Tak Habis-habis Ke Dengan Produk Mata Kena Rampas

Penulis: wanmus Kategori: Ekonomi | Penipu | Penyakit | Permata Hijrah | Tertipu | Toner mata | Ubat Tarikh: 07 October 2010 | 15 komen

Tak habis-habis..Lepas satu..satu..dah banyak kali kena rampas pun takkan kerajaan tak boleh kasi tutup je company tu kalau dah tau jual ubal tipu. Ni main rampas je. Pastu bila ada rungutan, rampas lagi..Benda ni takkan selesai kecuali kerajaan kasi tutup je company tu dan jangan bagi buka lagi. Setel. Yerlah benda main dengan mata ni bukan mudah nak cari ganti.

Bukan company ubat mata ni je, company haram letak halal tu pun kene kasi tutup je. Kalau boleh, gubal 1 undang-undang untuk kasi tutup company dah dah 2-3 kali diserbu. Kalau dah 2-3 diserbu still lagi buat salah, konfirm lepas ni serbu pun akan buat salah lagi. Dulu syarikat Permata Hijrah diserbu dan ramai yang kata kerajaan jahat. Padahal kerajaan taknak mata rakyat Malaysia makin teruk dengan produk yang tiada bukti kukuh keberkesanannya.. Dan kerana itulah blog saya mula diserang bertubi-tubi kerana post saya yang mengatakan toner mata Permata Hijrah bukan ubat..

Ni laporan oleh pihak metro:

Produk mata RM3j dirampas

KUALA LUMPUR: Sejumlah lebih 10,000 produk didakwa mampu mengatasi masalah penglihatan bernilai RM3 juta yang sedang dipromosi sebuah syarikat dirampas Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ops Mata di seluruh negara sejak Ogos hingga kini.

Difahamkan, lebih 30 rangkaian produk syarikat berkenaan diserbu dalam operasi berkenaan.

Sumber Bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, sehingga kini pihaknya sudah melakukan operasi dan rampasan bersepadu di seluruh negara membabitkan nilai hampir RM3 juta.

“Rampasan demi rampasan terpaksa dilakukan selepas beberapa mangsa mengadu terpedaya dengan janji manis penjual produk berkenaan yang mendakwa mata mereka akan pulih atau bertambah baik selepas menggunakan produk itu.

“Malangnya produk yang dibeli dengan harga ratusan ringgit terbabit gagal memberikan kesan positif seperti yang diingini. Malah, penjualan produk terbabit jelas tidak mempunyai asas saintifik bagi membuktikan ia berkesan untuk mengubati penyakit mata,” katanya. Menurutnya, dalam operasi terbaru, pihaknya menyerbu lima premis menjual produk terbabit yang terletak di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Keramat, di sini. “Sebelum ini, serbuan turut dilakukan di Kelantan, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah.

“Tindakan merampas produk itu bukan kali pertama berikutan pihak pengedar pernah diambil tindakan sama sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Eisah A Rahman sebelum ini pernah menasihati pengguna supaya tidak mempercayai sebarang kaedah alternatif atau bentuk iklan yang mendakwa boleh merawat penyakit mata.

Menurutnya, rangkaian produk itu dianggap tidak lebih sebagai produk kosmetik dan tidak boleh untuk kegunaan di dalam biji mata.

“Produk kosmetik dalam konteks ini semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan iklan melalui media elektronik, cetak dan risalah diedarkan dalam kempen promosi beberapa syarikat mendakwa produk keluarannya dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana kencing manis, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.

“Dakwaan sebegini tidak mempunyai asas dan bukti saintifik dari segi sains perubatan,” katanya.

Saya bukan anti bisnes melayu atau apa..cuma geram kenapa melayu nak tipu melayu! Syarikat mana lagi yang ada rangkaian stokis sampai 30 dan ada lot baru di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam..Pastu diiklankan di media elektronik dan cetak tu pun dah terang-terang tunjuk pada syarikat tu. Tapi saya tak kata syarikat mana-2 sebab ianya belum diumumkan syarikat toner mata mana yang diserbu.

Sudahlah melayu nak bisnes macam ni. Tolonglah bantu melayu dengan cara yang betul. Dulu jual ubat mata titis..Pastu kena tarik..Jual pulak ubat semburan, ni kena tarik jugak..tak tahulah lepas ni jual ubat mata macamana..



  1. Masrizal

    RM3 juta… huhu, untung diorang dah brape puluh juta tu…huhu

  2. wanmus

    tau xpe..mungkin dah berpuluh juta

  3. mijie

    pasni blog bro memang akan kena serbu lagi, hehe

  4. wanmus

    hehe..diorang pun dah faham kot..kita bukan tipu, semua bukti ada dari paper

  5. titan

    ni company yang mana plak??

