Blogger kena saman RM100,000 dan penjara 5 tahun!

Seorang blogger di saman RM100,000 dan dipenjara 5 tahun! gara-gara sebuah blognya sahaja, dia bakal menggelapkan masa depannya..mana nak cari RM100K dalam masa terdekat. Apa dia buat? betul nak tahu? korang pun rasanya ada yang buat benda yang sama..Cuba tengok gambar post dia kat atas ni..biasa je kan? haa..sebab tulah dia kene saman dan penjara tau? dahlah post tu post lama tahun lepas tapi tetap tak terlepas..

Semuanya kerana blog musiknya yang tak berapa glamour pun..tu pun ada beberapa post..tapi saman tetap saman tau! tapi jangan risau, tu jika pemilik blog ni belum memadamkan isi post tersebut dalam jangkamasa 48jam dari makluman..saya sebagai pembekal hosting dah awal2 suspend akaun ni sebab kalau x, server saya yang akan dipadam nanti..tak caya? cuba tengok email di bawah ni yang diterima dari RIM atau Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Email juga dihantar ke pihak TM dan myipo (harta intelek).

perghh..risau tengok email2 tu…sebab bukan main2 tau benda ni..jangan pandang remeh.thats why terus je suspend akaun tersebut sementara untuk elakkan tindakan mahkamah..harap owner blog ni dapat hubungi kami dan berurusan untuk delete blog tersebut.ada 5 lagu yang dikatakan copyright dan dimasukkan ke blog tersebut. Walaupun download dari mediafire, tapi ianya tetap disabitkan bekerjasama atau bersubahat..wahh bahaya kan? kita ingat takpe lah..rupanya tak boleh tau..ni senarai5 lagu dan hukuman dari akta berkaitan

wahh risau kan? Mengikut akta, denda boleh dikenakan antara RM2,000-RM20,000 bagi setiap salinan dan/atau penjara tidak melebihi 5 tahun..wahhh..jadi atas 5 lagu yang dikatakan tu, maknanya denda mungkin maksimum RM20,000×5= RM100,000!!! pastu penjara lagi 5 tahun!!wahhh..nauzubillah..

Jadi kepada pemilik music blog tu, berhati-hatilah kerana mereka mungkin memerhatikan anda..jangan kena saman dan dipenjara sudah ye..sebaiknya jauhkan dari share hasil kerja orang lain..hoho..korang ada ke musik blog ni?? korang rasa camner?

59 Comments

  1. zik

    ermm memang macam tuh…. kalau kena saman tuh, sakit tuh…

  2. nasib baik tak de benda2 gini
    risau, kan…tulis je hal sendiri dgn ayat sendiri, tak sedap baca tu, itu kisah sendiri..hehehe

  3. kalo berani ignore jer ha ha
    tapi kalo aku ney blog cuak gak .. kalo kene saman tul tul tappi biaser nyer recording company tuh gertak jerk

  4. blog aku pun pnah kena suspended sbb kes yg sama.. ade 2 lagu copyright.. mungkin company yg sama seperti di atas kot..

    lepas tu serik dah nak letak mp3 kat blog.. semua dah buang.. tp rasanya kalau guna blogspot selamat kot..

  5. janganlah gunakan blog untuk sebar perkara-perkara yang berhak-cipta. hoho~

  6. macam poyo je.JIWANG.ORG dah bertahun buat onar share barang tak pernah kena pun

    trust me this is all just scare tactics by the folks at RIM. A few years ago i reported a blog that shared malaysian movies and MP3s. Reported it and all i get in return is a signed KAMI THE MOVIE dvd from the production company

    The blog is still alive and well. hehe

    so all i can say is…… meh

  7. em…kan kita promosikan lagu diaorang tanpa dibayar….dh dapat promosi percuma boleh menaikkan royalti mereka….tu pun salah ke….?maaf saya blogger baru..

