Orang Dah Benci Terima Email

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Email | Spam Tarikh: 06 September 2009 | 39 komen

Benci, geram dan malas nak baca pun. Yerlah setiap hari ada je email promote barang yang ntah ape2 ntah. kononnya “GEMPAR!!BUAT RM10,000 Dalam Masa 10 Hari!! Giler ke ape, kalau rm10,000 dalam 10 hari, korang perlukan RM1k sehari. Irfan Khairi pun x mampu buat camtu.

Rasanya mesti korang semua pernah dapat email spam camni kan? Tu belum campur lagi email yang menipu kononnya ” UNLOCK You Maybank Account Now!”..mula2 memang terkejut jugak sebab akaun maybank saya memang banyak transaksi, so kalau kene block susahlah.. Cek2, rupanya scam..menipu nak detail akaun kita..CELAKA! sebab dah ramai tau yang terkena dan tertipu beribu ringgit ngan email camni.

Mengenai web jutawanklik tu, korang janganlah silap2 pergi daftar sebab semuanya menipu. Ada yang dah bayar tapi senyap je admin..Makan DUIT HARAM! Pastu slip bank yang dia tunjuk tu kat web jutawanklik tu adalah slip bank orang lain punya. Dia just amik dan mengaku dia punya. tak caya? baca testimoni yang dah tertipu Jutawan Klik PENIPU . Banyak lagi program camni yang menipu..Yang terhype pun ada. Maksudnya duit 10 minit padahal 3 jam pun belum tentu. Anda boleh baca di duit10minit.com penipu besar

Yang email ini (gambar kat atas tu) lagi best. Dalam email sebut “tanpa mengeluar modal 1 sen” tapi bila saya cek web tersebut, tengok dalam kotak kat bawah tu ” dengan hanya mengeluarkan modal RM 5 sekali seumur hidup”..Aik, tadi cakap freee, ni kene bayar pulak. Nampak sangat ada something fishy kat situ. Pastu setiap referal anda dapat RM 0.10 je, so untuk sampai RM 10,000 yang dicanangkan tu, anda perlu dapatkan referal seramai 100,000 orang yang membayar Rm5..gile ke ape. Rasanya banyak lagi email penipu yang orang tak sedar itu penipu. Kalau korang ada list program scammer camni, boleh list kat bahagian komen tu..

Tapi kenapa ramai masih promosi walaupun dah tau itu tipu???

Jawapannya ialah: sebab dia dah terjoin, jadi nak cover modal, dia terpaksa promosi jugak.

Jadi, sebelum anda tertipu, berhati-hatilah membaca email sebegini. Email-email penipu macam nilah menyebabkan email marketing menjadi tawar dan dituduh penipu juga. Sebenarnya email marketing adalah jauh berbeza dengan email spammer dan scammer ni.

Email marketing hanya akan blast atau hantar email kepada pelanggan yang subscribe sahaja. Email spammer ni pula akan hantar secara rambang beratus atau beribu akaun email dalam 1 email dan biasanya empunya email tidak secara rela menerima email tersebut.

So, anda dah nampak bezanya?

Email marketing biasanya menggunakan autoresponder sebagai medium penghantaran email kerana ia berupaya menghantar email kepada pelanggan di mana 1 email dihantar untuk 1 akaun email. Antara autoreponder yang biasa digunakan ialah Norabot, getresponse ataupun aweber. Berlainan spammer ni, 1 email dihantar untuk 1000 akaun email.



  1. zuls

    hahaha.. memang orang dah benci terima emel-emel macam ni .. tapi emel yang auto responder pun kalau ayat tu macam ayat spam pun orang benci jugak.. betul tak bro? tapi yang bestnya boleh unsubscribe. Cakap pasal jutawan klik memang ada sorang nak join, nasib baik lah bagitau dia pasal penipuan tu..

