Jangan makan ikan keli!!!

Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..

Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.

saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.

Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakultur lah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yang dipakainya..Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli cina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM 0.00!!!

Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…

Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan.

Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..

Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..dari meja pengarang..

Jika ada usahawan ikan keli bumiputera ingin mengiklankan perniagaan mereka PERCUMA, sila ke Iklan Penternakan Ikan Keli

Dapatkan sekarang Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli !!

ternak ikan keli

164 Comments

← Previous Page 2 of 4 Next →
  1. salam..pada semua…btol…mmg byk penternak keli cina ni yg buat mcm tu..
    tp yg peliknya..kenapa diorg nie lg maju pada penternak kecil melayu mcm kita nie…dan satu lagi mslh yg sedang kita hadapi skang ni..ialah kenaikan harga benih keli yg secara mendadak…susah btol…tp di paham kan hal ni terjadi sbb kita dah berjaya menghasilkan makanan organik…jd…kaum cina pulak dah mempelopori benih2 nie…hadoi..susahnya…kalu dpt pun yg 2″ tp 10sen sekor…kalu nak murah kena beli byk…dah le pulak tuh…cepatnya mati menegak benih2 nie….
    kepada kwn2 yang ader masa sila ler…lawat website saya :
    http://www.alimshah-genuine.blogspot.com

  2. Ntahapa2ntah

    Salam,

    errrr… ada nas ke kata Ikan tak leh makan bangkai?? manusia tak leh makan bangkai ada ler… then.. ada nas ke yg menyatakan ikan duk dlm kumbahan haram dimakan??? kalu ada bak mai aku nak tau gak… bukan aper.. tak baik menghalalkan yg haram… begitu juga mengharamkan yg halal… perhaps pernternak cina nie mmg la tak beretika dlm kerja mereka… tp tak la plak haram utk kita makan ikan tersebut… tepuk dada tanya iman…

  3. wsalam..janganlah marah..kan lebih baik kita cari makanan yang disahkan bersih dari segi maknan dan tempah peliharaan. sebab apa yang kita makan akan mencorakkan peribadi kita.. mencari yang lebih baik dalam hidup dituntut dalam agama

  4. cikoo

    assalamualaikum….
    hai suma…saya dah stat bela keli stakat ni mdal mkn masih lg bwah 0.20 sen
    skarg tgh nak wat mass production.ujikaji dah bejaya…igt derang je bleh jual 1.80, kite pn boleh
    derang pn x pndai sbnrnye dan kite ni plak kurang mengkaji
    sya dah wat kajian dan suma mkanan tu saya buat sndiri…..internet kan ade
    mula2 kena tau nama saintifik keli pastu tgk kndungan pallet dan survey raw material dier

    MCM MANE DAN APE MAKANAN nye….?x boleh la bgtau tp sya dah bgtau kat ats kan mcm mane nak buat kajian,
    apelagi buwat la cepat.nanti bg e mail kat saya….worthmemuch@yahoo.com ok, adios!

  5. muhammad

    […] post tentang ikan keli diberi makan bangkai babi, kini timbul pula isu ikan keli bersihkan air kumbahan babi..dan apa lagi, ikan tu dijuallah.. Anda […]

    assalamualaikum…saya jawab, ayam makan dedak tabur kat tanah.ayam berak atas dedak.ayam makan berak dia.anda makan ayam…?ikan keli makan bangkai ayam halal dimakan.ikan keli makan bangkai babi haram dimakan…sebab babi dalam kolam.

  6. keliKlon

    .. selepas membaca cerita dan peristiwa mengenai penternakan ikan keli di sini rasa geli geleman pula nak makan ikan keli. Kawan saya pernah nasihatkan supaya berhati-hati kalau makan ikan keli yang diternak oleh Cina. Katanya segala bangkai, perut ayam, kepala babi(?) yang dapat dikumpulkan dicampakkan ke kolam bagi ikan keli syuru sapde. Kalau tidak yakin ternak sendiri saja. Guna kelongkong (takungan air simen). Saiz kelongkong setinggi 2′ dan 3′ garispusat dapat anda ternak 100-150 ekor ikan. Beri makan dedak palet dengan anggaran 3-4 kg sebulan. Bila nak makan sauk saja untuk dijadikan lauk. Benih ikan keli kacukan saiz 2.5″ boleh dibeli dengan harga 6 sen/ekor. Biasa diternak sehingga 2-3 bulan untuk mencapai saiz sesuai anggaran 7-8 ekor/kg. Jangan dibiar terlalu besar dan panjang menyerupai ular pula. Nak makan pun ‘suspense’.