  8. Banyak lagi yang suka share-share lagu kat blog dorang ni. Jangan nanti kena saman sudah lar. Harta orang tu. 🙂

  9. betul tu..baik semuanya sendiri..baru senang hati

  10. blogspot selamat selagi tak bongkarkan identiti sendiri dengan betul..kalau diorang dapat detect, mungkin kena jugak

  11. yup..ni dah sampai surat lah..bukan email saja..thats why memang perlu beringat..siap cc surat ke myipo dan tm legal unit..kan tak pasal2 server kene tutup..

  12. dah tertulis kat kulit album yang tak boleh share di mana-mana selagi tak dapat kebenaran dari pihak rakaman..kalau nak share, wat lah radio sendiri..konfirm banyak dapat cd/dvd lagu free untuk preview 🙂

  13. ramai gak yang bising pasal ni..sure punya..sebab ramai suka download-download ni..(macam aku gak)hahaha..

    tapi aku takde le sampai nak sharing file tu dan siap buat web lagi..dulu memang ada terfikir nak buat..tapi pikir balik..menyusahkan diri je buat ape kan? 😀

  14. adeh…Malaysia nak menuju ke arah konkongan internet secara extreem ke ni. tu kalau uploadkan di mediafire. kalau yang letak playlist sebagai lagu background blog pun kemungkinan akan disaman juga ke

  15. Aku ada hasrat nak buat blog seperti share music n movie. tp ramai org katakan bahaya.

  16. habis tu, yang orang duk share kat Tumblr tu, macam mana pulak eh? hairan jugak. kalau blogger yang upload kat blog biasa boleh kena, tapi kenapa bukan yang kat Tumblr?

  17. di tumblr takde identiti pengguna yang sah.dan kalau tumblr atau lain2 penyedia perkhidmatan terima aduan dan dikenalpasti, gerenti akan tutup akaun tersebut..

  18. betul..tapi tu ar periuk nasi orang nak kena jaga jugak..hoho

  19. hanye lagu rasasayangge (versi indo) je goes global … tu pun bila org jepon kereoke.

  20. aku biasa terus jer ke jiwang.org dan syok.org…

    blog2 nie tarak main la…diorang pun ambik kt situ..hahaha

  21. Kalau just paprkan video drpd Youtube bagaimana pulak…. tentang maharaja lawak, ada sahaja yg akan share di Youtube 🙂

  22. kalau share video yg kat youtube takpe sebab memang video youtube free to share..selagi video tu ada kat situ dan tak kene buang atau blocked, maknanya video tu boleh dikongsikan

  23. bahaya gak… klu hasil dr share tu berjuta2 berkoyan2 xpe la gak, leh cover utk 100k tu… 😀

  24. ishhh takut gaklah..akak cuma ambik kat youtube..gambar baby terbaru tak ada ker?

  25. yup..so share lah hanya benda yang boleh dishare

  26. yuotube takpe kak, jgn risau..sebab kalau copyright pun, tukang upload video tu yang kena ataupun youtube akan diable video tu terlebih dahulu..gambar anak ada kak, nanti saya upload ek

  27. err blog aku cam blog muzik gak huhu tapi lagu sendiri je la semua huhu..perghh kalo terlepas pandang memang naya

  28. nampaknya..pihak atas tuh dah makin serius utk kawal lambakan benda2 camni..harap pihak skmm juga lebih kuat berusaha utk tutup mana2 web@blog yg berunsurkan lucah dll…setuju?

  29. haaa..kang kalau ada yg cetak rompak bro punye lagu…lehla kasi saman kaw2 punya…tak gitu bro aiman? 😀

  30. web begitu yang dapat mereka block, dah lama kena block..tapi kebanyakkannya dihost di oversea, jadi kita takde kuasa untuk tutup web tersebut

  31. zahaer

    erm..tapi kan..nape tak saman je org pasang lagu kat majlis kawen?
    sure ke diorang ade copyright? >.<

  32. adi

    salam..kalau buat blog sediakn lirik lagu camne plak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.