[PENTING] Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus

Penulis: wanmus Kategori: Antimalware | Antivirus | Malware | Trojan | Virus | website | Wordpress Tarikh: 24 April 2010 | 73 komen

Warning ni mesti anda pernah lihat kan? Terutama kalau guna google chrome. Ini menunjukkan web/blog yang anda lawati telah diserang malware atau hackers. Mungkin juga malware dianggap itu tak berbahaya bagi sesetengah pihak..Namun tahukah anda yang ada juga malware dari web boleh berjangkit ke komputer anda dan membuat korang sakit jiwa? Iya, memang ada dan sangat berbahaya..

Terutamanya jika anda berdepan jenis rookit, malware, trojan atau worm yang mengganggu sistem komputer anda..ooppss bukan setakat itu sahaja, iya juga mampu berjangkit dengan komputer lain jika ada sambungan terbuka.

ooo lupa nak bagitau. Kenapa saya sebut malware dan bukannya virus ialah kerana virus adalah termasuk dalam malware atau malicious software.

Mengikut tafsiran wikipedia:

Software is considered malware based on the perceived intent of the creator rather than any particular features. Malware includes computer viruses, worms, trojan horses, spyware, dishonest adware, crimeware, most rootkits, and other malicious and unwanted software.

Saya berkongsi ini kerana masalah malware pada server hosting kami. Ini disebabkan oleh serangan malware ke komputer pelanggan dan kemudiannya berjangkit kepada akaun hosting mereka..Termasuklah akaun blog saya sendiri :) Malware yang jahat ni hanya menyerang files idex.php, default wp files, dan .js..ada yang kacau sikit dan ada yang buang separuh dari skrip asal..hmmm tu yang makan masa untuk diperbaiki sepenuhnya.

Malware ini mungkin berjangkit dari web,blog atau forum yang telah dijangkiti. Malware tersebut mungkin telah masuk ke sistem komputer pelanggan tanpa disedari ketika melayari laman tersebut. Ketika pelanggan upload files ke hosting, malware ini telah ikut sekali masuk ke akaun hosting mereka dan mula menyerang..

Yang jahatnya Malware ni, jika kita dah clear di akaun hosting..tapi belum clear di komputer kita, malware tu boleh menyerang kembali akaun hosting tersebut bila kita mula akses atau upload files. So..Penyelesaiannya, clear dulu malware di komputer, kemudian barulah boleh upload atau buat sebarang aktiviti pada akaun hosting anda..itulah pengajarannya.

Ok, nak dipendekkan cerita..tak semua antivirus boleh membuang malware berbentuk rootkit atau trojan ni..jadi anda perlukan suatu software yang diberi nama alti-malware untuk membuangnya. Jadi saya nak mengajak semua untuk install software anti-malware ni dan mula scan dan remove malware yang mungkin wujud pada pc/laptop anda tu. Software ni adalah software yang sama masa saya kongsi cara untuk remove virus VistaAvtivirus 2008 tapi ni versi lagi updated.

  1. 1- Download FREE latest version software Malwarebytes Anti-Malware
  2. 2- Selepas install, run software ni.
  3. 3- Ada 3 pilihan scan..saya cadangkan untuk mula ni, run dulu “Perform quick scan”..Lepas tu, bila dah ada masa terluang sikit atau sebelum gi makan, run pula untuk “Perform full scan”. 
  4. 4- Software ni akan mengesan jika terdapat sebarang bentuk malware.
  5. 5- Jika dah habis scan, nanti akan keluar page list malware yang berjaya dikesan. Klik pada “Show Result”.
  6. 6- Tick pada semua malware yang dikesan dan klik “Remove Selected”.
  7. 7- Selepas selesai membuang malware ni, satu log report akan dikeluarkan.
  8. 8- Oleh kerana malware ni kebanyakkannya mengganggu pada file windows, kita terpaksa reboot pc atau laptop kita tu seperti disarankan oleh software ni..Klik je “Yes”
  9. 9- Ok tu je cara guna software ni..oppps..nanti dulu. jangan lupa pastikan software anda ni di updates setiap hari tau..Free je update. Klik tab “Update” dan klik pada “Check for Updates”..
  10. 10- Ingat..setiap kali anda terklik pada web yang telah diserang, cubalah run software ni kot-kot malware tersebut sempat menyelinap masuk ke pc/laptop anda..