    Betul kata sahabat di sini. Kalau ikan keli asal Malaysia keli bunga atau keli kayu yang dipancing di sungai memang sedap. Isinya pejal dan agak liat. Kalau keli diberi makan bangkai, isinya lembik dan benyek. Keli bunga dan keli kayu berwarna agak keitaman dan mempunyai corak di badan. Kalau keli kacukan Afrika agak kemerahan hingga hampir keputihan dan banyak membiak di sungai-sungai di Malaysia. Kalau kena lubuknya dan dipancing lumayan tangkapanya.

    Wallahu’alam

  7. @keliKlon: terima kasih saudara kerana sudi berkongsi pandangan. saya tak tahu pulak nama keli ni, just tau ade beza kaler je..hehe

  8. km

    Sallam..Kepada orang Melayu Islam Malaysia..Saya ingin meberi sedikit komen berkeneen dengan adap permakanan bagi Orang Melayu.
    Walaupun Saya duduk di luar..Saya amat komited dengan nasib orang Melayu Di Malaysia.Berkenaan dengan pengalaman yang di tempuhi oleh saudara kita adalah kadang kala adalah benar.Tetapi perkara ini telah ujud sejak dulu lagi.Semasa Kawasan Rawang Selangor Belum .lagi di Jadikan kawasan Perumahan.Ketika itu saya selalu pergi memancing setiap ada kelapangan.Biasanya untuk menjimatkan cost.Ikan Keli dan Thalapia lebih senang di ternak dengan memberikan sisa sisa bahan buangan. Tetapi yang aneh nya apakah.. tiada mana mana jabatan yang bertangungjawab untuk memantau perkra ini.Yang nyatanya..sebagai Masyarakat Melayu Malaysia marilah kita bersatu dalam memilih product makan kita.Kita ada pilihan dengan membeli terus dari pusat penternakan yang di jalankan oleh Bumiputera kita.Kita telah Berjaya mendidik Siswazah tani kita Yang Berjaya mencipta Biotechnology untuk permakanan Ikan Keli dengan Betul dan Halal.Kenapa harus kita terus jatuhkan hukum untuk menjatuhkan nilai nilai murni usaha Siswazah tani kita di dalam mencipta bermacam macam product pertanian untuk kesejahteraan pengguna Islam Di Negara ini.
    Usahkan Ikan Keli sahaja yang di Jadikan Isue.Makanan yang di pesan Di FOOD COURT di pusat membeli belah di Negara Kita adalah 90% milik orang orang China.Hanya pengendalinya sahaja dari Indonesia atau pun orang Melayu.Pemilik pemilik gerai tersebut puratanya ada beberapa Chawangan Restaurant Yang ada menjual Daging Babi dan sebagainye. Setiap pagi mereka akan menggunakan kenderaan yang sama untuk kepasar membeli sayuran dan sebagainya.Dan kenderaan yang sama digunakan untuk membahagikan barabgan barangan ini ke Outlet..Chawangan mereka termasuklah ke outlet yang saudara dan keluarga menikmati hidangan lazat pada hujung minggu..Saya pernah melihat sendiri sayur sayur yang ada didalam kenderaan tersebet di cemari dengan darah Babi…sila renungkan sejenak…

  9. @km: Sebenarnya perlu ramai lagi penjual dan pengedar dari golongan Melayu supaya dapat kita sahkan kehalalan sesuatu produk tersebut.

  10. din

    Memang btol…orang yang Warak akan memilih apa yang bakal mereka makan….Bukan memilih apa yang sedang dimakan…Akhir zaman memang macam ni…Mari kita tegakkan kebenaran…

