KWSP Skim 1Malaysia Dah Boleh Bayar Guna Maybank2u

Penulis: wanmus Kategori: 1Malaysia | KWSP | Pelaburan Tarikh: 18 January 2011 | 13 komen

Salam sejahtera semua..ok saya nak menjawab soalan beberapa pencarum KWSP Skim Persaraan 1Malaysia yang juga sama seperti saya..Dulu masa buka akaun skim ni, tanya kaunter dia cakap hanya boleh masuk akaun ikut kaunter..Jadi hanya sekali tu je masukkan sebab kaunter kwsp jauh..Rupanya saya tak tahu yang kwsp kini dah bayar online. Kalau tahu dah lama guna wat masuk tiap2 bulan..

Ok, antara bank yang boleh digunakan untuk membuat bayaran tambahan dalam skim 1Malaysia ni ialah RHB, MBB (Maybank2u) , BSN dan PBB (Public Bank). Boleh semak di laman KWSP:

Pelantikan Public Bank Berhad (PBB) sebagai Ejen Kutipan Bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
Berkuatkuasa 25 Oktober 2010 (Isnin), bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) boleh dibuat di mana-mana cawangan ejen bank PBB yang berhampiran. Pelantikan ini melengkapkan kemudahan pembayaran SP1M di kesemua cawangan ejen bank iaitu RHB, MBB, BSN dan PBB.

Ahli yang ingin membuat pembayaran SP1M di kaunter ejen bank, perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pencarum SP1M di mana-mana kaunter KWSP yang berhampiran.

Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, sila hubungi:

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-8922 6000
Maklumbalas Pelanggan: Enquiry

Tarikh kemaskini: 22 Oktober 2010

Skim ni sangat bagus untuk sama-sama kita gunakan untuk simpanan masa hadapan..tapi bagi yang bekerja sendiri jelah ye.atau yang takde potongan KWSP..yerlah selain pulangan dari KWSP sendiri, sumbangan dari kerajaan pun ada tau. Boleh semak lanjut di apa itu skim kwsp persaraan 1Malaysia.

Cara nak bayar guna Maybank2u ialah:

  1. 1- Login ke akaun Maybank2u anda. Klik pada tab “Investment”
  2. 2-Klik pada bahagian EPF
  3. 3- Mulanya sebaiknya anda register akaun EPF tu untuk mudahkan pembayaran lepas ni. Caranya klik pada “EPF registered payment”. pastu klik “Add”.
  4. 4- Masukkan detail akaun anda, ic anda dan nama penuh anda untuk akaun EPF tersebut. Kemudian klik “Continue”..
  5. 5- Klik “Request a TAC number”..Masukkan TAC number yang di hantar ke hp anda di kotak TAC yang ditunjukkan dan klik “Confirm”.
  6. 6- Setelah akaun anda dah disahkan..Klik balik pada “EPF registered payment”..pilih jenis bayaran KWSP anda samada untuk skim 1Malaysia atau simpanan KWSP yang biasa untuk personal. Kemudian klik “Continue”..
  7. 7- Kemudian masukkan Amount yang anda nak masukkan dalam akaun KWSP anda tu. Kemudian klik “Continue”..

Info lanjut tentang skim persaraan 1Malaysia lagi di:



  1. boss

    hmm satu info yang baru..
    ye la kerja sendiri nak gak simpan dalam epf. Siap anda tutorial lagi.. bagus.. thanks.

  2. wanmus

    yup..penting tu boss..lagi2 untuk masa depan kita n family

  3. Khairi

    Nak masukkan memang senang, tapi nak keluarkan sampai terberak-berak susahnya. Ini semua bond kita utk gomen kesayangan.

    🙂

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Anarm. Anarm said: KWSP Skim 1Malaysia Dah Boleh Bayar Guna Maybank2u http://ow.ly/3FDvL […]

  5. wanmus

    hehe..tu no komenlah tu..

  6. lin azlina

    skang ni memang byk yang boleh thru online maybank2u jer…macam saya ni mask duit kta sb pun guna maybank2u jer sebab malas nk bergerak jauh2…
    yang epf tu dah tahu tp lum pernah buat lagila…

  7. mhnizam

    info yang bagus untuk semua usahawan ni….sumabangan dari kerajaan tu macam mana bro..dia bg percentage jugak ke dalam kita punya KWSP?

  8. budak mengong

    kwsp?erkk..xc..xckop umo agy kot.he3

  9. kasimo

    kerja-kerja pembayaran semakin mudah dengan maybank…

    tukarlah bank anda sekrang..

    p/s boleh jadi promoter tak aku

  10. Kimi Rekonen

    sekarang ni, keje sendiri pun leh mencarum..
    sesuai untuk IM

  11. jutawansenyap

    hu hu memnng aku nak buat simpanan nih tapi entah biler maser nhtah laah . tapi kalo kerajaan ader kasik sumbanan 5% kene buat cepat nih. cuma kalo bayar banyak agak2 lhdn ader detect tak ek>?

  12. Ladfe Amir

    ya..saya sanggup bukak akaun maybank walaupun ianya bukan bank yg menguruskan gaji tempat saya bekerja. hinggakan menimbulkan rasa hairan pada wife saya.

    bila diberi alasan..senang nak berurusan, dia pun setuju aje

  13. Ladfe Amir

    semakin mudah dengan adanya internet ni.
    jgn asyik dengan facebook tapi masih tranfer duit guna cash deposit. rugi minyak..minyak petrol kan dah naik.