Sangat mudah kan menggunakan software ni? Jadi, janganlah tunggu pc/laptop anda diserang dulu baru nak cari anti-malware..software ni pun ringan dan FREE..ada yang berbayar tapi bagi saya, ianya tak diperlukan sangat..Tapi jika mampu, saya sangat sarankan.. Bagi yang Malwarebytes versi berbayar, bagus sebab ada Malwarebytes’ Anti-Malware protection module yang akan mengawal malware tersebut dari ceroboh masuk ketika anda melayari internet..Anda boleh membeli versi berbayar di Purchase Malwarebytes

Selamat mencuba menjauhkan pc/laptop/hosting anda dari serangan malware. Cuba scan pada pc/laptop anda dahulu untuk pastikan ianya dah dijangkiti atau belum..So, jika dah scan, apa result kat pc/laptop anda??

Baca selanjutnya di:



  1. Rahman Basri

    Terima kasih atas artikel yg berguna ni.. Sy pun selalu kena masalah malware ni..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    sama2..malware ni ramai yang kena, cuma tak tahu kena sebab tak pernah scan..hoho

    [Reply]

  2. nuaeman

    wc pun nak masuk semalam dah ada malware.. mekasih wan.. 2 blog tu dah berfungsi seperti sediakala..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    bukan semalam..memang dah seminggu malware tu ada kat situ..so baik scan sekarang..nanti makin teruk berjangkit..

    [Reply]

  3. apiih

    tq atas info ttg malware including the software..amat berguna bagi aku..thnks..mintak sedut dlu..hehehehe

    [Reply]

    wanmus Reply:

    sama2..download bro dan scan segera..dah ramai detect malware dalam komputer diorang tanpa disedari..

    [Reply]

  4. alone

    ha.. ada pun cara nak atasi malware nih.. trimas bro! harap2 boleh setelkan masalah malware yang merimaskan jiwa nih T_T

    [Reply]

    wanmus Reply:

    wahh..rupanya ramai cari penyelesaian malware ni rupanya..harap2 dapat setelkan masalah2 malware yang mengganggu ni..insyallah

    [Reply]

  5. Julmazli Dempollok

    Risau pula membacanya. Terima kasih. Akan di-download dan di-run sebentar lagi.. :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    baik run segera :)

    [Reply]

  6. Master Arsyad

    aaaahh, dah pakai best la dengan citer abg wan :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    kalau dah pakai tu alhamdulillah..risau yang tak pakai tu sebab boleh berjangkit kat orang lain

    [Reply]

  7. zans

    Ya wanmus, saya pun juga terkena akibat malware ini. saya ada membina satu blog yang baru dan banyak kali saya membinanya akibat serangan malware ini. Baru hari ni saya tahu mengapa dan kenapa blog saya selalu sahaja bermasalah dan mempunyai error pada ” default wp files”. Ianya disebabkan serangan malware di dalam komputer dan apabila mengupload file2 ke dalam hosting terdapat beberapa error bagi sesetengah file contohnya”default wp files”

    kadangkala menyakitkan jiwa juga wanmus disebabkan malware ni.. :-D hehehe!

    [Reply]

    wanmus Reply:

    so clearkan dulu komputer anda, barulah bina blog dan upload files2..

    [Reply]

  8. rohaizad

    Amat berguna panduan ni… aku dah heal 5 virus tadi!!!
    Thanks bro :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    hoho..tu nak laptop baru lah tu..haha
    .-= wanmus´s last blog ..[PENTING] Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus =-.

    [Reply]

  9. blinkky

    Penting ni. Tak boleh masuk balik blog ni…Ada malware lagi ke?