  2. setria

    ya, betl tu zul, kalau pakai autoresponder ayat macam tu, dah lama saya unsubscribe.Sebab itulah, kat malaysia ni masih kurang kesedaran mengenai apa yang di katakan SPAM.Tapi yang hairannya, kadang-kadang boleh masuk kat inbox folder plak tu.

  3. wanmus

    @zuls & setria: yup, bila yang terlalu hype pun orang fikir email penipu. susah jgk ek. sebab kekadag ada yang betul tapi janganlah terlalu hype. Kekadang yg guna autoresponder pun, satu email banyak gile link dia masukkan, dah jadi serabut.

  4. mfadhly

    ala biasala bro ada plak sekarang ni diorang pegi dekat contact blog terus bagi email yang bukan2…aduh buat berat email aku je

  5. wanmus

    @mfadhly: tu lagi teruk tu..biasa spam kat komen je

  6. Fazli

    skrg ni terlalu byk program buat duit di internet. ramai yang tertipu juga menunjukkan ramai yg nak duit cepat. harap2 scammers ni benti buat keje camni. duit yg diorang dapat tu takkan kekal lama. hidup pun tak tenteram sbb asik nak menipu je.
    kita sebagai IM kena sedarkan orang ramai yang tak faham2. bukan semua orang faham apa yang kita faham dan bukan mudah kita nak bg orang faham. faham-fahamkanlah. hehehe…

  7. broSKL

    memang bengang btol la klo dapat email2 yg cmni, buat semak inbox aku je la..dah la buat program mengarut2 ni..pastu anta email spam..mmg xde ilmu marketing btol la..

  8. wanmus

    @Fazli: susah nak terang kat diorang ni..satu lagi yg reka program tu pun dah pandai pusing katanya bukan MLM, piramid lah macam2lah pusing..padahal terang benderang benda tu sistem piramid skim cepat kaya..

    @broSKL: memang menyemak..letih nak mendelete lah setiap pagi cek email..huhu

  9. JHafiz

    emel yahoo mudah masuk spam2 ni kan? tak boleh tahan tul ngan publisiti murahan gini… beralih lah kepada gmail.. he3

  10. wanmus

    @JHafiz: ye ke bro? saya gmail dan yahoo sama byk kene spam..huhu

  11. JHafiz

    owh.. ye ke? hu3… sy punye leh tahan la sket klu gmail ni. klu yahoo, xtahan nk deletenye.. belambak dlm folder spam. kadang2 masuk jgk kt inbox. lagi teruk…

  12. wanmus

    @JHafiz: tu yg teruk..kekdang terdelete sekali email yg betul sebab byk sgt apem.jadi tak nampak email yang betul dah..huhu

  13. Hasbul Aqill

    d byk da kene jutwanklik
    dulu pernh kene emailtunai.com
    mmg penipu nk mampuis
    😀
    nama owner mohammad fadhli

  14. wanmus

    @Hasbul Aqill: tak yah percayalah program2 camni..semuanya penipu je

  15. […] yang tersilap dan tesalah anggap dengan program PPL ini. Malah, tidak kurang juga yang menjalankan aktiviti SPAM bagi mempromosikan program PPL. Tidak kurang juga yang melakukan penipuan dengan mendaftar email […]

  16. kakeru

    Betul la tu. Even klu emel yg subscribe pun, buhsan gak jadinya. Bayangkan hari2 terima emel jual produk…lain2 produk.. Tensen rasanya.. Yg bagusnya boleh unsubscribe. Boleh je send emel, tp klu dah terlalu kerap dgn ayat2 yg hype, kita pun malas dah nak baca…

  17. wanmus

    @kakeru: susah sebenarnya nak tarik hati pembaca email kita ni..silap ayat, ramai yang unsubscribe. Pastu sebab banyak sangat org buat SPAM, email kita pun dia kata SPAM..adusss

  18. zuls

    Hrm kalau macam tu, nak kena keluar guide macammana menulis email supaya orang tak piss off sangat bila baca email tu.

