Makcik..makcik..kami taknak kutuk makcik..kami hormatkan makcik..Tapi macamana kami nak hormat kalau makcik tipu kami?? Tipu tu tak agak2, kantoi bodoh je..Kami ni orang muda taknaklah marah2 ngan makcik tapi bila ini terjadi pada kami, memang kami marah sebab makcik cuba memperbodohkan kami dan memperkotak-katikkan kami..sampai ati makcik.. Walaupun kami ganas, tapi dalam hati kami ada taman..
Kisahnya macam ni. Diwaktu petang, kami bertiga bergerak ke warong nasi lemak makcik ani kat sri putri..alaa kat jalan tembaga tu tepi caltex sri putri. Time tengah lepak tunggu nasi lemak dihantar ke meja, kami dihampiri seorang makcik berjalan kaki. Ini ringkasan ceritanya:
Makcik: Nak, ikan kering nak. 1 pek ni 2 ringgit je tapi dah nak habis ni amiklah 3 pek 5 ringgit
Saya: Takpelah makcik, kami tak masak kat rumah. (sambil tengok ikan kering yang macam masin giler).
Makcik: Amiklah nak, makcik nak balik benut ni.
Kami: Takpelah makcik.
Makcik: 2-3 ringgit takde ke nak, makcik takde tambang nak balik benut ni..
Kami: Membisu (Dalam hati: Aiii, tadi nak jual ikan kering, ni nak minta derma pulak..hati dah rasa macam ada benda tak betul ni)
Makcik: Takde ke nak..Makcik nak buat tambang balik benut ni
Kami: Takpelah makcik (sambil senyum lagi hormat orang tua).
Makcik: Ni ikan kering pun tak nak? mm..2-3 ringgit pun tak ada ke nak?
Kami: Menggelengkan kepala sambil senyum..sebab dah rasa tak sedap hati
Selepas tu??
Jengg..Jengg..
Makcik tu pun beredar ke kedai depan..Rupanya ada 2 orang lagi team sales makcik tu baru keluar dari kedai depan tu. Mereka bertiga berjalan menerusi dereta kereta..Tiba2 mereka bertiga ni berhenti kat semua kereta Saga Aeroback yang dalamnya ada seorang lelaki duk tunggu. Mereka naik dan terus beredar. Saya apa lagi, amik gambar sebagai bukti..tu gambar kat atas tu.
HMmm..kami kepelikan..tadi makcik tu kata nak duit tambang balik benut, tapi tu naik kereta..hmmm..nak berniaga ke nak menipu makcik ni. patutlah hati ni rasa macam tak sedap je nak bagi sedekah tadi.
Kesimpulannya..
Janganlah menipu kalau nak berniaga..Kami tahu ikan kering tu masin sangat, tu tak beli..Nanti jadi pekasam jugak kat rumah sewa yang memang jarang giler masak tu…
*Tak tau kenapa 1-2 post ni bengang dengan peniaga penipu.
Huh..ad jugak sindiket jual ikan kering ek..ish2 😀
Yang paling tak boleh tahan bila anak dara jual CD katanya derma untuk Madrasah Tahfiz sedangkan anak dara kejar lelaki untuk buat sale. Tak kan lah untuk benda baik sampai hilang aurat antara lelaki dan wanita.
zaman sekarang ni..macam2 buat buat duit
semua hilang kalau bab duit ni..hoho..macam2 dunia sekarang ni
biasa la tuh..selalu jual makcik2 tua la..depa tau orang simpati ngan golongan macam ni..so, amek kesempatan la..kadang2 budak kecik pon kena exploited gak..
Saya belajar kat s.alam. So, malam2 memang makan kat kedai2 mamak yang beroperasi 24jam(saje mam kt sana sbb ade wifi free). Ada 1hari tu, nak siapkan asgnment, jadi memang lama la kat sana(10pm-2am). Dlm masa 4jam tu. adela dlm 10orang yg minta sedekah dan gelagat mereka, macam2 ada. Rasa nak buat aduan kat jabatan kebajikan masyarakat je. Supaya mereka dibantu..:)
lah , tak sangke plak aku .
selalu gak nmpk diorg2 ni..
owh..
kena beware ni ..
haiihh.. mcm2 perangai org skrg ni menipu sebab duit..
adeh. ada jugak benda camni. duit punya pasal. ish3.