  11. ibnu_yusf

    Salam,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Saya terpanggil untuk memberi pendapat serba sedikit tentang ikan keli, setelah terbaca artikel ini.
    Pendapat sahabat sahabat yang lain mengenai hasil ternakan keli oleh bangsa bukan islam tidak dapat kita sangkalkan lagi.
    Tetapi bagi penternak Melayu Islam, masih lagi kenal akan hukum halal haramnya. Memang benar, bukanlah susah sangat untuk menghasilkan makanan untuk spesis ikan ini. Cuma, bagi sesetengah penternak masalahnya mungkin faktor masa dan kos bagi menghasil makanan keli tersebut. Walaubagaimanapun stok makanan masih banyak dipasaran, bergantung kepada kesuaian serta keperluan Food Conversion Ratio(FCR) ikan peliharaan kita.
    Saranan saya, gunakanlah makanan Pelet, Organik atau seumpamanya, yang sedia ada dipasaran, atau yang dijual oleh sahabat sahabat penternak yang lain. Insyallah tidak mungkin akan rugi, memandangkan standard protein dalam makanan yang mencecah 30% – 50%, sudah cukup berbaloi untuk tumbesaran ikan, berbanding bangkai bangkai ayam atau itik dan kita sendiri tahu implikasinya.
    Selain daripada itu, selalulah berhubung dengan pegawai perikanan untuk mendapat latihan dan khidmat nasihat, kendalian kursus adalah percuma, cuma perlu melangkah untuk pergi mendaftar sahaja.
    Sehingga kini masih lagi ada subsidi jualan untuk spesis ini, lebih kurang RM 0.57 /per kg. (kena rujuk pegawai akuakultur untuk pertanyaan.) Jadi, kita sememangnya sudah jimat atau tidak langsung mengeluarkan kos untuk makanan ikan tersebut.
    Apa yang perlu bagi kita semua sebagai bakal penternak ialah Perancangan dan Penelitian yang rapi sebelum menceburi bidang ini.
    Saya bersama 2 orang sahabat mempunyai karier yang sangat berbeza dari dunia agro, serta bukanlah penternak ikan keli sepenuh masa, bermula dengan ternakan ikan ketutu pada awalnya, kemudiannya beralih kepada penternakan keli untuk ikan air tawar ini. Apa yang kami lakukan adalah untuk mencari kepuasan dari hasil yang kami usahakan, belajar menangani masalah dan mencari pengalaman selain mendapat produk yang Insyallah 100% halal.

  12. Yatie

    Salam..

    Saya ada mengusahakan ternakan ikan keli secara kecil2an..dan insya-Allah dijaga dengan baik oleh ibu dan bapa saya di kampung..sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan ikan keli bolehlah menghubungi saya : yatieak@yahoo.com

  13. Assalammualaikum semua, sungguh kesal juga bila mendengar keli yang diternak dalam air kumbahan babi dan makan bangkai ni, Masya Allah tak beretika langsong !! semoga Allah akan melakanat kepada mereka yang menipu dalam bisnes. Sebenarnya ikan keli ini adalah ikan yang berkhasiat tinggi terutama sekali mengandungi DHA untuk perkembangan otak. Di sini saya ingin mencadangkan kepada orang-orang islam yang memang gemar makan ikan keli, kalau boleh kita sbotaj bisnes orang cina yang tidak beretika ni, jangan beli langsung dengan orang cina dan dapatkan info yang tepat (minta yang pakar) tentang perbezaan ikan keli yang makan bangkai dan yang makan pallet (buat kajian). Saya sendiri akan try buat kajian mencari perbezaannya Insya Allah. Lagi satu, usahakanlah untuk beli terus dari ladang supaya kita nampak sendiri siapa pengusahanya, bagaimana rupa bentuk kolam, bagaimana makanannya dan sebagainya agar tiada keraguan. Dapatkan alamat penternak di tempat anda. Kepada pengusaha ikan keli orang melayu, JANGANLAH pula nak ikut macam orang cina pula nak kaut untung tanpa hirau halal haram. Semoga segala penipuan akan terbongkar dan semoga bisnes ikan keli akan dimonopoli oleh umat islam yang beretika di Malaysia dan seluruh dunia insya Allah. SELAMAT MENIKMATI HIDANGAN IKAN KELI YANG HALAL.
    My blog: http://kelisabah.blogspot.com

  14. Salam…

    Kalau ikutkan calculation saya, untung ternak ikan keli nie.. saya dah ternak dan boleh jual dengan harga 2.80 hidup dan 3 hinggit dah siap siang.. Kenapa selalu orang cakap rugi?? Sebabnya kita berkira makan.. Sebenarnya makanan ikan keli nie kalau dihitung secara puratanya cuma dalam 35 sen dari kecil ( 3 inci ) sampai boleh dimakan.. Siapa yang nak makan ikan keli yang beratnya sekilo seekor?? Kita paling makan pun yang beratnya 250gram sekilo.. Sekilo tu dah kategori induk yang bleh di jual dengan harga 20-30 ringgit seekor..

