Doa Selepas Sembahyang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang doa selepas sembahyang atau solat. Rupanya masih ramai antara kita mencari tentang doa di internet tapi yang sedihnya hanya sedikit web yang bercerita tentang doa dan agama islam. Seperti kita tahu, doa adalah senjata umat islam. Maksud doa di atas ada kat bawah ni..

Kenapa doa selepas solat? Sebab permintaannya tinggi selepas ayat seribu dinar yang saya poskan sebelum ini. Alhamdulillah antara kita dah banyak mengamalkan doa untuk kesejahteraan hidup dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Apa kena doa dan perniagaan internet ni wanmus? Bukan boleh buat duit pun.. ishhh..tak baik cakap macam tu, sebenarnya lagi sedikit benda tu di internet, lagi besarlah market kita sebenarnya. Cube anda search di google dan semak berapa banyak web yang ada cerita tentang doa ni? Sedikit bukan? Kalau ada pun, tak kena ngan apa kita cari. Ingat, apabila mencari suatu benda tu, pasti ramai juga yang mencari benda sama. So, cari betul-betul dan jika jumpa, buat post.

Begitulah seperti saya sekarang ni. Dulu mencari ayat seribu dinar, dan sekarang blog saya antara top untuk niche tersebut. Tapi ingat, dalam berdakwah bukan duit kita kejar tapi perkongsian ilmu tu yang penting.. wallahualam.

Kredit utk isuhangat dan doa-doa harian

48 Comments

  1. Razipah

    salam ziarah,banyak info kat sini,saya ambil ya…muga wanmus berjaya dalam pencarian internet…terima kasih banyak-banyak…

  2. @Razipah: wsalam. boleh kak. amil ke dan kalau boleh, letakkan di page berkenaan link ke post saya ni. semoga sama-sama beroleh untung..

  3. sy ucap tahniah kt awk sbb xrmai yg suke wt blog psl keagamaan cmnie…

  4. @sayuti: terima kasih, saya hanya ingin berkongsi perkara yang saya tahu. kan blog itu tempat perkongsian..hehe

  5. Helmi

    salam..
    nak mintak tolong skit..
    blh tak kalau post kan wirid selepas solat..
    jasa anda dikenang…

  6. NoNAme

    ZIKIR LEPAS SOLAT

    “Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Lantas membaca: “Ya Allah, Engkaupemberi keselamatan, dan dariMu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan YangPemilik Keagungan dan Kemuliaan.”

    (HR. Muslim)

    “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutubagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yangsudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah YangMahakuasa atas segala sesuatu.” Dibaca sepuluh kali setiap sesudah solat Maghrib danSubuh.”

    (HR. Tirmizi, Ahmad)

    “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Dan Allah Maha Besar. (Tiga puluh tiga kali).Tidak ada Tuhan (yang hak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutubagiNya. BagiNya kerajaan. BagiNya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”(“Barangsiapa yang membaca kalimat tersebut setiap selesai solat, akan diampunikesalahannya, sekalipun seperti buih di laut.”

    (HR. Muslim)

  7. thanks kerana adanya website agama seperti ini dan doa ini kebanyakkan memang ramai yang malas nak dihafal tapi lebih kpd bahasa sendiri…….tapi kan lebih elok
    ader perkataan jawi dalam bahasa melayu……semoga sukses orang yang mencipta website ini amin……….

  8. mohamad razif

    assalamualaikum………….. terima kasih diucapkan kerana dengan adanya maklumat ini akan memudahkan semua orang islam untuk menghafal dan membacanya…. semoga kita semua akan menjadi seorang islam yang diberkati dan diredhai oleh Allah…InsyaAllah………amin…

  9. alhamdulillah!..teruskanlah usaha murni anda,di zaman yang serba mencabar ini tak ramai yang berkesempatan hadir dalam majlis2 agama d surau2 atau masjid2 serta tak ramai lagi dah guru2 yang mengajar agama,mudah2an dengan adanya ruangan seperti ini sekurang2nya memberi peluang kepada saudara2 seagama kita menggunakan kesempatan yang ada ini untuk mempelajari tentang agama..insyaallah.

  10. rahman

    semekom…kalu doa ni diterjemahkan dgn bahasa melayu boleh ka?maksud saya bukan maksud doa ini…tapi ayat arab tu diterjemah dgn bhasa melayu..leh x buh dlm blog nih?

  11. matzerk

    mus, matzerk ni..
    tau dop rano nok menjana pendapatan kot blog ni?

