Cara Bayar Bil Online

Penulis: wanmus Kategori: Bank | Bil | Internet | hidupku Tarikh: 03 February 2010 | 9 komen

pay-bill-online-bayar-bil-online

Bagaimana caranya nak bayar bil online? itulah soalan yang ditanyakan pada saya kesinambungan dari post saya yang lepas mengenai masih ramai bayar bil ikut pejabat pos. Ok, oleh kerana ramai yang nak tahu, saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.

Bil yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya.. Ok ada beberapa step yang perlu anda ikut iaitu:

  1. Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
  2. Kenalpasti nombor akaun bil anda
  3. Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar lepas ni
  4. Pastikan maklumat lengkap id anda
  5. Semak dahulu
  6. Buat bayaran

Ok ni saya tunjuk contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun tu yang saya underline tu.

contohbill-TM

bil-tnb

bil-air-saj

bil-celcom

bil-astro

Ok, so setakat ni anda dah tau kan mana nak cari nombor akaun bil utiliti anda? Sekarang kita pergi ke next step iaitu setup bil ni sebagai favourite bil untuk anda bayar bulan2..yerlah nombor akaun kita sama je, cuma nilai bayaran je berbeza setiap bulan..so saya sangat cadangkan korang buat favourite semua bil ni..nanti senang, by click je bil dah terbayar.

Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my aje ye.Maybank2u lebih kurang jugak stepnya (klik pada gambar untuk besarkan gambar) ;

  1. 1- Jom mulakan..Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.
  2. bayar-bill1

  3. 2- Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, so ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.
  4. bayar-bill2

  5. 3- Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul ek. Bill nickname tu anda boleh letak apa2..Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti..Ni penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti saya terangkan kat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”
  6. bayar-bill4

  7. 4- Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul. Kemudian masukkan TAC, pastu klik  ”SUBMIT”
  8. bayar-bill5

  9. 5- Pastikan proses di atas tadi successful ye. Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula ye. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.
  10. bayar-bill6

  11. 6- Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang. Tulah lebihnya guna sistem online ni. Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.
  12. bayar-bill7

  13. 7- Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika dah betul, klik “CONFIRM”
  14. bayar-bill8

  15. 8- Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah “Successful” tau, baru dikira dah dibayar bil tu.
  16. bayar-bill9

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga post ni untuk berkongsi ngan anda.Last sekali..jangan lupa pula untuk logout ye lepas buat bayaran.. Semoga entry kali ni mengajar kita sedikit sebanyak ke dunia it..hehe..so jangan takut nak try. tapi jangan terlebih try pulak.. Anda dah mencuba? Share skit..

Baca selanjutnya di:

Jangan terlepas updates, bonus atau info dari wanmus.com lagi,
masukkan Email anda di bawah:

Delivered by FeedBurner

pakejiklanwanmus

----------------------------------------------


  1. apes

    Kat bahgian Payee Name tu nak letak nama apa? Contohnya, nak bayar bil elektrik,, payee name tu letak “Tenaga Nasional Berhad” ke? :)

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu bukan letak apes, tu pilih..dah ada senarai..cuma pilih je kepada siapa kita nak bayar

    [Reply]

  2. sah90

    Yang ni tutorial byar scra on9 guna cimbclick..
    Jadi yang selain tu macam maybank2u hampir sama je lah?^_^
    P/s: sekadar ingin tahu…

    [Reply]

    wanmus Reply:

    ia..teknik n langkahnya hampir sama cuma mungkin ada step tambahan skit atau paparan berbeza skit

    [Reply]

  3. Anarm

    marilah mengurangkan kesesakan lalu lintas dgn membayar bil secara online.. hehe :p

    [Reply]

    wanmus Reply:

    tu lah..kurangkan statisitk pelawat pejabat pos sehari..

    [Reply]

  4. roy

    salam, mne nak dapatkan no akaun astro erk? sbb astro baru je pasang bil pertama pun blom smpai lg.Ada cara terbaik x nak dapatkn no akaun astro selain dari perlu tnggu bil sampai? sbb nk tukar pakej langganan ni.please2

    [Reply]

    wanmus Reply:

    wsalam. kene tggu bil dulu then tgk pada gambar kt atas tu, nombor akaun saya underline ngan garisan oren tu

    [Reply]

  5. Tulis Blog Dapat Pahala Ke Akhir Hayat Tau!

    [...] yang boleh kita kongsikan ilmu untuk kegunaan dan kefahaman orang ramai yang boleh digunakan ialah Cara bayar bil online guna online banking, Aktifkan paypal guna maybankard debit kad dan berkongsi ebook percuma yang [...]