Tune Group Taja 7 Angka EPL! Kaya Betul!
Wahhh…Tune group alaa kumpulan syarikat Tony Fernandes tu yang miliki airasia, airasia x,tune talk, tune hotel, tune money dan F1 racing lotus tu..Dalam berita tadi bagitau tune group taja 7 angka atau lebih kurang 1,000,000 kot dalam English Premier League(EPL)..tu tak tahu dalam Euro atau pound atau USD..ikut pegawai tune group tadi, ianya 7 angka punya pelaburan..Selepas taja Manchester United (MU), sekarang taja referee EPL pulak..
Perghhhh..kalaulah 1 juta USD ianya lebih kurang RM3.2 juta..Kalau 1 juta euro ianya lebih kurang RM4.2 juta..kalau 1 juta pound ianya lebih kurang RM 5 juta..hohoho..tu kalau 1 juta..kalau 7-8 juta nilai pelaburan sebenar..hoho tapi mungkin dalam USD kot..so kalau 7-8 juta USD ianya lebih kurang RM 22-25 juta..hohoho..
Pelaburan ni termasuk taja baju pengadil, kad merah dan kuning pengadil dan macam2 lagi..panda betul diorang ni..sebab logo tune group besar2 kat baju pengadil, dan dalam perlawanan bolasepak ni, rasanya dalam 90 minit perlawanan adalah dalam 10-20% kamera akan tumpu kat pengadil lagi2 kalau perlawanan yang berat sebelah atau banyak spekulasi..lagi2lah kamera zoom dekat2 pengadil tu..hoho..Promosi 1 dunia..cayalah tune group..
Bila dah terkenal 1 dunia, mudahlah mereka nak kembangkan lagi sayap penerbangan mereka ke negara2 lain kat dunia ni..Promosi besar-besaran betul diorang ni.. Tapi rasanya untuk syarikat sebesar tu, nilai pelaburan tu sangat berbaloi untuk pulangan 2-3 tahun akan datang..gempak..
Ingat dulu masa mula2 airasia mula tawarkan penerbangan..ramai yang kutuk dan wat spekulasi macam2..kononnya mereka guna kapal terbang second hand yang recond lah..penerbangan mereka tak selamat sebab murah sangat..tapi sekarang, bila sebut naik kapal terbang, laman web mana korang akan search tiket dulu??
www.airasia.com atau www.malaysiaairlines.com ???
Rasanya ramai lebih dari 80% akan semak tiket kat airasia dulu kan?
Tapi tahukah anda kekadang tiket MAS lebih murah dari airasia?? Saya pernah aritu semak tiket dari JB ke KL, ianya lebih murah saya nak MAS dari naik airasia..mujur beli MAS masa tu..
Tapi kenapa saya semak kat airasia jugak dulu?
Sebab iklannya, “Semua orang boleh terbang” dan kejayaan mereka sebagai “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Sedunia Terbaik 2009 & 2010” memastikan Air Asia sebagai syarikat pilihan utama rakyat yang nak semuanya murah ni..sape yang taknak barang murah kan?
Tulah hebatnya Tony Fernandes sebab nampak apa kehendak pengguna selama ni tapi tak pernah dibuat oleh syarikat penerbangan lain..
So, jom kita fikirkan apa lagi yang orang (pengguna) paling nak tapi belum disediakan..kalau berjaya fikirkan, andalah bakal menjadi Tony Fernandes ke2 Malaysia..
**Bilalah wanmus technologies akan jadi camtu ek..insyallah
Berita juga ada di premierleague.com
07 August 2010
Masa 8:38 pm
pasti airasia dulu yg menjadi tempat untuk tgk harga penerbangan, dan lepas tu baru comparekan dengan MAS
tapikan skrg ni keje gomen, naik MAS je la, kalau untuk urusan peribadi baru la ada peluang nak naik airasia ni
07 August 2010
Masa 8:49 pm
walaupun besar pelaburan tapi memang berbaloi la, taja referee tu, 1 dunia tengok.. baikk punya iklan..
07 August 2010
Masa 9:25 pm
kak jie nak taja wanmus.com
berapa agaknya nilai?
07 August 2010
Masa 10:41 pm
tu ar..bestnya keje kerajaan..mudahnya..oohh..
07 August 2010
Masa 10:42 pm
tu ar..jenis iklan baru tu..pasni mesti ramai yg tiru
07 August 2010
Masa 10:42 pm
wahh..7 angka jugak ok x kak jie? hehehe…
07 August 2010
Masa 11:00 pm
kaya lagi kaya..tahniah tune!
08 August 2010
Masa 3:21 am
tak berminat nak jadi ananda ke-2. tapi idea dia saya minat. dia ni mungkin genius in business. perkongsian yang baik. terima kasih.
08 August 2010
Masa 11:42 am
tulah orang bisnes..goal untuk menjadi richer and richer
08 August 2010
Masa 11:43 am
hehe..jgnlah jadi ananda ke 2, maksudnya kejayaan yang sama atau lebih tinggi dari dia..
08 August 2010
Masa 6:25 pm
abgreds ada gak kawan yg genius bisnes yg low profile. harap dia boleh terus suksess. dpt tempias sikit2 ok le..
08 August 2010
Masa 9:27 pm
low profile bagus tapi sesetengah bisnes yang perlukan publisiti meluas macam tu, memang perlu pun iklan besar-besaran macam tu kan..hoho..
18 January 2012
Masa 2:35 pm
Tune Group tu bukan bawah Ananda Krishnan, tapi bawah Tony Fernandes.
18 January 2012
Masa 5:18 pm
haha..kesilapan yang agak besar..sorry..thanks bro kerana betulkan..aduss ni mesti tertukar time tulis post ni aritu..