Jangan makan ikan keli!!!

Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..

Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.

saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.

Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakultur lah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yang dipakainya..Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli cina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM 0.00!!!

Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…

Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan.

Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..

Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..dari meja pengarang..

Jika ada usahawan ikan keli bumiputera ingin mengiklankan perniagaan mereka PERCUMA, sila ke Iklan Penternakan Ikan Keli

Dapatkan sekarang Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli !!

ternak ikan keli

164 Comments

← Previous Page 4 of 4
  1. mungkin orang tu tak biasa kot dengan dunia blogging. tu yang marah. tapi kalau tengok kat paper metro pun tajuk-tajuk semua hot. lagipun dengan tajuk macam tu jelaa buatkan orang nak klik untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku.

  2. wak jawa

    Kepada Penternak, atau Individu yang ingin Menyertai Kursus Perikanan, Boleh Hadir Ke Kursus Anjuran High Tebh Aquaculture.
    Kelebihan :
    1- Pemberi ceramah telah Berpengalaman lebih 20tahun dalam bidang Perikanan.Juga Menjadi Penasihat Kpd Jabatan Perikanan.
    2- Tempat Yang Selesa dan Lengkap dengan Peralatan untuk Praktikal.
    3- Belajar Tiori dan Praktikal.
    4- Makan Minum, Nota, Penginapan dan Sijil disediakan.
    5- Bayaran Yang Cukup Murah RM450/seorang

    Untuk Tempahan sila Hubungi 013-3399225-En.Amin

    Diadakan Setiap Bulan dan Maksimum peserta 20orang/ siri

  3. biasa la bro..

    berniaga cara haram nie da menjadi kebiasaan kepada penternak yang tak tau hukum halal dan haram dalam agama..

    so banyak bersabar laa.. take care..
    tq salam

  4. MAKANAN IKAN KELI JIMAT KOS!!!

    Dapatkan bekalan terus dari kami :

    Makanan ikan keli HANYA RM 1 per KG.
    ……1 beg 25 kg = RM 25

    Kompleks Pengumpulan Ladang FAMA,Merbau Kudung,13800 Sungai Dua,Pulau Pinang.

    hubungi:0174684551(Mus)

  5. abuhassan omar

    Bro, bagilah maklumat lengkap, apa jenisnya (makan anak, besar dsb) hantaran keluar negeri PP macamna

  6. abuhassan omar

    wahai penternak ikan keli!

    pasaran sekarang, kita jual RM 3.++/kg
    peraih jual RM 8.00

    kita cadang jual ikut saiz
    anak kecik 2 1/2 in – 12 sen
    3/4 in – 20 sen
    5/6 in – 30 sen
    berat 5/6 ekor/kg – RM 1.00/ekor
    berat 4 ekor/kg – RM 1.25/ekor
    berat 1 ekor/kg – RM 3.20/ekor

    benih induk keli – RM 15.00/kg

  7. asrul

    mr abuhassan omar, mahalnye harga benih tu…kualiti ok kerr???nanti masuk kolam semua ko ade ganti takk???

    harga 3″ pun bawah sposen

  8. Saya adalah pengusaha penternakan keli tetapi masih baru dan byk yg perlu dipelajari. Kepada sesiapa yg berminat utk berkongsi pengalaman sila emailkan kpd saya. Saya juga amat memerlukan pembeli ikan keli yg membeli dengan harga yg berpatutan dan berapa jumlah yg diperlukan… Hubungi 019-4064510 / 019-4064580

  9. Saya adalah pengusaha penternakan keli tetapi masih baru dan byk yg perlu dipelajari. Kepada sesiapa yg berminat utk berkongsi pengalaman sila emailkan kpd saya. Saya juga amat memerlukan pembeli ikan keli yg membeli dengan harga yg berpatutan dan berapa jumlah yg diperlukan… Hubungi 019-4064510 / 019-4064580

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.