Kenapa Orang Tak Percaya Perniagaan Internet?

Penulis: wanmus Kategori: Buat duit | Business | Internet Marketing | Perniagaan Internet Tarikh: 03 September 2009 | 36 komen

Bila ajak buat duit ikut internet, ramai giler member cakap penipu semua tu..tak boleh kaya punya..Tapi tu dulu. Sekarang ni bila dah sedap sikit, baru diorang terbuka mata dan minda tu. Tapi still lagi ramai yang masih was-was. Tapi kenapa kat oversea ok je tapi kat Malaysia orang masih takut dengan perniagaan online?

Sekarang kalau kita biasa buka radio era atau hotfm, ada iklan khidmat masyarakat berkaitan penggunaan ict dalam kehidupan usahawan. Katanya dapat memudahkan perhubungan dan memperluaskan pasaran. YUP!! tepat sekali. Bila dah masuk internet, produk anda akan dapat dilihat seluruh dunia. Lagi best kalau anda tahu main SEO dan dapat ranking muka depan dapan Google Search engine tu. Lagilah cepat anda dapat buat sale.

Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan. Saya nak kongsi kenapa ramai masih tak percaya atau was-was dengan perniagaan internet. Oppss..bukan pelaburan internet tau. Baca dulu beza perniagaan internet dan pelaburan internet.

  1. Mereka masih tak boleh bezakan perniagaan internet, program internet dan peleburan pelaburan internet. Ianya sebenarnya sama je dengan apa yang berlaku offline atau dikedai biasa, cuma kedai digantikan dengan medium internet sebagai tempat berlakunya jualan dan tidak lagi dikedai seperti konvensional.
  2. Penipu di internet yang sukar dikesan menyebabkan pembeli risau tertipu. Lagilah yang pernah kena tipu sekali..Tapi tiada ke penipu di dunia nyata? Bukan saja penipu, pencuri pun ramai. Cuba tengok kat kedai runcit, bukan tak ada penipu atau pencuri. Penipu di alam siber ni sebenarnya pencurilah jugak, sebab dah amik duit pembeli tapi tak hantar barang. Tapi percayalah, pencuri tu hanyalah 1 dalam 10,000 sahaja penjual di internet.
  3. Kurangnya pendedahan kepada orang Malaysia kelebihan internet. Percayakah anda masih ramai rakyat Malaysia yang tak tahu nak buat search di Google? tu belum campur lagi yang tak ada email. Bila tak terdedah, mereka mesti takut nak mencuba kalau tak ada  guide dari orang berpengalaman. pastu dengar pulak banyak program scam kat internet ni, lagilah diorang takut..
  4. Tak tahu dengan siapa nak belajar atau dirujuk. Betul sangat sebab tak ramai yang tahu konsep sebenar perniagaan internet. Ramai yang tahu pelaburan dan program buat duit di internet.
  5. Tak tahu produk mereka boleh dijual di internet. Tahukah anda ada seorang ebay power seller yang jual banyak buah durian ke US melalui ebay? Tu belum campur lagi dengan orang jual sayur kacang panjang dan sawi ke US. Kalau sayur pun boleh jual, kenapa produk anda tak boleh? Saya pun jual e-kamus di internet.
  6. Katanya tak cukup modal nak bermula. HOHOHO..tahukah anda modal untuk perniagaan internet adalah 0!! berbanding perniagaan konvensional yang memerlukan modal beratus ribu! yup, sebab and boleh gunakan hosting free seperti blogspot. Jika nak berbayar, hosting hanya bermula dari RM 10 setahun je.
  7. Tak pandai nak buat website. Jika guna blogspot: Anda tulis je apa description tentang produk anda dan letak sekali gambar produk. Buat promosi di forum-forum. Jika guna hosting berbayar: anda boleh minta syarikat hosting tolong setupkan wordpress secara percuma. Then sama juga seperti blogspot, tulis tentang produk dan letak gambar. Jika nak professional lagi, gunakan ecommerce cart cms yang percuma di hosting anda seperti CubeCart dan OsCommerce.

Rasanya tu je yang terlintas setakat ni di fikiran saya. Anda pula kenapa takut nak berniaga di internet? share lah kat bahagian komen..



  1. msarbin

    Tak dapat disangkal bahawa memang ramai yang skeptical dengan Internet Business. Scammers, penipu dan pencuri dalam perniagaan online memang banyak dan merosakkan market. Saya mendapat maklumat tentang perniagaan internet dalam tahun 2006. Sampai sekarang masih belajar dan terus belajar. Peranan mentor juga amat penting untuk membolehkan seorang yang bermula dengan perniagaan Internet tidak tesasar. WanMus, bolehkah jadi mentor saya..hohoho!!!

