Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan ‘Cuci-Cuci Services’ sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap – dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila ‘Cuci-Cuci Services’ telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO – Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) – yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah ‘Wira Maju’ sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar). Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya. Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka. Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.

Fuhh…baca sinopsis pun dah tak sabar nak gi tengok..gerenti best dengan teknologi yang digunakan. Dulu filem2 afdlin di taja Celcom, TM dan kini ditaja Pos Malaysia (mungkin sebab dah naik peruntukkan kot..hehe)

Cukup geram??

Jom lah beli tiket..nak beli tiket, boleh beli dari ticket2u.biz yang harga bermula RM24 je hingga RM190.  Ni susun atur seat dengan harga ticket.

***Makluman tiket setakat ini:

Cuci the Musical, Season 2.

Tickets are selling fast. The show on Aug 1, 3 pm is already SOLD OUT.
Almost 4,000 seats are sold and another 5,500 have been reserved.
Buy your tickets now!
1 Aug 2010 8:30PM, 6 Aug 2010 8:30PM, 7 Aug 3:00PM Sold Out



  1. Azim Norazmi | ITechPrince

    Tak penah lagi tgk teater live nih, huhuu, boleh tahan jugak harganya

  2. wanmus

    ni yg nk gi tengok masa masih berdua ni :)..harga tak yah cakap tapi yg penting dapat tengok diorang live.

  3. mijie

    betul tu time berdua baik pergi tgk, mcm saya dah bertiga ni, tgk wayang pun dah lama tak pergi, huhuhu

  4. wanmus

    huhu..patut diberi pertimbangan ni..mujjor ada peluang..hoho

  5. denaihati

    dengar cite banyak dapat anugerah ni mesti power tu

  6. CikLilyPutih

    saya di antara orang2 yang dapat tengok full rehearsal before premier show on 27hb hari tu. Memang best dan sangat panjat.lebih kurang 3 jam lebih. Memang best lah. tak rugi beli tiket mahal2

  7. CikLilyPutih

    memang best dan superblah. ada adegan panjat2 lagi

  8. kak ina kl

    salam…lama tak jenguk kat sini..

    memang best..akak dah pernah dah..tu pun org sponsor tiket..ashik gelak tgk telatah nabil dan awie….kelakar sungguh

  9. wanmus

    hoho..sangat2 best..akak gi yg brape hb?

  10. […] This post was mentioned on Twitter by mygamat, wanmus. wanmus said: CUCI The Musical 2..Here I Come..: http://bit.ly/cl1JIq via @addthis […]

  11. Cuci The Musical 2 Memang Meletup!! Best!!

    […] semalam saya ada cakap nak gi tengok teater cuci musical 2 ni. Memang best..Rugi sape tak gi tengok..saya tak sempat nk gi tengok cuci the musical 1 yang […]