Malware Versi Baru, Semak Akaun Hosting Anda!

Makluman. Malware versi baru berbentuk file html dan gambar sudah mula menyerang banyak akaun tanpa disedari. Hosting diluar negara pun kena. Macamana nak tahu? Ok, buka blog anda dan jika clear tak ada masalah takpe. Tapi perlu semak kot2 ada file malware tanpa anda sedari. Jika keluar popup macam kat atas tu (klik gambar untuk besarkan) memang sangat perlu bertindak. Di bawah saya ada ajar cara untuk atasinya.

Ok, mula2 korang perlu login ke ftp akaun korang atau masuk ke cpanel. Jangan risau, malware ni takkan rosakkan akaun. Dia cuma mengganggu je pelawat dan korang untuk akses blog. Jadi last2 blog korang akan mati, tu matlamat diorang selain nak redirect pelawat blog korang ke blog atau web mereka.

  1. 1) Masuk ke akaun ftp anda
  2. 2) Klik pada public_html folder anda
  3. 3) Semak file pada akaun anda. Cari file html dan gambar yang pelik yang tak pernah korang upload dan tak logik korang upload contohnya di bawah:
  4. 4) Biasanya nama file tu pelik seperti rewamp, steel, wench dan biasanya juga nama file tu disertakan perkataan dan nombor contohnya steel81, wench51 dan sbgnyai. So macamana dah jumpa?
  5. 5) Kalau nak kepastian, download dulu file tu dan try buka tengok ape benda file tu sebenarnya
  6. 6) Ni saya buka 1 file gambar..Rupanya jual viagra. 
  7. 7) Tu tambahan je, yang jahat sebenarnya pada file html tu. try buka guna notepad tengok isi skrip file tu. Tu skrip yang kacau web/blog korang tu. Skrip tu akan arahkan blog korang redirect ke page diorang yang ada malware tu.
  8. 8) So dah siap kenalpasti semua file jahat tu? DELETE file tersebut
  9. 9) Kalau tak pasti, cuba download dulu dan buka file tu tengok apa isi dalamnya. Jangan nanti terdelete file korang sudah..hehehe
  10. 10) Last sekali ialah tukar password hosting anda.
  11. 11) Tips tukar password: Jangan guna nama, email, atau perkataan mudah untuk password anda. Gunakan kombinasi nombor dan perkataan contohnya 81jnd02 atau dfj2891. Susahkan nak ingat? Begitu juga susahnya hackers nak hack akaun anda. Jangan lupa, tulis username dan password pada notepad dan save pada pc anda dan bukan save password pada browser!

Moga perkongsian ni memberikan makna untuk kita semua..Maklumlah Hidup Seorang Blogger kan perlu sentiasa berkongsi lagi2 berkaitan bisnes hosting malaysia saya ni 🙂 Rasanya gengblogger pun kene serang malware macam ni, tu asyik keluar popup malware.

**Makluman, malware popup tu akan perlukan masa untuk hilang tau. Jadi lepas buang semua file tu, tunggu untuk google update blog korang. Tapi lama, kekadang sampai 2-3 minggu belum clear lagi. Cara cepat?? Nanti saya akan ajar. kalau nak tahu caranya, subscribe email korang kat kotak bawah tu, senang nanti update ada makluman kat blog. Cara tu penting tau dah tak ramai yang tahu..

Kalau ada masalah atau teknik ni berkesan, komen je kat bawah ni..

55 Comments

  1. owh..ade jgk malware cmnih..kne delete cpt2..thnks for the info bro 🙂

  2. nice info bro..
    sebagai seorang blogger..
    saya perlu update ni… 😀

  3. wah, dah banyak yang kena serang ni. aku pun kena bertindak ni. pergh…

  4. Eh jap, Mus nk tanyer.
    Maksud Mus Malware nie hack kite punye password via FTP dan kemudian upload file-file tue ke dalam server kita.

