Nak Meniaga Ke Menipu? -Penipu Punya Makcik!
Makcik..makcik..kami taknak kutuk makcik..kami hormatkan makcik..Tapi macamana kami nak hormat kalau makcik tipu kami?? Tipu tu tak agak2, kantoi bodoh je..Kami ni orang muda taknaklah marah2 ngan makcik tapi bila ini terjadi pada kami, memang kami marah sebab makcik cuba memperbodohkan kami dan memperkotak-katikkan kami..sampai ati makcik.. Walaupun kami ganas, tapi dalam hati kami ada taman..
Kisahnya macam ni. Diwaktu petang, kami bertiga bergerak ke warong nasi lemak makcik ani kat sri putri..alaa kat jalan tembaga tu tepi caltex sri putri. Time tengah lepak tunggu nasi lemak dihantar ke meja, kami dihampiri seorang makcik berjalan kaki. Ini ringkasan ceritanya:
Makcik: Nak, ikan kering nak. 1 pek ni 2 ringgit je tapi dah nak habis ni amiklah 3 pek 5 ringgit
Saya: Takpelah makcik, kami tak masak kat rumah. (sambil tengok ikan kering yang macam masin giler).
Makcik: Amiklah nak, makcik nak balik benut ni.
Kami: Takpelah makcik.
Makcik: 2-3 ringgit takde ke nak, makcik takde tambang nak balik benut ni..
Kami: Membisu (Dalam hati: Aiii, tadi nak jual ikan kering, ni nak minta derma pulak..hati dah rasa macam ada benda tak betul ni)
Makcik: Takde ke nak..Makcik nak buat tambang balik benut ni
Kami: Takpelah makcik (sambil senyum lagi hormat orang tua).
Makcik: Ni ikan kering pun tak nak? mm..2-3 ringgit pun tak ada ke nak?
Kami: Menggelengkan kepala sambil senyum..sebab dah rasa tak sedap hati
Selepas tu??
Jengg..Jengg..
Makcik tu pun beredar ke kedai depan..Rupanya ada 2 orang lagi team sales makcik tu baru keluar dari kedai depan tu. Mereka bertiga berjalan menerusi dereta kereta..Tiba2 mereka bertiga ni berhenti kat semua kereta Saga Aeroback yang dalamnya ada seorang lelaki duk tunggu. Mereka naik dan terus beredar. Saya apa lagi, amik gambar sebagai bukti..tu gambar kat atas tu.
HMmm..kami kepelikan..tadi makcik tu kata nak duit tambang balik benut, tapi tu naik kereta..hmmm..nak berniaga ke nak menipu makcik ni. patutlah hati ni rasa macam tak sedap je nak bagi sedekah tadi.
Kesimpulannya..
Janganlah menipu kalau nak berniaga..Kami tahu ikan kering tu masin sangat, tu tak beli..Nanti jadi pekasam jugak kat rumah sewa yang memang jarang giler masak tu…
*Tak tau kenapa 1-2 post ni bengang dengan peniaga penipu.
27 February 2011
Masa 2:55 am
makcik tertekan kut nak carik duit mungki9n ader bende rynag terdesak2 tuh
27 February 2011
Masa 2:56 am
kesian gak kalo dalam keadaan terok .. bagi lah keran Allah
27 February 2011
Masa 3:02 am
COD lebih selamat lah kalo pos hu hu bayer oo
27 February 2011
Masa 3:03 am
ikan kering jadi umoan jer tuh padahal memnag nak menipu
27 February 2011
Masa 3:03 am
jual lah kpok lekor mesti senang nak jual h aha
27 February 2011
Masa 5:50 pm
tu la..
semua nk mudah n cepat ja nk kaya..
xkira umur tu dh berumur
27 February 2011
Masa 5:53 pm
betoi tu jutawan.. duit boleh jdi duri dlm dging..
27 February 2011
Masa 6:01 pm
betoi tu jutawan.. mereka d pergunakan..
mmg teruk la org mcm tu..
27 February 2011
Masa 6:09 pm
aku rasa mksud hang tu tmptkan depa tu d tmpt kebjikan msyrakat.. xyah mintak sedkah kan,.. tapi susah tu, msti org yg jga depa tu gnas2..
27 February 2011
Masa 6:12 pm
hahaha..
xyah belasah lgi..
bgi ceramah dulu.. klu xbrkesan, bru belasah..haha
27 February 2011
Masa 6:16 pm
betoi2.. perlukan duit utk hidup..
merana klu xdak duit ni..
27 February 2011
Masa 6:19 pm
biasa la, zaman dh maju.. ramai x pikir halal haram.. janji leh hidup
27 February 2011
Masa 6:21 pm
duit boleh beli segamya hu h u
27 February 2011
Masa 6:22 pm
hala haram meng kene utamakan kalo tak hancur keluarga huh a
27 February 2011
Masa 6:24 pm
hahaha.. jdi gila duit..
semua skrg ni gila duit.. haha
27 February 2011
Masa 6:27 pm
kalau yg betoi tu.. bagus la sgt2..
mcm2 kerja leh buat skrg ni..
27 February 2011
Masa 6:30 pm
tu la.. x beli kesian pulak..
tapi kbykknnya penipu ja.. mcm kena tipu plak kita ni klu beli..
27 February 2011
Masa 6:34 pm
sedare mara hang kot jutwan.. hahaha..
gurau ja ni
27 February 2011
Masa 6:37 pm
hahaha.. siap pajak lagi tu..
mmg berminat ng ikan masin tu..
27 February 2011
Masa 6:40 pm
semuanya kerana DUIT.. byk2 la bertaubat makcik2 tu..
27 February 2011
Masa 6:44 pm
selalunya mcm tu la trjadi..
tapi cari la kerja yg berfaedah skit..