Bila Hang Buah Mendapat Buah
Hang Buah ye bukan Hangtu Buah..hehehe..Yerlah saya ni memang suka sangat buah-buah ni sebab buah banyak khasiat untuk kesihatan..lagi2 buah-buahan tempatan.Mujjorlah ayah saya adalah kebun buah-buahan kat kampung antaranya buah durian, rambutan, manggis, dokong dan buah salak..lagi-lagi ni dah musim buah kan..ayah cakap buah banyak sangat..tapi nak balik tak berkesempatan..
Jadi kebetulan bas pejabat ayah ada kerja kat Putrajaya, jadi ayah tumpangkan 3 kotak buah tu ikut bas tu..saya gi amik ngan driver pejabat ayah tu kat depan zoo negara..alaa dekat skit sebab kan nanti pening pulak driver tu nak cari rumah kat wangsa melawati ni kan..hehe..
Ok, ni nak kenalkan kepada sapa2 yang tak kenal buah-buahan tempatan ni..lagi2 pada bakal anak2 kita nanti..Mungkin buah2 ni dah susah mereka nak tengok..manelah tahu..sebab diorang mungkin lebih kenal buah epal dan anggur dari buah dokong, duku ataupun salak. Tapi jangan tak tahu, buahan tempatan lebih berkhasiat dari buahan import tau. So buah-buahan tempatan sangat bagus untuk penjagaan kesihatan tau.
- 1- Buah Rambutan (nama saitifik Nephelium lappaceum)Â – Tahukah anda khasiat buah rambutan ini bagus untuk ubat kencing manis? Wahhh..saya pun baru tahu tau..selain tu, ianya boleh juga digunakan untuk ubati penyakit disentri (keradangan usus), demam, menghitamkan rambut beruban, sariawan atau kita panggil ulser mulut tu.. Untuk cara mengubati penyakit ini, boleh layari web ni: khasiat buah rambutan ubati penyakit
- 2- Buah Dokong (nama saitifik Lansium domesticum Corr)..buah dokong ni ala-ala gabungan langsat dan duku..manis dan tak kelat dan tak masam..isinya besar dan sangat sedap..asalnya dari thailand. Buah ni susah skit nak dapat sebab kebanyakkannya hanya ditanam sekitar negeri dekat thailand je iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah..
- 3- Buah Salak (nama saintifik Salacca Edulis)- Buah ni kulitnya bersisik dan tajam..harus hati-hati nak kopek sebab tersilap kopek, habis tangan. Rasanya pula ikut jenis. Kalau yang biasa ni rasanya kelat skit walaupun dah masak. tapi kalau salak baka indonesia yang ayah saya tanam ni, muda lagi dah manis..kalau masak tu memang sangat manis..hoho..salak mengandung kalsium, tanin, saponin, dan flavonoida. Salak juga bagus untuk kesihatan mata.
Nahh…so lepas ni kalau ada buah tempatan, makan buah tempatan aje dulu..
08 August 2010
Masa 7:22 pm
wanmus…ada benda nak tanya pasal jomhosting ni..ym aku asap dewa_kesunyian88
08 August 2010
Masa 9:26 pm
sodap wooo…
smlm blk kg, kenyang mkn buah je..
duku, langsat, rambai, rambutan, durian, timun cine (heheheh) dan macam2 adaaaaaaaaaaaaaa.. woh pauh pun ade.. mule2 makang colek.. pahtu wt jeruk manih…
08 August 2010
Masa 9:30 pm
salam. jika berkaitan Jomhosting, sebaiknya buka support ticket di http://www.jomhosting.net/billing/submitticket.php
bagi elakkan persoalan awak terlepas pandang.. TQ
08 August 2010
Masa 9:30 pm
hoho..memang best tu boh..
09 August 2010
Masa 12:04 am
buah salak tu meh le sini sikit….hehehe…
09 August 2010
Masa 12:29 am
sekarang ni tinggal untuk tatapan sahaja..hehe
09 August 2010
Masa 7:25 am
balik sni asyik skt perut aje. buah2an dh cuci perut.
09 August 2010
Masa 9:33 am
my fav..ofkos la rambutan…ehehehehe
09 August 2010
Masa 1:28 pm
tulah pasal..makan fiber banyak sangat..hehe
09 August 2010
Masa 1:33 pm
my fav dokong..hehe
09 August 2010
Masa 9:34 pm
ni bukan hang buah dah. boleh jadi raja buah. anyway info kesihatan untuk setiap buah tu memang best. tak sangka rambutan tu boleh jadi penawar kencing manis. saya ingatkan lagi tambah manis adalah.
10 August 2010
Masa 1:40 pm
aku pun baru minggu lepas balik makan buah dkt rumah mentua, rambutan, langsat, dan durian 🙂
07 February 2011
Masa 3:26 pm
trsa lapaq pulak bila trpndng buah buah ni.. hehehe
07 February 2011
Masa 7:09 pm
perrrrrrrrrrrrr gambar buah tuh menyebabkan aku nak gi kedai jap cari buahan
09 February 2011
Masa 1:42 am
dh beli ke belum?
bak bak la kt org sebelah ni.. hahaha
09 February 2011
Masa 1:47 am
meh datag umah aku makan buah ..mcm buah aader buah betik ,jagung dan yang pasti tempatan punyer he he 🙂
10 February 2011
Masa 6:23 pm
lain kli bli la byk2 ltih mnaip ni
hehehe
10 February 2011
Masa 6:24 pm
dtgla dusun ak byk buah dkong kt kedah
10 February 2011
Masa 6:25 pm
umah ko kt mna bro ??????
05 June 2014
Masa 11:00 am
trsa lapaq pulak bila trpndng buah buah ni..