Saya Dah Jadi Ayah!! :)

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Anak | Ayah | wanmus Tarikh: 22 March 2011 | 23 komen

Alhamdulillah syukur pada illahi..akhirnya penantian selama 9 bulan dah berakhir dengan lahirnya Wan Nur Aqilah Binti Wan Mohd Musyris ke dunia ni semalam iaitu 1.33am 21/3/2011 di Kota Bharu Medical Center (KBMC), Kelantan..dengan berat 2.5 Kg dan badan merah lagi, bersyukur dapat sambut zuriat pertamaku depan mata sendiri..

Memang saya dan isteri tak sabar-sabar nak tunggu dia lahir tau..yerlah anak sulong kan..insyallah anak-anak seterusnya pun mesti akan bersemangat punya cuma kurang dahlah sikit kot cabarannya sebab dah ada pengalaman sikit ni.

Kalau nak diikutkan, semalam memang dah ada di KL.cuma masa gi cek aritu, doktor memang dah tak nasihatkan sebab cakap maybe deliver awal dari tarikh due.memang betul..due sepatutnya 7 April 2011 tapi awal dalam 2 minggu. takpelah yang penting baby dan mamanya selamat dan sihat.

Hohoho..ingatkan dulu masa bulan2 awal tahu mengandung, sebulan sebelum menjadi ayah, tendangan kuat si baby dan kini akhirnya dah pun jadi ayah..huhu..alhamdulillah..ni kat bawah ni gambar heroin kami ni waktu betul-betul lepas lahir selepas nurse dah bersihkan dan selepas saya iqamahkan.

Oklah..nanti saya update lagi cerita tentang si aqilah ni ye..terima kasih pada semua sahabat dan pelawat yang telah doakan kami selama ini..Hanya Allah dapat membalasnya..amin..



  1. Master Pak Pandir

    tahniah bro wanmus. semoga dengan kehadiran cahaya mata mampu menjadi penyeri dalam rumah tangga.

    bro, sambut sendiri baby aqilah tu ke??

  2. mat kalut

    tahniah bro wanmus

  3. Peja

    tahniah papa wanmus… huhuhuhu… ambe gak xtau bile lg nk dpt…

  4. siha

    tahniah Wanmus!

  5. ros

    Tahniah!

  6. razis

    tahniah……

  7. kak ina kl

    tahniah…ala la la comelnya..nama pun sedap..

  8. wanmus

    Terima kasih

  9. wanmus

    Terima kasih kak ina..moga2 dia jadi sebaik namanya..insyallah

  10. saharol

    Tahniah bro..

    P/s: Comel nya baby.. Adakah ini yang dikatakan “Like father like son”? 🙂

  11. Anarm

    tahniah sbb dah dapat baby.. dan dah jd abah..

  12. menj

    Tahniah bro dapat orang baru 🙂

  13. menj

    Aik tu kan pompuan?

  14. vviisshhnnuu

    Taniah bro…

    Entry Terkini: Tutorial E-Filing | Panduan E-Hasil

  15. Rammel firdaus

    Tahniah wanmus.
    Makin bertambah rezeki.

  16. Mus

    Tahniah.. comel

  17. wanmus

    Terima kasih semua..

  18. Ladfe Amir

    tahniah bro. akhirnya dapat juga menikmati nikmatnya jadi seorang ayah.

    jgn lupa untuk membantu wife dalam urusan penjagaan baby.

  19. akuzle ayu

    akhirnyaa…. tahniah, mus… comeynyer baby…

  20. muhammad fakhruddin

    Sesetengah orang kata, anak perempuan banyak ikut ayahnya. Anak lelaki banyak ikut emaknya.

    Apapun comel mcm emaknya juga 😀

  21. MokhZam

    tahniah bro, semoga menjadi ayah mithali dan sentiasa dimurahkan rezeki,amin…

  22. Ridzaludin Abd.Wahid

    Tahniah…dah jadi bapa….selamar datang ke alam bapa…semuga jadi lah suami mitahli yang perihatan dan tanggungjawab…wasalam…from mersing.

  23. Rammel firdaus

    Tahniah wanmus. Semoga dimurahkan lagi rezeki