  15. Untuk info semasa, pasaran, ebook & apa saja berkaitan penternakan keli serta berminat untuk mendapatkan benih & induk keli dengan harga yang berpatutan, sila layari http://bisneskeli.esq2u.com/..

    Kami juga mengedar anak benih keli di sekitar Lembah Kelang, Negeri Sembilan & Melaka..100% syarikat hak milik bumiputera..

  16. Kunjungi booth 25, di PWTC, Event Asian Pasifiq Aquaculture.
    Konsortium Akuakultur Malaysia Sdn Bhd.
    Peluang perniagaan berasaskan produk ikan keli.

    JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!

    3-6 NOV 2009, BOOTH 25, PWTC

  17. Shahrizah

    Assalamualaikum,

    Jumlah RM4800 tu cukup ke nak bela ikan tu dari anak benih sampai ia boleh dijual??? Maksud saya, perlu tak untuk saya beli makanan lain selain yg dibekalkan tu???

    Apabila ikan keli telah besar dan sedia untuk dijual, adakah pihak tuan akan membeli semula ikan tersebut??

    Yang menunggu jawapan,
    Shahrizah

  18. aman

    Askum. sy bercadang nak invest ternak ikan keli. Modal 3.5k satu musim. Untung 2.5k dan x perlu buat keja. semua kja dibuat oleh tuan kolam. Tapi logik ke plan ni? Kalau ada sesiapa yg ada pengalaman dlm bidang ni tlg bisik2 kat sy sebelum sy termakan janji manis tuan kolam tersebut. tlg lh yek!

  19. salam, setahu saya dalam islam binatang yang haram dimakan antaranya yang bertaring contoh harimau, mencengkam cth burung helang dan binatang yng makan benda yang kotor dan memudaratkan seperti biawak maybe ikan keli yang dibela dalm kolam kumbhan dan yang makn bangkai khinzir tergolong dalam geng2 biawak,…..tapi klu yang dibela cara islm dan halal makan pallet(halal) n sayuran sudah tentu boleh makan……sebab tu la moh rmai2 kita bantu penternak2 kecil2lan islam macam saya nie

    menternak nie bukan soal keuntungan sahaja tapi yang diutamakan adalah fardhu kifayah untuk umat islam (tak kira la melayu ker,,india ker ataupun cina janji muslim)

  20. musajumat

    Salam… Apa kata saudara WanMus mempengerusikan satu jaringan pemasaran ikan keli halal melalui web nie.. Maksudnya, kita akan lantik sesiapa saja yang ada bela ikan keli. Maksud saya, kita menjadi satu gagasan penternak, & pembekal ikan keli dan peralatan berkaitan. Saya tengok orang kita nie PANDAI AJE CAKAP.. Buat kerja, habuk pun takde nilainya.. Apa pendapat Wanmus??? Saya baru saja hantar ikan keli.. 200 kg.. Huhuhu.. TAk cukuplah..

  21. wsalam..hoho..maaflah, saya bukan core dalam bidang ni. saya hanya blogger yang menyediakan platform untuk penternak dan pengedar berjumpa secara online dan seterusnya berbincang mengenai peluang perniagaan bersama. Maaf sekali lagi, sebab saya tak cukup ilmu untuk terlibat lebih lanjut bab-bab ni..tapi kalau nak jadikan satu pusat jaringan untuk bersama, itu satu idea yang bagus dan bernas.

    so setakat ni, pembeli, penternak dan pengedar boleh saling berhubung dan meluaskan pasaran di post khas saya di http://wanmus.com/iklan-penternakan-ikan-keli.html

    Terima kasih

  22. syah

    kami menawarkan KONTRAK PENTERNAKAN ikan KELI untuk negeri KELANTAN DAN TERENGGANU sahaja.

    benih ikan keli 10 000 ekor
    palet 25 guni
    kanvas 2 unit
    kerangka 2 unit
    bokashi organik 5 unit
    tali dan pemasangan
    penghantaran
    buku panduan PENTERNAKAN (BUKU)

    RM 4 950.00

    HARGA BELI BALIK RM 3.60KG

    019-5144239 syah ( PUSAT : setiu dan KB )

  23. norlaila

    salam musajumat…..
    betul ker calculation awak 2….jgn kira atas kertas jer….
    ternak dulu baru tau untung ker rugi….

