MLM One Team a.k.a Keluarga Adalah Skim Cepat Kaya Kena SERBU!
Mujjor tak tertipu!! Kononnya keluarga, tapi tayang kete mewah dan ajak LEBURkan duit..mujjor saya dan isteri tidak terjerat..lepas perasan ada “sesuatu”, tawaran ditolak dengan elok sebab nampak sangat skim cepat kaya..Produk takde jual tapi dapat pakai kete mewah. Siap ada slip gaji..hoho..
Ni dia MLM tipu a.k.a skim cepat kaya One Team yang perlu ahli leburkan RM41,000..hmmm…macam2..
KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.
Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.
Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.
Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.
Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.
Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.
Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.
Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata bertindak atas maklumat dan laporan orang ramai pihaknya menyerbu empat restoran dan menahan kira-kira 100 ahli serta dalang skim terbabit.
“Mereka tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah. Pada peringkat awal, mangsa diminta membuat pelaburan RM41,000. Jika mangsa tidak berkemampuan mereka akan menawarkan pelaburan RM13,000 dan paling rendah RM2,000.
“Namun, dek kerana tamak, ada yang sanggup meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara untuk melabur dengan modal tinggi kerana dijanjikan keuntungan lebih besar,” katanya sambil memberitahu skim itu menjalankan pelaburan berkonsepkan piramid.
Rohaimi berkata, jika mangsa gagal mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, sindiket itu akan bekerjasama dengan koperasi yang ‘tenat’, namun jika gagal mendapatkan pelabur baru untuk melangsaikan hutang, mereka akan menerima ugutan dan ancaman ala along.
“Dalam serbuan itu kami menahan beberapa dalang yang sedang memperdayakan mangsa untuk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yang menjadi simbol identiti sindiket itu.
“Dalang terbabit memujuk serta meyakinkan mangsa terutama mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, badan berkanun atau syarikat swasta yang mempunyai panel dengan institusi kewangan kerana mudah membuat pinjaman melalui skim potongan gaji atau Biro Angkasa,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi.
Menurut Rohaimi, pihaknya sudah sebulan melakukan intipan dan memerhati pergerakan sindiket penipuan terbabit dan pihak KPDNKK juga menerima lebih 30 laporan berhubung kegiatan itu.
“Selepas mengambil keterangan, kami menahan 50 lelaki dan sembilan wanita dipercayai ‘orang kanan’ sindiket terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan direman sehingga esok.
“Siasatan awal juga mendapati, mereka tidak mempunyai sebarang lesen jualan langsung serta pendaftaran syarikat. Segala transaksi pemindahan wang dimasukkan ke dalam akaun individu upline masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Putrajaya, Shahrudin Hamzah meminta orang ramai berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan cepat kaya dan berkonsep piramid.
“Mereka boleh mendapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan sama ada syarikat yang menjalankan aktiviti jualan langsung itu berdaftar atau tidak. Mereka yang meragui kesahihan perniagaan itu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.
“Skim cepat kaya ini kebiasaannya menyebabkan mangsa terjebak masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjejaskan prestasi kerjaya. Ini perkembangan tidak sihat untuk penjawat awam,” katanya.
Info dari Hmetro Kereta Mewah pancing Mangsa
Kalau nak tengok gambar2 sekitar gathering diorang, leh tengok gambar oleh fotografer di: Gathering One Team
Hoho..
29 July 2010
Masa 6:36 pm
fuhh…menjalorr kete…
byk offline mende nih… takde yg aktif online sgt….
29 July 2010
Masa 6:36 pm
Perghh ramai gila yang masuk..huhu MLM oh MLM…eh jap bro wan mus pun kena approach ngan geng depa ni gak ke?
29 July 2010
Masa 7:22 pm
gaya orang nak kaya cepat..tak sabar..padahal banyak cara lain nak kaya..tapi malas..:D
29 July 2010
Masa 7:23 pm
ish2…
29 July 2010
Masa 7:30 pm
Kalau tgk kan gaya mmg kita leh terpikat.Pada saya…jangan jumpa je.Sbb kalau dah berjumpa mmg sebelah kaki dah join.50% diorang dah berjaya.Baki 50%,sebelah kaki tu bergantung pada nafsu kita je.Tu pasal depa pasang umpan.
Bro Rizal…xpergi ker perjumpaan ‘xstop2’ tu?Nak tau gak komen bro:)
29 July 2010
Masa 7:45 pm
tu la..jgn mudah percaya sgt..
Penjaga Gol Paling Relax Di Piala Dunia 2010
29 July 2010
Masa 8:02 pm
yang pelik dan ajaibnya….ramai pula tu yg terjebak
bukan calang2 org
29 July 2010
Masa 8:15 pm
MARI KITA LIHAT SAPE YANG KENE!
30 July 2010
Masa 12:50 am
sampai bile nak abis bende ni? asyik tipu menipu je..