  2. Jmay

    Yup..berniaga kt internet memang best tp tidak semudah yang disangka kerana kita perlu membina kredibiliti yang akan membuatkan orang len percaya kat kita..leps tuh bru lah senang untuk orng membeli barangan kita.. walau apa pun, blogging juga mungkin boleh di kategorikn sbgai perniagaan internet tetapi less pain than jual barang secara online.. modal is very minimal and sangat sesuai dgn jiwa ak..hihi. 🙂

  3. wanmus

    @Jmay: hihi..oklah tu. tapi ramai je yang jual barang dengan blog dan guna blogspot, masyuk je tengok. so apa yang kita nak, kene fokus..

  4. zuls

    kalau internet ni perkara paling penting trafik lah, setakat ni ada jual one drop kat internet kira puas hati jugaklah hasil jualannya, walaupun guna blogspot jer.

  5. wanmus

    @zuls: wahh tahniah bro. ala biasalah mula2 mestilah slow2..insyallah nanti makin masyuk..

  6. rina

    Apa bisnes pun kena ada modal juga. Yang bestnya dlm perniagaan internet ni ialah xperlu jumpa org. Kena focus baru masyuk.

  7. wanmus

    @rina: yup, modal nak amik barang tu mestilah..hehe.. cuma kalau di internet, ada perlu dan ada yang tak perlu modal utk website dan servis yang lain.

  8. samdaddycool

    Hmm betul juga ada orang tak tahu guna google dan tiada emel. Selama ni aku fikir, ramai yang ada tapi tak selalu guna (buta IT wujud). Bisnes internet seronok kalau kita buat menjadi.
    Nak menjadi (berjaya), ada beberapa kriteria ; 1. bakat 2. belajar (pembacaan) 3. anugerah (gifted) 4. mentor (sifoo)
    persamaan yang ada dalam kesemua kriteria tersebut ialah rajin, berusaha dan tidak patah semangat.

    Untuk menjadikan orang lebih ramai percaya dengan bisnes internet di Malaysia ; undang-undanh jenayah siber perlu lebih ketat dan menyeluruh pemantauannya.

  9. wanmus

    @samdaddycool: betul tu bro. undang2 siber sekarang terlalu longgar sangat. Penguasa undang2 pun berapa sangatlah yang tahu benda ni, so macamana diorang nak faham situasi masalah ni

  10. msarbin

    Broadband penetration please!!! Government, please wake u!!! Hehehe

  11. msarbin

    Government, please wake up!!!

  12. zonirc

    Betul tu bro… saya bermula dengan 0 modal(kecuali line tenet yg perlu dibayar tapi fixed amount setaip bulan ahak dan eletrik je).

    Dan sekarang alhamdullilah boleh la ade untung sket… tp kalau bro leh kongsi2 cara wat duit melalui blog tu ok gak tu ahak ahak…

    Bukan apa sejak 04 try adsense x pernah menjadi(x berganjak daripada usd0.91 ahak), nuffnang pun mcm tu mungkin rejeki saya bukan kat area tu kot

  13. Anarm

    ramai yg x percaya dgn bisnes internet sbb ade anasir2 yg dah rosakkan market.. tp tu sume x jadi masalah kalau diri sendiri yakin dgn sesuatu perniagaan, x kisah la perniagaan online ke offline ke..

    ramai yg takut bila dgr org2 lain ckp bende2 negatif tentang bisnes intenet.. diorang baru dgr dr org, tu pn dah jadi takut.. cuba sendiri baru bleh tau sesuatu bende tu betol atau x betol.. berani tanggung risiko, baru boleh berjaya.. bukan senang nk jd senang, dan bukan susah nk jadi susah.. ade peluang dtg, terus rebut.. jgn tanye org lain dulu baru nk rebut peluang.. sbb kt luar tu memang ramai sgt2 org yg berfikiran negatif.. xleh tgk org lain senang..

  14. msarbin

    agree dgn anarm

  15. wanmus

    @zonirc: yup bro. modal 0 sebab tak perlu kedai. insyallah, nanti bro akan jumpa satu jalan yang mudah untuk bro buat duit dari internet. semuanya mungkin berlaku

    @Anarm: yang negatif dan berfikiran jahat tu memang tak boleh pakai.asik nak jatuhkan orang je..abaikan mereka ni

  16. wanmus

    @msarbin: yang broadband tu memang dah lama jadi masalah rakyat..bilalah nak setel.