  24. khairuddin

    salam..saya setuju dgn pendapat anda sama2lah kita membenteras ikan keli cina yg makan bangkai ayam..saya sebagai pengusaha ikan keli salai sentiasa pastikan yg halal utk orang islam…berminat ikan keli salai hubungi saya DIN 019 6424683

  25. Err, nak menyampuk, fakta dalam artikel di atas adalah BENAR, sebab kat tempat sy ni pon, orang cina bela dalam loji kumbahan n p jual lepas besar…maaf tak leh bagitau tempat sy kat mana sebab melibatkan pihak2 BESOR2 belaka..hehehehe

  26. Kolam kumbahan tu kan kotor, segala macam najis ada, sedangkan dalam Islam menggalakkan kebersihan n kebersihan itu separuh dari Islam…mai datang dari mana lak kalau dok kolam kumbahan boleh makan?

    Kalau macam tu, kalau pompuan datang haid, kenapa kena mandi wahib n tak leh sembahyang, kira tak sah? Sebab darah tu kotor walaupon datang dari tubuh pompuan tu sendiri…

    Macam tu gak keli yg dok kolam kumbahan n makan bangkai, benda tu semua kotor, bila kotor ianya tak halal n tak sah utk dimakan…kan loji kumbahan n bangkai tu najis…

    dalam Islam kan ada cakap, makanan akan menentukan sikap n kehidupan seseorang…macam kalau makan riba, bagik anak bini makan, hidup tak aman n tak berkat, hati pon jadi lemah n buta, iman pon akan lemah…sama la kalau kita makan benda yang berasaskan pada perkara yg kotor…

    kita tak lah perlu kaji hukum secara mendalam kalau kita agak2 jahil macam saya ni, tapi kita perlu membandingkan dengan hukum2 yang dekat yg senang kita fikir..supaya takdelah tersasar jauh…

    wallahu’allam

  27. hidayat

    kepada penternak sila gred ikan anda seminggu sekali, pastikan air kolam/tangki bersih. terima kasih.

    kepada pembeli ringan2 mulut tanya.

  28. Salam rakan-rakan.
    Saya amat tertarik dgn tajuk artikel ni. memang kita tidak nafikan keli adalah spesis yang dimaksudkan demikian. Namun saya tetap yakin, kini penternakkan keli sudah dikomessilkan dgn pelbagai kaedah. Jadi sama-samalah kita sebarkan berita/info bukan sahaja sekadar untuk peringatan. Namun bagi orang yang berkepala usawahan, ini adalah salah satu inprirasi mereka untuk memajukan industri ini. Ini kerana saya yakin, kerajaan dengan kerjasama pihak universiti banyak menjalankan kajian-kajian dalam memajukan industri ini.

    Cadangan:
    Kalau lah tuan admin dapat sediakan platfom yang mantap supaya dapat jadi rujukan online secara menyeluruh tentang keli bersih dan halal ni. mungkin mudah untuk kami membelinya.

  29. izzkalim

    Tq 4 info..
    aku masa kat kampung, klu nk makan ikan keli, p tangkap kat sawah padi jer..

  30. yeehaaaaa!

    dah berkilo-kilometer aku makan,tak bagitau awal awal?
    masaklemakciliapi,masaksambal,goreng,bakar,makanmentah,macammacamlagilah.

  31. daus

    saya penternak juga..dan juga pembekal benih ikan dan makanan ikan pallet keluaran bumiputera..byk dah cite dgr pasal penternak cina bg makan perot ayam atau ayam mati…utk mengatasi nya, pada saya kite kena buat product hiliran atau product berasaskan ikan keli..klu nk jual ikan segar..mmg takleh nk lawan cina.. kena jual kat restoran atau kedai2 je…tp kalau keli diternak di dalam kolam tanah, tahap pemakanan ikan leh dikurangkan hampir sebanyak 50%(jika menggunakan pallet)…

    *syarikat kami mengilang makanan ikan pallet sendiri.product keluaran bumiputera.harga lebih rendah.berminat call 0123601230.