    [Reply]

    wanmus Reply:

    bukan..ni masalah dari iklan innity..saya buang iklan innity barulah setel tak ada masalah
    .-= wanmus´s last blog ..[PENTING] Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus =-.

    [Reply]

    blinkky Reply:

    Salam, blog saya yang dihostkan di jomhosting masih kembali macm dulu. White screen je. Sebab malware lagi ke tu?

    [Reply]

  10. hafizmd

    oh..thanks wanmus..tapi camne pulok kalu gune mac?

    p/s – bro wanmus masih berusaha settlekan masalah malware yg serang akaun pelanggan kan?moge 2 akaun saye cepatlah sembuhnye..

    [Reply]

    wanmus Reply:

    iya bro.memang tengah setel semua blog yang problem. untuk mac tak pastilah. blog bro dah setel..tapi pastikan dah remove mana2 malware yang ada ek

    [Reply]

  11. kak ina kl

    salam wanmus..kena kawin dulu baru best layanzzzz lagu camtu..akak memang tak fahamlah tentang hal kat atas ni..

    [Reply]

  12. maizul.com

    software yang berguna ni tq wanmus.

    [Reply]

  13. zik

    thank u bro mus… erm pencegahan harus dilakukan dengan segera..bahaya nie…

    [Reply]

  14. Anarm

    kalau spyware plak camne?

    [Reply]

  15. galut

    Info yang bagus trima kasih Bro…..

    [Reply]

  16. aliridha

    info berguna.. saya selalu x tahu malware nie.. biasanya klau masuk malware kt komputer terus saya format…
    .-= aliridha´s last blog ..Hello world! =-.

    [Reply]

  17. khai

    PC sy x leh nk run setup Malwarebytes Anti-Malware..semua application x leh bukak…mcm mane ek?
    ada sape2 blh tlg…

    [Reply]

    zans Reply:

    Selalunya bila PC dah xboleh run Setup Malware, akan ada kemungkinan PC khai sudah ditahap agak kritikal, PC tersebut juga bukan sahaja telah dijangkiti oleh Malware, Tetapi beberapa virus yg agak ” Strong ” boleh menyebabkan beberapa perisian yang ingin di install xdapat run, jika software tersebut dapat run pun, ianya tidak berfungsi dengan baik. Selain itu jika terdapat malware ataupun virus yang ” Strong” beberapa perisian antivirus juga tidak dapat berfungsi dengan baik oleh kerana antivirus dalan bentuk exe dan perisian antivirus juga dalam bentuk exe, oleh itu ianya menyebabkan beberapa aplikasi tidak boleh dibuka. Saya sarankan kepada khai re-format PC ataupun mungkin boleh dapatkan service Re-format dimana2 kedai komputer.

    Tips Penting*

    Bagi setiap pengguna komputer haruslah memahami bagaimana virus itu mudah menjangkiti komputer anda.Adalah lebih baik, sebelum komputer anda dijangkiti mana2 virus, seharusnya perisian antivirus di install terlebih awal,dan mudah bagi komputer anda mengesan mana2 kehadiran virus yg menyerang komputer anda.

    Jika komputer anda telah dijangkiti virus dan kemudian anda mengintsall perisian antivirus anda, ianya sudah terlewat, kerana virus tidak akan dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

    Cara yang lebih bijak, Re-Format PC anda secepat yang mungkin kerana ada diantara virus yang berfungsi untuk menghilangkan data-data dan juga file, folder yang anda bina ataupun yang anda simpan. :-D

    [Reply]

    wanmus Reply:

    thanks bro kerana nice sharing ni

    [Reply]

  18. Noraide

    abg mus kalau rajin tolong cuci kan komputer kat dalam lab yer..
    .-= Noraide´s last blog ..Lawak Cari Calon Isteri [18SX] =-.

    [Reply]

    wanmus Reply:

    hehe..tu kene servis charge tu..hehe

    [Reply]

    Noraide Reply:

    huhuhu..kena charge ke..anyway thank format comp. kat lab walaupun sy terpaksa tambah apa yang kurang..hihhihihi
    .-= Noraide´s last blog ..Desktop Menarik =-.

