Tahun 2010 Menjanjikan Apa??

Penulis: wanmus Kategori: Blogger | Businessman | Fuhyoofm | hidupku | internet marketer | Rohaizad | smart blogging | Smartzul | wanmus Tarikh: 01 January 2010 | 6 komen

sambutan-new-year-2010

Selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog wanmus.com ini..Alhamdulillah kita masih bernyawa untuk teruskan hidup pada tahun 2010 ini. Macamana sambutan tahun baru semalam? Anda kat mana? Banyak sambutan tahun baru terutama di bandar-bandar besar..

Tapi kami para blogger dan im JB telah berkumpul di konti sementara (tak muat nak masuk ramai2 dalam konti sebenar) fuhyoofm untuk sambutan tahun baru 2010. 7-9 orang telah berkumpul dan kesemuanya yang tinggal sekitar JB. Kami semua bersiaran secara langsung semalam bermula jam 8.30 mlm sehinggalah 2.30 pagi.. Anda pula bagaimana sambutan tahun baru semalam?

Di bawah ni sedikit gambar sepanjang kami bersiaran secara langsung semalam..Gambar atas adalah gambar di mana saya bersama Dj insuran atau bro hisam berbual2 semasa on air. Kat bawah ni pula gambar kami berkumpul dan berbincang semasa bersiran langsung. Gambar bawah sekali ialah gambar saya bersama 3 orang kuat fuhyoofm terutamanya Dj Senja dan Pak Harun di mana mereka ni bekas DJ dan orang kuat Best 104 fm satu masa dahulu..

sambutan-tahun-baru-fuhyoofm

sambutan-tahun-baru-fuhyoofm

sambutan-tahun-baru-fuhyoofm

Alhamdulillah jgk dengan sambutan pendengar yang semakin baik hari demi hari. Diharapkan dengan adanya im dan blogger yang menjadi dj di fuhyoofm, dapatlah menaikkan lagi nama fuhyoofm di mata masyarakat lebih2 lagi pengguna dan peniaga internet yang lain.

Untuk 2010 ini, ada beberapa rancangan yang telah diaturkan cuma suka saya highlight di sini 2 perkara yang menarik iaitu:

  1. Rancangan Dunia IE (Internet Entrepreneur) akan diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 12 tenghari dan ulangannya Hari Rabu jam 2 ptg. Rancangan ini akan dikendalikan oleh Bro Smarzul dan Rohaizad bersama beberapa rakan im dan blogger yang lain termasuklah saya sendiri..rancangan ini bertumpukan kepada perkongsian tips, idea, rahsia dan beberapa pengalaman para blogger dan im mengikut kemahiran mereka tersendiri. Nantikan rancangan pertama ini pada 7 januari nanti..bersama saya, rohaizad dan smartzul..di mana nak dengarnya??sudah tentu di fuhyoofm.com
  2. Bengkel Asas Blogging yang pertama akan dijalankan pada 6-7 Februari 2010 nanti. Ianya dikelolakan oleh 2 orang blogger yang telah berkecimpung dalam dunia blogging hampir 2 tahun dah telah banyak menjana pendapatan dari blog mereka iaitu saudara shaffik dan nuaeman. Bengkel ini akan berlangsung 2 hari di UTM Skudai, dan anda hanya perlu datang melenggang sahaja..Semuanya diberikan percuma iaitu komputer, Internet, Domain & Hosting dan juga 3 kali makan dan minuman sehari. Berapa bayaran yuran?? Rm1000, Rm500, RM 450..Anda hanya perlu bayar RM380!! Dapatkan maklumat penuh di BengkelBlogging.com

Hmmm..ni semua peluang untuk kita sama2 berubah dan mencari jalan baru untuk 2010 nanti..biarlah 2010 ini menjanjikan sesuatu yang hebat untuk kita, keluarga kita dan orang yang kita sayang.. saya sekali lagi mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang membaca blog ini semoga kita sama2 peroleh keuntungan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah hendaknya..Aminn…Insyallah



  1. kenwooi

    happy new year 2010 =)

  2. wanmus

    happy new year too bro

  3. Ibcbet

    Kami mengucapkan selamat tahun baru 2010. Semoga tahun ini semakin diberi kelimpahan dan sukses!

  4. wanmus

    insyallah

  5. Dari Blogger Menjadi DJ Radio

    […] ada saya kongsikan sedikit sebanyak apa itu fuhyoofm dan aktiviti kami sebelum ni di fuhyoofm iaitu sambutan awal tahun bersama2 blogger dan im jb di konti fuhyoofm. Jadi untuk 2010, satu segmen baru dikenalkan oleh pihak fuhyoofm iaitu Dunia IE […]

  6. mhnizam

    kenangan 2010 di radio fuhyoofm..mesti ramai rindu wanmus,smartzul kat radio ni