Hidup Seorang Blogger

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogger | Buat duit | Duit dengan blog | hidup seorang blogger | Social bookmark | Syukur | wanmus Tarikh: 22 August 2010 | 35 komen

Hidup Seorang Blogger tu indah ke? ceria ke? sedih ke? Happy ke? Hanya blogger tu sahaja yang tahu bagaimana HIDUP SEORANG BLOGGER..tak kisah blogger tegar, sampingan atau pun picisan, kita sebenarnya sebahagian dari reporter seluruh dunia tau..Jangan ingat tulisan korang tu orang kulit coklat atau sawo matang sahaja yang baca, kulit hitam, kulit putih, kulit kelabu, kulit pink pun baca tau silap2..Tulah hebatnya hidup seorang blogger ni, ada tu lebih terkenal dari seorang reporter maupun artis..Tak percaya?

Sape tak kenal Aduk Taruna? Sape tak kenal Raja Petra? tu antara blogger yang pernah menggemparkan dunia kerana apa??? KERANA BLOG! Iya kerana kuasa blog mereka, mereka menanggung glamour tak bertempat..Glamour masuk TV sebab salah tulis..ingatkan takde orang baca, padahal 1 Malaysia baca..hmmm..nak ke hidup seorang blogger sebegitu? kalau saya taknak dan mintak dijauhkan..susah jugak menjadi blogger ni..

Senangnya, saya cerita ikut point ek..tulis panjang2 pun susah jugak nak baca ek..maklumkan orang otak teknikal ni tak suka mengarang panjang2, tapi lebih kepada point2..hehehe

  1. 1- Hidup Seorang Blogger ni happy sebab dia akan cuba tulis sesuatu yang happy dalam hidupnya..saya tak suka cerita sedih kat blog sebab wat apa kongsi benda sedih, bukan orang nak tahu pun..masalah diroang pun dah banyak, so biarlah diorang happy baca kita happy kita kan? Betul x?
  2. 2- Hidup Seorang Blogger ni gembira bila tengok buffered earning bertambah dan earning bulan tu tinggi kan???HAHAHA..rasanya semua orang suka dan gumbira bila tiba bab ni..HAHAHAHA (suka kegembiraan)
  3. 3- Hidup Seorang Blogger ni sedih apabila sahabat blogger lain bersedih contohnya atas pemergian keluarga terdekat mereka, keluarga mereka bergaduh, gaduh ngan boyfren (sebab blogger pompuan je biasa tulis kalau gaduh ngan boyfren, blogger lelaki kalau gaduh pun, maintain je..hehe) ataupun akaun google adsense kene reject atau suspend..
  4. 4- Hidup Seorang Blogger ni perit apabila baca komen orang yang jeles a.k.a dengki..Yerlah, kalau ada sepuluh orang suka kita, mesti ada 1-2 orang benci kita..tu dah lumrah alam..Perit wei baca komen kutuk dan nak jatuhkan kita..yerlah mereka takde apa pun tulis tu, maruah dan emosi kita yang blogger ni lah yang terganggu..Dulu kena, sampai 1 minggu tak tahu dah nak tulis post ape terbaru..yerlah kan tak pasal2 kene kutuk lagi..tapi kini tak dah, tulis aje, jangan fikir dah barulah hidup seorang blogger..hahahahaha
  5. 5- Hidup Seorang Blogger ni perlu banyak bersabar sebab kekadang info, berita, cerita atau gambar kita di curi..maksudnya diambilguna tanpa makluman atau kredit pingback kepada blog kita..sabar je lah cik nun, sebab mungkin diorang tak tahu lagi etika berblog ni..saya dulu pun awal2 copy paste juga sikit2..hehehe
  6. 6- Hidup Seorang Blogger perlu selalu bersyukur..Kalau hari ni ada 10 pelawat, bersyukurlah sebab ada blog yang takde pelawat langsung, owner tu je duk lawan blog sendiri hari2..Rezeki kita insyallah akan ada nanti..blog wanmus.com ni pun setelah 2 tahun barulah jadi sebegini..Yerlah dulu belajar sendiri2, mane lah ada orang nak ajar semua benda alah ni..hohoho
  7. 7- Hidup Seorang Blogger akan memudahkan anda mendapat kawan..iya..padahal tak pernah jumpa pun, tapi berkomen2 dalam blog macam dah bertahun berkawan..tulah hebatnya blogger ni..Iya, dengan bloglah saya mula berkawan dengan smartzul, rohaizad, kak jie, blalang, ammarzahar dan beberapa blogger lain.
  8. 8- Hidup Seorang Blogger membuatkan kita busybody..hehe..ingat lagi post saya yang kata blogger ni orang yang paling busybody? opps..bukan busybody yang negatif tau..ianya busybody yang baik dan positif..Macam post mengenai daging McDonald tak halal tu, kan kalau saya tak busybody tengok kat web dan blog orang lain, macamana saya nak boleh bagitau kat orang lain..dan kerana busybodylah saya tahu yang McDonald Malaysia dah keluarkan kenyataan yang daging mereka sah Halal..so tak salah kan busybody??hehehe..
  9. 9- Hidup Seorang Blogger ni membuatkan anda resah dan gelisah apabila tak ada cerita baru untuk update kat blog..betull..cuba tanya blogger2..mesti pening fikir nak update apa..kalau tak update 2 hari, mesti gelisah je n rasa macam ada sesuatu tak lengkap..lagi resah dan gelisah apabila internet wat problem..ikutlah streamyx ke, celcom ke, maxis ke..gerenti memeningkan kepala..hoho
  10. 10- Hidup Seorang Blogger akan menjadi bosan apabila terpaksa berhadapan dengan coding html atau php yang tak pernah diajar kat sekolah atau U dulu..lainlah kalau lulusan komputer tu..ni belajar mekanikal tapi kena mengadap coding..lagi bosan apabila tak setel2 duk adjust 1 baris je coding..letak sini, lari situ, letak situ, lari sini..hoho sudahnya tutup dulu, gi sembahyang mintak petunjuk..insyallah lepas tu, tiba2 ok pulak..hehe..ikut pengalaman lepas2..

