Hidup Seorang Blogger Muslim
Hidup Seorang Muslim bergelar blogger ni sebenarnya susah dan banyak cobaan..cobaan..Betul.. Sebab kita ada limit tak macam blogger lain. Limit apa pulak ni? Yerlah limit jenis dan bentuk tulisan kita. Bukan boleh main taruk je, kan nanti rezeki ke mana, berkat ke mana.. Tu lah isteri saya akan selalu tanya dari mana duit saya dapat. Kalau dari blog, macamana dapatnya tu? Program apa? semuanya sebab risaukan saya terlepas buat apa yang tak betul dan dapat rezeki tak berkat..Nauzubillah
Yerlah bila dah jadikan blogger sebagai pendapatan hidup, semuanya perlu diambil berat. Iya, hidup seorang blogger ni perlukan banyak penelitian sebab ianya tak strict pada satu benda je tau. Tak caya? Kalau nak jadi blogger yang banyak buat duit dari blog luar negara, kita terpaksa ambil tahu macam2 perkara. Advertiser kat luar negara tu tak kisah pun korang dari bidang mana, asalkan apa korang tulis u betul dan tepat ikut kehendak advertiser. Kalau korang dari kursus kejuruteraan, dapat job berkaitan akauntan, rasanya boleh buat x? itulah yang diajar dalam seminar smart blogging yang telah saya anjurkan bersama rohaizad. Mudah kalau kena caranya..hehehe..
Jadi bila berkaitan job blogger dari luar negara, anda akan dilanda dilema sebab job dari rezeki tak halal bagi kita tu banyak. Antara bayaran tinggi dan mudah dapat biasanya berkaitan gambling a.k.a judi , arak dan juga dadah. Kalau kita muslim, kita terpaksa tolak jobs tu mentah2..jangan fikirkan apa pun, tolak je terus. Bukan apa, risau kita berfikir 2-3 kali, syaitan akan masuk dalam kepala pujuk kita terima job tu..hohohoh..mau huru-hara nanti. Mintak jauh..
Kalau dah jadi blogger muslim, kita kena tolak sesuatu yang memudaratkan samada direct atau indirect. Contoh direct macam tadi lah, anda dapat job untuk iklan @ review produk haram disisi Islam tapi bagi mereka tak haram. Kalau indirect ni pula contohnya skim cepat kaya a.k.a skim penipu tu. Kenapa pulak? Sebab ianya memberikan kesan bukan sekarang tapi 1-2 bulan atau 1-2 tahun. Katalah saiful join program tu kerana korang review baik punya program tu, last2 dia berhutang banyak dan program tu lingkup..Semuanya kerana korang tau..jadi faham-faham lah ye. Contoh yang biasa kita keliru dan tertulis jugak kat blog ialah login facebook dapat 100, program scam, program money game yang tak ada produk tapi ada pelaburan semata-mata tu dan macam-macam lagilah.. Jadi tolonglah semak dulu program tu betul2 sebelum tulis di blog ye.. 🙂
Dalam meniti Hidup Seorang Blogger Muslim ni, titik pangkalnya terletak dalam hati kita. Kalau kita faham yang kita mesti jujur dan tak seleweng berita, insyallah tak jadi masalah. Kalau belum konfirm berita tu, tulis kat bawah tu yang belum konfirm dan dari mana sumber berita tu. Kan nanti tak pasal-pasal kita pulak kene saman. Tu saman kat dunia baru, akhirat? hohoho..
Tapi susah jugak ye nak menjadi blogger muslim ni. Sebab kalau tulis bab agama je, orang akan bosan kecuali kita ni betul-betul ustaz macam ustaz zaharudin dan ustaz saiful islam tu yang follower mereka ramai. Kalau tulis tentang catatan harian yang mengarut, konfirm orang akan kata kita ni mengarut..jadi macamana tu? Simple dan mudah je sebenarnya. Bila sebut muslim, kenapa nampak cerita AlQuran dan Hadis je? Kita boleh cerita apa sahajalah selagi tak bercanggah dengan Islam. kalau nak lagi bagus, sertakan sikit doa ke, hadis ke, ayat alquran ke dah cukup. Lebih baik sikit dari tak kan?
