Biar Naik Merangkak Dari Jatuh Berguling-Guling Macam Tenggiling
Kelakar pulak baca tajuk ni sebab sape tengok Sinchan je tau guling-guling macam tenggiling..hehe..apa salahnya mengimbau kenangan lama..Yang penting bukan kartun Sinchan tapi “Biar Naik Merangkak Dari Jatuh Berguling-Guling Macam Tenggiling” tu. Ni nasihat untuk kita semua sebenarnya..yang semua nak cepat. pejam mata hari ni, kalau boleh esok bangun nak ada BMW sebijik depan rumah…lawak ke ape..dia ingat david copperfield ke, david pun tipu2 je tu bukan betul2..
Kita ni semua nak cepat..
Nak Cepat apa?
Kita ni nak cepat kaya! Tapi last2 tinggal kayap je..Bunyi je orang muda tu pakai kereta besar, terus tanya bisnes apa dia buat..Kalau macam tu bukan bisnes namanya kak oii..tu namanya skim ape..skim piramid ke, skim cepat kaya ke, skim 4D ke, skim tipu orang ke..sebab kalau bisnes betul2, takdenya yang cepat jadi kaya kecuali jual dadah dan judi..nauzubillah. Punyalah kerajaan dah maklum jangan mudah percaya, kat paper terpampang skim2 menipu dengan skil yang sama tapi akhirnya ramai juga yang tertipu..Yang ramai tertipu yang kerja kerajaan, yang telah terpilih terbaik antara yang terbaik..kalau x, macamana dia dapat kerja kerajaan..tapi tulah hakikatnya..ramai sungguh pekerja kerajaan yang tertipu
Kita ni nak cepat berjaya! Cuba tanya jutawan sekarang ni macam Robert Kuok, Vincent Tan, Syed Mokhtar dan ramai lagi tu macamana diorang berjaya..sudah confirm bukan 1-2 tahun beb..paling kurang 30 tahun untuk berjaya sampai ke peringkat ni..slow2 diorang merangkak dalam bidang masing2 sehinggalah macamana mereka sekarang. Yang nak cepat berjaya ni, gi jumpa bomohlah, jumla ayah pinlah, jumpa belaanlah..kononnya nak cepat berjaya dengan kalahkan competitor dengan cara jahat
Kita ni nak cepat menang! tak percaya? cuba cek search dari Malaysia untuk title “Hidup Seorang Blogger” tu berapa sehari hit dari Malaysia..tengoklah tak caya..mesti tinggi sangat2 berbanding sebelum ni..(saya pun termasuk sekali rasanya tu..hehe)..Kenapa? sebab semua nak pastikan google update cepat2 ranking supaya blog mereka naik teratas ..yang tu baguslah sebab nak buat SWOT analysis kan..cuma yang tak bestnya bila ada naik mendadak dan yang lain jeles..rileks..google punya perangai memang macam tu. Rohaizad pernah cerita yang blogspot kan anak buah pakcik google, jadi konfirmlah dia lagi sayang anak buah dia dari kita orang luar (berdomain sendiri) ni..so rileks..kekalkan merangkak buat SEO..insyallah peluang masih cerah wei..
Kita ni nak cepat banyak duit! Betul..kalau boleh hari2 nak tengok earning nuffnang mencanak naik sedangkan kita tak promote pun blog kita..tak wat blogwalking pun..tak gi tengok blog orang lain pun..boleh ke macam tu? Boleh dengan beli traffik atau main black hat skitlah..tapi duit hasil black hat ni HALAL ke? Kalau nak kerja tu biarlah dengan titik peluh sendiri dengan cara yang halal..tolonglah.. Nak jadi engineer ke, jadilah engineer yang beranggungjawab dan amanah..Nak jadi blogger tegar pun, jadilah seorang blogger yang baik, jujur dan tidak menipu..kan baru aman dunia kita..
Kita ni nak cepat pandai! tu yang budak 12 tahun dah pandai buat seks..tak percaya? baca metro hari ni. sedih..dalam negara nak mencari budak2 yang cepat cerdik dan genius dalam pelajaran, cerdik ke tempat lain pun ramai jugak..Adakah sebab teknologi cepat dan pantas berdesup macam broadband kita ni? Rasanya sebab dunia sekarang mendesak semuanya cepat..tu yang orang pun cepat2 je buang anak..tak sempat nak berfikir panjang, oppps dah terbuang anak..opppss dah terberanak..Nauzubillah..Minta jauh sangat2..
Kesimpulannya dari hujah saya pada hari ini, saya nak kita sama-sama merasa peritnya merangkak naik dulu dari mencari jalan untuk naik berlari sebab nanti akan cepat jatuh terguling..Lebih baik merangkak slow2 naik, dari tak naik langsung..Jangan pula merangkak turun, sebab kita mestilah lebih baik hari ini dari semalam..
23 August 2010
Masa 5:04 pm
biarlah merangkak..tetapi tak menyakitkan hati orang lain. Biarlah merangkak, tapi tak di maki dari orang lain. Biarlah merangkak, asal tidak jatuh berguling-guling….
23 August 2010
Masa 9:27 pm
Hurmmm, betul tuh~~
23 August 2010
Masa 10:05 pm
kah2. cerita ni patut diselitkan dalam buku teks sekolah.ada pengajaran.haha..
rofl.dah tegolek2.baru tau tenggiling tu comel!
23 August 2010
Masa 11:58 pm
tetiba aku rasa macam terkena batang hidung sendiri, tapi apa2 pun memang betul ko cakap, naik kena merangkak dari bawah dulu dan slow2
24 August 2010
Masa 12:12 am
perghh begitu mendalam makna tu..hehe
24 August 2010
Masa 12:15 am
betul..betul..betull 🙂
24 August 2010
Masa 12:15 am
ke baru kenal tenggiling tu macamana? kehkehkeh..
24 August 2010
Masa 12:20 am
semua orang terkena sebenarnya..cuma kena banyak n sikit je bezanya..hehehe
25 August 2010
Masa 10:49 am
itulah. orang kita ni, semua nak cepat aje..
25 August 2010
Masa 11:46 am
nak cepat sangat2, tak bersabar..pastu dah sakit, baru sedar..masa tu dah terlambat
07 February 2011
Masa 2:13 pm
nak cepat memang satu penyakit yang perlu diubat,selain dari nak cepat kaya,nak cepat dapat duit,nak cepat sampai pun yang menyebabkan kadar kemalangan kita meningkat hehe…jadi merangkak slow2 jangan berguling macam sinchan lak haha
07 February 2011
Masa 4:38 pm
bagus artikel ko nuat aku termenung sekejap ha h a
08 February 2011
Masa 5:01 am
hahaha.. betoi tru..
mrgkak pn dh ok dri brguling guling