Kenapa Saya Masih Di sini?!

Penulis: wanmus Kategori: Blogger | Blogging | Buat duit | Internet | Otai | wanmus Tarikh: 10 February 2010 | 19 komen

Kenapa saya masih disini? Kenapa masih perlu ada blog sedangkan saya dah ada perniagaan sendiri? Kenapa perlu saya berkongsikan pendapatan dan tips jika saya boleh kaya dengan semua benda tu? Kenapa saya masih mengaku newbie kalau orang baru pun boleh dapat gelaran otai? Kenapa saya masih berblog atau berforum?

Semuanya sebab saya nak benda tu secara ikhlas dan jujur..bukannya kerana harta atau pangkat. Bila mengaku newbie je semua ingat boleh pijak kepala..Boleh tipu..Boleh kencing sepuasnya..SILAP..anda silap.. Ramai saya tengok OTAI sebenarnya tapi bergerak under radar atau tidak menonjolkan diri. Malah mereka ni boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dari “OTAI” yang terkesan dek radar.

Semuanya bermula bagaimana anda mentafsirkan perkataan “OTAI” dan “Newbie” itu. Otai ni gelaran untuk orang lama yang dah banyak pengalaman dan kejayaan dalam sesuatu bidang tertentu. Tapi jangan kita anggap dia newbie dalam satu bidang, terus anggap dia newbie untuk semua bidang. ITU SILAP!

Mana lagi bagus antara 2 situasi berikut:

  1. 1- Seseorang yang diberi gelaran otai tapi pendapatan cukup2 makan
  2. 2- Seseorang yang digelar newbie tapi dalam senyap2, dia peroleh pendapatan 2-3 kali ganda dari otai tersebut.

Mana anda nak jadi dalam 2 situasi di atas? Kalau saya, baik jadi orang kedua sebab yang nak bagi makan kat anak bini ialah hasil titik peluh kita dan bukannya sebab gelaran kita tu.

Okay…kembali ke topik atas balik, Kenapa saya masih di sini atau di forum2??

  1. 1- Sebab saya seorang blogger dan forumer. Jadi saya akan tetap jadi blogger dan forumer sehingga diizinkan Allah
  2. 2- Sebab saya newbie dan masih dahagakan ilmu. Saya nak belajar macam2, jadi saya masih newbie.
  3. 3- Sebab hanya blogger mengenal blogger. Betul x? Saya sebagai pembekal hosting kepada blogger atau web owner perlulah tahu kehendak pelanggan dari semasa ke semasa, jadi saya perlu update tentang perkembangan ini. Di mana pelanggan meluahkan perasaan? Di forum dan di blog mereka. So saya akan tetap menjadi blogger dan forumer selagi masih bernyawa..Insyallah
  4. 4- Sebab saya nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada sebagai bekalan di hari kemudian. Kita manusia dan tiada sorang pun tak pernah buat salah..Ilmu yang dikongsi ialah bekalan sebaiknya untuk di bawa ke sana nanti.
  5. 5- Sebab nak rasa macamana marahnya pelanggan bila server down atau tak boleh akses. Macamana nak rasa? Binalah blog sendiri dan tengok macamana rasa marah bile tengok blog tak boleh nak akses. Betul tak?
  6. 6- Sebab kita bebas di internet untuk membuat apa sahaja selagi tidak menyalahi undang-undang..

So, itulah jawapan kenapa saya masih berblog atau berforum. Tak kiralah anda ni otai atau newbie, jika nak berniaga online, anda perlu hidup dalam dunia online dulu..Macamana nak berniaga jika anda sendiri tak faham kehendak pasaran. otai tidak anda bergantung kepada penguasaan anda terhadap pasaran tersebut..Bukan sekadar gelaran di bibir sahaja.. Apa pandangan anda semua?



  1. smartzul

    Seorang usahawan sejati tidak memerlukan apa-apa gelaran, sama ada otai mahupun newbie. Namun jika ia diberi oleh orang (gelaran otai), itu namanya rezeki.