Tapi jangan kata saya ni alim sangat, saya cuma nak berkongsi untuk semua je lebih-lebih lagi di bulan puasa ni.. Saya pun banyak kelemahan juga, kekadang lebih lemah dari korang semua. Tapi tulah, untuk kita sama-sama berubah. Semoga kita menjadi seorang blogger yang beriman..Insyallah.. post ke 2 untuk contest hidup seorang blogger denaihati. Macam-macam HIDUP SEORANG BLOGGER ni kan? hehe..
29 August 2010
Masa 7:39 am
salam ramdhan
satu nasihat yang perlu di ambil berat ni
29 August 2010
Masa 10:11 am
mana kena hati-hati tentang rezeki halal dan tak halal ni..risau gak sebab bagi makan kat anak dan suami.
29 August 2010
Masa 10:28 am
benar apa yang diperkatakan…hidup sebagai seorang blogger muslim…perlu ada batas dan lapisnya…berfikir secara islam…insyaAllah selamat. 🙂
29 August 2010
Masa 11:10 am
yep, rasanya dalam perniagaan online, kita harus pastikan ‘niche’ yang diceburi adalah halal 😉
29 August 2010
Masa 2:46 pm
Aku curik gambar ni, jgn marah haa….
29 August 2010
Masa 2:49 pm
supaya sama-sama tak tersasar 🙂
29 August 2010
Masa 2:49 pm
tu yang penting sentiasa beringat kan kak
29 August 2010
Masa 2:50 pm
jadikan islam tu sebagai pedoman nak buat apa2, barulah selamat
29 August 2010
Masa 2:50 pm
niche halal tapi kalau cara salah tak boleh jugak, kene semuanya halal barulah insyallah selamat
29 August 2010
Masa 2:51 pm
amik je bos, ni pun pakcik G yang bagi..hehe
29 August 2010
Masa 3:52 pm
Biasa la bro, kita kadang2 mmg ada terasa nk tulis entri bab agama ni kan.. mana taknya, kita kan orang islam.. mmg patut pun kita tersedar gitu sekali-sekala.. untuk mengingatkan kita sesama islam.. bagus bro.. tq
29 August 2010
Masa 6:15 pm
tulah..asyik mengarut je, ni ilmiahlah sikit di bulan2 puasa ni..hehe
29 August 2010
Masa 8:18 pm
Ok la tu saling ingat mengingati agar kita tidak lalai dari mengingati Nya
29 August 2010
Masa 10:30 pm
Insyallah 🙂
01 September 2010
Masa 3:24 pm
[…] HIDUP SEORANG BLOGGER 19 Ramadhan 1431 H16. Raracandyfloss.com – HIDUP SEORANG BLOGGER II17. Wanmus.com – Hidup Seorang Blogger Muslim18. Muhammadtarmizi.com – HIDUP SEORANG BLOGGER PART 219. […]
05 September 2010
Masa 2:33 pm
entri yg sgt bermanfaat. marilah kita jadi blogger muslim yang benar-benar membawa kebaikan kepada yang lain, I.allah.. 🙂
05 September 2010
Masa 4:13 pm
insyallah, semoga kita jadi yang terbaik
20 December 2010
Masa 7:19 pm
Betul3, kalau boleh biarlah sesuatu entry yang boleh memberi manfaat bersama.
02 February 2011
Masa 8:45 pm
betul tu..kena jaga tatasusila seorang blogger islam…
07 February 2011
Masa 2:22 pm
selagi kita seorang Islam tak kira apa kerja sekalipun,hukum dalam Islam tu harus dipatuhi dan tidak dilanggar
09 February 2011
Masa 4:13 am
aku pun pernah terfikir juga bila dah jadikan blog sebagai sumber pendapatan kadang-kadang risau kalau tercampur antara halal dan haram. kemudian terfikir patut tak seorang blogger bayar zakat??
manalah tahu ada tercampur pendapatan dari sumber haram secara kita tak ketahui atau kita tidak sedar.