Tulah 10 keadaan atau Hidup Seorang Blogger yang sebenarnya berubah-ubah ikut keadaan semasa..time semuanya berjalan lancar, konfirm tersengih je..bila ada masalah sikit, tengoklah muka tu macamana..hehehe..tapi jangan terpengaruh sangat dengan blog..Kita yang tentukan blog kita, bukan blog kita yang tentukan kita..

Sekian saja nukilan HIDUP SEORANG BLOGGER nukilan seorang blogger yang sepatutnya jadi engineer mekanikal atau lecturer, tapi berubah angin menjadi blogger dan usahawan internet.. Post ini bagi memenuhi syarat post pertama contest hidup seorang blogger denaihati.



  1. […] This post was mentioned on Twitter by wanmus, myekamus. myekamus said: Hidup Seorang Blogger http://t.co/VpV9V76 via @AddThis […]

  2. rohaizad

    Tu gambar kat atas tu penguin ke apa?
    Hahah

  3. wanmus

    hahaha..siyot je ek..tu gambar sepatutnya jadi engineer tapi lain pulak jadinya..ahahhaa

  4. musi

    Sekali sekala duakali duakala,
    ada baiknya cerita duka yg de pengajarn dan didikan yg bawak keinsafan dan sebagainye.

  5. mijie

    wah entri sudah buat, bukan ke esok mus kn terbitkan ataupun ini strategi terbaru, hehe

  6. wanmus

    tersilap timing..hehe..dah reset balik..

  7. mijie

    mantap lah, aku pun tengah nak siapkan entri ni

  8. blalang

    Ni ada contest SEO keyword “hidup seorang blogger” ker?

    Semoga berjaya la wanmus. Komen Ijad psl gambar penguin tu mmg tak boleh blah…

  9. Azuan

    wah.. byk point hidup seorang blogger.. aku masih kering idea..waa…

  10. Anarm

    wow!! banyaknye point2 menarik.. bagus ahh

  11. rohaizad

    Hosting engineer pun kira engineer apa…

  12. apiih

    sggh mnarik point2 yg dihujahkan…gud luck bro..

