Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 2010 Dari WanMus.Com

Penulis: wanmus Kategori: Aidilfitri | Hari raya | Islam | wanmus Tarikh: 08 September 2010 | 10 komen

Salam Aidilfitri 1431H atau 2010 Masihi buat semua pelawat wanmus.com yang beragama Islam. Alhamdulillah telah 29 hari kita berpuasa tanpa sebarang masalah atau penyakit yang mengganggu. Diharap sebulan kita berpuasa ni mendapat berkatNya..Hohoho..rasanya ramai tak sabar nak beraya kan? Malam ni tahulah kita esok atau lusa akan beraya..Korang rasa bile?

Rasanya jumaat sebab dah banyak tahun negara kita ni ikut kiraan. Walaupun ada juga yang tengok anak bulan, tu sebagai syarat je sebab kita negara terlindung ngan awan. Ingat aritu teman ayah ikut team pejabat dia tengok anak bulan kat atas Bukit Puteri, dalam kawasan TUDM Gong Kedak, Besut. Bila tiba time nak teropong anak bulan, tak nampak sebab terlindung ngan awan tiba2..sebelum tu clear je.  Walaupun tak nampak, esok tu tetap raya.

So kiraan tahun ni mengatakan raya ari Jumaat, so rasanya insyallah Jumaat..hehe..ni kat rumah mertua lagi. Insyallah lepas berbuka akan balik rumah mak ayah di Besut pulak sebab tahun ni raya pertama dan kedua kat Besut..lepas tu baru balik semua ke rumah mertua kat Nilam Puri ni..Korang pulak beraya kat mana?

Jalan semua dah sibuk tau..kalau korang belum balik kampung lagi, hati-hatilah memandu..Kalau ngantuk, tidur je sekejap. Oklah saya dan isteri nak ucapkan Salam Aidilfitri atau Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H 2010M tahun ni. Maaf zahir dan batin dipinta jika ada sebaran kesilapan dan kesalahan sepanjang kita berkenalan..wassalam. selamat berbuka 🙂



  1. Thristhan

    Selamat Hari Raya bro. Have a great holiday.

  2. ken

    selamat hari raya =)

  3. Mal

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

  4. zuls

    Selamat hari raya wanmus dan Isteri.

    Tahniah juga sebeba dapat duit raya churp2 😀

  5. wanmus

    thanks 🙂

  6. wanmus

    thanks bro

  7. wanmus

    Selamat hari raya..

  8. wanmus

    Selamat hari raya bro..thanks, tu duit rezeki anak 🙂

  9. ken

    selamat hari raya! =)

  10. akuorgkmpng

    comelnya isteri wanmus..
    smoga bahagia ke akhir hayat..

    p/s: nk ucap aidilfitri pn dh lepas dh.. hehe