30 July 2010
Masa 1:00 am
kak..bila dah banyak duit..makin kabur matanya..:D
30 July 2010
Masa 8:34 am
Sedihnya tengok ramai orang Melayu dalam video tu..
30 July 2010
Masa 8:49 am
yang online pun dah banyak yg kantoi..ni offline susah skitlah sebab diorang nk kumpul bukti
30 July 2010
Masa 8:50 am
semua nk cepat kaya..
30 July 2010
Masa 8:50 am
sedih…
30 July 2010
Masa 8:51 am
kalau ikutkan, memang malas n taknk jumpa kalau tau MLM atau skim cepat kaya..tapi diorang pancing benda lain..so tak terfikir pulak ada udang disebalik mee..hoho
30 July 2010
Masa 8:52 am
sangat2 jgn percaya
30 July 2010
Masa 8:53 am
bukan kabur, tapi buta terus mata
30 July 2010
Masa 8:53 am
dah ramai sgt yg kena..
30 July 2010
Masa 8:55 am
selagi ada makhluk bernama manusia, takkan habis tipu menipu ni..
30 July 2010
Masa 8:57 am
tulah..sedih tengok..yang atas2 ramai bangsa lain, yg bawah2 tu ramai orang kita..aduss..tolonglah berfikir panjang sebelum join apa2 skim..
30 July 2010
Masa 10:46 am
sasaran diorang ni cuma kakitangan kerajaan je sbb diorang tau kakitangan kerajaan senang dapat loan. inilah salah satu sebab kenapa ramai orang muflis masa umur muda.
30 July 2010
Masa 10:47 am
gilongan kita memang suka sgt ngan benda cepat kaya,duduk diam dapat duit dan ini digunakan sebaiknya oleh pengusaha skim cepat kaya
30 July 2010
Masa 11:24 am
itu yg patut kerajaan sekat benda2 macam ni..tulah diorang ni, mentang2 mudah nk dapat pinjaman, main2 je wat pinjaman..
30 July 2010
Masa 11:25 am
satu lagi sebab tak bersyukur dengan apa yg ada..tu yg sebab selalu tak cukup..
30 July 2010
Masa 6:03 pm
ohh, one team namanye, puas memikir. main main head hunting la ni kan? kesian tgk muka mangsa mangsa tu kena basuh dgn pegawai kpdnkk. muahaha. eh sy tgk kat website one team bro bg tu, aktif je lg, hopefully polis hapuskan kaum ni habis habisan
30 July 2010
Masa 6:29 pm
tu la…. ramai dh terjebak…
30 July 2010
Masa 6:30 pm
eh…. rasa nya yang tu xjoin.. cube baca betul2…. sbb dia photographer je kan..
30 July 2010
Masa 7:22 pm
ada kawan ajak keluar..ingat keluar saja2, rupanya ada udang disebalik mee maggi
30 July 2010
Masa 7:25 pm
yg blog tu fotografer sambilan je dan bukan AJK dia..yup semuanya head hunting dan berlagak pakai kereta mewah..ada tu keje engineer berenti sebab wat kerja menipu orang ni..hoho..macamanalah rezeki diorang ni..hoho
30 July 2010
Masa 11:39 pm
ambik kau! kesian kawan aku.. haish!
31 July 2010
Masa 12:39 am
ohh, wrong info. sorry. baru baca habis artikel kat blog tu td. tapi staff diorg la tu an. haih. geram btul ngn geng mcm ni. org buta sng je kne tipu
31 July 2010
Masa 1:04 am
yup..staff a.k.a AJK diorang tulah yg kepala pusing sebenarnya..aduss..semua gelap mata bila tunjuk kemewahan
31 July 2010
Masa 1:04 am
ada kawn ke yg kene tipu?
02 August 2010
Masa 12:47 pm
aku dah kene…huhuhu…xpelah ..mmg silap aku…x sngka member sendiri plak 2….
03 August 2010
Masa 4:45 pm
Saya pengamal MLM… pure MLM xperlu tayang semua kemewahan ni kecuali leader2 yg betul2 dah berjaya.. tupun sbb mmg tu kereta die wt gerak pi mana2…
MLM yg mmpu bertahan adalah MLM yg berasaskan produk yang baik, berkualiti dan diperlukan. bukan 1, 2 produk utk mengaburi mata prospek.
biarlah org join MLM kerana keberkesanan produk. barulah kukuh. kalau xde produk, cmne syarikat nak byr komisyen, kan?
03 August 2010
Masa 5:58 pm
sekarang ni kebanyakan MLM menipu takde barang cuma perlu cari orang..kalau ade barang pun, sekadar mengaburi mata pihak berkuasa..