    [Reply]

  19. mohamad farid

    Macam mana nk buang malware ni dari web?

    [Reply]

    wanmus Reply:

    kenal pasti file yang diserang, lepas tu edit files tu buang script yang rosak atau telah ditambah..kalau dah teruk, buang file tu, ganti file baru kalau ada backup..tu yang makan masa untuk selesaikan masalah ini..
    .-= wanmus´s last blog ..[PENTING] Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus =-.

    [Reply]

  20. samanosuke_04

    haish, ko ader server ke? tak kenal sangat lagi aku dengan kau rupanye.. nak kena selongkar post2 lama nie..

    sampai skang aku takleh beza spyware, virus, malware, bla3 tue… dan pc aku memang takde antivirus pon.. sebab antivirus2 skang nie dah takde yang crack punye, semua nak kena yang ori.. .zzz

    [Reply]

  21. warnnie

    memang selalu kena ni masa blogwalking..terima kasih..dah download software ni..:)
    .-= warnnie´s last blog ..Di mana anda 10 tahun akan datang? =-.

    [Reply]

  22. mantra

    salam,

    bro thanks for sharing. Memang banyak Malware dalam
    PC aku huhuhu…ingatkan pakai antivirus ori dah selamat dah…
    .-= mantra´s last blog ..Serangan Malware yang Membahayakan Blog WordPress =-.

    [Reply]

  23. zuls

    en kaspersky cukup kuat tak untuk melawan malware ni?

    [Reply]

  24. Faizul Noor

    Salam Wan Mus.

    Terima kasih di atas perkonsian ini. Nak tanya Malware ni boleh guna sekali dengan kaspersky antivirus tak?
    Maksud saya boleh install tak bila dah ada kaspesrky antivirus pada PC sendiri?

    [Reply]

  25. nor

    info yg betul2 dapat membantu saya.. tips secara “step by step” memang mudah dan dapat difahami oleh semua golongan…
    ada pertanyaan :
    macam mana nak buang file ‘sqmdata dan sqmnoopt” yg masih ada kat Local Disk (C).. harap en.wanmus dapat bantu saya.. terima kasih sekali lagi… :)

    [Reply]

  26. mohamadSaleh

    Alhamdulillah… selamatkan diri dari malware.. virus dan semua yg merbahaya.

    [Reply]

  27. saudagarcyber

    Salam tuan

    Terima kasih kerana berkongsi.

    Dah beberapa hari order tak masuk…bahana malware ni….

    Terima kasih juga sokongan dari pihak jomhosting.

    Thanks a lot

    [Reply]

  28. Azizuan

    pernah kena dulu..sat ja merebak..bahaya menatang malware neh..

    [Reply]

  29. Mayweather vs Pacquiao

    Bagi yang Malwarebytes versi berbayar, bagus sebab ada Malwarebytes’ Anti-Malware protection module yang akan mengawal malware tersebut dari ceroboh masuk ketika anda melayari internet.

    [Reply]

  30. MokhZam

    nice info bro…dah install & scan pun…mmg ade malware tapi baru perform quick scan blom full scan lagik…selama ni ingat guna antivirus dah cukup dan ok tapi rupanya ade malware la plak…

    [Reply]

  31. donny

    Thank’s for this info..:) excellent!
    .-= donny´s last blog ..King of Fruits “Penang Durian” is back again! =-.

    [Reply]

  32. fiezaradzi

    tq bebanyak untuk entry ni.. mmg sgt2 mbantu..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Lirik Lagu, Video Kizuna =-.

    [Reply]

  33. anuarkarimz

    thank bro… dlm selesai removed malware tapi ada satu TR/Rootkit.Gen tak leh nak delete dan remove ler bro, camna nak settle problem ni.

