KWSP Skim 1Malaysia Dah Boleh Bayar Guna Maybank2u
Salam sejahtera semua..ok saya nak menjawab soalan beberapa pencarum KWSP Skim Persaraan 1Malaysia yang juga sama seperti saya..Dulu masa buka akaun skim ni, tanya kaunter dia cakap hanya boleh masuk akaun ikut kaunter..Jadi hanya sekali tu je masukkan sebab kaunter kwsp jauh..Rupanya saya tak tahu yang kwsp kini dah bayar online. Kalau tahu dah lama guna wat masuk tiap2 bulan..
Ok, antara bank yang boleh digunakan untuk membuat bayaran tambahan dalam skim 1Malaysia ni ialah RHB, MBB (Maybank2u) , BSN dan PBB (Public Bank). Boleh semak di laman KWSP:
Pelantikan Public Bank Berhad (PBB) sebagai Ejen Kutipan Bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
Berkuatkuasa 25 Oktober 2010 (Isnin), bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) boleh dibuat di mana-mana cawangan ejen bank PBB yang berhampiran. Pelantikan ini melengkapkan kemudahan pembayaran SP1M di kesemua cawangan ejen bank iaitu RHB, MBB, BSN dan PBB.
Ahli yang ingin membuat pembayaran SP1M di kaunter ejen bank, perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pencarum SP1M di mana-mana kaunter KWSP yang berhampiran.
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, sila hubungi:
Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-8922 6000
Maklumbalas Pelanggan: Enquiry
Tarikh kemaskini: 22 Oktober 2010
Skim ni sangat bagus untuk sama-sama kita gunakan untuk simpanan masa hadapan..tapi bagi yang bekerja sendiri jelah ye.atau yang takde potongan KWSP..yerlah selain pulangan dari KWSP sendiri, sumbangan dari kerajaan pun ada tau. Boleh semak lanjut di apa itu skim kwsp persaraan 1Malaysia.
Cara nak bayar guna Maybank2u ialah:
- 1- Login ke akaun Maybank2u anda. Klik pada tab “Investment”
- 2-Klik pada bahagian EPF
- 3- Mulanya sebaiknya anda register akaun EPF tu untuk mudahkan pembayaran lepas ni. Caranya klik pada “EPF registered payment”. pastu klik “Add”.
- 4- Masukkan detail akaun anda, ic anda dan nama penuh anda untuk akaun EPF tersebut. Kemudian klik “Continue”..
- 5- Klik “Request a TAC number”..Masukkan TAC number yang di hantar ke hp anda di kotak TAC yang ditunjukkan dan klik “Confirm”.
- 6- Setelah akaun anda dah disahkan..Klik balik pada “EPF registered payment”..pilih jenis bayaran KWSP anda samada untuk skim 1Malaysia atau simpanan KWSP yang biasa untuk personal. Kemudian klik “Continue”..
- 7- Kemudian masukkan Amount yang anda nak masukkan dalam akaun KWSP anda tu. Kemudian klik “Continue”..
Info lanjut tentang skim persaraan 1Malaysia lagi di:
- KWSP Perkenal Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
- Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
- Pelantikan Public Bank Berhad (PBB) sebagai Ejen Kutipan Bayaran Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
18 January 2011
Masa 3:57 am
hmm satu info yang baru..
ye la kerja sendiri nak gak simpan dalam epf. Siap anda tutorial lagi.. bagus.. thanks.
18 January 2011
Masa 12:13 pm
yup..penting tu boss..lagi2 untuk masa depan kita n family
18 January 2011
Masa 3:30 pm
Nak masukkan memang senang, tapi nak keluarkan sampai terberak-berak susahnya. Ini semua bond kita utk gomen kesayangan.
🙂
18 January 2011
Masa 7:30 pm
[…] This post was mentioned on Twitter by Anarm. Anarm said: KWSP Skim 1Malaysia Dah Boleh Bayar Guna Maybank2u http://ow.ly/3FDvL […]
18 January 2011
Masa 8:27 pm
hehe..tu no komenlah tu..
02 February 2011
Masa 11:59 am
skang ni memang byk yang boleh thru online maybank2u jer…macam saya ni mask duit kta sb pun guna maybank2u jer sebab malas nk bergerak jauh2…
yang epf tu dah tahu tp lum pernah buat lagila…
02 February 2011
Masa 12:22 pm
info yang bagus untuk semua usahawan ni….sumabangan dari kerajaan tu macam mana bro..dia bg percentage jugak ke dalam kita punya KWSP?
02 February 2011
Masa 12:31 pm
kwsp?erkk..xc..xckop umo agy kot.he3
04 February 2011
Masa 1:19 pm
kerja-kerja pembayaran semakin mudah dengan maybank…
tukarlah bank anda sekrang..
p/s boleh jadi promoter tak aku
04 February 2011
Masa 5:27 pm
sekarang ni, keje sendiri pun leh mencarum..
sesuai untuk IM
05 February 2011
Masa 4:37 pm
hu hu memnng aku nak buat simpanan nih tapi entah biler maser nhtah laah . tapi kalo kerajaan ader kasik sumbanan 5% kene buat cepat nih. cuma kalo bayar banyak agak2 lhdn ader detect tak ek>?
07 February 2011
Masa 11:39 am
ya..saya sanggup bukak akaun maybank walaupun ianya bukan bank yg menguruskan gaji tempat saya bekerja. hinggakan menimbulkan rasa hairan pada wife saya.
bila diberi alasan..senang nak berurusan, dia pun setuju aje
07 February 2011
Masa 11:40 am
semakin mudah dengan adanya internet ni.
jgn asyik dengan facebook tapi masih tranfer duit guna cash deposit. rugi minyak..minyak petrol kan dah naik.