Rogol ganti masak-masak!

Penulis: wanmus Kategori: Berita | Children | Geram | kanak-kanak | Lelaki dan Perempuan | Raped | Rogol | Zina Tarikh: 25 July 2008 | 33 komen

kanak-kanak

Sungguh mengejutkan muka depan harian metro hari ni..kalau dulu waktu kanak-kanak kita biasa main sorok2, masak2, kahwin2, batu seremban, congkak, guli, police sentri..tapi tu dulu..sekarang anda pasti terkejut jika kanak2 sekarang sudah terlalu update berbanding kita dulu..diorang sudah pandai main rogol-rogol…pelik??? (gambar sekadar hiasan) bacalah seterusnya….hati2 anak anda..na’uzubillah..

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.

Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.

“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.

“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.

Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.

“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.

“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.

Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.

Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.

“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.

Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.

Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.

Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.

Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.



  1. fiza

    takut memikirkan dunia di akhir zaman ni

  2. wanmus

    betul kak fiza..risau giler..tu yang kongsi kat sini..bayangkan budak sekolah rendah dah terdedah ngan benda ni, apatah lagi ngan remaja dan belia kita..takut sangat2.

  3. Jaws

    tanda akhir zaman..
    bayi yg baru lahir akan beruban..
    nih kanak yg belum matang dah berzina..
    skit lagi bayi akan beruban laa plak..
    kan ade iras2 tuh..
    hehe..

  4. wanmus

    sekarang ni budak2 mudah terpengaruh..tgk crita orang putih pun mane yang tak de cium2. budak sekarang terlebih “matang” tak kene pada umurnya.tu yang rosak..

  5. yoy

    waa..
    hebat tol..
    cmne la generasi anak2 kte nti mus ek..
    skarang pon da trok..
    keno jago botui2 nanti..

  6. wanmus

    nilah dunia akhir zaman

  7. jutawansenyap

    makin lame kamin runtoh akhlak org islam . selagi islam tidak dijadikan panduan hidup makin hancur duinia ini.

  8. Kimi Rekonen

    makin teruk orang zaman sekarang ni

  9. jutawansenyap

    memng teruk budak skang nih

  10. akuorgkmpng

    betoi tu.. pegangan agama kurang..
    dtmbh pulak dgn video lucah yg senang d dapati..

  11. jutawansenyap

    betul2 pengekuatsaan pun perlu ;lebioh tegas lagik

  12. jutawansenyap

    takut terkene pada org yang dekat dengan kitae

  13. jutawansenyap

    sumer citer org puteh emng sumer ader cium2 mesti budak2 pon nak cuba kan kn

  14. jutawansenyap

    hu hu taku t biler pikir akihir zaman nih

  15. jutawansenyap

    mesti nak buat praktikal punyer kan

  16. akuorgkmpng

    budak2 skrg bukan mcm budak2 dlu..
    smua benda nk test..

  17. akuorgkmpng

    klu kita ok.. buat apa nk takut..

  18. akuorgkmpng

    budak skrg ni dh byk trdedah..tu jdi cmtu

  19. akuorgkmpng

    tau xpa.. dunia oh dunia.. mmg smakin mncbar skrg ni.

  20. akuorgkmpng

    dunia tnpa smpdan.. mcm ni la jdi nya

  21. akuorgkmpng

    patutnya kena blok web2 lucah ni..
    mmg sgt brleluasa

  22. Ronaldmohoni

    budak-budak zaman sekarang, apa nak jadi nih.

  23. Yiedpozi

    Apa nak jadi dah… Huhuhu…

  24. Yiedpozi

    Setuju! Budak-budak zaman sekarang ni memang teruk giler…

  25. mat kalut

    yang peting tgok kluarge dlu,kalau keluarge x amik berat dan terapkan didikan agame memang hancur anak2 nanti

  26. Yiedpozi

    Maksud Yied bukan semua budak-budak zaman sekarang ni perangainya teruk… Ada gak yang perangai baik…

  27. mat kalut

    jage xpayah yoy,didikan agame pting,umor 12 kebawah kene rotan klau silap cam bapak aku buat,kalau yg 12 keatas tu gune nasihat ngn kawal sosial die,kalau yg lebih pade tu kene buat baik,kalau maroh lagi mase dah besar sure anak xbalik umah bile dah keje huhuhuhu

  28. mat kalut

    nk blog camne orgkapung wei,dunie tnpe smpadan nie huhuhu,kalau blog kt isp pn still bleh access..google je leh dpt care nk tembus

  29. mat kalut

    ko marah la kt pm kite skang nie hehehe..kalau bt cm klntn berkurangan skit gejale camni

  30. Master Pak Pandir

    zaman sekarang dah macam ni. agaknya zaman anak-anak kita nanti macam mana laa…sebagai ibu bapa tak boleh pandang ringan hal macam ni.

  31. lin azlina

    seriau jer skang ni…budak2 lagi advance…dunia akhir zaman

  32. mhnizam

    akhir zaman ni kita kena hati-hati banyak pengaruh jahat datang.Apa yg penting foundation agama tu yang penting..kena kuat dan kukuh

  33. mhnizam

    betul stiap perkara harus dimulakan dari rumah,ibubapa ambil berat skit hal anak2