JOMHosting.NET Akan Bertukar Server
Salam semua pelawat dan pelanggan saya. Kami di JOMHosting akan membuat pertukaran server untuk semua akaun termasuklah blog wanmus.com ini. Ini bagi menaiktaraf semua servis server kami dan memastikan kami memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Logo kami pun dah bertukar ke logo baru seperti di atas.
Waktu perpindahan akan bermula pada:
8/11/09 00:01am sehingga 9/11/09 00:01am
Sepanjang waktu ini, kami pohon untuk semua pelanggan tidak melakukan sebarang update kepada akaun hosting. Semua pelanggan akan mendapat akaun seperti mana ianya pada 7/11/09 10pm. Untuk makluman juga, ip propagation untuk server dan domain akan mengambil masa dalam 24-36 jam. Dalam masa ini, anda mungkin masih dapat akses akaun tapi ianya mungkin pada server lama.
Jika anda menghadapi masalah, sila hubungi melalui support ticket kami.
*Tambahan: kami akan perkenalkan pakej VPS dan Dedicated server sedikit masa lagi. So bolehlah jika anda memerlukan space yang lagi besar dan performance server yang lagi tinggi.
Kami sentiasa memberikan yang terbaik kepada anda.
09 November 2009
Masa 9:11 am
Ini barulah yang di katakan CUSTOMER SERVIS. Sebelum apa-apa di lakukan, pemberitahuan dibuat awal-awal lagi. Jadi taklah pelanggan mengamuk.
p/s: “bahasa” itu penting dalam perniagaan. kalau takde “bahasa” lepas tu nak sound/maki client sendiri, apa kejadahnya!
11 November 2009
Masa 5:13 pm
yer bro..insyallah kami berikan yang terbaik kepada pelanggan. Pelangganlah nyawa bisnes..so jangan lepaskan mereka