Report Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 (KEB08)

Penulis: wanmus Kategori: Blog | bumiputera | Corporate | Economy | Ekonomi | hidupku | Konvensyen Melayu | Share Tarikh: 26 July 2008 | Tiada Komen

KEB 08

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti anda semua tahu, minggu lepas saya telah ke PWTC untuk menyertai konvensyen pertama dalam sejarah hidup saya dan juga yang pertama kali pergi sorang diri.. takpe tu jadi pengajarn dan pengalam buat saya..Alhamdulillah akhirnya sampai malam tu dah tumpang tidor umah aren dan mirul di pantai dalam. Ok..gambar atas sekali ni sebelum start program pada 18/07 iaitu pagi jumaat. Pagi ni ada pembentangan dari EPU atau economy planning unit oleh En Mat Noor Nawi yang telah membentangkan data2 dan statistik2 terkini mengenai peratusan kegiatan ekonomi bumiputera buat masa sekarang dan sudah pasti menakutkan…

Seperti dijangka, kaum cina telah menguasai semua segi ekonomi negara kita dengan menguasai hampir 55% meninggalkan kaum melayu 30% dan 15% india dan kaum2 lain..memang angka yang cukup ditakuti..dengan peratusan kaum bumiputera miskin terlalu ramai berbanding kaum lain. Jika dilihat, negeri paling tinggi peratus kemiskinan ialah sabah, diikuti kelantan, kedah dan terengganu.. Dalam sesi forum pagi nih juga, ahli panel yang dinanti, iaitu Datok Dr Awang Adek turut hadir…dan ramailah juga pemimpin2 kesatuan usahawan bumiputera bangkit dengan beberapa isu semasa sesi soal jawab…(alhamdulillah maknanya diorg tak tidor)..

KEB 08

Ini pula semasa sesi perasmian oleh PM Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (tak sempat nak salam sebab sibuk amik gambar..hehehe) kemudian perasmian oleh Pak Lah juga gamat apabila beliau menyebut tentang keadaan ekonomi dan politik semasa..lagi2 tentang peralihan kuasa.. pening jugak tgk pak lah time tu sebab x berhenti kelipan flash kameraman kat tepi tuh..kalau anda tengok tv atau berita malam tu, ada ditunjukkan majlis perasmian dan press conference. Akhirnya boleh jugak tengok pak lah secara dekat..

Sebaiknya habis perasmian oleh Pak Lah, bermula sesi forum kedua..yang nih ngantuk skit sebab lapar x makan apa2 lagi n boring tengok ungkapan2..forum petang tu bertajuk Evolusi Ekonomi Melayu kalau tak silap..tu yang amik gambar sendiri kat bawah tuh..hehhe..xleh nak amik gambar stage sebab kamera bukan jenis mahal pun, dah try amik gambar tapi gelap n gegar…soo xleh lah nak amik gambar..satu lagi boring sebab sorang ahli panel yg sangat dinanti tak hadir iaitu menantu Pak Lah, KJ atau Khairy Jamaludin.. bukan kerana minat atau idola saya, cuma nak tgk macamana orangnya yang mampu memporakperandakan keadaan politik semasa hanya dengan pemikiran dia sorang..tak ke hebat tu??

Ada orang kata saya hadir konvensyen nih sebab saya pro kerajaan kerana konvensyen ini di taja oleh Pemuda Umno Malaysia..sebenarnya saya nih amik yang keruh buang yang jernih..ehh silap..hehehehe..buang yang keruh n amik yang jernih..tapi jangan sangka air yang jernih tiada buaya…sebab tulah kalau sape2 pun buat dan saya rasa ada ilmu dan bagus untuk saya pergi, Insyallah saya akan pergi.

KEB 08

HARI KEDUA

KEB 08

Haa…sape xtau bangunan ape nih?ni berdiri di belakang Menara Rebung TM (Telekom Malaysia)..kenapa saya ada disini??ooo..untuk hari kedua iaitu 19/07 saya dijemput oleh pihak jualan TM dan anak syarikat TM iaitu inteleca shoppe untuk mendengar seminar mengenai pengedar perkhidmatan TM..saya pun pergi dan kalau anda semua nak tahu, tingkat paling tinggi ialah tngkat 53 dan seminar tersebut di tingkat 50..macam tak percaya saya berada hampir di pucuk rebung..mula2 tu sesat jugak sebab ada lif berlainan untuk ke tingkat berlainan..mula tu salah amik lif, mujurlah guard tolong tunjukkan lif yang betul..hheehhe..maaflah gambar dalam menara rebung tidak dibenarkan…tu yang tak der gambar dalam menara rebung nih..mungkin untuk keselamatan kot.

Seminar tu terang tentang cara-cara dan syarat-syarat untuk menjadi pengedar..satu rahsianya ialah, modal permulaan RM24000..huhu terus saya pikir panjang..mahal tuh..tapi pulangan memang lumayan..oleh kerana taklimat tu by invitaton only, jadi kami tak dibenarkan cerita secara terbuka apa yang diterangkan semasa seminar..

Ok..lepas 3 jam di TM, terus bergegas kembali ke PWTC..huhu..mujur sempat sidang pleno dan konklusi yang dipengerusikan oleh pengerusi gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik..banyaklah resolusi2 diberikan.. akhir sekali majlis penutup oleh TPM, Dato’ Seri najib Tun Abd razak..masa tu dah ngantuk & letih..huhuhu..sebelum tuh, pengerusi GABEM menyebut akan menubuhkan satu kelab evolusi melayu iaitu Kelab Glokal Melayu..

KEB 08

HEHEHE..yang gambar atas nih gambar beg yang diberikan untuk peserta konvensyen..tapi yang warna juning tu lah..hehhee..yang targus tu baru jer beli kat Low Yat padi khamis petang pada harga RM199 RM175 RM120..kan terlalu murah tu..so ape lagi, terus angkatlah..hehehhe..amklumlah beg lama dah koyak accident arituh..oklah..rasanye itu saje kot laporan ringkas mengenai konvensyen ekonomi bumiputera ni..di bawah nih disertakan alamat URL yang berkaitan:

Laman web GABEM – http://www.gabem.org.my

Muatturun buku program KEB o8 – http://www.gabem.org.my/images/stories/KEB/keb08.pdf

Resolusi KEB 08 – dapatkan resolusi disini