    Macam tu ker? Hadoii, camner diorang bleh hack kita punya password lak tu. fuh.

  5. Dahsyat jugak malware siap upload file kat hosting kita… bahaya ni

  6. Dulu malware ni selalu serang ziddu skrg ddah mula menyerang Malaysia pula. Tkasih wanmus atas info yg diberi.

  7. Semua line clear, takde malware kat site2 aku.

  8. Hmmm setakat check xdak lagi..caamana depa ni mai serang plak ek

  9. memang kene delete segera sebelum merebak

  10. alhamdulillah, boleh share di blog dan facebook untuk dikongsikan dengan rakan2 lain

  11. banyak cara. satunya kalau password tu mudah, diorang ada software boleh try kemungkinan password biasa yang digunakan. Jika kebetulan kene, diorang akan masuk. Atau diorang boleh cari loop hole dalam hosting kita lagi2 pada folder yang kita set 777 chmod

  12. sebab ziddu banyak open folder, tu yang mungkin kerap kena.kita pun kalau ada folder 777, memang sgt mudah kena masuk

  13. Kalau takde oklah tu..cuma kalau ada, tukar password cpanel segera ye

  14. Malware ini memang mengganggu ketenteraman sebagai blogger..huhu
    Terima kasih berkongsi..:)

  15. salam.. ooo.. patut la aku nak masuk blog rahmanbasri tak dpt.. dia pun kena ka? mmg btul tak leh save id & pswd kt browser eaa bro? patut la aku kena ari tu.. nasib baik aku pun tere.. hehe..

  16. Rasanya screen shoot kat atas ni adalah untuk web panduanemel.com… Sb saya baru submit tiket kepada pihak jomhosting utk setelkan problem ni..

    Thanks bro, for sharing…. 🙂

  17. memang menggangu la malware ni.penah masuk blog rakan2 yang keluar benda gini. minta2la jangan kena..masih selamat setakat ni.

  18. sangat mengganggu, tu yang perlunya sama2 kita kongsikan

  19. yup. so jgn simpan password di browser atau ftp software

  20. kebetulan blog bro je ada lagi malware notification ni. blog yg dah kene aritu semua kami dah tolong buang. 🙂

  21. Malicious Software. Nama sedap tapi hampeh! Thanks for sharing this 🙂

  22. Skarang sy dah faham konsep FOLDER dlm web hosting yang kite set 777. Maksudnye kite allow upload & download ker dlm folder.
    Betul ker Mus? So dari folder tu die bleh gie ker folder lain dlm hosting tu.

    Betul ker ape yg sy phm tu?
    Ilmu baru utk hari nie psl web hosting.
    Sy ade langgan wanmus nyer hosting n hostgator.
    huhu

  23. patutlah masuk gengblogger tak dapat. rupanya masalah malware ni.

  24. Nice info bro,nanti nak check satu persatu ,risau gak takut kene serangan malware ni

  25. kalau 777 tu hackers mudah nak hack sebab kita benarkan fiel itu diubah walaupun bukan dari group user. so berhati-hatilah

  26. yup..tak tahu owner GB tu sedar ke x kena serang

  27. trima kasih atas tips nie….
    info bru utk sye, sblm ni xtau pun psl bnde nie…

  28. thanks bro.
    bagus ni, kalau kena nanti blh refer sini

  29. tolong..malwares serang…

    aq takde link dgn geng blogger..

    takde innity…

    pelik,.,.camne nak remove..

  30. kenapa amaran warning masih ada..

    mcm mana nak remove sekiranya melalui host blogspot.com

    tensen dah ni..hari2 rugi 1 k visitor..

    lagi tensen mereka dah beralih ke blog sebelah..waaaaaaa…help me..

  31. cuba cek kat akaun webmaster awak tu, kat mane google report ada malware.mungkin kat link post tu kot

  32. kecoh pasal malware ni suatu ketika dulu…saper2 yang letak banner gengblogger mesti kena punya…blog sayaxde apa masa tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.