Macamana Nak Add Fund Paypal

Penulis: wanmus Kategori: Buat duit | Credit card | Debit card | Hari raya | Kad Debit | Maybank | Paypal Tarikh: 12 September 2010 | 10 komen

Macamana nak add fund paypal dari maybank2u atau kad kredit? Macam tulah masalah yang dihadapi oleh saudara zamri ni. Oleh kerana rasanya ramai juga nak tahu, jadi saya kongsikan kat sini ye. Saya rasa Zamri ni mungkin dah lama tak gunakan paypal atau baru nak gunakan. Sebab banyak function atau features paypal ni dah bertukar sejak mereka ubah beberapa polisi mereka.

Kalau dulu ramai pening nak cari fund nak topup akaun Paypal sebab tak ada kredit kad. Saya pun dulu macam tu, pening cari funder ni yang nak tukar fund paypal ke maybank. Tapi sekarang dah mudah sebab dah boleh guna kad debit maybank2u untuk paypal. Dulu pun pening macamana nak withdraw dulu dalam paypal tu sebab hanya boleh withdraw ke akaun kad kredit atau kad debit..Sekarang ni dah mudah, dah boleh withdraw terus fund paypal ke akaun bank Malaysia. Ni semua lepas kerjasama Bank Negara Malaysia dengan pihak Paypal.

Ok, berbalik kepada soalan zamri tadi,

Jawapannya: TIDAK BOLEH

Iya sebab paypal dah tukar beberapa policy. Cuba tekan butang “Add Fund” kat akaun paypal korang, nanti akan keluar makluman yang macam kat atas. Sebab add fund sekarang bukan lagi guna kad kredit atau kad debit, tapi terus dari akaun bank..tu pun bank untuk negara lain sahaja contohnya bank US atau UK yang terpilih. Ni nak elakkan kecurian duit menggunakan kad kredit atau kad debit yang banyak dah berlaku.

Habis macamana nak add fund dalam paypal tu?

Ok, jawabnya ialah dengan add kad kredit atau kad debit korang tu, atau pun beli dari orang yang sudi tolong korang pindahkan (transfer duit dari paypal diorang ke paypal korang)..ni servis ada yang buat, tapi bukan saya ye..kan nanti ramai pulak minta nak transfer fund.

Caranya dengan klik pada “Add/Edit Credit Card” pada butang profile seperti gambar kat atas ni. Klik add card dan masukkan detail kad kredit atau debit korang tu. pastikan semuanya betul tau. Tapi kalau masa korang dah aktifkan Paypal guna kad debit, dan kad debit tu valid serta ada duit, korang boleh terus guna akaun paypal tu untuk buat pembayaran atau send money pada penjual tu.

Jika nak buat bayaran untuk sebarang pembelian, sebaiknya korang guna butang pay atau Buy Now paypal pada laman web jualan penjual tu (macam gambar kat bawah) sebab lebih terlindung dengan policy paypal dari korang sendiri yang send duit ke penjual tu. atau minta diorang create invoice dalam paypal menggunakan butang “Request money”.

Untuk update terkini mengenai paypal, korang leh semak di update terkini tentang paypal. Diharapkan saya menjawab persoalan saudara zamri tu. Thanks, Selamat Hari Raya Aidilfitri



  1. musi

    salam.
    Penerangan dan tujukcara yang jelas tu, jugak membantu saya buat urusan. T.k.

  2. blalang

    add fund x suka, suka withdraw ker debit card heheh

  3. Ronald mohoni

    hello bro, selamat hari raya,
    thanks dengan perkongsian.
    Satu lagi bro, link2 Produk Terbaik tu ada viruslah.

  4. sabree hussin

    saya asik guna paypal untuk buat bayaran… tak pernah lagi guna paypal untuk terima bayaran… Bila la nak rasa ish

  5. Adam Roslan

    Terima kasih. Saya selalu beli daripada rakan yang jual, rate 3.10 hari ini. Senang lah, tak payah fikir panjang nak cari kad debit dsb. Hehe.

  6. Fazli

    saya ada masalah. kalau paypal minta credit card statement macam mana yer. kad debit maybank tak ada sediakan statement.

  7. mat kalut

    tq bru nice sharing

  8. mat kalut

    haha..sbr la usaha lebih insyaalah bleh kot nnti

  9. jutawansenyap

    boleh cek kat maybank

  10. Paypal Bukan Bank

    […] withdraw ke kad atau ke bank di Malaysia. Ini kerana kalau dulu Paypal dijadikan macam bank sebab perlu ditopup dulu ke dalam akaun paypal pastu baru boleh guna untuk buat […]