Blogger kena saman RM100,000 dan penjara 5 tahun!
Seorang blogger di saman RM100,000 dan dipenjara 5 tahun! gara-gara sebuah blognya sahaja, dia bakal menggelapkan masa depannya..mana nak cari RM100K dalam masa terdekat. Apa dia buat? betul nak tahu? korang pun rasanya ada yang buat benda yang sama..Cuba tengok gambar post dia kat atas ni..biasa je kan? haa..sebab tulah dia kene saman dan penjara tau? dahlah post tu post lama tahun lepas tapi tetap tak terlepas..
Semuanya kerana blog musiknya yang tak berapa glamour pun..tu pun ada beberapa post..tapi saman tetap saman tau! tapi jangan risau, tu jika pemilik blog ni belum memadamkan isi post tersebut dalam jangkamasa 48jam dari makluman..saya sebagai pembekal hosting dah awal2 suspend akaun ni sebab kalau x, server saya yang akan dipadam nanti..tak caya? cuba tengok email di bawah ni yang diterima dari RIM atau Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Email juga dihantar ke pihak TM dan myipo (harta intelek).
perghh..risau tengok email2 tu…sebab bukan main2 tau benda ni..jangan pandang remeh.thats why terus je suspend akaun tersebut sementara untuk elakkan tindakan mahkamah..harap owner blog ni dapat hubungi kami dan berurusan untuk delete blog tersebut.ada 5 lagu yang dikatakan copyright dan dimasukkan ke blog tersebut. Walaupun download dari mediafire, tapi ianya tetap disabitkan bekerjasama atau bersubahat..wahh bahaya kan? kita ingat takpe lah..rupanya tak boleh tau..ni senarai5 lagu dan hukuman dari akta berkaitan
wahh risau kan? Mengikut akta, denda boleh dikenakan antara RM2,000-RM20,000 bagi setiap salinan dan/atau penjara tidak melebihi 5 tahun..wahhh..jadi atas 5 lagu yang dikatakan tu, maknanya denda mungkin maksimum RM20,000×5= RM100,000!!! pastu penjara lagi 5 tahun!!wahhh..nauzubillah..
Jadi kepada pemilik music blog tu, berhati-hatilah kerana mereka mungkin memerhatikan anda..jangan kena saman dan dipenjara sudah ye..sebaiknya jauhkan dari share hasil kerja orang lain..hoho..korang ada ke musik blog ni?? korang rasa camner?
20 June 2011
Masa 3:49 pm
Gila saman banyak tu….memang kena la sape yg posting tu….nasib baik boleh padam dalam masa 48jam,kalau lebih dari tu abis la die…mana nak cari duit tu
Posting Terbaru Saya — 3.0 Email Marketing Kini Dilancarkan
20 June 2011
Masa 5:57 pm
memang sgt perlu berhati-hati
20 June 2011
Masa 5:57 pm
lirik lagu takde masalah..
23 June 2011
Masa 12:32 am
jieazz bwh server mana? klu depa pkai server lua, boleh santai lg.
01 July 2011
Masa 12:02 pm
pergghh! 100,000..
kalau dia dapat cari duit RM100,000 dalam sehari, confirm leh jual ebook dia..
jangan pinjam ahlong dah ler..
11 July 2011
Masa 1:19 am
awal tahun hari tu pun aku dah kena..serikk dahh..dia cakap nak saman 1 lagu, 2k..
yang kantoi pun,lagu raya yg aku upload kar mediafire, lepas tu letak link kat blog..
fuhhh…jgn buat kerja gila, mati nak bayar saman..
ahahha
11 July 2011
Masa 11:34 pm
Share barang2 luar negara xpe.. x kacau ekonomi m’sia sangat..
Ini negara sendiri pun nak kasi rugi jugak ka.. Aiyoo..
Kalau kat Jepun tu, siap ada peminat yg beli 3-4 album yang sama semata2 utk tnjukkn skongn pd artis ksygn.
19 March 2013
Masa 3:44 pm
Kalau kita upload video kat Youtube pastu ada background lagu pun tak boleh ka? punggah dah mcm ni… apa lah depa ni dok kira sgt benda2 cam ni.. kalo camtu jenuh tangkap lepas ni org yg pasang lagu umah kenduri di kampung2 mana ada yg ori.. Ori mahai sangat2…
24 September 2014
Masa 8:43 pm
Bahaya kongsi2 hak orang lain ni. Macam mana kes ni ? dah settle ke belum..