    Soal pendapatan, itu adalah atas usaha masing-masing. Otai atau newbie, kalau rajin usaha, banyaklah dapat. Kalau malas, sikitlah hasilnya. Namun yang penting sekali adalah, nilai diri kita. Banyak duit tapi menyakitkan hati orang, menyusahkan orang, menjatuhkan maruah orang, maka tidak guna juga harta yang banyak itu…

    Sesiapa sahaja yang mempunyai bisnes sendiri dan produk sendiri adalah USAHAWAN. Otai dan newbie itu hanyalah satu ciptaan entah daripada siapa.

    Kita adalah usahawan. Satu komuniti, saya kumpulan. 1Malaysia. 😀

  2. wanmus

    “Seorang usahawan sejati tidak memerlukan apa-apa gelaran, sama ada otai mahupun newbie” yup itu sepatutnya tapi dah menjadi tabiat manusia nak bandingkan tahap manusia menggunakan gelaran..

  3. smartzul

    Betul tu. Mahu tidak mahu, kena ikut juga adat-adat manusia ni.. Tapi sampai satu tahap, kita akan syok dalam dunia sendiri dan ini lebih sedap. 😀

    ps. Alang-alang Wanmus Online di sini, offtopic sedikit: Domain .my biasanya ambil berapa lama untuk aktif? Terima kasih.

  4. wanmus

    domain .my ambil masa 2-3 hari bekerja bro.

  5. Kujie

    Baguskah… dunia blogging memang perlukan orang2 yang fokus dan berilmu untuk mengimbangi dunia blogging yang bercampur aduk dengan berbagai ragam.

  6. wanmus

    iya kak..tapi kekadang letih nk melayan pelbagai kerenah manusia ni..

  7. siha

    blog anda memberi pengetahuan kepada yg tidak tahu…

  8. wanmus

    alhamdulillah jika itu hasil dari blog ini..Terima kasih 🙂

  9. HMJebat

    Kalau dah dapat gelaran Otai tu, bukankah ia jadi satu bentuk tekanan sebab dah mula jadi tumpuan dan tempat rujukan.

    Kalau orang ramai dah iktiraf seseorang tu otai, ada juga kelebihannya, senang nak jual ebook dan anjur seminar, sebab dah ada nama. Kalau ada rancangan nak buat ebook atau seminar, kena expose diri dulu supaya dikesan radar.

  10. wanmus

    ada betulnya cuma saya nk tekankan di sini, janganlah terlalu obses dengan gelaran otai tu..tak semestinya oatai tu tahu semuanya dan newbie tu tak tahu semuanya..ajaran islam kan suruh kita bersederhana..

  11. MokhZam

    lagi selesa kalau jadi newbie…

  12. wanmus

    jadi newbie yang buat duit beribu-ribu memang best 🙂

  13. mat kalut

    hasil dri blog bro byk..mmg tmbh ilmu sy hehe

  14. mat kalut

    btul2 hehehe..yg tu newbie ubi,bukan newbie lalang

  15. akuorgkmpng

    ya betoi tu kwn.. biar org kata diam diam berisi.. gelaran x penting, tapi klu dpt gelaran tu.. tu adalah rezeki kita

  16. akuorgkmpng

    betoi tu kak jie, seorang blogger ni perlu pndai mnjga dri dan mngambil hati org d skeliling nya utk maju dl bidang nya itu

  17. akuorgkmpng

    iti sudah smestinya.. jdi pakat2 la terjah blog wanmus ni utk mndptkn yg lain dri yg lain

  18. akuorgkmpng

    ya betoi tu.. stiap apa yg ada kt diri kita tu ada baik buruknya..

  19. akuorgkmpng

    ah ha.. jdi newbie ok.. biar x trkenal tapi siapa sgka mgkin pndptnnya lebih dri otai2..