    [Reply]

  34. Kenapa Indonesia???

    [...] sentiasa run antivirus dan anti-malware software untuk semak jika ada malware atau virus yang telah menyelinap masuk ke komputer anda tanpa [...]

  35. [...] 3:Bagi  computer pulak,korang boleh refer sini cara buang malware tu cara install software untuk buang malware [...]

  36. [...] Buang malware files seperti saya tunjukkan di cara buang malware files & skrip di blog dan buang malware di komputer anda [...]

  37. Rabia Sensei

    Thanks. Sangat membantu saya. Permission to share with others.

    [Reply]

  38. isza

    saya dah mencuba tips yang diberi.. trima kasih..
    harap semua ok

    [Reply]

  39. meezwan

    alamak website saya baru kena attack malware

    [Reply]

    wanmus Reply:

    baik semak balik akaun awak tu

    [Reply]

  40. Rhia

    Isu ini telah diselesaikan. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.innity.com/announcement/ atau anda boleh email kami di report-malware@innity.com.

    [Reply]

  41. adel

    thanks wanmus..sgt berguna utk sy yg baru ni.. :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    sama-sama

    [Reply]

  42. pinky pixie

    kalau sy da guna kaspersky internet security 2011, still kena install ni ke? nanti ade effect x bila ade software ni. maaf, sy bdak baru blajar. =)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    antivirus dan anti-malware adalah 2 fungsi yang hampir sama tapi keluarga berbeza. saya pun guna kaspersky dan software ni tak ganggu kaspersky sebab sistem mereka berbeza. sebaiknya install dan run. sebab ada malware yang anti-virus tak dapat kesan

    [Reply]

  43. shada

    en.wanmus..sy dh pening ni..sy tgh download antivirus kt atas..tp mcm mana nk clearkan malware dlm blog..xpaham..tlg email saya ya..sbb ketiga2 blog saya sume kena :(

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu malware untuk clearkan pada pc je. untuk remove malware pada blog, kena guna cara http://wanmus.com/macamana-removed-google-malware-notification-kat-blog-atau-web.html

    [Reply]

  44. reyzouw

    salam..en. wanmus..sy nak tanye..jika pendrive kite diserang virus dan kite scan/remove virus tetapi file or doc kt dlm tu semua rosak..ade tak care nak dapatkn blk file yg elok seperti asal?

    [Reply]

    wanmus Reply:

    wsalam..kene tengok kerosakan tu macamana. ada program untuk retrive balik data yang hilang..tapi mungkin juga data tu dah dirosakkan oleh virus durhaka tu..

    [Reply]

  45. Ladfe Amir

    saya dah download software pada masa ianya diperkenalkan. tapi tak ingat sbb apa saya menggunakan kerana masa itu saya dah ada 2 anti virus yg sama2 power dlm desktop.

    skrg masih ada lagi, tetapi sudah lama tak on utk scan malware

    [Reply]

    Kimi Rekonen Reply:

    macam2 antivirus dah cuba..

    [Reply]

  46. Bahaya Shisha Lebih Teruk 400 Kali dari Rokok!

    [...] tak berfaedah..lagi-lagilah kalau benda yang tak berfaedah dan memberikan kesan buruk pada kita..jangan biarkan virus-virus ini masuk ke badan [...]

  47. wen

    hi, really owe thanks to you.. i have been searching for this for a long time. now my concern no longer… huhu coz i already download it and scan my lappy… thnks ya.. now i am scanning my full system

    [Reply]

  48. cunndaa

    salam wanmus..tenkiu sbb share ni ye…sy tak tahu lah ape mslh blog sy, kadang2 bila on blog, laptop akan off dengan sendirinya dan akan kluar skrin warna biru…pastu die akan restart balik…boleh bgth tak ape puncanya jadi mcm tu..tenkiu ye

    [Reply]

  49. yana

    Thanks yer…minta izin download dan share

    [Reply]

    wanmus Reply:

    oo boleh takde masalah

    [Reply]

  50. amir izzat

    salam…awat saya punya naik trial ea???huhuhu….full version x dk ka??

    [Reply]