  6. sham

    kat tv3, tak henti henti iklan…” sayangilah mata anda” kata diorang. hehehe… patut tukar ” sayangilah duit anda”. ops…

    wan mus, bila seminar chef li kat ipoh? nak register la.

  7. Permata Hijrah

    takpa wanmus… kalau depa serang, bio aku jawab…hahah…

  8. wanmus

    hehe..

  9. jutawansenyap

    minta nasihat doctor mata daaa aku arser takder fungsi pon urut mater nih

  10. jutawansenyap

    minta nasihat doctor mata daaa aku arser takder fungsi pon urut mater nih kene gi jumpa doctor jugak

  11. Ladfe Amir

    selalunya produk2 mcmni akan laku macam pisang panas terebih dahulu..pastu bila diserbu, akan hilang secara mendadak.

  12. akuorgkmpng

    3 juta tu..
    mmg hebat la org yg amik tu.. hahaha

  13. hamba ALLAH

    maaf ye sedara sy ingin mencelah disini tentang komen anda pada satu produk mata iaitu permata hijrah … sy tak kesah ape yg org ckp tentang produk ini … tapi sy dan ahli keluarga dan kwn2 sy memakai titisan ini atau spray … bgus dan alhamdulillah dng keizinan ALLAH pulih dari masalah mata … tapi kalau dah baik tu bkn kerja kite tapi kerja ALLAH … sampai sekrang ni sy masih lagi menggunakan produk ini … memang bkn ubt tapi supliment … dah jd kebiasaan org kite ni akan sebut ubt …ape yg elok je dia panggil ubt … alhamdulillah sehat mata sy dan org terdekat yg menggunakan nye … rampasan itu di buat mungkin pihak permata hijrah tdk mengikut prosidure kementerian , bkn salah akan bahan terkandung di dlm produk itu … sebagai pengguna kite perlu buat pilihan yg bijak , maklom lah kita kan malaysia ni …istilah kite ni org kampung … ok sy nak cite sikit …dulukan mase zaman nabi … bile ade sesuatu dlm bdn kite ( radang ) nabi akan gune bahan penyejuk , tak kire mai mane pon bahan itu ade lah bahan semula jadi dari bumi …bkn buatan manusia seperti ubat ubatan …. dari sendiri mau fikir lah wahai teman2 semua ..jng terlalu telinga tipis …mungkin permta hijrah ada masalh teknikal mereka sendiri … maklom lah org kampung … yg sy tahu , sy menggunakan produk ini dan semau org terdekat sy , alhamdulillah bertambah baik … masalh dlm syarikat atau bab rampasan ni sy tak mau ckp lah ..kite tak tahu akan cerita sebenar …tapi sy berdoa akan ada lagi pihak yg mengeluarkan produk seperti ini yg lebih bagus …insyaallah sy berharap produk seperti ini tdk mati disini …kerane ia membantu masyrakat , tak 100% tpi insyaallah dlm y70% alhamdulillah …yea la kan dlm satu peluru mane boleh mati kan semua …pokok pangkal org kite mule kene jage pemakanan dari awal supaya penyakit tak sampai ke mata … nak operate bkn nye murah oiii …duit kua mcm airr ooooiiii … pi hospital pon duit oooiii …nak mintak nasihat pakar mata po duitttttt oooiiiii …mak aaaiii mahal betol kan … bwk2 lah jage kesihatan bersama … ok same2 kite renungkan jng ade kate2 yg menyinggung perasaan org kan x baik … pi doc pon semua bkn leh baik pon … operate je dh tak leh nmpak lagi … mcm man etu … adoiii … dh tua2 mcm ni elok2 lah kite usha care yg sebaiknye … ikut bdn kite sesuai … jng ikut ckp org …pasal lain org lain DNA …semua tak same kan .. udah2 cerite pelik2 ni yea … banyak dose kite nanti … sedap mulot bdn binase … eeee takut nyeee …

  14. hamba ALLAH

    ooiii… sahabat jutawan senyap … ulser mata tu tanda2 radang yg tinggi …ini mesti awak biar kan penyakit tu merebak … istilah ulser tu kan sesuatu yg melecit sehingge kadang2 menjadi nanah keputihan … mane boleh gune urutan mate saje … urutan mate hanye membantu melancarkan oksigen … dan awak harus tumpu kan pada pemakanan dalaman … untuk menurun kan radang itu … elok lah berjumpa doc … elak kan memakan makanan yg boleh buat berlaku infeksi dan juge kemungkinan dari pesekitaran anda .. kadang2 kan kita ni ade alahan … sbb tu mudah jadi mcm2 kan …so jage lah yea … sy ni hanye nak berkongsi je …

  15. hamba ALLAH

    sedara … kite ni syg duit sudah semestinye tau …tapi lau dh teruk mata kan ade duit pon dh tak berguna … adoiii … sendiri yg meratap nanti …