Gathering Sempoi Dan Berbuka Bersama Pro Blogger Melayu

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogging | Puasa Tarikh: 07 September 2009 | 10 komen

Alhamdulillah petang tadi dapat jugak saya berbuka dengan beberapa pro blogger yang pernah sertai seminar atau coaching oleh bro rohaizad. Kesemuanya 11 orang dan ada yang sanggup datang dari Perlis lagi..Sebenarnya ianya dirancang dalam masa singkat je sebab dah takde tarikh lain dah, so kene jalan jugak arini.

opppss..jangan meleleh tengok gambar kat atas tu dah lah..untuk berbuka puasa di restoran JB Catering ni, ianya berberntuk buffet atau layan diri. Buffet berbuka puasa di JB Catering ni berharga Rm24 utk dewasa dan Rm15 untuk kanak-kanak per kepala. Banyak snagat lauk yang disediakan samapi saya x pernah mampu nak rasa kesemua makanan yang disediakan. Tapi yang biasa orang kejar dulu ialah kambing and ayam bakar..itu yang selalu orang serbu. So kalau korang nak tempah atau booking berbuka puasa di JB Catering, bolehlah call 07-2214775 (kalau ada staff JB Catering baca, bayarlah sikit komisyen untuk iklan free ni ek..hehe)

Saya ngan zuki pun dah sampai lewat skit tadi, so kitorang pun teruslah mendapatkan meja yang dikhaskan. Sambil tunggu azan, kitorang suai kenal sikit2 then bermulalah part berkongsi cerita. Cerita apa buat sekarang dan dah macamana progress lepas seminar/coaching smart blogging ngan bro rohaizad aritu. alaa kongsi sikit2 je sebab semua muka lapar dan tak bermaya..hhehehe.. tengoklah gambar kat bawah ni:

Kalau ikutkan dah penuh tapi ijad gunakan awek kabel, jadi dapat jugaklah kitorang menempah 2 meja. Tapi memanglah kerja sebagai blogger ni tak memerlukan anda pakai smart2 pun. apa korang nak pakai, pakailah. Best kan jadi blogger? Ni ntah silap2 duk lepak buka puasa, duit duk masuk dalam akaun tanpa sedari..fuuuhhh..tu lagi syok kan?

Lepas dah sembahyang maghrib dan dah kenyang, kitorang gerak pulak ke dataran Jb sebab bising gile kat restoran tu..maklumlah dapat meja dekat ngan speaker..huhu..nak tahu nape kitorang buang tabiat gi ke Dataran JB? haa tgklah gambar kat bawah tu..hehe..kat sinilah kitorang berkongsi cerita dan idea secara lebih tenang lagi. Betul kata ijad, semuanya sama level newbie macam saya atau otai macam boy..semuanya duduk bersila sampai basah seluar..hehe

Pernah ke anda tengok gathering camni? Mesti tak pernah. Bukan tak de budget, cuma dengan cara inilah ilmu lagi mudah nak dapat..Kalau tempat mewah dan mahal2, mesti dapat kenyang je. Ni dapat kenyang dan dapat ilmu bila otai2 ni berkongsi idea. Saya ingatkan yang saya dapat payment untuk blog berumur 2 hari dah mantap, rupanya ada orang lagi mantap..USD80 untuk blog Pr0..x pernah orang mendapat bayaran sebegitu tau..sape lagi kalau bukan boy yang bertuah tu, mujur dia sanggup turun dari Perlis, dapatlah korek rahsia tu.

Berbual dan berbincang, sedar tak sedar dah dekat pukul 11.30pm, yang brader tu bini dah panggil balik :), so tekpaksalah tangguhkan dulu gathering ni untuk di masa yang lain..Kat mana? hehhe nantikan kejutan dari bro ijad..dia sebut resort je utk gathering seterusnya tapi tak tahu resort kat mana lagi. Last sekali sebelum balik, saya ngan ijad bincang dulu untuk seminar smart blogging selepas raya ni..nak tahu lebih lanjut? nanti saya akan maklumkan.. 🙂



  1. JHafiz

    owh… patut la tulis pro blogger, semua peserta coaching bro rohaizad nampaknya. nampaknye kena letak nama baru la utk bro ijad. Sir Ijad, ok tak? Hu3…

  2. boy_bersahaje

    Mus!!! Jangan cakap aku hotai. Ko lagi hotai dari aku. Nasib2 je tu Mus. KO pun mesti leh dapat lagi dasyat dari tu. I like your style bro!!! Kihkihkhihkih.

  3. wanmus

    @JHafiz: kalau sir tak nampak sangat..panggil sifu ijad lah..

    @boy_bersahaje: alaa boy, rezeki ko lah tu..hehehe..rezeki aku x dtg lagi ni..

  4. Ezad

    Wah cepat betul update!! hehe, gmbar kaki aku seksi la bro..hehe, tapi mmg best korang semua!!

  5. wanmus

    @Ezad: alamak gambar kaki tu x sempat nak edit lah..hehe

  6. msarbin

    bro wan mus..saya tunggu update seminar/coaching smartblogging… hohoho!!!

  7. wanmus

    @msarbin: insyallah saya dan bro ijad akan update tentang next seminar lepas raya ni..tapi jangan terlepas harga istimewa early bird tau..

  8. mazuki blog

    aku bila nak dapat hasil ni…dah ada sket2 sinar harapan ni..hahaha

  9. Kenapa Saya Masih Di sini?!

    […] Sebab saya seorang blogger dan forumer. Jadi saya akan tetap jadi blogger dan forumer sehingga diizinkan […]

  10. Ronaldmohoni

    pehh,
    terliur bila melihat makanan tu.
    tak boleh pandang lama-lama.