  32. saya mmg suka sgt makan ikan keli tak kira apa cara masakah skali pun. oleh sebab itu, saya memelihara sendiri ikan keli di rumah hanya untuk tujuan belajar dan makan sahaja, setakat ni takjual lagi kalau bg kat sedara mara tu ada la. ikan keli peliharaan sendiri mmg terjamin la bersih sbb kita tahu apa makanan yang kita beri ikan keli itu makan…. keli saya hanya beri dedak dan palet dan juga kadang2 habuk roti dari kilang roti kawan, selain dari itu tidak sesekali.

  33. mat

    Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai mahasiswa sarjana di sebuah ladang akuakultur tempatan yang memelihara ikan keli (Clarias gariepinus)dan juga pelbagai ikan lain seperti marble goby dan ikan tilapia (Oreochromis niloticus. Walaupun penternak ini dimiliki oleh kaum Cina, setahu saya ikan keli ini tidak diberi makanan seperti bangkai ayam malah diberi makanan komersial iaitu pellet soya untuk meningkatkan kandungan protein ikan keli. Saya masih menjalankan kajian terhadap tabiat pemakanan ikan keli dan mendapati ikan keli yang kecil tidak sesuai diberi makanan yang berlemak dan kebanyakkan ikan keli yang diberi makanan yang kandungan lemaknya yang tinggi seperti sotong akan dijangkiti penyakit dan mati. Oleh yang demikian, diharapkan orang ramai jangan membuat spekulasi dan tomahan yang tidak berasas. Jika ada yang ternampak cara penternakan yang tidak sihat ini. Sila laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana melalui ujian yang dijalankan di makmal, tabiat makanan ikan dapat dikenalpasti. Saya tidak menafikan bahawa adanya kemungkinan pengusaha yang ingin mengaut keuntungan yang lebih tinggi tetapi kos menggunakan pellet adalah sangat rendah dan untuk menternak ikan keli dari benihnya memerlukan lebih daripada bangkai ayam. Sekian.

  34. bear's cabin sdn bhd

    assalaamualaikum,
    sy ingin kongsi siket crite ternak keli, sbb sy kompeni ternak ikan air tawar. ikn keli bukan tengok pada warna hitamnya. sebab kalo keli untuk akuakultur hari ni, dah dikacuk antara keli kampung (kayu) dengan keli afrika. tujuannya? keli kayu sedap, tapi lambat besar. keli afrika cepat besar tp x sedap isiknye. jadi, kacukan ni kadg2 menghasilkan baka yang warnanya kelabu/tompok/hitam. kalo yg hitam betul adelah keli kampung, dan kalo keli yg betul2 hitam dan besar, itu yg bermasalah (rujuk di atas, keli kmpung sush besar tp bile org jual jadi sgt besar n murah, y??). petua sy untuk pelanggan sy, jgn sekadar tgk lemak, tengok jugak warna bahagian perut. keli yang makan dengan bersih perutnya putih kemerahan dan hanya berlemak di bahagian bawah kepale, badannya pejal. berat standars keli yang mkn ikout aturan adalah antara 160g-250g shaja. keli yang terlalu besar akan dikeluarkan dan dijual sebagai induk, bukan untuk mkanan. harga keli yang bersih sekitar RM 4.30 (borong) dan RM 6-RM7 (runcit) kalau bawah dari RM4, brkemungkinan mkn perut ayam atau non-halal punye sumber. kami pnternak yg jaga sumber halal banyak terseksa dengan tokey2 yg bg mkn bangkai/kotor. setuju dengan Mat, benih kecil keli memrlukan zat secukupnya (untutk tujuan jualan) maka pallet No. 1 adlah sumber utama, mknan kotor hanya digunekan sesetengah pihak dlm peringkat penggemukkan setelah ikan mncapai size 5 inch.

  35. im

    salam, kte sebagai org islam mmg wajib untuk memastikan ape yg kte makan tu dr sumber2 yg halal, jd sbelom bli ikan keli2 better tnya la dgan org2 yg berpengalaman untuk menentukan kehalalannya….
    sy bermnat gak nk join ternakan ikan keli ni,tp sy student lg…blh ke sy join,ternakl ikan keli ni perlukan bnyk masa ke nk spend…klo de pape maklumat hrap email kn kat sy ” imranwear@yahoo.com“…..

    ingin tahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.