Kad Raya Dari Saya Untuk Anda Semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua..tak kira dari mana anda berada, macamana anda kenal saya, kenal saya atau tidak, saya tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..terutama buat pelawat blog ni wanmus.com, subscribers saya, rakan-rakan, sahabat IM, geng blogger, dan sesiapa sahaja dari saya Wan Mus, isteri Siti Jamaliah dan anak comel saya Aqilah. Mohon maaf zahir dan batin jika sepanjang perkenalan ini, saya ada tersilap kata atau tulis..Semoga untuk kita semua rezeki yang sentiasa lebih dan melimpah ruah..Insyallah.

Walaupun sudah 24 Ramadhan, rasanya dah sangat sesuai untuk saya ungkapkan Selamat Hari Raya ni sebab rasanya esok, Khamis dah ramai mula balik kampung dan dan tak online. Jadi sebelum balik kampung, inilah saat terbaik untuk memohon maaf dan mengucapkan selamat beraya.. jika dulu kad raya gambar seorang diri masa mula berblog, dah setahun berblog, bujang sebelum kahwin (2009)kad raya gambar saya berdua dengan isteri dan kini dah bertiga. Alhamdulillah rezeki bertambah..

Saya insyallah balik ke Besut lepas sahur hari Sabtu 27/08/2011 dan 28/08/2011 balik ke Kota Bharu. Tahun ni saya beraya di Nilam Puri rumah mertua. Haaa, kalau dekat tu, leh jemput datang beraya ye..Insyallah raya ke3 kot baru balik Besut semula. Korang beraya kat mana tahun ni?

66 Comments

  1. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Wan Mus sekeluarga. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

  2. Salam sdra Wan Mus,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir batin drp saya sekeluarga buat sdra Wan Mus & famili.

    Pandu cermat dlm perjalanan balik ke Besut, semoga sdra selamat tiba kampung dan selamat balik KL.

    Saya hanya beraya di Subang Jaya aje…!

  3. kartini

    selamat hari raya maaf zahir dan batin…

  4. Mohd Sidi Hj Nordin

    Selamat Hari Raya juga buat wan Mus sekeluarga.Semoga selamat pandu pergi dan balik.Wassalam.

  5. awal ni boss nak ucap selamat hari raya, hehe apa2 pun selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin,

    tahun ni kawe beraya di labis, johor…raya ke dua baru balik kelatan..

    em dr nilam puri tu nak ke besut singgahlah di pasir tumbuh rumah kawe, hehe raya ke 4 kawe ada buat open house sekali dgn kenduri kahwin adik sy 🙂

  6. Selamat Hari Raya bro Wanmus. Semoga bergembira bersama keluarga tersayang..

  7. rizal

    tq bro..selamat hari raya aidilfitri jua saya ucapkan kpd bro n kluarga..maaf zahir batin

  8. sharifah

    Selamat Hari Raya Buat Wan Mus sekeluarga…

  9. selamat hari raya maaf zahir batin… saya org besut jugak. tapi tahun nie beraya kat kuala pilah, rumah mertua. Selamat balik kg dan ke mana2. pastikan keselamatan diutamakan

  10. Haida

    Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

  11. selamat hari raya juga.. drive carefully.. kirim salam kat cute wife n daughter hehe..

  12. manz

    selamat menyambut aidilfitri juga..berhati2 dijln raya,pandu cermat seisi keluarga slmt..assalam

  13. MDNOOR

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.Insyaallah selamat dalam perjalanan pergi dan balik

  14. selamat hari saya. semoga selamat sepanjang perjalanan dan sepanjang hari raya

  15. siha

    Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya pada Wan Mus & kluarga juga pembaca Blog Wan Mus. Selamat Balik Kampung…Berhati2 di jalan raya!!

  16. masayu

    Selamat hari raya aidilfitri mus sekeluarga

  17. wsalam. insyallah semoga semuanya selamat.. kat Subang Jaya pun mesti meriahkan beraya?

  18. terpaksa awal atau ramai xleh nak baca sebab dah offline kat kampung nanti..hehe.. open house kt melaka ke kt mana?pasir tumboh kt MRSM ke?

  19. Selamat Hari Raya juga buat sharifah sekeluarga

  20. oo ye ke..samalah beraya kat rumah mertua 🙂

  21. Insyallah..semoga kita semua selamat sampai dan pulang..

  22. Miswan

    Saya juga dikesempatan ini memohon kemaafan jika ada kesalahan dan kesilapan sepanjang kita berbicara, “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin”..

  23. Terima kasih..insyallah semoga semua selamat

  24. selamat hari saya? hehehe..selamat hari raya bro..

  25. Thanks siha..selamat hari raya juga untuk siha dan sekeluarga

  26. sama-samalah..selamat hari raya maaf zahir dan batin..

  27. Abu

    Selamat Hari Raya untuk Wanmus dan keluarga, semoga raya taun nie lebih meriah dan murah rezeki

  28. terima kasih..insyallah lebih meriah dengan anak dara tu sorang tu yang dah banyak mulut..

  29. Selamt berpuasa dan selamat menyambut hari raya serta salam merdeka.. hati-hati balik kampung en. wanmus.

  30. Dayang

    Slamat Hari Raya…smoga slamat smpi kg halaman…

  31. Azlina

    Asslm….
    Terima kasih dgn utusan raya ….alhamdulillah…dah sampai
    25 Ramadhan….saya juga ingin mngucapkan Slmt mnyambut jedatangan Syawal dgn penuh kesyukuran dan k bahagiaan…moga perjalanan anda sekeluarga dlm pemeliharaannya.. Saya x dpt nak pulang ke kg d kuala trengganu mmandangkan mak kurang sehat disini…insyaAllah dbln yg mulia ini doakan mak akan segera. sembuh….
    ‘Jalan bukan tempat berlumba. Biar lambat adal selamat’….Slmt hari raya maaf zahir dan batin….

  32. assalamualaikum…

    en wan mus tq a lot bg ucapan raya..
    sy pun blk ke besut ,kg pasir akar..asal org sana..

    nak sampaikan salam lebaran jugak kat cik mus and family….
    hope all will be fine…

    khair faqad kullihal…

  33. imm

    salam aidilfitri maaf zahir batin buat en. Wanmus .

  34. ahmad

    Saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

  35. Nasaruddin Abu Bakar

    Selamat Hari Raya Aidilfitri..dari saya sekeluarga maaf zahir batin

  36. mohd farizan

    salam. semoga ‘idil fitri kali ini lebih meriah & bermakna bagi tuan wanmus sekeluarga. hati2 di jalanraya. lebih 7 juta kenderaan berada di jln2 raya seluruh malaysia tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.