  19. safar

    emel begini tiap-tiap hari ada.dah malas nak layan.buat tak tahu aje.

  20. nani

    Salam…nak tanya..bukan ke pasal autoresponder tu..kalu kita klik…sender still dapat income ‘per click’?
    kalau betulah, memang duit lah yek…kalu kalu click unsubscribe pun dapat duit??? betul ke? hehehe

  21. wanmus

    @nani: tu bukan sebab autoresponder, tu jika awak klik link PPC. Untuk PPC, jika awak klik memang si penghantar email akan dapat bayaran komisyen. Tapi jika PPL, awak perlu signup dulu barulah si penghantar tu dapat komisyen

  22. Ray Jr

    sape nama owner jutawanklik tu???
    nak kenal gak….grrr…

  23. wanmus

    @Ray Jr: tak tahulah siapa owner jutawanklik tu.

  24. mokhzam

    semua ni penipu…saya dulu mase mula2 dulu penah terkena, skang ni klu dapt email mcm ni mmg saya terus delete punye, malas nak bace…klu betul bleh dapat duit secepat tu dah lame dah org kt malaysia ni kaya…geram gak slalu dpt email mcm ni, buat menyemak dalam mail box je..

  25. wanmus

    @mokhzam: penipuan inilah yang masih ramai tertipu dan tak tak tahu pun yang diorang tertipu sebenarnya

  26. Jun

    Nak bendung perkara ni tak semudah itu. Ini semua pengaruh dari luar negara. Bagi pelayar Laman Sesawang sebaiknya delete saja jika email seperti ini. Tapi kalau diklik iklanpun kita tak perlu bayar apapun dan tak semestinya kena masuk program yang ditaja. Susah-susah sangat cuba renong kata-kata ini ” Biasanya yang tertipu KAYA RAYA ” tapi
    ” Seumur hidup tak pernah kena tipu tapi PAPA KEDANA” Dapatkan ilmu dan pedoman dari apa yang orang lain buat, jangan asyik mengata, sedangkan kita tidak lebih dari seorang PENCACAI .

  27. wanmus

    lebih baik tak kaya dari jadi papa sebab kena tipu sebenarnya.

  28. mhnizam

    email spam kebanyakannya adalah email skim cepat kaya..tensen gak tgk email byk dipenuhi mesej sampah ni

  29. jutawansenyap

    email spam sekarang memng dah berleluasa tak taulah cara untuk mendelete denagn leboh bagus lagik

  30. Susahnya Guna Email Yahoo Sekarang ni..

    […] pun tak agak-agak..guna macam2 cara nak spam..aduss..dunia oh dunia..nilah menyebabkan nanti ramai orang benci baca email dah..sebab banyak spam […]

  31. akuorgkmpng

    jutawan klik mmg penipu..
    ntah ada ke x lgi la skrg ni..

  32. akuorgkmpng

    mcmmna boleh masuk dlm folder inbox erk?
    hebat juga spammer ni erk..

  33. akuorgkmpng

    email bukan2.?? email x wujud ke?
    x paham pulak. huhu

  34. akuorgkmpng

    o0o0.. msg spam rupanya..
    teruk toi kaki spammer ni..

  35. akuorgkmpng

    tu la pasai..
    byk sngguh email pasai bisnes intrnt dlm email aku..
    smpai aku sndri xtau yg mna 1 betoi..hahaha

  36. akuorgkmpng

    mmg semua org akan bengang..
    xtau la kot ada yg suka plak.. hahha

  37. akuorgkmpng

    aku x kaji plak pasai ni.. haha..
    mgkin betoi kot apa yg hng kata ni..

  38. akuorgkmpng

    wahhh.. wanmus siap kira lgi tu..
    hebat la.. hahaha

  39. Ronaldmohoni

    Sekarang nih email spam kebanyakannya masuk kat spam box.