  13. […] ni nak cepat menang! tak percaya? cuba cek search dari Malaysia untuk title “Hidup Seorang Blogger” tu berapa sehari hit dari Malaysia..tengoklah tak caya..mesti tinggi sangat2 berbanding […]

  14. wanmus

    ijad tu memang, saje wat sakit hati..hahha

  15. wanmus

    alaa bro dah tinggi SERP tu..dah ok dah tu..hehe

  16. wanmus

    Yang baik kita jadikan panduan sama2..

  17. wanmus

    gud luck untuk bro jugak 🙂

  18. Azuan

    emm, awal lagi lah bro.. tak tau apa akan jadi last minute nnti..

  19. Video Cara Pancutkan Isteri!!

    […] dah lama..masa promote ebook jamal kot, cara pancutkan isteri..dah lama rasanya..nilah kesan kepada hidup seorang blogger lama yang dah banyak post lama tak […]

  20. […] keyword ngan korang kan? sebab saya pun gitu jugak..hehehe..dah memang main SEO ni sebahagian dari hidup seoarang blogger tegar kan..so nak ke taknak, terpaksa terkejar-kejar jugak buat […]

  21. […] diutarakan. Aritu kata daging McDonald was-was, sekrang buktikan yang ianya disahkan halal..Bestnya hidup seorang blogger ceria setiap […]

  22. Cabaran Hidup Seorang Blogger Beriman

    […] hidup seorang blogger beriman ni amat tinggi sebenarnya tau. Bukan saya nak kata saya ni kuat iman atau apa, cuma sekadar nak […]

  23. Hidup Seorang Blogger Muslim

    […] bila dah jadikan blogger sebagai pendapatan hidup, semuanya perlu diambil berat. Iya, hidup seorang blogger ni perlukan banyak penelitian sebab ianya tak strict pada satu benda je tau. Tak caya? Kalau nak […]

  24. […] perkongsian ni memberikan makna untuk kita semua..Maklumlah Hidup Seorang Blogger kan perlu sentiasa berkongsi lagi2 berkaitan bisnes hosting malaysia saya […]

  25. Kisah Blogger Yang Terkentut-Kentut

    […] blogger untuk keluarkan post bertajuk blogger yang terkentut..hehehe.kelakar kan? Tulah lumrah hidup blogger yang sentiasa nak memeriahkan industri pembloggeran kat Malaysia […]

  26. […] wanmus (94) […]

  27. Hidup Seorang Blogger entri wajib 1 | Denaihati

    […] Sha-hir.blogspot.com – Hidup Seorang Blogger56. Na5wa.com – Hidup Seorang Blogger57. Wanmus.com – Hidup Seorang BloggerIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS […]

  28. DaHLia

    UTM….rindunyaaaaa

    sis dulu Konvo ke-31 kalo xsilap..tahun 2003…nampk ngat daku dah tua..hehehe

  29. wanmus

    oo takpe cikgu..kat blog ni tak kira usia, semuanya member blogger

  30. rusliesophian

    Dari part-time jadi full-time, bila dah hari2 ngadap laptop, boring lak rasanya…itulah hidup seorang blogger. But it’s fun, interesting and very rewarding.

  31. […] kini anda pembaca blog ini, mana tahu satu hari nanti anda juga akan jadi blogger seperti saya. Boleh sama-sama kita buat duit dengan blog dengan lebih […]

  32. Ladfe Amir

    dulu saya ingatkan berblog ni tiada cabaran yg hebat.
    tapi bila blog saya bermasalah mulalah rasa apa itu halangan berblogging.

    tambah2 lagi bila dapat tahu ada rakan2 blogger yg kena suspend akaun atas sbb yg tidak diketahui

  33. akuorgkmpng

    betoi apa yg hng list tu..
    yg pling suka.. point no 10 tu..
    aku mmg xtau lgsung bab ni dlu..
    skrg ni dh tau ckit.. tu pn copy paste ja..
    xreti nk buat sndri. untung o0o, klu tere pasai ni, rugi x amik bidang IT msa bljaq dlu.. huhuu

  34. jutawansenyap

    penguin ha ha ha ha

  35. jutawansenyap

    moga hidup lebih power dari sebelum nih