Apa mau jadi…
oh kesahnye..
tapi pakcik yang jual stokin tu betul kan. nampak hari2 jual stokin kat tmn u konsisten jer
tak taw la skang dy ade lg ke tak. hehehe
yang kanak-kanak tu lagi kesian..hoho..
dibantu macamana tu? dibantu melarikan diri dari geng2 yang peras ugut mereka untuk menjadi peminta sedekah tu
ermm sindiket ni..
kalau bukan sekalipun,baik jangan beli laa yang tatau asal usul, xde kedai apa ni..
kang balik makan, sakit perut ke , kena jangkitan ke apa ke, tatau nk cr siapa yg salah..
tu makcik, yg budak2 dr asrama anak yatim pun satu hal, jual itu ini, mcm paksa beli, tp bila xbeli, nk belanja dia makan xmoh lak terima..nampak sangat ada taiko disebalik semua ni
mesti sendiket peminta sedekah tu…
hampeh betul orang dalam kereta tu…kerja malas…suh makcik pulak yg buat kerja…kasihan
memang perlu berhati-hati
semuanya kerana duit bro
oo pakcik yang tabligh tu ek? ada lagi..kalau tak silap, dalam 2 minggu lepas jumpa dia kat Tmn U..memang betul2 dia berniaga
nasib baik korang tak terpedaya.. ekekekek.. kalau mama aku yg kena, gerenti dia pajak sekarung ikan masin makcik tu.. haha
semuanya kerana duit! mereka sanggup menipu semata-2 untuk D.U.I.T!!
kamonlah makcik..jangan lah ini macam
hurm…dunia oh dunia.
Mungkin maksud makcik tu, nak cover duit minyak kot.
Rasa-rasanya dalam sejam, seorang makcik hanya mampu jual 1 ke 2 bungkus ikan kering je.
Kesian dia…:)
Saya pun pernah kena macam tu, kat Shah Alam, tengah makan, tiba-tiba ada orang jual kerepek, kata kerepek datang dari Sabak Bernam (kampung saya).
Dengan nada sedikit meninggi diri, saya jawab “Saya ni sendiri orang Sabak Bernam dik oi, takpelah, terima kasih ye”
Lelaki tadi, berlalu pergi ke meja lain. Saya perhati je, dalam hati geram. Mana taknya, kalau kat Sabak Bernam, tak sampai pun RM10 untuk 3 bungkus.
Budak tadi, landing di sebuah meja sebuah keluarga.
Nampak gaya, keluarga tu, macam amat jarang makan kat luar. Dari ppakain, nampak sederhana sahaja, tapi….
“maaflah dik, duit pun tak bawak banyak pun, nah ambil lah RM1 ni”
Terkedu…..Walaupun luaran sederhana, tapi budi pekerti dan akhlak sungguh tinggi.
Insaf saya seketika. Rasa bersalah je, sebab ‘halau’ buta-buta. At least, sepatutnya saya cakap elok-elok.
Off topik lak…..sori
tak taulah..bukan taknak tolong tapi dah ramai sangat yang menipu sekarang ni..kan senang cakap betul2..cakap makcik datang dari jauh, datang pun tumpang orang..baru orang pun ikhlas nak tolong
dilema antara rasa annoying dgn simpati…
plg benci org muda kuat kudrat pergi minta sedekah…
tu lah, nak tolong kan nanti tertipu..tak tolong kan kesian tengok diorang..hoho
macam-macam hal.. tapi aku respek satu orang makcik yang tak berniaga tetapi di hanya supply tisu sahaja kat meja makan.. dia hanya letak.. org nak guna boleh guna taknak guna tinggalkan sahaja.. tapi lebih berkesan kerana lebih ramai pulak yang panggil dia untuk bayar rege tisu tu.. berbanding kalau jenis pengemis yang pergi satu meja ke satu meja dengan bawak anak untuk jual tisu..
yup..kita peniaga ni mana boleh paksa pelanggan beli dari kita.juallah sejujurnya
kalo aku.. confirm2 dh kene tipu… 5 tahun aku duk JB… mcm2 jumpa org kat situ…
itulah manusia,sanggup menipu..
.-= CC´s last blog ..Iklan Yang Se-Wajarnye Ada Di Malaysia Kini|Wajib Jenguk =-.
lain orang lain la ragamnya…macam2 cara orang nak cari rezeki cuma dengan cara betul atau salah je…
ni ad 1 penipu kt mudah.my
no telefon: 0176894589
: 0162009969
ni alamat dy : no 411,blok 65 seksyen 24 40300 shah alam
ni link dy : mudah.my/007-kkk
dia jual ape bro?hp ke?
hp ni ramai yg menipu. jadi tu yg ramai nk beli dan COD je
sindiket jual ikan kering ni haha….modal skit untung riban2
macik-macik, jual la benda yang orang senang nak beli..
ikan kering pn ada sndikit.. mcm mcm la..
ha ha ikan jadik niche die cuma ayat menjual tuh tak kene.
kerana duit semua leh jadik kawan atau musuh .
yang kanak kanak tuh memang talh dipergunakan oleh2 mereka ynag tak berguna
ak ah cuba story skit nih
berhati hati dan berjagae kalo boleh ko belasah jerk ha ha
segala2 galanya kerana duit sebab segala2 perlukan duit kan
duit buat mata dan hti jadik gelap
jadik apa lagik . jadik gila jawabnye kalo takdak pengusaan dari pihak yang berkuasa
buat duit secara haram meng nampak mudah kan
boeleh jadik gile beb
meniaga takper jgn menipu sudah lah
tul tul tak yah beli terus lagik senang dari amik risiko kan
entah diarong sedara mare tak ?
ader pajak sekarung satu kete terus laa
DUIT adalaH D U I T