Kenapa Filem Afdlin Shauki Wajib Saya Tonton?

Penulis: wanmus Kategori: Afdlin shauki | Filem | Lawak | wanmus Tarikh: 06 May 2010 | 15 komen


Iya..sampai pasangan saya pun dah tau yang kalau keluar je iklan filem lakonan atau arahan afdlin shauki, saya memang akan pergi tengok..Tak kiralah papadom ke, los dan faun ke dan seangkatan dengannya.Filem melayu lain saya lebih rela beli cd je dari gi tengok wayang tapi kalau filem afdlin, wajib tengok kat wayang..Kenapa?

Kerana Afdlin adalah usahawan yang komited dalam nichenya..

Semua tau niche afdlin shauki ialah lawak sempoi tapi banyak maksud tersirat (ni yang susah nak cari pada pelawak lain)..Tengoklah video kat atas tu..sempoi macam tu pun still boleh wat lirik lagu lawak tentang siri telenovela kat tv time tu..yerlah time femes betty dan rosalinda..kalau nak kira, kita tak terfikir pun benda tu boleh jadi lawak yang memang wat kita tergelak..maksud tersirat pun ada..tengok video tu, mesti korang akan faham..

Filem terhebat beliau, Filem Papadom yang menang Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 dan beberapa anugerah lain telah tersenarai untuk Osaka Asian film festival…mantap..

Tulah kekuatan yang perlu ada pada usahawan..apa orang tak nampak, kita perlu nampak untuk lebih berjaya dari orang lain..Kalau kita nampak sama macam orang lain, kita tiada beza dengan orang lain..Kita tak berjaya pun kalau macam tu.

Sifu Rohaizad pun selalu berkata:

Kita selalu melihat tapi TIDAK MELIHAT BETUL-BETUL

Iya..kenapa kita lihat pokok tebu tapi tak nampak pasaran permintaan gula yang selalu tak cukup di Malaysia? kenapa kita lihat banyak sekolah dekat rumah kita tapi tak nampak permintaan kedai alat tulis dan fotostat untuk pelajar sekolah tu?

Fikir-fikirkanlah..

**I really adore him.



  1. Jaws

    aku memang minat afdlin ni…
    dia boleh jadi pengganti din beramboi..
    aku suka dengan proverbs Rohaizad,

    “Kita selalu melihat tapi TIDAK MELIHAT BETUL-BETUL”

    Mendalam maknanya ni..

  2. wanmus

    afdlin memang ada kekuatannya tersendiri..mantop..

  3. apiih

    aku memang suke dengan filem2 abg afdhlin..semua cerita die menarik..mantop…!!

  4. mohamadzamri

    afdlin memang ada aura yang tersendiri, seperti kebanyakkan filemnya yang ‘lain’ daripada yang lain.. mungkin orang malaysia tidak perasan lagi dengan bakat yang ada padanya.. tengok saja papadom, los and faun, dan banyak lagi..

    semuanya dekat dengan kehidupan masyarakat kita..
    so apa lagi yang boleh kita kata tentang bakatnya..

  5. khai wan

    huhu saya juga salah seorang peminat afdlin ni.mencuit hati.kalau ada filem yg dia berlakon komfem la layan.huhu..

  6. nadri

    banyak juga filem lakonan afdlin yg saya tengok..bakatnya sungguh luar biasa..

  7. syedhazmie

    filem abg afdlin paling saya minat ialah papadom…filem yang penuh dgn mesej2 positif…
    .-= syedhazmie´s last blog ..Musuh utama negara: DADAH!!!!!! =-.

  8. wanmus

    filem yang sangat best dan lari dari skop cerita2 biasa melayu ni..tu yang best 🙂

  9. Cyza

    Aku setuju dgn ko pasal bro Afdlin ni…aku pun minat karya dia…he’s creative…

    Cuma aku harapkan dia boleh kuruskan badan dia…hehe…biar jadi contoh…
    .-= Cyza´s last blog ..Vitamin that makes strokes less deadly =-.

  10. Zairi Zaidi

    Yeah… I like…
    .-= Zairi Zaidi´s last blog ..Ebook Rahsia Bisens Gaya Pos Dilancarkan =-.

  11. aizuddin

    filem2 dia banyak yg bes..sumolah je aku tak tgk..bes ke tak ek?hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Hantar Sms Secara Percuma =-.

  12. wanmus

    sumolah tak best sangat..tak tau nape..tapi lepas tu crita afdlin best.

  13. CUCI The Musical 2..Here I Come..

    […] segalanya..bestnya..tak sabar nak tgk lawak2 team Afdlin Shauki ni..tau je lah dari dulu lagi tak pernah miss tengok cerita Afdlin ni. So malam ni akan gi tengok dengan Adly n kawan2 kat Istana […]

  14. akuorgkmpng

    filem dia mmg byk best..
    xrugi kita tgok..
    mmg berbaloi..
    filem dr rozmey ja x tringin nk tgok lgi..
    hahahaha

  15. jutawansenyap

    haha lawak tul si afdlin nih memeng kretif