Genap Sebulan Sebelum Bergelar Ayah..

Penulis: wanmus Kategori: Ayah | doa | Mengandung | wanmus Tarikh: 08 March 2011 | 28 komen

Tak caya rasa sekarang ni dah masuk 8 bulan 2 minggu..so secara kasarnya lebih kurang 3-4 minggu lagi, saya akan bergelar ayah..huhu..terharu, takut, bersyukur, bangga, kecut, risau dan macam2 lagi bermain kat hati dan fikiran ni..yang penting sekali, boleh ke saya ni jadi ayah yang terbaik..hoho..haa sekarang rasalah betapa susahnya nak jadi yang terbaik..

Tapi insyallah..harapnya dapatlah jadi ayah terbaik..korang doakan tau.

Ingat lagi masa mula2 cek guna pregnancy test tu..mula2 test, failed..kali kedua pun failed..last2 sebab demam dan batuk isteri tak berhenti-henti, gilah klinik..pastu sebab doktor tahu baru lepas kahwin, dia sarankan wat prgenancy test sekali lagi..masa tengok result..huhu sekali lagi doktor cakap failed..sedih woo…pastu duk tunggu amik ubat, tiba-tiba doktor panggil..Siti jamaliah..aik, ingatkan ada orang lain, rupanya memang doktor panggil kitorang..masuk je bilik doktor, doktor cakap “Tahniah ye awak pregnant”…wahhh masa tu tuhan jelah tahu..rasa nak melompat je sampai marikh tu..

“Kenapa tadi doktor cakap failed?? “saya tanya doktor. Doktor cakap mungkin sebab hormon tu tak kuat lagi, jadi lambat nak tengok result..tu pun mujur doktor tak buang terus tadi..tulah rezeki..apa lagi, teruslah tersenyum..yerlah rasa macam dalam drama pulak bile time doktor cakap tahniah awak mengandung tu..hehehe..

Sehari demi sehari tak sabar nak tunggu baby ni lahir tau..yerlah jaga kesihatan ibu mengandung ni ke hati-hati sikit tau..yerlah risau jugak kot-kot ada apa2..simptom tu biasanya..macam2 ada, tapi mujur tak teruk sangat.

Tadi baru gi bayar untuk sertai Kelas antenatal kat Hospital Pusrawi hujung minggu depan dalam 26-27 Mac 2011. Tupun kalau isteri tak beranak lagi..Penting kelas tu, terutama nak jaga dan besarkan anak..anak pertama kan, mestilah nak tahu dan belajar..hehe

apa pun, kurang 1 bulan lagi, wanmus yang korang kenal ni akan jadi ayah a.k.a papa..jadi tolonglah doa kat kami sekeluarga sihat dan selamat ye dan selalu dimurahkan rezeki..jangan risau, saya selalu doakan sahabat semua semoga selamat dan dimurahkan rezeki..Insyallah..

**Gambar atas tu hiasan semata ye 🙂 gambar pegang anak member masa kahwin aritu, Jun 2010



  1. jutawansenyap

    tahniah .. moga jadik bapak beriman dan bertakwa. Selalulah berselawat atas nabi
    moga kelahiran anak pertama menjadikan anda lebih tabah dan cemerlang dalam hidup.

  2. khairolghani@gmail.com

    InsyaAllah..dah tak lama dah tu..persiapkan diri untuk menjadi seorang ayah yg baik..mesti tak sabar2 dah nak tunggu kelahiran anak kan?banyakkan berdoa semoga isteri dapat bersalin dengan mudah..

  3. Peja

    Tahniah boh… ambe gak sedih… dah 11 bulan kahwih, tp langsung xde tanda2 nak dpt baby…

  4. Master Pak Pandir

    tahniah bro. harap-harap semua selamat nanti. emm…tak teringin ker nak sambut anak sendiri time dia lahir?? 🙂

  5. wanmus

    Insyallah..terima kasih atas nasihat tu bro..

  6. wanmus

    memang sgt2 tak sabar..hehe

  7. wanmus

    insyallah ada lah tu boh rezeki tak lama lagi..mane tau lepas pindoh Besut kekgi rezeki bertambah..Insyallah..sama2 kita doakan

  8. wanmus

    insyallah memang nak sambut kalau time tu rasa berani 🙂

  9. kak ina kl

    wah tentu tak sabar nak dapat baby…kalau 8 bulan lebih tentu dah tau jantina baby kan..pink ker blue?

  10. Master Pak Pandir

    bagus-bagus. harap bro wanmus beranikan diri juga. 🙂

  11. aimannajmy

    tahniah bro…kemanisan alam berumah tangga bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata…

  12. Sabahan Bloggers Club

    Tahniah dari kami.
    Semoga menjadi ibubapa yang baik dan dapat membesarkan anak menjadi anak yang baik-baik juga. Amin….

  13. Fazli

    gambar tu kontroversi gak. baru kahwin dah ada anak. hehehe… gurau ye. saya masa dapat tau berita isteri saya tengah mengandung anak pertama, saya tengah potong bawang kat rumah(masa tu duduk jauh dgn wife). lepas wife bagitau dia mengandung, nak potong bawang tu menggigil. tak tau menggigil sebab apa. happy sangat kot.
    baguslah amik kelas. bagi sokongan terbaik pada isteri terutama masa melahirkan anak pertama sbb biasanya sakit untuk lahirkan anak pertama lebih lama.
    selamat berjaya.

  14. wanmus

    setakat gi scan masa 7 bulan aritu, Dr cakap x nampak lagi..mungkin baby giral tapi Dr x berani nak cakap..tpi kalau ikutkan tendangan yang dia bagi kat mama dia tiap2 malam, macam lelaki..tak taulah kak..yg penting sihat dan selamat semuanya..

  15. wanmus

    betull sgt tak sabar rasa

  16. wanmus

    Insyallah..terima kasih kerana doakan kami

  17. wanmus

    betul bro..dugaan anak pertama lah yang mematangkan kita..banyak yg tak tahu..dan bila dah lalui, barulah tahu sikit2..tu pun lepas jumpa Dr baru tahu simptom2 orang mengandung ni..apa pun, senario baru dalam hidup..happy sgt2 lagi2 time dia menendang tiap2 hari

  18. Luthfi

    bro, doakan yang terbaik untuk lu dan wife. harap anak yang keluar nanti sehat la hendaknya 🙂

  19. siha

    moga sume selamat!

  20. wanmus

    insyallah..thanks bro

  21. wanmus

    insyallah..harap2nya macam tu lah

  22. Azam

    tahniah…semoga bahagia sekeluarga.

  23. akuorgkmpng

    aku doakan smoga ank hng slmt dilahirkn..
    hrap2 semuanya brjln lancar..

  24. rohaizad

    jelessssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  25. Kimi Rekonen

    amalkan baca doa nabi yunus

  26. Mus

    kena penuhkan ilmu di dada sebelum menjadi bapa..
    tahniah bro..
    aku doakan juga!!

  27. muhammad fakhruddin

    Wah bertambahlah kelab bapa-bapa blogger. Jangan lupa letak 1-2 gambar comel anak bro dalam blog ni nanti 😉

  28. Saya Dah Jadi Ayah!! :)

    […] dulu masa bulan2 awal tahu mengandung, sebulan sebelum menjadi ayah, tendangan kuat si baby dan kini akhirnya dah pun jadi ayah..huhu..alhamdulillah..ni kat bawah ni […]