03 August 2010
Masa 8:18 pm
tu r mslhnye… lebih kepada head hunter semata2.. xsuke r jenis perniagaan berlindung di sebalik nama MLM… walhal, MLM yg sbnr salah satu cabang perniagaan…
04 August 2010
Masa 3:23 pm
ado jugok yang kerje cantik dalam gov yang berhenti bro. aku yang nak keje gov pun x dapet2 lagi nih
04 August 2010
Masa 3:26 pm
selagi bernafsu mmg mcam ni
16 August 2010
Masa 8:06 pm
MLM yang ok..CNI ada barang yg dijual walaupun cari dwnline tapi taklah sampai beribu nak byr cuma rm70 lebih jer…untuk jadi ahli..cuma ken rajinlah maintain belian.setiap bulan…ada barang yang dibeli adalahg bonus..dan kerajinan dwnline juga..kalau nak berjaya..tapi apa yang paling penting ialah hapuskan AHLONG….kaya dengan peras ugut orang..yang nie perlu kerajaan hapuskan ,,bekas anak murid saya kaya jadi AHLONG..belajar SPM pun tak lulus..tapi buka moneylender…tak smapai setahun dah boleh pakai WISH,CALDINA, ALPHARD .apa citer ???Cikgu yang ajar dia pun tak mampu nak pakai WISH yg terbaru…YANG PENTING HAPUSKAN AHLONG YANG DIKETUAI OLEH KAUM CINA DAN DIDALANGI OLEH KONGSI GELAP DAN DATUK2 YANG MANA PERNAH JADI PENYELUDUP…
23 August 2010
Masa 3:23 pm
[…] kat paper terpampang skim2 menipu dengan skil yang sama tapi akhirnya ramai juga yang tertipu..Yang ramai tertipu yang kerja kerajaan, yang telah terpilih terbaik antara yang terbaik..kalau x, macamana dia dapat kerja kerajaan..tapi […]
23 August 2010
Masa 7:57 pm
mcm mana x kn tipu..dorang tu terlatih,pg kursus smpai level 4..kursus apa?..cara-cara utk memperdayakan org supaya msuk ahli..masa table talk profesional giler,lngsung x sbut mlm ,downline,upline,cp ke apake jadahnyer ke,tp pakai ayat tukar hutang jd income.apa maknanyer nyer tu.semua org dok cerita tp x tau apa bende.ni ha salah sorang mangsa.maksudnya dorang target mangsa yg ada hutang bank cam kete ke rumah ke,pastu ckp la dgn utang tu bleh wat duit sehingga 50k dlm 15minit..pastu dlm 10 hari dpt 10k,pastu 6 bulan dpt 100k,pastu teknik asb dpt 30% setahun n bla..bla..bla..pastu bila org dh blur je bwk org tu ke RHB easy,bg mykad je x yah isi brg,x yah pnjamin,xyah tunjuk payslip gaji just loan-2 tu byr cantik n jd refer n then dlm 15 minit paappp…40k dlm akaun RHB debit card anda..pastu dlm seminggu mng la dpt 10k tp bkn bleh gunapun..kena byr utang RHB tu utk tempoh setahun..pastu desak la suruh cari org mcm nk mati smpai bengkak-bengkak mata.kalo dpt?..anda selamat la cover utang RHB anda,tupun kn cari 7 orang yg buat loan 40k.persoalannya kalo x dapat..hahaaa..report polis pun tak guna sdgkan pengasasnye dh kaya raya gn bmw 2 biji,skyline GTR sebiji,lamborghini sebiji,sapa yg bayar aset dia???..fikirkan..mana saya tau..sebab sya dah terkena..cuma apa yg boleh saya buat..berserah pada Allah,n ingat kalo saya muflis,org-org yg kenekan saya cari saya di padang masyar utk bayar duit saya balik..
24 August 2010
Masa 12:14 am
ya allah..bro dah kene jadi mangsa ke? kenapa boleh terdaya ni..aduss..memang berdosalah orang yang wat kerja macam tadi..tapi tokeinya cina, mana dia kisah halal ke haram, yang penting dia kaya kita jugak yang bodoh tertipu
04 February 2011
Masa 9:23 pm
nama MLM dah semakin teruk nampaknya.
orang-orang yang tidak tahu apa itu MLM sebenarnya yang menhancurkan industri ni.
07 February 2011
Masa 4:44 pm
mlm memamng dah jadik lubuk besor buat kaki nak jadi jutawan dengan epat tak taulah halal atau haram !
08 February 2011
Masa 5:02 am
biasa la tu..
semua org pikir nk kaya ja..
tu jdi cmtu..
08 February 2011
Masa 5:02 am
yg trjebak tu smua yg jnis yg nk kaya cepat..
08 February 2011
Masa 5:04 am
tu la.. trlampau prcya sgt.. mcm ni la jdinya
08 February 2011
Masa 5:06 am
tu tndanya.. org skrg smakin senang d tipu..
08 February 2011
Masa 5:07 am
xkn abih slagi ada mnusia kt dunia ni..