Hidup Seorang Blogger Muslim

Hidup Seorang Muslim bergelar blogger ni sebenarnya susah dan banyak cobaan..cobaan..Betul.. Sebab kita ada limit tak macam blogger lain. Limit apa pulak ni? Yerlah limit jenis dan bentuk tulisan kita. Bukan boleh main taruk je, kan nanti rezeki ke mana, berkat ke mana.. Tu lah isteri saya akan selalu tanya dari mana duit saya dapat. Kalau dari blog, macamana dapatnya tu? Program apa? semuanya sebab risaukan saya terlepas buat apa yang tak betul dan dapat rezeki tak berkat..Nauzubillah

Cabaran Hidup Seorang Blogger Beriman

Cabaran hidup seorang blogger beriman ni amat tinggi sebenarnya tau. Bukan saya nak kata saya ni kuat iman atau apa, cuma sekadar nak berkongsi di bulan mulia ni. Yerlah ni dah masuk 16 Ramadhan pun, sikit lagi nak habis puasa. Cabaran jadi manusia kan memang tak pernah habis. Rasanya di bulan puasa ni, cabaran paling kuat ialah pada pengusaha makanan samada restoran ke, kedai tolak ke, penggerai bazar ramadhan ke, sebab gerenti hidung dia tu bau pelbagai jenis makan setiap hari..Hohoho..silap2 mau kurus pahal puasa..