Pelanggan Tak Perlu Nak Dijaga Lagi Sekarang!

Penulis: wanmus Kategori: bumiputera | Business | jomhosting | Servis Tarikh: 07 November 2009 | 4 komen

perkhidmatan_pelanggan

Untuk anda sebagai pelanggan: Anda pernah beli barang? bayar untuk sebarang servis? Betul ke anda berpuas hati degan servis yang diberikan? Untuk anda sebagai peniaga: Adakah anda layan pelanggan sebaiknya? Betul ke pelanggan perlu di layan seperti raja?

huuhh..pelbagai jawapan diminda anda kan? Sebagai peniaga, kita juga adalah pelanggan kepada pembekal kita. So, adakah kita rasa pembekal kita dah bagi servis terbaik? Kalau kita rasa belum, cuba berfikir adakah pelanggan anda juga sudah betul berpuas hati dengan servis anda?

Susah sebenarnya kalau dah masuk bab customer servis ni. Sebab kita mestilah bijak menjawab dan menyelesaikan masalah pelanggan kita. Kalau anda jual ebook, konfirm akan ada masalah seperti ada pelanggan tak boleh nak download, download tak habis, nak extract tak boleh..tu baru berniaga ebook, cuba bayangkan kalau anda berniaga serata dunia..hohoho..

Saya juga tak katakan yang saya telah berikan servis perfect kepada pelanggan saya selama ini tapi saya selalu katakan yang kami mencuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Dan sebagai manusia biasa yang tak alri dari kesilapan, memanglah ada beberapa ketika yang masalah tersebut tak dapat diselesaikan dengan baik atau pada kadar waktu segera. Pengalaman mengajar kita cara terbaik untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Tapi saya cukup kesal sekarang ni sebab ada beberapa peniaga yang marah pelanggan mereka sendiri..aduss.. Pelanggan adalah nadi kepada perniagaan. Kalau pelanggan lari, siapa nak jadi pelanggan kita? Kalau saya pun jadi pelanggan, memang akan lari kalau peniaga tu marah saya. Yang teruknya, dia lari bukan seorang..Dia akan bercerita pada kawan-kawan lain dan ini akan memburukkan lagi keadaaan.. Bakal pelanggan kita pun akan lari kalau dapat tahu cerita ni. Betul x?

Pelanggan kita nak lari, kita tak boleh nak halang tapi kalau boleh sama-samalah kita kurangkannya. Sebab saya suka tengok kalau usahawan melayu berkembang maju dan bertambah hari ke hari. Tak perlu gaduh-gaduh. Kita sebangsa dan seagama ni sepatutnya bersatu dan bantu membantu.

Banyak kes seperti ni keluar selepas perbincangan saya dan beberapa im dalam beberapa siri perbincangan secara informal. Rupanya ramai pelanggan terasa hati dengan beberapa peniaga online (im) sekarang ni. Ada juga yang tak berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Ingatlah yang pelanggan bukan untuk dimarahi tapi untuk dibantu.

*PERCUMA: Downloadlah ebook percuma saya ni untuk iktibar dan pengajarn : 101 Tabiat Punca Anda Kehilangan Pelanggan

Ada komen?



  1. adrenal

    hurrmmm..

    bro wanmus..itulah manusia..bila takde customer,mulalah garu kepala sana sini..pening kepala pikir nape takde customer..tapi bila dah ada customer,tak hargai plak..sifat bersyukur tu tak dipraktikkan dalam perniagaan..

    p/s : diorg terlupa yang diorg pon adalah customer jgk..bak kate tagline mobil ‘kami juga pemandu seperti anda’..=D

  2. wanmus

    haaa.betul tu bro. sebaiknya kita letak diri kita di tempat pelanggan..Insyallah perniagaan kita akan sentiasa disenangi..

  3. mhnizam

    Saya selalu kena,tanya lebih skit mesti peniaga tu marah-marah,banyak tanya la,itu lah ini lah.Last2 smpi skrg saya tak pergi kedai tu

  4. Ronaldmohoni

    Sebagai peniaga, kena layan pelanggan dengan baik. kalau tak, gulung tikar jawabnya.