  17. Fazli

    tapi ramai pula yg percaya kepada pelaburan internet. ramai dikalangan kawan-kawan saya selalu ckp jumpa bisnes baru kat internet. yg mereka dapat tu bukannya bisnes tapi lebih kepada pelaburan yang menjanjikan duit saja selepas mereka masukkan duit mereka.
    saya nak nasihat pun tak pandai. cuma boleh dengar je lah.

  18. wanmus

    @Fazli: cakap kt diorg yang perniagaan dan pelaburan internet adalah 2 benda yang jauh berbeza sangat2..aduss…masih ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan internet ni

  19. Hadinur MS

    Sebenarnya tak ramai yg tahu membezakan perniaagaan internet & pelaburan internet.lagi 1 mentaliti kebanyakan rakyat m’sia ni nak dapat duit dgn cara senang, mudah & cepat je.sebab tu la ramai yg tertipu ngan pelaburan internet…bila dh tertipu tu, mula la salahkan internet.pada hal diri sndiri yg tamak.mana ada dpat duit dgn cara snang…at least kne usaha walaupun sedikit br la dapat…bak kata org, ‘sebab nila setitik rosak susu sebelanga…’ 🙂

  20. wanmus

    @Hadinur MS: tamak dan nak cepat kaya tu memang semua orang nak, cuma perlu pandai pilih peluang je sebenarnya. Tapi jangan terlalu tamak, kot2 termakan diri 🙁

  21. idan

    teringin juga nak mencuba,tapi dah banyak kali kena tipu..berminat sangat2 tapi tak ada yang tunjukkan jalan.harap ada yang sudi membantu tunjukkan jalan,,,

  22. affiliateshah

    betul..
    Internet adalah satu kemudahan ,sumber perkongsian ilmu, lombong pencarian rezeki yagn meluas dan dalam 🙂

  23. Masih Ramai Tak Percaya Dengan Online Banking

    […] beratur panjang dengan orang yang nak hantar barang atau wat keluar duit. Lagi2 kalau sesiapa yang berniaga barang online di internet contohnya di ebay, lelong atau […]

  24. Kenapa Saya Masih Di sini?!

    […] jawapan kenapa saya masih berblog atau berforum. Tak kiralah anda ni otai atau newbie, jika nak berniaga online, anda perlu hidup dalam dunia online dulu..Macamana nak berniaga jika anda sendiri tak faham […]

  25. sam

    Salam Wanmus..1st sekali..terima kasih sbb settlekan masalah tempohari..
    2ndly..agak2 kalau nak bisnes scrap computer boleh masyuk tak..boleh advertise tak kat sini..? maaf kalau ..off-topic..

    wassalam.

  26. sam

    boleh join ker zul…? hehehhehe..

  27. wanmus

    bisnes scrap computer memang dah ramai orang buat..maknanya memang ada pasaran. buatlah tapi sebelum tu pastikan buat market research dulu. boleh nk iklankan kat sini jika perniagaan tu adalah perniagaan yg sah bro 🙂

  28. Zaini

    Perniagaan internet ada banyak dan sama banyak dengan offline bisnes. Cuma kaedah pemasaran sahaja menggunakan internet.

    Setiap bisnes mesti ada modal. Penting, kena tetapkan matlamat kemudian fokus. Kalau tidak fokus dan semua nak dibuat, jawabnya hanyut macam Mat Jenin.

  29. jameelah

    Setuju… Buka kedai online pun kena jengok hari-hari juga… Mula-mula kena kerja kuat… bila dah lama boleh la maintain je… lbh kurang sama dgn off line, bezanya duk depan pc/laptop..

  30. wanmus

    betul..pastu boleh check setiap hari kat mana di mana jua

  31. Master Pak Pandir

    macam tak sangka durian pun boleh jual kat ebay. inilah dunia internet. macam-macam boleh jual selagi sah di sisi Islam.

  32. akuorgkmpng

    durian dh semakin terkenal.. mndpt smbutan yg mnggalakkn..

  33. Master Pak Pandir

    patutlaa…sekarang ni pun orang cina dah pandai makan durian. dulu diorang tak nak makan durian. mak aku cakaplaa.

  34. Ronaldmohoni

    Harap-harap perniagaan internet kat malaysia nih, semakin mendapat sambutan.

  35. Ronaldmohoni

    memang dahsyat jika durian pun dijual kat ebay. Tak sangka pula.

  36. Azeri

    Rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang belum faham tentang perniagaan internet. Mungkin terlampau skeptikal dek kerana ingatkan ia macam satu pelaburan seperti sebab pertama.

    Ada juga positifnya yang mana ia bakal meningkatkan minat mereka untuk melakukan perniagaan internet yang sebenar.