Segalanya telah disampaikan dalam video di atas dan dalam audio promo di sidebar blog ini. Tapi takkan tu je program di fuhyoofm? apa itu fuhyoofm telah pun saya ceritakan serba sedikit di post yang lepas. Kali ini, fuhyoofm bergerak maju lagi setapak ke hadapan iaitu memperkenalkan para blogger dan im ke dunia radio..Apa programnya??
Program terdekat ialah sesi sambutan tahun baru 2010 nanti oleh Dj, blogger dan im johor bersama pendengar fuhyoofm. Antara blogger yang akan hadir ialah:
- Saya sendiri wanmus (owner jomhosting.net, seorang blogger, dan im)
- Smartzul (blogger dan im terkenal)
- Rohaizad (pro blogger terkenal)
- Zamrin (im terkenal di Malaysia dan US)
- Hisam (im niche insuran)
- Nuaeman (pro blogger)
- Hirman (pro blogger under radar)
- Cyza (phd student dan blogger)
- Shaffik (pro blogger)
Tarikh: 31 Disember 2009 (Khamis)
Waktu: Bermula jam 8.30 malam hingga menjelang tahun baru 2010
Kami akan bersiaran langsung di radio Internet FuhyooFM dengan berkongsi pelbagai tips, rahsia dan cerita kami untuk semua pendengar fuhyoofm sepanjang waktu tersebut. Anda juga boleh berinteraksi dengan kami dengan menghantarkan sebarang ucapan, aduan, cadangan atau perkongsian tips di ruangan chat pada page fuhyoofm.com tersebut.
—————
Nantikan juga rancangan Dunia IE (Internet Entrepreneur)
Topik: Perkongsian tips, rahsia dan pendapat berkaitan internet marketer dan blogging atau apa sahaja langkah mencari pendapatan di internet dengan cara yang sah. Bersama para blogger dan im jemputan.
Setiap hari Khamis jam 12 Tengahari dan ulangannya pada Hari Rabu jam 2 petang.
—————
Macamana nak dengarkan radio fuhyoofm ini? ada 2 cara iaitu:
- 1- Anda boleh mendengar terus dengan melayari http://www.fuhyoofm.com
- 2- Anda boleh memasang plugin toolbar pada bowser mozilla firefox anda. maklumat lanjut di Download toolbar fuhyoofm
—————
Selain sambutan tahun baru, fuhyoofm juga mengadakan satu pertandingan review untuk semua. Anda boleh menghantar seberapa banyak review mengenai fuhyoofm ini. Hadiah cash:
Tempat pertama: RM150.00
Tempat kedua: RM100.00
Tempat ketiga: RM50.00
berminat? Dapatkan maklumat lanjut di: Pertandingan review fuhyoofm
**Happy new year untuk semua pelawat setia wanmus.com, semoga wanmus.com menjadi blog info terbaik untuk anda sepanjang 2009 dan untuk tahun2 mendatang..
Aqif
Tak sabar nak tunggu ni. Sebut betul-betul, Fuhyoo..!!!
🙂
life4hire
wan mus…bunyi lagi slang ganu mung tuh…sebut betul2..”sambutan tahun baru”….hahaha
wanmus
memang tak sabar..nantikan ek kitorang riuhkan konti tu ramai2 nanti
wanmus
huhu..ader lagi ke? rasanya dah cuba untuk cover..hehe
boy_bersahaje
Hahaha, siot je Yam. Tau lah ko pandai cover slank ko tu. Bagus gak mus pertahankan loghat tu. huhu
wanmus
tau xpe..bukan senang nak cover..haha
FuhyooFM.com, the revolutionary internet radio from Johor Bahru | JB Cool
[…] Wanmus (Owner of Jomhosting.net, Blogger) […]
Tengku Fariz
Hahaaha..Sy pun org trganu gak.. Dh la org trganu,dpat sambung blaja plak kt trganu gak..Haa,susah gler r org luar nk fham sy ckap..Hu3..Sokong loghat WanMus!! Hahaa..
wanmus
ni dah jadi promo ganu ke ape?hehhe
rohaizad
Orang kampung kalau dah berjumpa,…. ahahahah
wanmus
hahaha..susah betul nak sorok loghat ni..ada je kenal..hehe
yoji
cam dengar radio ganu jah.. hahah 🙂
wanmus
hehe..mana ada..ni 1malaysia punya radio
Shaffik
wah aku baru perasan entri ni..jgn laa letak pro blogger…blum samapi ke tahap tu lagi bro…
wanmus
hek eleh merendahkan diri pulak..hehe