  12. matzin

    thanks a lot

  13. Mohammad Hassan

    salam. alhamdulillah & terima kasih. masih belum terlambat untuk mempelajari balik ilmu yg telah di tinggalkn. Saya ucap Jutaan terima kasih kerana membuat blog ini…

  14. salam……….. saya mintak azin dari awak untuk ambil doa selepas solat untuk saya amal kan hari2,harap awak memberi izin,sekian terima kasih…

  15. luqman_kgLaut

    assalamualaikum…
    tme ksih kt ustaz2 n org yg btggngjwb mnyebarkn doa2 ni… insyaALLAH sy amalkn…

  16. azmi mohd massittu

    ma kc ustaz……krana mybar kan doa ni……..insallah sy akn amal kan….

  17. Mohd Yunus

    Terima kasih kerana ada blog keagamaan,semuga mendapat berkat dari Allah SWT

  18. jahisjamil

    Boleh tak en kirim saya bacaan selepas sembahyanh dalam bahasa rumi..?amat memerlukan…

  19. razif

    salam…good job.we support u together
    apapun tahniah la…mmg klu kita kaji selidik,ramai di kalangan muslim skrg cbuk mencari harta kekayaan yang mereka fikir semua itu atas usaha mereka sendiri tanpa memohon dari sang pencipta(ALLAH).dah dpt duit,dh dapat rezeki tp lupa nak bersyukur..doa ni sentiasa bkn kena tunggu susah bru nak mtk , bru nak solat, bru nak berdoa..zaman skrg semua dh terbalik…semoga umat islam zaman it ni akan lbh memikirkan saat kematian kerana tanda-tanda kiamat dah ditunjukkan ….semoga ALLAH mengampunkan umat islam yang masih leka dengan hal keduniaan..carilah bekalan untuk akhirat jgk.
    wassalam

  20. ham jb baru

    mmg bagus sgt post kat sini…sekurang-kurangnya apa yg sy tak tau jd tau,bertambah lah ilmu dan dptlah perbetulkan yg silap selama nie… Alhamdulillah..amin.

  21. ham jb baru

    yupsss.. sy sokong jamil. kebanyakkan org skrg tak reti jawi,rumi mgkn satu jln terbaik tuk kt memulakan atau mendekati agama islam nie.

  22. banyak doa doo dlaam internet atau kitab2 cuma nak kene tau makner gak takut terslah doa palk nanti

  23. ak stuju n ak tgok skrg ni lbih byk anugerah diberikan kt artis2 kt pra ulama xbg pn.artis2 too xjsa pape pn kt agma

  24. SAIDI

    TAHNIAH DGN APA YANG ANDA USAHAKAN MOGA2 ADA KEINSAFAN APABILA ORG MELIHAT DOA-DOA TERSEBUT, CUBA PERBANYAKKAN LAGI DOA2 DAN CUBA BENTANGKAN PERMASALAHAN DLM SOLAT DAN CARA MENGATASINYA MENGIKUT HUKUM FIQH DALAM MAZHAB SHAFIE.

  25. SAIDI

    ITU BETUL TAPI BACAAN DLM RUMI TAK BERAPA TEPAT DARI SEBUTAN DLM BAHASA ARAB,TAPI UNTUK PERMULAAN BELAJAR TAK MEGAPA TERUS DI SAMPING BELAJAR BAHASA ASALNYA INSYALLAH BERJAYA

  26. fahmi

    saya ambil dan print doa sembahyang nie ye encik…minta kebenaran

  27. JOIRY

    Salam Wan, respek la gua sme lu. Tngktkan lagi usaha untuk mendapat keredhanNya Wan.Moga dilindungi dunia dan akhirat.Wan bile nk kahwin? Jgn tggu lame2 nnt melepas,haha.

  28. Hafez Jb

    salam… boleh tak kirimkan saya doa selepas solat ini dalam sebutan rumi? saya agak keliru dengan bacaan jawi. terima kasih…

  29. Hawa

    salam,,boleh x kirim kan zikir selepas solat dan doa2 yang paling baik dan mudah d hafal,,maksud saya doa memohon keampunan,doa memohon rahmat,kebahagian,murah rezeki dan untuk anak2,,wasallam.

  30. Dinero Puteri

    Assalamualaikum,

    Sy nk minta izin untuk ambik doa nie …. boleh kan?

  31. syazwanisani

    mengajak umat islam supaya berdoa kepada allah. alhamdulillah.sangat bagus dan bergauna untuk masyarkat.

  32. faz86

    terime kasih kerana berkongsi ilmu ini..semoga kita semua mendapat manfaat hendaknya,insyaALLAH amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.